Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, December 24, 2008

Luka DiHati Ayah

Hari ni dua2 buah hati pengarang jantung aku ditimpa kesakitan. Petang tadi, adik jatuh basikal. Calar kat lutut, calar kat siku, calar sikit kat dahi. Alahai kesiannya Cicakman Ayah ni. Bercalar calar siku ngan lutut. Tapi, walaupun calar kat dahi, still lagi hensem. Ada calar kat siku ngan lutut, baru nampak macho, kan? Baru anak jantan... Lepas semayang maghrib tadi, bersungguh-sungguh dia cerita kat aku pasal luka dia, kemalangan dia.

“Adik jatuh tadi, tapi Adik tak nangis pun. Adik carik minyak gamat tak jumpa. Ada ke tak de minyak gamat, Ayah?”

“Masa tu Kak Ira pun ada. Abg Ngah naik ngan Nana. Adik naik sorang jer..”

“Adik tak rempit pun, Adik bawak slow je, tapi Adik jatuh..”

“Tak dok org pun langgar Adik. Adik jatuh sendiri jer..”

Mcm2 lagi la cerita dia. Aku pun tak leh nak ingat semua. Dengar jer la. Kadang benda yg sama jer dia ulang. Nak suruh dia stop cerita pun, takut terbantut lak tumbesaran dia, aku jugak yang susah nanti, so, biar kan je la dia bercerita. Kot2 nanti boleh wakil sekolah bahas. Hihi... Budak2 jatuh basikal, biasa la, kan? Abg Din kata “kalau tak jatuh, tak pandai..”.

Tgh duk ngaji sblm Isya’ Kakak dtg ngan mulut berdarah2. “Ayah, gigi Kakak cabut lagi sebatang. Masuk yang ni, dah empat batang dah..” Alahai kesiannya jugak kat mak we Ayah ni. Tgh duk rancak bertukar gigi susu ngan gigi kekal. Dua gigi kacip bawah yang tgh tu dah tumbuh balik. Gigi kacip atas belum tumbuh lagi. So, rongak la dia. Bila dia bukak mulut jer, terus nampak terowong PKM kat mulut dia. Ala... dah tak lawa la pulak awek Ayah ni. Dah rongak...

Tapi, kali ni cuak sikit aku, sbb darah dia byk dari biasa. Suruh dia gigit kapas je la. Bila time org nak dinner, dia tanya “kalau mulut ada darah lagi, tak boleh makan nasik ke, Ayah?”

“Tak boleh la, Kak. Tunggu dah stop dulu, baru makan. Tiga hari lagi berenti la darah tu...”
“Ala... kurus la Kakak mcm ni...”

Lepas kami semua dinner, baru dia dinner, slow jer dia makan. Slow pun, habis jugak la ikan keli seketul kat dia. Siap tambah nasik lagi. Tu time sakit mulut tu, time biasa... hmmmm... kena kontrol la makan Kakak ni. Jadi bulat mcm aku nanti, susah la pulak dia nak berlari. Sukan nanti tak dapat la dia menang lagi acara lari berhalangan mcm dulu. Rentas desa pun dah tak leh dpt hadiah.
Chow.

Tuesday, December 23, 2008

Masalah Jiwa

A good old friend of mine, a guy from my zaman budak2 kecik kat kampung, met me last weekend. Let’s call this friend as A, mcm ruang masalah kat surat khabar tu la ada A, B, C sampai Z. Sembang2, A cerita satu kisah. Kisahnya, A ada satu kawan pempuan, A kenal since his secondary school days. Selalu jugak la dia berhubung kawan pempuan dia ni, as a friend, tak de la lebih2 pulak. Kawan pempuan dia ni pulak tgh duk tgh asyik maksyuk ber’chenta’ (pinjam perkataan sifu..). Kita panggil kawan pempuan dia ni as B. Cinta hati si B ni, kita panggil sbg C.

So, baru2 ni, diaorg ada a small problem. Masalahnya, C dpt tau pasal B selalu berhubung ngan A dan C got jeles. Kata si B, ntah ngapa, C ada strong feeling yg A tu ada hati kat B. So, untuk menjaga hati C, B langsung tak nak angkat call or reply sms dr A. Rela buat apa saja demi cintanya kat C. Cuma B bgtau kat A, dia mintak maaf dan harap A faham masalah dia. So, A pun duduk la diam2 tak nak kacau, takut B & C gaduh disebabkan dia.

But then, after a fortnight, B ctc semula A, bertanya khabar dan bercerita semula. Dia bagitau la lebih kurang pasal C jeles kat A. After that, dia tanya A, “u ada perasaan pada I?”. A tak tau nak jwb mcmana, takut nanti ada pulak yg tersinggung, takut panjang la pulak cerita, atau dia sebenarnya konfuse dengan soalan. Biasa la, dia tu mmg lampi, mcm aku jugak. Soalan A kat aku, patut ke aku jawab soalan tu? Apa pulak effectnya nanti kalau aku salah jawab. Etc etc... Aku kata nanti aku jwb kat blog aku, aku tulih panjang2 sampai tak larat nak baca, tertidur depan komputer.

Hmmm.... soalan senang cam tu pun tak leh nak jwb. Memang lampi tahap maksima mamat nih. Patut la tak kawin2 lagi. Camana nak buat impak maksima kalau mcm ni nih?? Bila aku ckp cam tu kat dia, pjg la pulok sessi penerangan dan ceramah dia kat aku. Angguk je la...

Kata dia “B tanya perasaan. Memang la ada perasaan, saper tak der. Tak der perasaan bukan org la namanya. Bila aku tanya balik kat dia, dia kata dia nak tau jwpn aku dulu. Susah la cam ni. Bukan apa la, aku rasa, sebenarnya, samada aku ada perasaan kat dia atau tak sebenarnya tak penting. Yang lebih penting, hati dan perasaan dia dan setia dia untuk pakwe dia. Dan hati dan perasaan pakwe dia dan setia pakwe dia adalah untuk dia. Cth la, Mawi, hati dia kat Ekin. Beribu pempuan kat Malaysia termasuk la binik org, mak org, janda org yg ada hati kat Mawi. Tapi penting kehati tu semua utk pasangan Mawi – Ekin nih? Kalau org ada hati kat Mawi sekalipun, yg penting hati Mawi hanya untuk Ekin. Lain la kalau Mawi tu pun ada hati kat org lain selain Ekin”

Masuk akal jugak jawapan dia ni.

“So kenapa pentingnya jawapan aku kat dia? Yg lebih penting aku rasa, jawapan dia samada dia tu ada hati kat aku atau tak? Tapi tak nak la pulak dia jawab. Nak tau jawapan aku dulu. Lagi la aku takut, mana la tau dia tu memang ada hati kat aku, karang ada pulak hati yang terluka.”
“Lagi satu la, aku takut kalau nak jwp soalan pasal hati dan perasaan ni. Takut nanti dia tersinggung. Kalau aku jwp tak de, nanti dia rasa rendah diri. Secantik dia, sebaik dia, aku yg cokia ni pun tak der hati. Kan susah tu. Mula la dia rasa mcm dia ni tak cukup bagus utk sesiapa pun. Kan kesian tu. Padahal dia tu lebih dari ok, org yg ada masalah ngan dia tu yang sebenarnya tak ok. “

“Kalau aku jawap ada nanti kang, takut nanti dia terus tak nak kawan ngan aku, sbb takut apa yg pak we dia rasa jadik betul, gaduh pulak lagi nanti. Kau tau je la aku nih, bukannya reti nak cakap benda2 cam ni. Salah cakap, aku gak yang malu. Kau pernah tgk citer Taxi yg perancis tu tak? Aku ni mcm mamat yg bwk teksi tu la, haram tak reti nak explain apa2 kat awek dia, sampai pempuan beranak dlm teksi dia pun awek dia ingat dia tgh threesome kat dlm teksi.”

Hehehehe... Hmmmm... ntah la. Aku bab2 ni, mmg tak reti la nak jwp. Aku sendiri pun tak faham perempuan. Rumahtangga sendiri pun kecundang di tengah jalan, ini pulak nak tolong selesai masalah org. Masalah aku sendiri pun tak setel lagi. Si Maziah pagi2 lagi dah call aku tanya kenapa tak call adik kawan baik dia tu. Ikut mana2 pun, ptg ni dia suruh jugak aku gi tgk budak tu. Tak gi karang takut kawan2 kecik hati. Pergi karang, apa aku nak buat ek? Hai.. ntah la. Pening kepala pakcik.

Adoi! Sakit kepala! Kau jawab sendiri la soalan tu....

Chow.
p/s : Tapi kalau B tak der perasaan kat A, tentu dia tak ctc dah si A tu, kan? And... kalau A tak der perasaan kat B, tentu dia dah tak layan si B tu, kan? Arrrggghhhh! Sakit kepala!!!!

Pok Yah Accident

Terkejut aku bila Botak call kata Pok Yah accident kat bwh round about Jabor malam minggu baru ni. Dengan mak dia, binik dia, anak2 dia. Lepas semayang iSya', cepat2 aku gi. Rupanya tak dan accident pun. Skru arm tayar dia tercabut, so tayar keta dia dah senget masuk dlm. Semua org selamat, kereta pun ok. Tak der calar ape pun. Mcm mana la keta rosak boleh tukar jadi keta accident. Mesti IT tak power nih. Nak kena antar gi kursus ngan Cik Ina nih. Kasi sekolah sikit.

