Lepas buka puasa terakhir tahun ni, hujan turun. Tak la lebat sgt, tapi kira lebat la jugak. Cukup utk menyejukkan alam yang kepanasan sepanjang hari terakhir Ramadhan. Cukup untuk membersihkan debu dan kotoran di tanah dan longkang besar sekitar kampung aku. Hujan awal malam itu seakan satu kesayuan untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah dan maghfirah. Bagaikan satu petanda rahmat dan kesyukuran kerana berjaya mengakhiri Ramadhan dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan seakan gembira dengan kedatangan Syawal penuh ceria dan bermakna.
Malam raya, lepas Isya’, semua adik beradik, Kak Ani satu family dari JB, Abg Din satu family, Teh satu family, aku ngan anak2 dan Ayah berkumpul kat rumah. Yang tak de cuma Iru ngan Lin jer. Tahun ni, diorg raya kat Melaka dulu, lepas tu baru balik ke Kuantan. Meriah sgt rasa malam tu. Yang dewasa ni, buat ketupat segera (mengumpat la tu...), tak ingat... Macam2 benda la yang jadik bahan ketupat dan ketawa. Yg paling teruk kena mlm tu, Firdaus, anak sulung Abg Din. Kecoh kami duk cerita pasal kisah cinta dia ngan Ira, anak jiran sebelah rumah aku. Hahahaha... Yang budak2 duk main sesama sendiri, bukan main meriah walaupun tahun ni tak de mercun ngan bunga api. Pelan2 Abg Din keluarkan kamera ambik video budak2 duk main. Mula2 tu diorg tak perasan. Tapi bila diorg dah tahu, makin gedik la masing2 tunjuk aksi pro tersendiri. Yang menyanyi, yg menari, siap ada akrobatik lagi... Hahahaha....
Dlm pukul 11 Abg Din balik rumah. Yg lain, kemas2 susun tempat tidur. Ambik kau, sampai ke dapur sbb tak cukup bilik dan ruang tamu.
Raya Pertama – Rabu 1 Oktober 2008
Semua pagi2 dah bangun. Mandi, makan lebih kurang, and... pakai baju raya. Kakak baju kurung warna hijau, Adik baju melayu kuning siap samping, aku.... baju Melayu lima tahun lepas ngan seluar jeans baru. Kira ok dah tu, aku ni bukan pandai nak pakai smart2 pun. Pukul 8, masing2 berlepas ke masjid.
Since Masjid Sg. Karang Pantai (better known as Eskaypi or SKP) tgh renovate, aku gi semayang kat Masjid Batu Hitam je. itam Hitam je. Though Masjid Beserah dekat je ngan rumah aku, dah lama aku tak gi semayang raya kat situ. Tambah2 sejak Masjid Baru dah bukak ngan Imam baru dah lantik. Aku lagi seronok semayang kat Sg. Karang, sbb kwn2 aku ramai kat sana. Since aku balik Kuantan tahun 2000 dulu, aku banyak buat aktiviti kat sana. Walaupun Sg. Karang tu bukan kampung aku, tapi aku lebih dikenali kat sana, dan kenal lebih ramai org kat sana. Lepas semayang, kami kumpul salam2, peluk2 dan bermaaf2an. Masa tu la seronok tgk kwn2 menangis sebak. Tahun ni, tak dpt la nak adakan acara tradisi tu. Tak pe la, InsyaAllah, tahun depan masjid tu dah siap, boleh la adakan semula acara tu.
Bila aku ingat Masjid tu, aku teringat kat Arwah Ferizli. Dia ni bekas S/U Sulit Datuk Fauzi, bekas Timbalan Menteri, bekas Adun Beserah dan sekarang dah join PKR. Dulu, setiap kali jumpa arwah, mesti kami kutuk mengutuk sesama sendiri, gaduh dan mcm2 lagi. Setiap pagi raya, dia akan pakai jubah yg mcm Pak Imam kat Mekah pakai. Tak kurang jugak makmum yang ingatkan dia Imam Masjid tu. Hahahaha... Sahabat ni meninggal dunia secara mengejut on 2006 sbb lelah (or so..). Utk Arwah, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku. Al-Fatihah.
