Singgoh Le Dulu Aok Yer

Friday, December 19, 2008

Happy 5th Birthday, Alif Iskandar Amin


Nasib baik aku dah setkan alarm kat hp aku utk birthday hero aku yg satu nih. Kalau tak, dah tentu terlepas punya. Nasib baik jugak aku dah tak de org nak menyibuk matikan alarm hp aku. Pas tu marah aku bila aku terlupa apa2. Hmm.. Set alarm pun tghari. So tghari la aku teringat. Dah la tghari baru bangun tidur. Pukul 5.00pagi baru sampai rumah dr KL. Lepas Subuh baru tidur.

Telefon Teh, Teh kata “Saya balik Atabara mlm ni. Kita buat mlm esok la. Boleh sekalikan dgn Nana. Awak call Mama tanya nak sekalikan ke tak?”. Mama kata “Nana punya nak buat malam ni kat umah Mak Lang dia. Tapi, tak pe la, ptg esok lepas kerja saya dtg tolong masak mi bodo utk budak2”. Hmmm.... so aku decide, mlm tu aku nak bwk diorg makan kat luar, mlm esoknya baru aku buat birthday party utk Cicakman aku tu. So, mlm tu, Cicakman kata nak makan KFC, “sbb Adik nak hadiah jam tu”. So, KFC it is, except, hadiah jam tu dah tak der, yg ader keta mainan yg tak best, Cicakman pun tak nak keta tu.

Esoknya, balik dari ofis, singgah beli kek. Tak byk choice la pulak kedai ni. Tapi sbb dah lewat, dan aku pun malas nak gi kedai lain, aku beli je la apa yg ada. Pink kaler, boleh? Sam kata, “pink hanya utk kaum yg lembut shj”. Tak kesah la, janji ader kek. Sampai kat rumah, Adik ngan Kakak tgh duk sibuk menjemput kawan2 kat Tmn Bayu dtg rumah lepas Isya’.

Teh ngan Mama masak, goreng mee bodo. Aku selalu cakap kat Kak Zan, kalau mcm ni rupa dan rasa mee bodo, mee cerdik dia tentu power giler. Boleh bukak kedai makan. Acik Ina bwk kuih dan goodies utk bagi kat budak2. Lepas Isya’, rumah dah penuh ngan budak2. Lagi ramai dan lagi meriah dr masa birthday Kakak hari tu.

Mujur jugak la Teh ngan Mama masak banyak. Birthday boy pulak hilang. Tak puas hati sbb kwn dia blm sampai, dia pergi lagi rumah kawan dia panggil. Punya la semangat.

Around 9, majlis start. Mula2, tiup lilin.

Kakak tak tiup, dia tolong ajar jer... Lagipun Ayah suruh duk sebelah sebab nak bagi masuk dlm gambar. Pas tu, Teh tolong potong kek.

That Bluemax girl in pink is Nana, birthday girl, selang sehari ngan Adik. Nana lagi muda dr Adik, tapi dia panggil Adik as Adik, sebab semua org panggil Adik as Adik. Pas tu, acara makan2 pun bermula.

Mula-mula makan kek dulu, pas tu...

belasah jer la apa yang ada. Janji makan....

dan lagi...

dan lagi....

Nana ngan Eca pun nak kek jugak...

Majlis tamat around 10.00. Kepenatan, pukul 11.00 aku dah lelap.

Well, Selamat Hari Lahir untuk Adik, superhero Ayah, Cicakman Ayah. Dah umur 5 tahun dah anak bongsu Ayah nih. Baru masuk umur 5 tahun selepas tamat tadika 5 tahun. Dah umur 5 tahun ni, dah tak boleh suka merajuk lagi dah. Dah kena start semayang, puasa. Kena jadi good boy, kena selalu jaga Kakak. Sblm ni, selalu Kakak yg jaga Adik, dah besar ni, Adik pulak kena jaga Kakak.

Apapun, Adik mmg selalu good boy, semua dah buat sendiri. Dah pandai berdikari. Dari bangun tido, sampai la nak tido, semua dah boleh buat sendiri. OK la tu. Bukan senang nak carik budak bawah umur 5 tahun yg berdikari mcm Adik. Cuma bab suka merajuk tarik muka 44 mcm keta WFL 44 ayah dulu tu je yang Ayah tak berapa nak berkenan sikit. Tak minat betul la bab rajuk merajuk nih. Dah la adik beradik, ipar duai, anak2 sedara Ayah tak der yg jenis over merajuk mcm Adik nih. Tak reti jadinya Ayah nak layan merajuk tu.

BTW, hopefully, by mid next year, Adik dah boleh bacakan paper utk Ayah mcm yg Kakak selalu buat masa umur 5 tahun dulu. Anak2 Ayah dua2 org kan pandai...

5 comments:

unfortunatelady said...

Happy Birthday Alif. Ayah tu dh merajuk dgn auntie. Blajar dr Alif kot =)

idi said...

Ayah tak merajuk la, auntie. Adik tgk ayah ok je. Ayah kata kalau merajuk kena rotan. Adik tak nak kena rotan sbb tu adik pun tak merajuk jugak, kan ayah, kan?

unfortunatelady said...

Wahh!! Perkembangan yg baik tu.. ayah ok jer walau takde auntie ehh..hehehe.. good222. Jaga ayah baik2 taww..

p/s : moskel sat.. gua ckp dgn anak dia ker.. dgn bapak dia =p

NURA said...

Ya ke ko tak suka merajuk. Aku rasa ko ler yg kuat merajuk dari anak ko tu. Happy birthday untuk anak ko, semuga hidupnya berjaya dunia akhirat.

Mazlina Mohd. Salleh said...

kepada ayahnya.. keep maintain as lovely daddy.. sampaikan peluk cium utk alif dan juga alifah..