Tak der org berenti pun lagi masa aku sampai. So, aku call tow truck bawak gi workshop kat Bt. 6. Tow truck pun boleh sesat kat area situ. Ni lagi sorg nak kena sekolah nih. Aku malas nak tunggu tow truck sampai, bagi kunci kat Sepol Call Man (org Trgn panggil Komeng), terus aku hantar Pok Yah sekeluarga ke Paka. Dr Paka, adik Botak hantar ke KT. Mcm naik bas lompat2 jer... Lepas makan, balik. Sampai rumah dah pukul 3 pagi. Tak sempat nak makan ikan keli yg aku goreng lepas maghrib tadi.

Tak kesah la. Janji Pok Yah ngan famili dia selamat sampai Trgn.

Chow.

Saturday, December 20, 2008

Seloka Pak Kadok

Aduhai malang Pak Kadok
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pula kebuluran

Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Aduhai... malang Pak Kadok

Friday, December 19, 2008

Happy 5th Birthday, Alif Iskandar Amin


Nasib baik aku dah setkan alarm kat hp aku utk birthday hero aku yg satu nih. Kalau tak, dah tentu terlepas punya. Nasib baik jugak aku dah tak de org nak menyibuk matikan alarm hp aku. Pas tu marah aku bila aku terlupa apa2. Hmm.. Set alarm pun tghari. So tghari la aku teringat. Dah la tghari baru bangun tidur. Pukul 5.00pagi baru sampai rumah dr KL. Lepas Subuh baru tidur.

Telefon Teh, Teh kata “Saya balik Atabara mlm ni. Kita buat mlm esok la. Boleh sekalikan dgn Nana. Awak call Mama tanya nak sekalikan ke tak?”. Mama kata “Nana punya nak buat malam ni kat umah Mak Lang dia. Tapi, tak pe la, ptg esok lepas kerja saya dtg tolong masak mi bodo utk budak2”. Hmmm.... so aku decide, mlm tu aku nak bwk diorg makan kat luar, mlm esoknya baru aku buat birthday party utk Cicakman aku tu. So, mlm tu, Cicakman kata nak makan KFC, “sbb Adik nak hadiah jam tu”. So, KFC it is, except, hadiah jam tu dah tak der, yg ader keta mainan yg tak best, Cicakman pun tak nak keta tu.

Esoknya, balik dari ofis, singgah beli kek. Tak byk choice la pulak kedai ni. Tapi sbb dah lewat, dan aku pun malas nak gi kedai lain, aku beli je la apa yg ada. Pink kaler, boleh? Sam kata, “pink hanya utk kaum yg lembut shj”. Tak kesah la, janji ader kek. Sampai kat rumah, Adik ngan Kakak tgh duk sibuk menjemput kawan2 kat Tmn Bayu dtg rumah lepas Isya’.

Teh ngan Mama masak, goreng mee bodo. Aku selalu cakap kat Kak Zan, kalau mcm ni rupa dan rasa mee bodo, mee cerdik dia tentu power giler. Boleh bukak kedai makan. Acik Ina bwk kuih dan goodies utk bagi kat budak2. Lepas Isya’, rumah dah penuh ngan budak2. Lagi ramai dan lagi meriah dr masa birthday Kakak hari tu.

Mujur jugak la Teh ngan Mama masak banyak. Birthday boy pulak hilang. Tak puas hati sbb kwn dia blm sampai, dia pergi lagi rumah kawan dia panggil. Punya la semangat.

Around 9, majlis start. Mula2, tiup lilin.

Kakak tak tiup, dia tolong ajar jer... Lagipun Ayah suruh duk sebelah sebab nak bagi masuk dlm gambar. Pas tu, Teh tolong potong kek.

That Bluemax girl in pink is Nana, birthday girl, selang sehari ngan Adik. Nana lagi muda dr Adik, tapi dia panggil Adik as Adik, sebab semua org panggil Adik as Adik. Pas tu, acara makan2 pun bermula.

Mula-mula makan kek dulu, pas tu...

belasah jer la apa yang ada. Janji makan....

dan lagi...

dan lagi....

Nana ngan Eca pun nak kek jugak...

Majlis tamat around 10.00. Kepenatan, pukul 11.00 aku dah lelap.

Well, Selamat Hari Lahir untuk Adik, superhero Ayah, Cicakman Ayah. Dah umur 5 tahun dah anak bongsu Ayah nih. Baru masuk umur 5 tahun selepas tamat tadika 5 tahun. Dah umur 5 tahun ni, dah tak boleh suka merajuk lagi dah. Dah kena start semayang, puasa. Kena jadi good boy, kena selalu jaga Kakak. Sblm ni, selalu Kakak yg jaga Adik, dah besar ni, Adik pulak kena jaga Kakak.

Apapun, Adik mmg selalu good boy, semua dah buat sendiri. Dah pandai berdikari. Dari bangun tido, sampai la nak tido, semua dah boleh buat sendiri. OK la tu. Bukan senang nak carik budak bawah umur 5 tahun yg berdikari mcm Adik. Cuma bab suka merajuk tarik muka 44 mcm keta WFL 44 ayah dulu tu je yang Ayah tak berapa nak berkenan sikit. Tak minat betul la bab rajuk merajuk nih. Dah la adik beradik, ipar duai, anak2 sedara Ayah tak der yg jenis over merajuk mcm Adik nih. Tak reti jadinya Ayah nak layan merajuk tu.

BTW, hopefully, by mid next year, Adik dah boleh bacakan paper utk Ayah mcm yg Kakak selalu buat masa umur 5 tahun dulu. Anak2 Ayah dua2 org kan pandai...

Penjodoh Bilangan

Aku terserempak dgn Maziah two weeks ago kat ofis Apek. Dah beranak pinak makcik nih. Maziah ni kawan aku dr sekolah rendah. Aku mmg susah sikit nak lupa kat makcik ni. Dia duduk kat sebelah aku masa aku Std. 6 kat SK Beserah dulu. Oleh sebab aku ni nakal sgt dan asyik berjalan ke sana ke mari, Cikgu kelas aku (Chiam Tat Heng, selalu panggil aku Mr. Presiden sbb nama aku sama ngan bekas Presiden Uganda), letak aku kat tepi dinding dan letak Maziah ni duduk kat sebelah aku. Pas tu depan ngan belakang aku pun dia letak budak pempuan. And guess what, mmg aku terpaksa kurang berjalan sbb aku segan sikit nak langkah kerusi meja bebudak pempuan ni.

Yang aku susah nak lupa kat makcik ni... satu hari, ada kuiz, lisan. Sampai kat turn aku, aku pun bangun. Tgh hati duk kumat kamit baca doa nak jawab soklan, (baru berdiri je, cikgu blm bagi soklan lagi masa tu..) tetiba makcik ni melompat peluk aku sambil menjerit-jerit. Terkejut beruk + menggelabah puyuh la aku dibuatnya. Kisahnya, ada la satu makcik kat meja sebelah sana baling kucing kat makcik sebelah aku ni. Makcik ni, semua org tau dia takut kucing (masa tu la, skrg ni tak tau la aku...), apa lagi, melompat la dia. Dan oleh sbb aku ni la insan paling dekat ngan dia, aku la yg terpaksa jadi mangsa. Cikgu aku siap komen pulak adegan tu “bertuah jadik Presiden ni, blm jawab soalan dah ada mak we nak peluk...” lebih kurang gitu la.

Kesimpulannya, makcik ni kira awek pertama yang peluk aku. Kalau tak silap la. Itu yang aku boleh ingat la. Anyway, it was an incident, not purposely done. Aku tau dia tak sengaja, dia ni budak baik, tak reti buat benda2 tak seno’oh ni. Baru 12 tahun je masa tu. Belum akil baligh lagi. Baru mumayyiz jer. Serius shit beb, tak tau apa lagi. Aku ni kan budak baik.... wakakaka... Lepas Matrik, aku jumpa dia semula kat UUM. Kira sama U la. La ni dah jadi cikgi kat SK Sg. Karang. OK la tu.

Masa jumpa kat ofis Apek tu, aku tak dan nak sembang lama. Dia ngan anak2 dia, ngan mak dia sekali. Sempat cerita lebih kurang, bg phone no aku kat dia, pas tu aku terus masuk dlm setelkan keja aku. By the time aku kuar, dia dah tak der dah.

Dua hari lepas dia call aku. Bersungguh-sungguh dia marahkan aku sbb aku salah bg phone no ofis Apek minggu lepas. Pas tu, lepas dia marah2, bersungguh-sungguh pulak dia suruh aku gi tgk adik best friend dia kat Beserah. Aku tanya nak buat apa? “Engkau pergi la tgk. Baik budak tu, kot la kau berkenan....” Bersungguh-sungguh la pulak dia cerita pasal budak tu, dan bersungguh-sungguh jugak la dia rekomen aku gi berkenalan. Bukan apa, “aku ni kan kawan engkau. As a friend, aku nak la tgk kawan aku menemui semula kebahagiaan yang dah hilang dari hidup engkau. Mana la tau, kan?”