Dari kubur, kami balik ke rumah sblm ke rumah Mak Teh. Ayah tak ikut, nak rehat kat rumah je. So, kami anak2 dan cucu2 je yg pergi. Dari aku kecik, masa mula2 berhijrah kat kg ni dulu, ini la rumah yang tak pernah kami terlepas utk beraya. Dah jadi acara wajib. Mak Teh ni guru mengaji kami lima beradik. Hampir semua budak generasi aku mengaji ngan dia. So bila raya, rumah dia sentiasa meriah ngan budak2 dan mak ayah budak2. And tiap2 tahun, dia buat laksa, and laksa dia mmg best.
Lepas rumah MakTeh, kami ke rumah kak Ani, neighbour aku. Since dua bulan lepas, kak Ani ni kena stroke, kesian jugak. Kak Ani ni pandai mengurut, especially utk ibu2 mengandung. Ramai jugak yg dptkan khidmat dia. Masa aku sakit tahun 2005 dulu pun dia la yang tolong selain ubat herba yg Ayah tolong buat. Walaupun tak leh bangun, Kak Ani still boleh bercakap dgn jelas, Cuma dah tak boleh buat lawak mcm biasa dulu. Moga Allah segera sembuhkan dia, Amin...
Lepas rumah Kak Ani, Abg Din satu family ke Sg. Isap, raya rumah mertua. Kami yg lain ni ke rumah Ayah Chik di Tg. Lumpur. Ayah Chik ni abang pada arwah Mek. Lama gak la kat situ. Lepas tu, Kak Ani satu family terus ke Jengka 3, rumah mertua. Teh n hubby gi raya rumah kawan diorg kat Inderapura. Angkut sekali ngan anak2 aku. Tinggal la aku sorg, tak tau nak buat apa. So, balik rumah je la.. Layan movie sorg2, tgk Dark Knight. Kira ok la. Buat ganti sarkas yg biasa tayang kat TV masa aku kecik2 dulu... Hahahaha...
Ptg tu Su Da, adik bongsu Ayah, Ayah Su, Kak Ani Indera Mahkota (sepupu sulung aku) ngan 2 anak Su Da dtg beraya. Kak Ani tak jadi g Temerloh sbb bas penuh. Sudahnya dia g raya ke Kemaman rumah Su Da. Kesian dia. Didie ngan Din Pendek pun dtg raya ptg tu. Maghrib baru diorg balik.
Malam, Kak Milah, anak sepupu ayah satu family dtg beraya. Kecoh lagi satu rumah. Lepas Kak Milah balik, Teh bersiap nak balik ke Trgn. Dah siap2 tu, tetiba hujan turun dgn lebatnya. Siap angin ribut, cuma tak de de kilat dan petir sabung menyabung. Masa aku masuk tidur pukul 12.30 mlm, Teh ngan hubby dia, Cik Man still tidur kat ruang tamu.
Raya Kedua – Khamis 2 Oktober 2008
Bangun pagi, tengok Teh ngan Cik Man ang Najwa dah tak de. Ntah pukul berapa dia org gerak ke Trgn. Aku siapkan anak2 dgn baju raya, then diorg ikut gi beraya dgn Abg Din satu keluarga. Dlm pukul 9 pagi, Saiful call mintak tolong bukak ofis sebab nak ambik cable press tools. Ada kerja emergency kat JBA Chini. Actually kerja tu dah buat before raya, tapi tak sempat nak habiskan. Ptg raya pertama diorg call mintak buat raya kedua sbb kontraktor pam nak buat kerja hari tu. Kontraktor pam tu Cina, tak pa la dia tak raya. Apa nak buat, kan? Dah mcm tu kerja kita, ikut kan je la.
Lepas Zohor, aku anak beranak dgn Abg Din satu family berlepas ke Trgn. Destinasi pertama, Sura. First rumah, kami singgah rumah Pak Chik Hassan, sepupu arwah Mek. Sayangnya Pak Chik tak de, ke Trgn dgn rombongan pengantin. Nasib baik Mak Chik ada ngan anak2 dia. Rumah kedua, rumah Mak Ngah Gayah, pun sepupu arwah Mek. Ikutkan sejarah, kat sini la pertama kali Mek ngan Ayah berjumpa, kat rumah arwah Tokki Awang, bapa sedara Mek yg juga bapak angkat Ayah. Jumpa sekali je, lepas tu bapak aku terus masuk meminang dan terus kawin. Arwah Tokki Awang sendiri yang nikahkan Arwah Mek & Ayah. Dalam masa seminggu, semuanya settle. Lepas tu kekal sampai la arwah Mek meninggal. Org skrg bercinta mcm nak rak, tunang dua tiga tahun, kawin tak sempat setahun dah cerai berai.... Ironik, kan?
