Here's another one from my old blog. Enjoy it.
Aku tak de modal nak menulis daripada semalam lagi. Tulih separuh, pas tu stop. Tak tau nak cerita apa ke bala. Pagi tadi, masa otw balik dari Mersing, aku teringat kat this artikel. I wrote this article a few months ago and send it to my semsas email group. Got quite a nice feedback from some of them. Enjoy.
Assalamualaikummmmmmm.....
Sihat ke semua? Harap2 mcm tu la. Semoga berada dalam perlindungan dan rahmat Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.
Semalam, masa gi semayang Jumaat kat Masjid Cenderawasih, mcm biasa, sempat la aku singgah kat mamak cemdol bwh pokok depan masjid tu. Pekena cendol pulut kacang semangkok. Tak de la best mana pun, tapi sebab dah rutin aku tiap minggu mcm tu, dan itu je la yang ada dekat dekat situ, belasah je la Yeop... Masa lain tak sempat la nak gi cari cendol.
Masa kecik2 dulu aku tak de la minat sgt cendol ni. Kalau ada, aku makan, kalau takde, aku tak bersungut pun. Sampai la masa aku matrik kat Sintok. Masa kat matrik dulu, aku, Rawi, Zul Bedah n a few other friends beli basikal, senang nak gerak sbb UUM tu mcm besar giler nak jalan kaki sana sini. Pas tu, pengangkutan awam di sana pulak tak efficient sangat, so basikal lagi senang sementara nak kumpul duit nak beli motor. Lama kelamaan, geng basikal ni makin bertambah sampai akhirnya, masa 2nd year matrik tu, kami siap buat kelab basikal, Northern Bike Club nama dia... Singkatannya NBC.
Masa tu, kami discover satu tempat jual cendol di Napoh. Kecik je kedai tu masa tu, ada 3 – 4 meja je. Bisnes dia cuma cendol berbagai jenis, and ABC. Ada la kuih sikit2. Tapi dia punya cendol memang heaven!!! The best aku pernah rasa sepanjang hidup. First time aku makan cendol kat situ, terus jatuh cinta. Hahahaha... Favourite aku, cendol pulut buah. Dalam tu dia taruk cendol (off course la, kan..), ada pulut, buah kabung, ada kacang merah sikit.... alamak, meleleh la pulak air liur aku teringat...
Aku dan kawan2 NBC aku ni, boleh kata semua jadi pengunjung setia kedai tu. Oleh sebab pengangkutan awam kat sana tak la semudah kat KL, kitorg kayuh basikal utk ke sana. Tak la selalu, seminggu tiga kali je. Kalau ikut meter basikal kitorg, dari kolej ke warung Cendol pulut Napoh ni, 36 km. Pergi balik dah jadi 72km. Boleh tahan jugak la jauh dia. Kali dengan 3 kali seminggu, kami travel 216 km seminggu utk makan cendol. OK tak? Cendol punya penangan... Hahahahahaaa...
Brother yang jual cendol tu pun sampai kenal kitorg. Geng basikal UUM, kata dia. Selalunya bila sampai tu, kami dah tak payah order, dia terus siapkan semangkuk sorg. Unless kalau kau nak hidangan lain daripada selalu. Lepas tu relax, hisap rokok sebatang dua, sembang2, bincang pasal aktiviti basikal, kutuk kwn2, buat ketupat (mengumpat la tu...), pas tu kena semangkuk lagi, second round, pas tu balik. Biasanya kami keluar dari kolej dalam pukul 4.30 ptg, dalam 30 - 40 minit kami sampai kat Napoh. Biasanya jugak, sblm Maghrib, kami sampai balik kat kolej.
Dulu, kat radio Muzik, (masa tu Kudsia Kahar still kat Radio Muzik, ERA.FM belum wujud lagi...) ada satu segmen Kembara on air tgh malam, hari apa aku lupa la... Segmen ni akan promosikan tempat2 menarik dan pengalaman pendengar bercuti ke mana2 tempat di Malaysia. Yang bestnya, kalau ada org yang ke Bukit Kayu Hitam, DJ dia akan tanya, singgah makan cendol pulut kat Napoh ke tak? Kata dia, kalau tak singgah makan cendol di Napoh, bermakna anda tidak Bukit Kayu Hitam. The same statement pernah di tulis dalam surat khabar utk gambarkan betapa famousnya kedai tu.
After a few years of sambutan yang hangat kat warung tu, the owner besarkan warung tu jadi kedai, dan mcm2 makanan tambahan turut dijual, tapi cendol dia masih yg paling top. Last aku gi Kedah pada 2002, sempat la aku singgah, bwk wife (x-wife, by now) n anak sulung aku. Kedai tu masih ada kat situ, still alive n kicking.
Last week, kwn ofis aku tanya aku pasal kedai tu, rupanya kedai tu, pakcik dia yang punya. Kecik je sebenarnya dunia ni, kan?
Kalau sesiapa yang nak berkunjung ke Bukit Kayu Hitam atau Changloon (tempat asal To’ki penyanyi tu) sempena cuti sekolah ni, boleh la singgah. Napoh ni terletak di antara Pekan Jitra dengan Changloon, dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah (Ahli Parlimen Kubang Pasu dulu2 was our bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir). Kalau dari Pekan Jitra, korang masuk semula ke Highway PLUS menuju ke Bukit Kayu Hitam, Pekan Napoh ni terletak lebih kurang 1 atau 2 km dari simpang ke Asun (tempat asal Kumpulan Wayang Kulit Asun, kira famous jugak la group tu...). Warung tu kat tepi Highway, sebelah kiri, berhadapan dengan Pejabat Pertanian (or Mardi / FAMA, aku lupa dah...). Sudi sudi kan la...
Kesimpulan daripada cerita panjang lebar ni aku hari ni....
1. Aku tak banyak kerja hari ni, tak tau nak buat apa, aku sembang je la apa yang patut.
2. Aku sebenarnya nak aktifkan group email ni, senyap je....
3. Cuti Cuti Malaysia
4. Aku tak pernah Undi Tun Mahathir masa pilihanraya sebab aku daftar mengundi di Beserah, bukan di Kubang Pasu....
Selamat. Ciow. Salam utk semua.....