Hmmmm... mcm biasa je aku dengar ayat tu. Sampai dah tak larat dah aku nak jawab. Aku rasa elok gak kalau aku tape kan satu jawapan, bila ada org cakap pasal isu tu, aku pasang je tape tu. Tak la letih mulut aku sampai berbuih-buih mcm Shabery Chik berdebat ngan Anwar Ibrahim atau mcm Dr. Jai duk explain kat org pasal projek Stromberg dia. Last2 kena sita ngan Bank Negara.

So, utk tak menghampakan kawan aku si Maziah ni, aku kata “nanti la. Ada masa nanti aku gi tgk...” Tak tau la bila aku ada masa tu....

Anyway, thanx to all those yg concern pasal aku anak beranak, sanggup tolong mcm2. Moga Allah jua yg membalas jasa baik kalian dengan kebaikan jua, dunia dan akhirat. Amin...

Thursday, December 11, 2008

International Hill

At last, last night I managed to talk to Abu Firdaus, a friend since SEMSAS days, yg kawasan rumahnya effected by major landslide in Bukit Antarabangsa. I’ve been trying to talked to him since day one the hazard occured but the phone was either unanswered or failed to connect. Alhamdulillah, dia dan ahli keluarga serta rumah dan kawasan persekitaran rumah dia selamat. Cuma jalan masuk ke rumah dia dah terputus because of the landslide.

Luas jugak la kawasan yang runtuh tu, ada la lebih kurang 7 padang bola. Kaki-kaki bola boleh anggar la kot berapa saiz landslide tu. Kecik sikit dari kawasan SEMSAS la kot. Aku pakai agak je, bukan reti sgt bola ni. Kaki bangku la katakan. Dua tiga kali gak la si Abu ni turun naik lalu jalan denai utk bwk keluar family dan brg2 rumah dia. He was quite early, even before the army troops arrive at the scene. Since ada kawan yg sudi pinjamkan kereta, dia decide utk balik jugak ke Kedah beraya since dia realise this hazard can only be settled in more than a week time. Mmg pagi tu dia dah siap berkemas nak balik raya pun. Siap basuh keta lagi.

So, dia dah balik semula ke KL dan menumpang kat rumah mak mertua dia. Since alternative route dah ada, dapat la dia bwk keluar keta dia dan brg2 yang perlu. Buat masa ni dia still tunggu report tahap keselamatan kawasan tu samada dia boleh terus tinggal kat situ atau terpaksa kosongkan rumah tu.

Kesian Abu. Rumah tu dia baru masuk tahun ni. Sempat la jugak aku singgah masa aku gi boling EXSAS kat Sunway bulan tujuh hari tu. Kalau nak kena kosongkan, byk jugak benda dia nak kena pikir. Nak cari rumah lain, nak bayar rumah baru, nak bayar loan rumah lama bla bla bla. Apapun aku harap dia tabah sepertimana dia yang aku kenal dari umur 13 tahun dulu.

Skrg ni semua pihak duk main tuding tuding salahkan semua org. Federal kata state, state kata MPAJ, MPAJ kata pembeli rumah, pembeli rumah kata pemaju, pemaju kata kontraktor, kontraktor kata hujan, khalayak kata ‘ini Tuhan punya kuasa’. At last Tuhan jugak yang dipersalahkan. Semua org tak nak mengaku. Kalau zaman Samy Vellu dulu, dah tentu dia jwb “ini tanah runtuh berlaku disebabkan hujan. Kenapa mahukan salahkan Menteri? Siapa-siapa jadi menteri pun tak boleh tahan hujan. Dulu masa tsunami mari pun, org salahkan menteri, sebab itu Samy sama tsunami, nama sudah dekat....”

Abu kata, kenapa nak salahkan penduduk dan pembeli rumah. Kita beli rumah tu since tapak projek rumah tu dah ada kelulusan PBT. Aku setuju cakap Abu. Pemaju carik kawasan, mintak kelulusan daripada MPAJ. Lepas lulus, baru lantik kontraktor buat. Lepas tu carik buyer. Buyer tgk kawasan tu lulus PBT, baru beli. Bila kontraktor siapkan rumah, pemaju mohon CFO dr PBT. Lepas PBT luluskan CFO, baru la buyer masuk rumah. So, apa salah buyer? Bukannya duduk rumah haram rumah setinggan. Beli dengan setiap ringgit yang ada.

Ong Ka Chuan kata, bukan salah Federal atau State atau PBT sbb kawasan yang kena tu, yang rumah mewah 14 bijik tu, dah lulus dan wujud since 15 years ago. MPAJ tak wujud lagi masa tu. Betul la dia cakap kawasan tu dah lulus 15 tahun dulu. Habis, projek baru yg tgh duk berjalan kat atas kawasan tu dah lulus 15 tahun dulu jugak ke? Tak kan nak pejam mata buat tak nampak je kat atas bukit tempat kejadian tu? Tak kan nak lepas mcm tu ajer. Ni la dia, duk sibuk nak persoalkan ketuanan Melayu la, hak peribumi la, kerja tak buat jugak. Tadak ong la ini Ong.

Abu kata, Persatuan Penduduk dah pernah buat aduan kpd MPAJ pada bulan Oktober tahun ni pasal kemungkinan berlaku tanah runtuh. Siap dgn gambar sekali. So, MPAJ datang, tebang dua tiga btg pokok, lepas tu senyap. Itu je. Itu yg buat penduduk marah bila benda ni jadik. Dah la tu, ada pulak mamat yg dtg kat situ kata pembeli rumah bodoh. Kena maki ngan akak tu dah kira ok, bro. Kalau aku.... ntah la, aku ni bukannya berani sgt nak gaduh ngan org pun. Wakakaka...

Apapun bagi aku, semua ni kerana kita tak mahu belajar dari sejarah. Tragedi Highland tower, lepas tu yang baru berlaku dua tiga tahun lepas ni. Dua2 kat kawasan yang amat berhampiran. Kita tak nak belajar. I do remember report Abg Fawzi, salah seorg ahli panel penyiasat tragedi Highland Tower, yg dibaca oleh Anwar Ibrahim dlm Parlimen “... this tragedy is not just the act of God, but because of our own greedy hands...”

Belajarlah. Sebelum semua ini berulang lagi. Belajarlah. Sebelum kita dijajah semula seperti Melaka....

Ciow.

Wednesday, December 10, 2008

BlackOut

Dah tidur banyak sgt siang semalam, langsung aku tak leh nak tidur malam tadi. Sudahnya aku mengadap PC sampai pagi. Lepas Subuh baru tidur. Bangun tidur pukul 10, masuk ofis duduk tak sampai sejam, blackout la pulak. Tension betul. Apa ke hal la nak jadik ngan Kuantan nih. Kejap tak der air, kejap tak der letrik. Aku tukar kerajaan baru karang bising la pulak si Denan muka petak nih.

Sehari sebelum raya, dah blackout kat area ofis aku. Kuantan Parade bergelap dari tengahari. Aku yg nak gi beli kamus Bahasa Arab utk Kakak sudahnya beli CD, sbb kedai CD tu dekat pintu masuk belakang, terang. Kedai buku lak kat dalam, gelap tak nampak apa.

Raya haji, separuh Kuantan tak der air. Atabara, Jln Haji Ahmad, Bukit Sekilau, itu yg aku tau la, yg aku tak tau, entah la. Raya kedua, rumah aku kat Beserah pun tak der air. Kurang asam tul. Seharian aku tak mandi. Maghrib baru boleh mandi pasal baru ada air. Ari ni, letrik pulak tak der. Sampai ke traffic light pun tak der. Nasib baik la keta kat sini tak sebyk keta kat KL. Tapi, kejap lagi, time org balik kerja, masak la saper yg lalu depan Kompleks Teruntum, jln penjara, wong ah jang, darat makbar.

So, saper yg nak jwb nih. Denan muka petak tu bukannya suka sgt bercakap ngan media, marah media dia pandai la. Tak kesah la, aku pun bukannya suka sgt kat wartawan nih. Tapi, apa pun, setelkan masalah ni. Jgn buat org sakit hati. Nanti org tak undi kau, baru kau tau.

Salam Aidil Adha

Semalam, 8hb Disember 2008, Hari Raya Aidil Adha, disambut hampir sama oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Acara hampir sama jer, pagi, semayang sunat raya, dengar khutbah, pas tu sembelih binatang korban. Kat mana2 pun lebih kurang jer, Malaysia ke, China ke, India ke, Mesir ke, Mekah ke. Sebut Mekah, aku tak tau saper sedara aku yg dpt pergi buat haji tahun ni. Yang aku tau, Fatimang ngan hubby dia, Yus, tahun ni bertuah jadi tetamu Allah di Tanah Suci. Kak Teh, anak guru mengaji aku pun dapat pergi tahun ni. Best kan, muda2 dah dapat gi haji. Tentu tak susah sgt mcm saudara2 lain yang pergi pada usia lebih lanjut. Entah bila la pulak aku dapat gi. Akaun Tabung Haji pun tak der lagi.