Dari rumah Mak Ngah Gayah, kami gerak ke rumah Pak Muda, adik Ayah kat Balai Besar, sebelah PPRT Balai Besar. Tapi rumah sunyi dan sepi. Mcm lagu Dhalan Zainuddin, sunyi dan sepi, tiada bintang yang berkerlipan.... Anak2 dia pun tak de. Balik Kelantan agaknya. So, kami terus ke rumah Mak Ngah Nik kat Kg. Che Lijah. Still kat Dungun. Mak Ngah Nik kakak pada arwah Mek. Sembahyang asar, lepas tu shoot ke Marang. On the way ke Marang tu la yang ada keta Gen2 cuba bunuh aku ngan anak2 aku tu.... Biadap betul...
Kami terus ke rumah De Jah di Pangkalan Berangan. Sampai sana dah dekat nak maghrib. Penuh rumah dia ngan anak2 dan cucu2 dia. Kalau anak dah sebelas org, cucunya tak tau la berapa. Havoc satu rumah bila kumpul. Itu pun ada lagi anak dan cucu dia yg belum sampai. Pok De tak berapa sihat sejak operate buang batu karang kat buah pinggang dia dulu. Masa arwah Mek meninggal, dia tak dapat dtg sebab baru lepas operate. Sampai skrg pun, dia still sakit belakang, demam etc. Dah sihat nanti, nak operate sebelah lagi buah pinggang dia, buang batu karang jugak. Kesian jugak aku tgk dia.
Dalam pukul lapan, kami shoot ke Kuala Terengganu, lalu jalan Kuala Berang – Kuala Terengganu, terus ke rumah mertua Teh di Kubang Badak, sebelah UMT. Ptg tu, adik Cik Man bertunang, jadi ramai la sedara mara yg berkumpul kat situ. Masa sampai kat sana, sedara mara dia tgh siap2 nak buat BBQ. Apa lagi, join sekali la. Meriah lagi.... Siap ada acara potong kek hari jadi lagi. Tapi aku tak sempat makan kek sbb perut dah overload. Penat aku diet sebulan, time raya terpaksa la pulak makan byk2. Hehehehe....
Dlm pukul 11 lebih, kitorg pergi rumah Cik Man, kat sebelah rumah mak dia je. Rumah tu Cik Man buat last year dan bagi sewa kat siswi2 UMT. Masa raya ni, diorg balik kg masing2, jd kami tumpang la tidur kat situ. Mak Cik Man pun dah bg tau kat budak2 tu kami nak tumpang tidur, so diorg dah kemaskan rumah tu. Mandi, solat jama’ Maghrib dan Isya’, terus pengsan.
Raya Ketiga – Jumaat 3 Oktober 2008
Lepas solat Subuh, sambung tidur sikit lagi dlm stgh jam. Bagi anak2 siap dulu. Lepas mandi, gi breakfast kat rumah Mak Cik Man. Roti canai ngan nasik lemak ikan aya. Pagi2 dah kenyang. Mcmana la nak diet... Seronok dtg rumah mak Cik Man ni, dah rasa mcm mak ayah sendiri. Lepas breakfast, sambung lagi acara Mari Beraya....
Dari Kubang Badak, kami ke Losong, rumah kwn Abg Din & Kak Zan. Dekat ngan Muzium & Masjid Kristal. Masa kat rumah kwn dia tu, dapat la pulak cerita pasal x aku. Hmmm... mcm selalu la, kita tak korek pun, lambat laun sampai jugak cerita. Kan aku selalu kata, truth will prevail. Bangkai gajah tak leh tutup ngan daun sireh. Lantak kau la. Yg penting, hidup aku happy skrg ni ngan anak2.