Aku tgk kawan2 yg gi buat umrah pun dah ramai. Aku ni, ntah la. Harap2, satu hari nanti, tak berapa lama dari skrg, ALlah beri aku peluang utk ke sana jugak. Tak dapat haji, dapat umrah dulu pun, dah cukup baik. Pape pun, bagi aku, tu semua rezeki masing2. Ada rezeki, ada perkenan Yg Maha Kuasa, sampai la ke sana. Kalau belum tiba rezeki tu, apa nak buat, usaha jer la semoga Allah berkenan terima kita kat sana, InsyaALlah.

Raya kat kg aku tahun ni, kira ok la. Sehari sblm raya, hujan lebat sepanjang hari, dari mlm sampai ke pagi. Masa gi masjid pagi tu pun, hujan still lagi lebat. Lepas solat dan khutbah, hujan berenti. Tahun ni, kat kg aku 6 ekor lembu jd korban dan aqiqah. Laju tahun ni buat kerja, ramai budak2 muda yg turun sekali, ringan tulang menolong. So, kerja siap lebih cepat berbanding tahun lepas, walaupun last year cuma 5 ekor jer. By 11.30 am, semua kerja selesai. And, betapa besar kuasa Allah, as soon as kerja siap, hujan mencurah semula, selebat-lebatnya. Dia hentikan hujan utk bagi peluang utk hamba dia laksanakan ibadat, bila dah selesai, Dia sambung balik hujan tu. ".... dan bukankah itu menjadi petunjuk untuk mereka yg berfikir..."

Tahun ni aku ingat nak join korban, duit tak cukup. By the time duit dah ada, quota dah cukup. Ini la yang dinamakan rezeki ALlah, kalau dia nak bagi, dapat la, kalau tak, ada duit beribu pun, tak leh jugak nak beribadat. Nampak gayanya, byk lagi usaha aku kena buat utk dapat perkenanNya.

Petang, naik ke KL ngan Apek, hujan lebat sepanjang panjang jalan dari Kuantan sampai ke Gombak. Settle a few things kat KL, pas tu shoot ke KLIA, hantar Apek nak ke China. Lepas tu, singgah Gombak, jumpa best friend aku, si Iyut, sesambil pekena burger sebesar meja tak muat mulut nak kunyah. Around 12.30 am, aku shoot balik. Sampai R&R Temerloh lebih kurang pukul 1, aku stop sbb ngantuk sesangat, aku tertidur sampai pukul 5.00 am.

Aku sampai rumah kul 6 pagi, terus sambung tidur, sampai pukul 10.00. Bangun tidur, air pulak tak der. Time2 raya mcm ni boleh tak der air!! Ini yang rasa mcm nak tukar kerajaan nih!!. Makan, layan movie, pas tu tertidur balik. Bangun2 dah maghrib. SubhanALlah.

Tu la, byk sgt tidur, kan dah susah nak tidur mlm. Apa lagi, mengarang la....

Ciow.

Saturday, December 6, 2008

Some Oldies From The Old Blog

Petang semalam aku masukkan some of the old articles from my old blog kat lifelogger. Jenuh gak la aku godak PC kat ofis cari artikel2 ni since lifelogger still sangkut tak leh nak masuk. Ntah bila la nak boleh bukak balik. Rasanya may be ini last posting dr old blog aku. Yang selebihnya tu aku ingat, biar kan je la kot... nak wat cam ner. Abis dah benda alah tu tak leh nak bukak. Tak tau la kalau sifu aku dah boleh bukak lifelogger dia. So.... all the old articles aku postkan ke bulan Oktober, except yg Birthday Kakak aku post ke September, ikut tarikh asal dia.

Petang semalam, aku ada interview. Yang bestnya, org yang nak interview aku tu datang ofis aku, ajak aku gi minum kat kedai sebelah sebab ofis aku tgh cacamarba dgn member2 geng letrik tgh duk discuss pasal projek, pasal payment, pasal material, pasal masal mak nenek semua ada la.

Sembang punya sembang dia pun bgtau la pasal nak offer aku jadi faci utk course public speaking kat kolej dia. Aku kata, "alaaaa... malasnya nak gi interview". Pas tu dia cakap, "ni tgh interview la ni, tak der interview lain lagi dah. Tinggal lagi u kena hantar resume kat I utk official. Pas tu nanti I keluarkan surat dan u kena start mengajar bulan Januari. I bg u 2 minggu utk siapkan resume". Aku rasa la, ini la job interview paling special sepanjang hayat aku dikandung badan kat dunia fana' ni. Hehehe...

Resume? HHHmmmmm... Dah bertahun rasanya aku tak wat resume nih. Last aku try buat masa tgh tahun ari tu, sampai skrg tak siap2 lagi. Dah tak reti dah aku nak buat resume. Plus, degree aku and most of sijil2 aku dah hilang ntah ke mana. Sijil yang hilang tu pulak semua yang penting2 lak tu. Bukan koman2 punya sijil. Sijil yang aku paling sayang, signed by dua tokoh besar negara masa tu, Dr. M & Anwar Ibrahim pun hilang. "Tak per, u bubuh je la apa yang ada...". Kira ok la tu.

Selain kelas public speaking, nanti aku kena jugak train team debate dan pidato kolej utk any tournament. Though tournament lambat lagi, but they wish to start and prepare the team earlier. Hmmm... Apa lagi aku nak pikir, pikir pun tak guna dah sebab aku dah cakap setuju dah semalam. So, a promise is a promise. Kata kena kota. Tak nak la jadik mcm satu Ustazah tu, ada ke patut dia cakap kat aku janji tu kecik jer dalam Islam. Terkedu kejap aku... issshhhh... mengumpat lagi aku ptg Jumaat yg mulia nih.

Kerja nih kira part time lecturer la. Kelas aku cuma once a week dibuat sebelah mlm. So tak kacau kerja aku skrg ni. The pay? Tak tau la aku ok ke tak sbb aku tak nak kira sgt pasal pay tu. Aku cuma nak experience new things, mana tau aku suka. Sesambil tu, boleh jugak aku kongsi experience aku ngan org lain. Ye la, ilmu kalau tak dibelanjakan akan jadik makin kurang.

Cuma satu jer dlm kepala aku ni, boleh ke aku jadik pengajar yang baik... Ahhhh!!!! Tak yah pikir, pikir byk2 nanti tak jadik. Apa yang datang, itu yang kuhadap. Membujur lalu melintang patah!!!! Muarrggghhhhhh!!!! Hahahahaha!!! Gelak ala2 Jalak Lenteng gitu.

Ciow.

Sunday, November 16, 2008

Kakak Dapat No. 1

I can’t find any options utk elakkan outstation duty aku hari ni. Nak tak nak, suka tak suka, terpaksa jugak la aku pergi. Bila aku bagitau Kak Mah, dia kata dia sanggup ganti aku pergi Penyampaian Hadiah tu. Ye la, siang hari, anak2 aku duk ngan dia. Dia yang jaga. Dah jadi mcm anak dia jugak. Tambah lak anak2 dia pun tak der yg terima hadiah tahun ni, so dia tak der alasan nak pergi. Kak Mah ngan Abang Yie ni betul2 baik ngan family aku, byk jasa diorang kat aku dan family aku.

Malam sblm keluar, aku call Teh, bgtau pasal aku kena kerja luar. Mintak tolong dia uruskan kakak pagi nanti. Dia kata OK. With that, aku keluar dgn kepala berat dan hati berbelah bagi. Sedih sbb tak dapat attend first ceremony utk dia. Betul la aku dah attend graduasi dia, dua kali. Pertama masa dia 5 tahun kat Tadika Kemas Beserah, kedua masa dia Pra Sekolah kat SK Tengku Azizah. Tapi bagi aku, itu lain, masa tu bukannya dia dapat hadiah pelajar terbaik pun. Teringat dulu, masa aku adik beradik dapat hadiah, Ayah tak pernah dpt dtg sbb kerja. Tapi kami ada arwah Mek.Tiap2 tahun arwah Mek dtg tgk kami dpt hadiah. Tapi Kakak ngan Adik tak ada Ibu. Ada, tapi mcm tak ada. Bak kata Sarif samseng kampung ESKAYPI, ada tak menambah, tak ada tak berkurang. So, Kakak ngan Adik cuma ada Ayah, Tokki, mak2 sedara dan bapak2 sedara jer.

Pagi tu, masa Teh sampai kakak baru bangun tidur, menangis sbb tak der org kejut dia. Lupa lak aku nak pesan kat bapak aku. Kakak kata dia kena ada kat sekolah pukul tujuh pagi, skrg dah dekat pukul lapan. Lepas mandi, terus sarung baju sekolah yang aku dah siapkan mlm tadi sblm aku keluar gi kerja luar. Pas tu terus gi sekolah ngan Teh.

Kakak org pertama naik pentas utk terima hadiah. Dapat dua hadiah. Tempat pertama darjah satu dan pelajar terbaik subjek Bahasa Malaysia (Penulisan). OK la tu. Anak ayah... Teh kata, jumpa dgn Cikgu Leha, anak Mok Teh guru mengaji aku. Dia skrg ni Penolong Kanan HEM kat SK Beserah tu. Dia mintak nak jaga Kakak. Anak2 dia semua dah besar2, tak der anak kecik yg boleh main ngan dia. Teh kata, "saya mintak pun Idi tak kasi, ini pulak kalau org lain." Tau tak pe. Tak tau la, aku bab nak bagi anak kat org lain ni, aku cukup tak berkenan. Selagi daya, selagi mampu, biar susah mcmana pun, biar patah sayap bertongkat paruh pun, aku nak anak2 aku dgn aku. Aku bapaknya, aku walinya, selagi dia belum kawin aku tanggung dosanya, kenapa lak aku nak bagi anak aku kat org.

For Kakak, the girl I love the most, terima kasih kerana buat Ayah rasa gembira dan bangga. Terima kasih kerana buat Ayah rasa berbaloi menjadi seorg ayah. Terima kasih kerana menjadikan semua keperitan dan kesusahan bapa tunggal ini berlalu begitu sahaja dengan kejayaan ini. Terima kasih. Mungkin pada org lain, apa sgt la dapat hadiah masa Darjah satu, tapi bagi Ayah, hadiah ini sepatutnya menjadi yang paling penting, paling berharga, paling bermakna. Ia akan menjadi pemangkin utk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Ia akan menjadi kayu ukur berapa byk lagi usaha yang perlu digembleng utk kejayaan lebih besar masa akan dtg. Ia menjadi pemula kepada harapan yang lebih besar, dan dorongan utk terus berjaya. Satu ketika nanti, bila Kakak gagal mencapai sesuatu, Kakak sentiasa boleh menoleh ke belakang dan menjadikan kejayaan hari ini sebagai motivasi dan Kakak akan terus berusaha utk mencapai apa jua yang Kakak impikan dalam hidup. InsyaALlah. Dan Ayah akan sentiasa terus mendoakan yang terbaik utk Kakak dan Adik.

Teh ada ambik a few photos masa hari penyampaian hadiah tu. Jauh sikit gambar yg dia ambik tu, tak brp nampak sgt muka Kakak. But it’s OK daripada tak de langsung.

Tempat Pertama Darjah Satu
Terbaik Subjek Bahasa Malaysia (Penulisan)
Sijil & Hadiah
Another one for the Album
Si Comel Najwa pun dtg nak tgk Kakak dpt hadiah
Ustadz Abang Long Firdaus "The KungFu Master"
- saper kacau sepupu aku, aku belasah...
p/s : Think I need to buy a clear folder utk simpan sijil2 Kakak dia dan Adik. Dah makin byk dah ni.

Monday, November 10, 2008

Graduasi - Alif Iskandar Amin

Ahad 9 November 2008

I asked my friend to replace me in my outstation duty sebab nak attend Majlis Graduasi anak aku kat Tabika Kemas Beserah Selatan hari ni. Diam tak diam, dah habis Tadika dah anak bongsu aku ni walaupun umurnya belum lagi masuk 5 tahun. Bulan depan, Disember 2008, baru dia masuk umur 5 tahun. Kalau nak kira, dia ni hampir setahun lebih muda dari kawan2 sekelas dia. Masa mula2 daftar sekolah dulu, aku selalu takut dia tak leh nak coup up dgn budak2 lain. Luckily, he’s doing fine and he now had the advantage since he’s younger than other kids. Kira OK la.



Aku tak expect much pun majlis ni. Ala.... majlis graduasi budak tadika, apa la sangat ada pun, kan? Tapi, aku betul2 nak attend majlis ni as a support for him. Dah la masa sukan dulu aku tak dpt dtg sbb outstation, takkan graduasi pun tak leh nak attend jugak, ye tak? Lagi pulak aku nak dia tahu, aku akan support dia dlm hal2 berkaitan pendidikan dia. Dan aku nak dia rasa happy on his graduation day. Kesian jugak la kat dia, kalau aku tak datang, sapa lagi nak dtg. Betul la Abg Din ngan Kak Zan akan dtg, tapi tu sebab Faiz tadika sama kelas ngan Iskandar.

Anak2 aku ni, kalau aku tak der, jadi yatim piatu la jawabnya. Ada mak pun, mcm tak der. Since puasa hari tu sampai sekarang ni, jangan kata nak menjenguk, telefon tanya khabar pun tidak. Tumpang la kasih emak bapak sedara dan sepupu sepapat. Tak pe la. Apa nak buat kan, tu semua dugaan Allah swt utk diorg. Tu tanda Allah sayangkan diorg...

Jauh la pulak konarnya cerita aku ni. Sampai sekolah, jumpa a few old friends dari sekolah rendah. Shahrizan (Jang) dah jadi Pengerusi Tadika Kemas ni, ok la tu. Linda, jadi pengacara majlis pagi tu, Din bakar, pun dtg anak konvo. Jumpa jugak Saupi, senior clerk aku masa kat SME Bank. Dia ngan adik dia Saidi jadi katerer utk majlis hari ni.

Seronok aku tgk budak2 ni, diaorg buat majlis tu mcm hari sekolah biasa, main dan berseronok mcm biasa. Langsung tak nampak muka nervous. Yg nampak nervous Cuma Faiz je masa solo utk nasyid. Mama duk gelak jer tgk si Faiz, anak sapa la muka nervous sgt2 tu, kata dia. OK jugak si Faiz ni, boleh ikut jejak abang long Firdaus dia yg menang hafaz qur’an daerah kuantan tahun ni. Lepas nasyid tu, ada tarian 60’an sblm majlis penyampaian sijil dan hadiah.
By eleven majlis berakhir. Ada makan tengahari utk semua yg datang, lepas tu majlis bersurai.

Balik rumah aku tidur, mengantuk sesangat.... Ni ader gambar sikit. First time aku masukkan gambar dlm blog aku. Terkial-kial la jugak. Maklum la, teknologi......

Tengah bersiap sedia sblm nasyid.



Tersengih tunggu turn ambik 'Ijazah Tadika, Dengan Kepujian'...









Terima 'Ijazah' dari Penghulu Beserah
Dengan Mohd Faiz Kamarudin, sepupunya, sahabat baiknya dan musuh ketatnya....
One for the family album. Dengan Kakak, Alifah Nadia Amin
Ciao

Friday, November 7, 2008

A New Start

Assalamualaikum wbt.
I've been having some trouble accessing my own blog kat lifelogger. When I asked jrazlina, she said this problems are quite common and she herself is planning to move to this blogspot. So, since my sifu nak pindah, aku pun kena la pindah. Nanti susah la pulak nak mintak tunjuk ajar. Aku ni dgn teknologi ni tak berapa nak masuk, so kita ikut je la kata sifu.

Tapi, sebagai anak murid yang baik, dan sebagai dedikasi utk sifunya (muahahahaha...) sblm sempat jrazlina pindah, aku dah pindah dulu. Wakakaka... Anyway, aku tau, belum pun sempat aku gi jauh, dia dah jauhhhh potong aku. Biasa la kan. Lampi.

So, welcome to my new world, new place. This is my first blog in my new space. And since I'm moving here, I might bring along all my previous articles in my previous home. But then, you have to wait for that since I still can't access my old blog and the copies of the articles are not with me in this laptop. They're in my PC at my office. And I'm almost two hundreds kilometer away from my office.

Lepas aku masukkan semua rtikel dr blog lama, baru aku masukkan artikel2 baru yang aku belum publish. Nanti tak bersusun, pening lak kepala hotak berjambul (Mail Kering kata kepala hotak ber'hackel'...) aku nih. So, till then, chow.

Sunday, October 19, 2008

Jalanraya Di Hari Raya

Masa ke Trgn tempohari, sblm sampai Rantau Abang, ada satu long straight without double line. Kereta Abang Din kat depan aku overtake satu Gen2. I noticed that bila keta abg Din dah sampai kat sebelah that Gen2, keta tu put up his speed, mcm tak nak bg abg Din potong dia. Dlm hati aku kat belakang ni kata, apa hal mamat ni? Lepas abg Din potong dia, dia slow balik, and made quite a gap between both cars. Bila aku tgk depan dah clear, aku pun cuba la potong dia.

And the same thing happened again. Bila aku sampai kat sebelah dia, dia put up his speed again. Aku tambah speed, and so did the Gen2. Fuck man!! What the hell is he trying to do? Get us all killed or what? A lorry from the other side, followed by a lot of other vehicles dtg. Aku tau mmg dah tak lepas nak potong. So aku reduce speed and get back behind him.

Mcm dlm iklan radio tu kata, bukan la harap sgt, tapi saya terus jadi marah. Rasa mcm nak langgar je belakang kereta tu. Nasib baik kepala otak aku waras lagi. Pikir jugak beb, anak aku dua2 dlm keta, anak sedara dua org. So, kita cuba pendekatan lain.... Since dia dah drive close to the middle line, and kakilima jln tu mmg lebar, maka aku, with great care, dengan pantas berdesup, potong dia dr sebelah kiri. It’s common in Trgn, kalau jalan dua lorong, semua org akan memandu di sebelah kanan, so you have to use the left lane to overtake.

Bila dah dekat nak lepas tu, aku hon dia and show him my middle finger. Kira ok la tu. Kalau ikut perangai zaman jahiliah aku dulu, aku nak buat lagi jahat, aku himpit je dia masuk ketengah. Biar kena langgar ngan keta2 dr arah lwn.