Dari Losong tu, kami lajak sikit ke depan, ke Masjid Kristal, bwk anak2 jln tgk Masjid Kristal. Aku pernah dtg sini bulan puasa hari tu, bukak puasa ngan kwn2 dari Jabatan Kastam Trgn. Kat situ ada buat buffet Ramadhan, dgn bazar Ramadhan sekali. Seronok sakan anak2 aku kat sana. Dulu, Tadika Adik pernah buat rombongan ke masjid ni, tapi aku tak bagi dia ikut. Jauh sgt la, lagi pun Trgn ni kampung sendiri, tak de maknanya nak rombong merombong ni. Adik tu pulak belum lagi masuk lima tahun. Aku pulak sibuk ngan kerja, tak sempat la nak follow rombongan tu sekali.
Settle Masjid Kristal, kami ke Marang. This time lalu bandar KT dan follow jalan pantai. Kerja2 besarkan jalan dari Chendering ke Marang tak siap lagi. Lama dah jugak projek tu. Tapi aku tak ambik pot sgt, sbb aku tau, kalau kerja buat jalan kat Trgn ni mmg lambat. Dulu, masa aku mula2 kerja kat Trgn, diorg tgh besarkan jalan dr Simpang Empat Chendering sampai Jambatan Kuala Ibai dekat ngan Masjid Terapung. Dari aku mula masuk kerja tahun 1997, sampai aku transfer ke Kuantan tahun 2000, tak siap pun lagi jalan tu. Tak sampai dua kilometer pun jalan tu, punya la lama baru siap... Ini pulak kalau dr Marang ke Chendering. Byk kilometer gak tu. LPT pun tak nampak bayang lagi kat mana. May be 20 tahun lagi siap la kot.
Singgah rumah Mak Ngah (aku lupa nama dia, sbb mmg dari kecik aku panggil Mak Ngah je, kalau Mek nak describe dia, Mek sebut Mak Ngah Marang je...). Rumah dia kat Seberang Marang. Mak Ngah ni isteri arwah abang Mek. Masa arwah Ayah Ngah meninggal dulu, aku kerja kat Trgn, so aku sempat la ziarah. Masa hayat dia dulu, arwah ni tekong bot nelayan, sama mcm arwah Datuk sebelah Mek dan sama mcm Ayah Chik di Tg. Lumpur. Keturunan kami sebelah Mek kebanyakannya Tekong Laut, tapi aku ni phobia kalau air dlm. Boleh berenang, tapi penakut... Hehehe....
Lepas tu kami ke Tok Dor, rumah Kak Semek, sepupu aku sebelah Mek. Anak Da Yam di Pulau Kerengga. Singgah kejap je, tak masuk rumah pun. Kak Semek sorg je kat rumah, yg lain2 tak de. Dari sana, kami ke Pulau Kerengga rumah De Yam. Abg Nasir sekeluarga pun ada kat sana. Siap makan tengahari, solat, rehat lebih kurang, kami shoot balik ke Kuantan. Singgah kat Petronas Rantau Abang, kencingkan budak2 dulu, nampak mcm nak tidur dah budak2 tu, baik kencing dulu, takut nanti karang ada pulak la yg terkencing dlm keta. Sblm gerak tu, terjumpa ngan Adik Ah, bekas adik ipar aku. Dia baru balik raya dr Kerteh. Tak de apa nak cerita, Cuma aku mintak sampaikan salam utk keluarga di Kuala Ibai.
Kami singgah rumah Su Da di Kemaman, last stop sblm balik Kuantan. Dalam pukul 6.45 ptg, kami shoot balik. Sampai rumah dah Maghrib. Tgk2 Iru ngan Lin dah sampai kat rumah dari Melaka. Mak Lin dan adiknya Imran pun ada. Kak Ani ngan famili pun sampai malam tu dari Jengka 3. Lepas Isya’ tu, Kak Milah pulak dtg satu famili. Meriah lagi mlm tu. Kak Milah ngan Abang Basri nak ke Trgn esoknya, hantar anak perempuan dia ke KUSZA. Anak dia tu pulak dah jadi anak angkat Mak Cik Man kat sana. Tak besar mana dunia ni, kan?
Aku tidur awal mlm tu. Pukul 11 dah lelap. Penat. Aku tidur kat luar je, bilik aku bagi kat Kak Ani ngan Munirah tidur. Mlm tu rumah aku betul2 pack, sampai ke dapur jugak mcm malam raya. Apa sgt la, kan? Janji dapat tidur, dpt lelap dah kira orait.
No comments:
Post a Comment