Aku tak tau mcmana org lain akan react dlm keadaan mcm ni. Aku tau kebanyakan Malaysian mmg penyabar. Aku ni, bukan la penyabar sgt kot. Tapi rasanya aku ada hak utk marah dlm keadaan mcm ni. Bagi aku, everytime you are on the road, you actually sedang meletakkan nyawa kamu dan penumpang2 kamu at risk. Kemalangan jalanraya adalah punca kematian utama kat Malaysia. This fact should have speak for itself. Do you really need to have a near death experiences or kematian penumpang kamu akibat kemalangan baru kamu nak faham?

Ramai pemandu kat Malaysia yang jadikan jlnraya kita ni tempat bercinta, tempat bermain, tempat bersembang, tempat berlumba, tempat melepaskan geram etc etc etc.. Yang berasmara sambil memandu pun ada. May be that’s the reason why jlnraya kita jadi tempat mengakhiri nyawa.

Aku benornya, kalau keta yang jenis bwk laju, berlumba sesama sendiri aku tak kisah. Really. Jenis yg laju ni, sekali kau potong aku, then, that’s it. Way you go. Dah tak nyusahkan aku, Kalau kau nak terbabas pun, kau punya hal la. Kau sendiri yang sakit. Keta kau yang jahanam. Unless bila kau bwk laju, accident and drag other cars with you, than aku rasa marah.

Aku sebenarnya lagi bengang pada yang jenis bwk keta sorong kat atas jln raya, atau yang jenis pedal minyak dia patah and dia just masukkan gear and cruise on mcm jln raya tu bapak dia punya. Come on la beb, bapak aku pun bayar road tax jugak.... Jenis mcm ni sebenarnya byk jugak menyebabkan kemalangan. Bukan pada dirinya, tapi pada org lain. Mesti korang pernah jumpa kaum yang mcm ni kan? Mesti hangin satu badan bila duduk kat belakang dia and tak leh nak potong. Speed limit 70, dia bwk 30. Speed limit 90, dia still bwk 30. Masuk highway pun bwk 30 jugak.

Siapa yg patut disalahkan bila pemandu lain jadi marah dan hilang sabar. And then cuba overtake the car by all means. Two kilometers behind, tiga empat bijik keta accident, sondol menyondol sesama sendiri sebab tak sempat nak brek. Kalau yg slow tu lori penuh muatan, tak la kisah sgt, tapi kereta baru, siap modified lagi. Exzos dah boleh masukkan kepala driver dia, punya la besar. Hood siap pakai clipper. Accessories tak yah cerita la, lgi mahal dr harga keta tu. Tapi bwk.... ya Allah, siput babi pun lagi laju la..

Lagi satu yang jenis kejap laju, kejap slow. Kejap ada pedal minyak, kejap tak de. Yg kes aku kena kemarin tu, jenis yg mcm ni la. Lagi sakit bila kita nak potong dia, dia pun laju. Siap teruja pulak tgk kita kat sebelah dan lori dtg dari depan. Bila tak de org nak potong dia, dia slow balik. Golongan seperti ini rasanya layak kita panggil dia.... apa ek? Anak haram boleh la kot. Tak leh nak pikir la pulak perkataan2 tak elok nak bagi kat dia ni.

Cadangan aku, kalau kita boleh buat maximum speed limit, kita juga patut buat minimum speed limit. Bayangkan kita drive 100km/h kat highway, sambil dipotong oleh keta2 kain yg bwk 110km/j atau lebih sikit, tetiba keta kat depan kita bwk 30 or 40km/h. What will happen? Do remember, tak semua pemandu ada good depth vision. Kena pulak kat selekoh... Kalau sempat brek sampai keluar asap tayar keta pun kita belum tentu selamat. Keta kat belakang kita mungkin tak sempat nak brek, apa lagi hentam belakang la jawabnya. Kalau tak sempat brek, samada kita kita sondol belakang dia, atau kita kena langgar ngan keta yg lebih laju di lorong kanan masa kita nak mengelak. Either way, that car tak de apa sgt. Org lain yang la yang kena.

Let’s put the same situation kat jalan biasa pulak. Lagi bahaya. Tak sempat brek, kita sondol dia. Kalau sempat brek, kita kena sondol ngan keta belakang. Kalau elak ke kanan, kalau ada kereta dari depan, the impact will be higher. Lagi tinggi risiko hilang nyawa. Kalau elak ke kiri, langgar pokok la pulak.... Siapa yang susah? Abang polis traffic ngan ambulan jugak yang susah....

So, utk semua, bila memandu, letakkan seluruh perhatian kepada pemanduan. Jangan la mulakan pemanduan dgn niat nak menyusahkan org lain, atau lebih buruk, nak bunuh org lain. Jgn duk asyik nak berangan je dlm keta. Kalau putus cinta pun, apa la sgt. Nanti Tuhan bagi yang lain. Kalau dah hilang nyawa, kau jwb la sendiri. Sendiri mau ingat la...

Chow.

Saturday, October 18, 2008

Seminggu Berhari Raya Pt. II

Raya Keempat – Sabtu 4 Oktober 2008

Lepas mandi dan sembahyang Subuh, aku keluar pergi carik breakfast. Since astaka kat rumah aku tu still tutup, aku pergi sampai ke Batu Hitam cari roti canai. Kebanyakan kedai masih lagi tutup. Order roti canai 20 keping. Lepas tu duduk tunggu. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.... dua jam berlalu, tak siap lagi roti canai aku. Pukul 9.30 tak siap jugak, aku blah. Sempat la sound kat akak kedai tu. Panas betul kepala otak berjambul aku. On the way, nampak satu warung bukak, ada kuih dan makanan siap bungkus. Beli kat situ je la.... Hilang mood aku pagi2.

Lepas breakfast, layan tv ngan anak2. Tak tau nak gi mana dah. Kwn2 Imran dari Pekan dtg raya kat rumah. Masa diorg blah, Imran pun ikut sekali. Kul 11.30 Abang Din dtg, ajak semua org gi rumah dia, Kak Zan dah masak mi utk kami semua. Apa lagi, berdesup, dgn pantas kami sampai. Lepas makan, aku balik rumah sbb Ayah sampai rumah kunci tak de. Kunci dia Kak Ani ambik, pas tu dia pulak pergi bandar beli barang utk Along yg nak balik ke asrama di Jengka Pusat. Dah sampai rumah, malas la pulak nak balik semula rumah Abg Din. Tak tau nak buat apa, layan movie. Habis satu movie, solat zohor, Iru dan anak2 balik rumah, layan lagi satu movie. Lepas maghrib aku kuar ke bandar beli brg dapur. Pas tu singgah jap kat ofis, then balik.

Sampai rumah, tgk Teh ngan Cik Man dah sampai. Mak ngan Pak pun ada sekali. Lagi sekali penuh rumah aku. Aku ngan anak2 tidur luar lagi. Bilik bagi Mak ngan Pak pakai. Tak de hal punya. Mak Melaka pergi tidur rumah Abang Din. Imran lak pergi beraya dr petang tak balik2. Tidur rumah kawan dia kat Pekan. Sembang2 ramai2, meriah lagi. Dlm kul 12 mlm tu aku tidur.

Raya Kelima – Ahad 5 Oktober

Lepas solat, mandi, aku bagi duit kat Teh, mintak dia ngan Cik Man pergi carik breakfast. Aku kata, aku sponsor pun tak de hal, janji jangan suruh aku gi carik. Serik dah kena tunggu roti canai sampai dua jam hari semalam. Masa breakfast, aku tgk kereta Abg Yie dah ada kat depan rumah dia. Tentu dia sampai dari Kelantan malam tadi. Lepas breakfast, Abg Yie dtg rumah. Dtg sorg je. Sempat sembang kejap, dia balik, ada hal. Mintak kami dtg raya rumah dia.

Lepas semua org bersiap, kami konvoi 4 bijik keta pergi rumah Kak Milah kat Balok Pine. Dari rumah Kak Milah, kami ke Kg. Masjid, rumah Mak Alang. Aku tak pernah pergi rumah dia ni, ini first time. Tgk dari luar, biasa2 je, rumah kg papan lama. Bila masuk dalam, humang aiiii.... Cantik tu. Teringat mcm cerita senario yg jual roti canai tu. Dari luar, rumah setinggan buruk je. Masuk dalam, pehhhh.... mcm banglo hartawan. Lama kat rumah tu. Sempat la mintak tolong dia pegang2 si Lin. Dah masuk tiga tahun kawin, belum ada baby. Dulu Teh pun dia la yg tolong usahakan. Lepas lapan tahun kawin, akhirnya, tahun ni baru dpt baby. Cuma sayang sbb tak sempat nak tgk Najwa, selang dua minggu je lahir lepas Mek meninggal.

Dari rumah Mak Alang, kami ke rumah Abg Yie, beraya dan makan tghari. Kak Mah masak utk kami semua. Lepas makan tu, Kak Ani shoot balik JB, Iru shoot balik Melaka, Teh shoot ke Jengka hantarkan Along, Abg. Din balik umah dia. Tinggal la aku ngan anak2, balik rumah. Lepas mandi, solat asar, aku kumpulkan duit raya anak2 semua, kira semua sekali. Dapat la RM260. Boleh tahan jugak. Murah rezeki anak2 aku. Alhamdulillah.

Ptg tu tak de gi mana dah. Lepak kat umah jer. Penat. Sempat tertidur lagi. Pukul 7.15 kakak kejutkan aku sembahyang Maghrib. Pukul 10.00 anak2 aku masuk tidur, esok dah nak mula sekolah. Selang 10 minit, Teh sampai dari Jengka. Kesian Cik Man, masuk2 rumah jer, terus tanya nasik. Aku kata nasik tak masak sbb anak2 pun tak nak makan, diorg makan kuih raya jer. So, Teh ngan Mak masak, and aku pun tumpang sekaki makan. Huh! Dah tgh mlm pun makan nasik lagi, makin bulat la perut aku yg seketul ni....

Raya Keenam – 6 Oktober 2008

Masa nak hantar Kakak pergi sekolah, keta aku tak leh start. Bateri kong terus. Mesti suis punya hal, sbb masa aku tutup enjin yesterday, lampu bateri dia tak padam. Bwk keta Teh gi hantar Kakak. Lepas breakfast, aku gi Shell Beserah carik jumper. Bila jump tu, main fuse lak terbakar. Salah sambung jumper rupanya. Alamak... Cabut main fius tu, pergi kedai potong kat sebelah Petronas Beserah. Tak de barang. Pergi kedai wireman aku kat Alor Akar, pun tak ada ini brg. Straight gi bandar, tiga kedai spare part aku gi, semua tak de. Pergi Tan Choong, dealer Nissan, pun tak der brg. Balik rumah. Try buat sendiri, tak lepas. Cik Man ajak gi Semambu. Tiga kedai potong dan 1 kedai spare part besar, pun tak de brg.

Pergi semula kedai wireman aku kat Alor Akar mintak jugak dia tolong. Modified main fius tu, dia charge 3 ringgit. Punya la tension kepala otak. Tiga ringgit punya hal, satu Kuantan aku pusing. Dari pagi sampai ke tghari. Sampai rumah, jumper lagi sekali. Terus hidup. Bagi dia panas kejap, pas tu terus shoot ke ofis. La... tak bukak rupanya. Since kepala aku dah tension, aku masuk dalam, tutup balik pintu. Malas pulak rasa nak bukak kedai hari ni.

Dlm pukul 3, dapat call dr Chipong. Dia ada kat depan kedai. So beraya la ngan dia. Gi minum kat sebelah Megamall. Lepak sampai pukul 4.30, pas tu balik rumah, tidur. Mlm dah tak de mana, layan tgk tv je la. Cik Man, Mak ngan Pak masih ada kat rumah. Esok Cik Man nak balik ke Temerloh. Start kerja hari Rabu nanti. Aku pun besok dah nak bukak kedai.

So, gitu la seminggu berhari raya. Pada Hari Raya ketujuh aku dah start kerja. Ptg tu aku jumpa sorg kwn yang dah lama aku tak jumpa. But that will be another story.

Chow.

Seminggu Berhari Raya

Malam Raya – Selasa 30 September 2008

Lepas buka puasa terakhir tahun ni, hujan turun. Tak la lebat sgt, tapi kira lebat la jugak. Cukup utk menyejukkan alam yang kepanasan sepanjang hari terakhir Ramadhan. Cukup untuk membersihkan debu dan kotoran di tanah dan longkang besar sekitar kampung aku. Hujan awal malam itu seakan satu kesayuan untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah dan maghfirah. Bagaikan satu petanda rahmat dan kesyukuran kerana berjaya mengakhiri Ramadhan dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan seakan gembira dengan kedatangan Syawal penuh ceria dan bermakna.

Malam raya, lepas Isya’, semua adik beradik, Kak Ani satu family dari JB, Abg Din satu family, Teh satu family, aku ngan anak2 dan Ayah berkumpul kat rumah. Yang tak de cuma Iru ngan Lin jer. Tahun ni, diorg raya kat Melaka dulu, lepas tu baru balik ke Kuantan. Meriah sgt rasa malam tu. Yang dewasa ni, buat ketupat segera (mengumpat la tu...), tak ingat... Macam2 benda la yang jadik bahan ketupat dan ketawa. Yg paling teruk kena mlm tu, Firdaus, anak sulung Abg Din. Kecoh kami duk cerita pasal kisah cinta dia ngan Ira, anak jiran sebelah rumah aku. Hahahaha... Yang budak2 duk main sesama sendiri, bukan main meriah walaupun tahun ni tak de mercun ngan bunga api. Pelan2 Abg Din keluarkan kamera ambik video budak2 duk main. Mula2 tu diorg tak perasan. Tapi bila diorg dah tahu, makin gedik la masing2 tunjuk aksi pro tersendiri. Yang menyanyi, yg menari, siap ada akrobatik lagi... Hahahaha....

Dlm pukul 11 Abg Din balik rumah. Yg lain, kemas2 susun tempat tidur. Ambik kau, sampai ke dapur sbb tak cukup bilik dan ruang tamu.

Raya Pertama – Rabu 1 Oktober 2008

Semua pagi2 dah bangun. Mandi, makan lebih kurang, and... pakai baju raya. Kakak baju kurung warna hijau, Adik baju melayu kuning siap samping, aku.... baju Melayu lima tahun lepas ngan seluar jeans baru. Kira ok dah tu, aku ni bukan pandai nak pakai smart2 pun. Pukul 8, masing2 berlepas ke masjid.

Since Masjid Sg. Karang Pantai (better known as Eskaypi or SKP) tgh renovate, aku gi semayang kat Masjid Batu Hitam je. itam Hitam je. Though Masjid Beserah dekat je ngan rumah aku, dah lama aku tak gi semayang raya kat situ. Tambah2 sejak Masjid Baru dah bukak ngan Imam baru dah lantik. Aku lagi seronok semayang kat Sg. Karang, sbb kwn2 aku ramai kat sana. Since aku balik Kuantan tahun 2000 dulu, aku banyak buat aktiviti kat sana. Walaupun Sg. Karang tu bukan kampung aku, tapi aku lebih dikenali kat sana, dan kenal lebih ramai org kat sana. Lepas semayang, kami kumpul salam2, peluk2 dan bermaaf2an. Masa tu la seronok tgk kwn2 menangis sebak. Tahun ni, tak dpt la nak adakan acara tradisi tu. Tak pe la, InsyaAllah, tahun depan masjid tu dah siap, boleh la adakan semula acara tu.

Bila aku ingat Masjid tu, aku teringat kat Arwah Ferizli. Dia ni bekas S/U Sulit Datuk Fauzi, bekas Timbalan Menteri, bekas Adun Beserah dan sekarang dah join PKR. Dulu, setiap kali jumpa arwah, mesti kami kutuk mengutuk sesama sendiri, gaduh dan mcm2 lagi. Setiap pagi raya, dia akan pakai jubah yg mcm Pak Imam kat Mekah pakai. Tak kurang jugak makmum yang ingatkan dia Imam Masjid tu. Hahahaha... Sahabat ni meninggal dunia secara mengejut on 2006 sbb lelah (or so..). Utk Arwah, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku. Al-Fatihah.

Lepas semayang raya, balik rumah, acara beraya sesama keluarga pun bermula. Lepas salam2, bagi duit raya kat anak2 dan anak2 sedara. Alhamdulillah. Tahun ni kali pertama aku dpt bagi duit raya sejak aku divorce. Rasa kurang meriah sikit, sbb Mek dah tak ada. Dah tak dapat bersalam dgn Mek. Dah tak dapat dengar dia berleter pagi2 Hari Raya. Dah tak dapat rasa daging goreng yg Mek selalu buat pagi raya. Dah tak ada tapai pulut bungkus ngan daun jambu laut. Tapai Mek ni kira famous gak kat area kg aku ni. Salah satu tarikan utama utk org dtg beraya kat rumah aku. Suddenly, bila teringatkan semua tu, hati jadi sebak, air mata mula bergenang dan menitis di pipi. Hanya Allah tahu betapa azab aku merindu kasih sayangnya.

Lepas tu, ramai2 kami berangkat ke kubur Mek. Kami tahlil and Abg Din baca doa. Menangis lagi, especially bila Abg Din baca doa dlm bahasa Melayu. Selesai doa dan menyiram air kat pusara, aku dan keluarga bersalaman dgn keluarga Arwah Ayah Wan Sharif. The whole family were there. Kwn2 samseng kampung dusun pun ada, Awie ngan Ja. Member paling rapat masa kecik.

Dari kubur, kami balik ke rumah sblm ke rumah Mak Teh. Ayah tak ikut, nak rehat kat rumah je. So, kami anak2 dan cucu2 je yg pergi. Dari aku kecik, masa mula2 berhijrah kat kg ni dulu, ini la rumah yang tak pernah kami terlepas utk beraya. Dah jadi acara wajib. Mak Teh ni guru mengaji kami lima beradik. Hampir semua budak generasi aku mengaji ngan dia. So bila raya, rumah dia sentiasa meriah ngan budak2 dan mak ayah budak2. And tiap2 tahun, dia buat laksa, and laksa dia mmg best.

Lepas rumah MakTeh, kami ke rumah kak Ani, neighbour aku. Since dua bulan lepas, kak Ani ni kena stroke, kesian jugak. Kak Ani ni pandai mengurut, especially utk ibu2 mengandung. Ramai jugak yg dptkan khidmat dia. Masa aku sakit tahun 2005 dulu pun dia la yang tolong selain ubat herba yg Ayah tolong buat. Walaupun tak leh bangun, Kak Ani still boleh bercakap dgn jelas, Cuma dah tak boleh buat lawak mcm biasa dulu. Moga Allah segera sembuhkan dia, Amin...

Lepas rumah Kak Ani, Abg Din satu family ke Sg. Isap, raya rumah mertua. Kami yg lain ni ke rumah Ayah Chik di Tg. Lumpur. Ayah Chik ni abang pada arwah Mek. Lama gak la kat situ. Lepas tu, Kak Ani satu family terus ke Jengka 3, rumah mertua. Teh n hubby gi raya rumah kawan diorg kat Inderapura. Angkut sekali ngan anak2 aku. Tinggal la aku sorg, tak tau nak buat apa. So, balik rumah je la.. Layan movie sorg2, tgk Dark Knight. Kira ok la. Buat ganti sarkas yg biasa tayang kat TV masa aku kecik2 dulu... Hahahaha...

Ptg tu Su Da, adik bongsu Ayah, Ayah Su, Kak Ani Indera Mahkota (sepupu sulung aku) ngan 2 anak Su Da dtg beraya. Kak Ani tak jadi g Temerloh sbb bas penuh. Sudahnya dia g raya ke Kemaman rumah Su Da. Kesian dia. Didie ngan Din Pendek pun dtg raya ptg tu. Maghrib baru diorg balik.

Malam, Kak Milah, anak sepupu ayah satu family dtg beraya. Kecoh lagi satu rumah. Lepas Kak Milah balik, Teh bersiap nak balik ke Trgn. Dah siap2 tu, tetiba hujan turun dgn lebatnya. Siap angin ribut, cuma tak de de kilat dan petir sabung menyabung. Masa aku masuk tidur pukul 12.30 mlm, Teh ngan hubby dia, Cik Man still tidur kat ruang tamu.

Raya Kedua – Khamis 2 Oktober 2008

Bangun pagi, tengok Teh ngan Cik Man ang Najwa dah tak de. Ntah pukul berapa dia org gerak ke Trgn. Aku siapkan anak2 dgn baju raya, then diorg ikut gi beraya dgn Abg Din satu keluarga. Dlm pukul 9 pagi, Saiful call mintak tolong bukak ofis sebab nak ambik cable press tools. Ada kerja emergency kat JBA Chini. Actually kerja tu dah buat before raya, tapi tak sempat nak habiskan. Ptg raya pertama diorg call mintak buat raya kedua sbb kontraktor pam nak buat kerja hari tu. Kontraktor pam tu Cina, tak pa la dia tak raya. Apa nak buat, kan? Dah mcm tu kerja kita, ikut kan je la.

Lepas Zohor, aku anak beranak dgn Abg Din satu family berlepas ke Trgn. Destinasi pertama, Sura. First rumah, kami singgah rumah Pak Chik Hassan, sepupu arwah Mek. Sayangnya Pak Chik tak de, ke Trgn dgn rombongan pengantin. Nasib baik Mak Chik ada ngan anak2 dia. Rumah kedua, rumah Mak Ngah Gayah, pun sepupu arwah Mek. Ikutkan sejarah, kat sini la pertama kali Mek ngan Ayah berjumpa, kat rumah arwah Tokki Awang, bapa sedara Mek yg juga bapak angkat Ayah. Jumpa sekali je, lepas tu bapak aku terus masuk meminang dan terus kawin. Arwah Tokki Awang sendiri yang nikahkan Arwah Mek & Ayah. Dalam masa seminggu, semuanya settle. Lepas tu kekal sampai la arwah Mek meninggal. Org skrg bercinta mcm nak rak, tunang dua tiga tahun, kawin tak sempat setahun dah cerai berai.... Ironik, kan?

Dari rumah Mak Ngah Gayah, kami gerak ke rumah Pak Muda, adik Ayah kat Balai Besar, sebelah PPRT Balai Besar. Tapi rumah sunyi dan sepi. Mcm lagu Dhalan Zainuddin, sunyi dan sepi, tiada bintang yang berkerlipan.... Anak2 dia pun tak de. Balik Kelantan agaknya. So, kami terus ke rumah Mak Ngah Nik kat Kg. Che Lijah. Still kat Dungun. Mak Ngah Nik kakak pada arwah Mek. Sembahyang asar, lepas tu shoot ke Marang. On the way ke Marang tu la yang ada keta Gen2 cuba bunuh aku ngan anak2 aku tu.... Biadap betul...

Kami terus ke rumah De Jah di Pangkalan Berangan. Sampai sana dah dekat nak maghrib. Penuh rumah dia ngan anak2 dan cucu2 dia. Kalau anak dah sebelas org, cucunya tak tau la berapa. Havoc satu rumah bila kumpul. Itu pun ada lagi anak dan cucu dia yg belum sampai. Pok De tak berapa sihat sejak operate buang batu karang kat buah pinggang dia dulu. Masa arwah Mek meninggal, dia tak dapat dtg sebab baru lepas operate. Sampai skrg pun, dia still sakit belakang, demam etc. Dah sihat nanti, nak operate sebelah lagi buah pinggang dia, buang batu karang jugak. Kesian jugak aku tgk dia.

Dalam pukul lapan, kami shoot ke Kuala Terengganu, lalu jalan Kuala Berang – Kuala Terengganu, terus ke rumah mertua Teh di Kubang Badak, sebelah UMT. Ptg tu, adik Cik Man bertunang, jadi ramai la sedara mara yg berkumpul kat situ. Masa sampai kat sana, sedara mara dia tgh siap2 nak buat BBQ. Apa lagi, join sekali la. Meriah lagi.... Siap ada acara potong kek hari jadi lagi. Tapi aku tak sempat makan kek sbb perut dah overload. Penat aku diet sebulan, time raya terpaksa la pulak makan byk2. Hehehehe....

Dlm pukul 11 lebih, kitorg pergi rumah Cik Man, kat sebelah rumah mak dia je. Rumah tu Cik Man buat last year dan bagi sewa kat siswi2 UMT. Masa raya ni, diorg balik kg masing2, jd kami tumpang la tidur kat situ. Mak Cik Man pun dah bg tau kat budak2 tu kami nak tumpang tidur, so diorg dah kemaskan rumah tu. Mandi, solat jama’ Maghrib dan Isya’, terus pengsan.

Raya Ketiga – Jumaat 3 Oktober 2008

Lepas solat Subuh, sambung tidur sikit lagi dlm stgh jam. Bagi anak2 siap dulu. Lepas mandi, gi breakfast kat rumah Mak Cik Man. Roti canai ngan nasik lemak ikan aya. Pagi2 dah kenyang. Mcmana la nak diet... Seronok dtg rumah mak Cik Man ni, dah rasa mcm mak ayah sendiri. Lepas breakfast, sambung lagi acara Mari Beraya....

Dari Kubang Badak, kami ke Losong, rumah kwn Abg Din & Kak Zan. Dekat ngan Muzium & Masjid Kristal. Masa kat rumah kwn dia tu, dapat la pulak cerita pasal x aku. Hmmm... mcm selalu la, kita tak korek pun, lambat laun sampai jugak cerita. Kan aku selalu kata, truth will prevail. Bangkai gajah tak leh tutup ngan daun sireh. Lantak kau la. Yg penting, hidup aku happy skrg ni ngan anak2.

Dari Losong tu, kami lajak sikit ke depan, ke Masjid Kristal, bwk anak2 jln tgk Masjid Kristal. Aku pernah dtg sini bulan puasa hari tu, bukak puasa ngan kwn2 dari Jabatan Kastam Trgn. Kat situ ada buat buffet Ramadhan, dgn bazar Ramadhan sekali. Seronok sakan anak2 aku kat sana. Dulu, Tadika Adik pernah buat rombongan ke masjid ni, tapi aku tak bagi dia ikut. Jauh sgt la, lagi pun Trgn ni kampung sendiri, tak de maknanya nak rombong merombong ni. Adik tu pulak belum lagi masuk lima tahun. Aku pulak sibuk ngan kerja, tak sempat la nak follow rombongan tu sekali.

Settle Masjid Kristal, kami ke Marang. This time lalu bandar KT dan follow jalan pantai. Kerja2 besarkan jalan dari Chendering ke Marang tak siap lagi. Lama dah jugak projek tu. Tapi aku tak ambik pot sgt, sbb aku tau, kalau kerja buat jalan kat Trgn ni mmg lambat. Dulu, masa aku mula2 kerja kat Trgn, diorg tgh besarkan jalan dr Simpang Empat Chendering sampai Jambatan Kuala Ibai dekat ngan Masjid Terapung. Dari aku mula masuk kerja tahun 1997, sampai aku transfer ke Kuantan tahun 2000, tak siap pun lagi jalan tu. Tak sampai dua kilometer pun jalan tu, punya la lama baru siap... Ini pulak kalau dr Marang ke Chendering. Byk kilometer gak tu. LPT pun tak nampak bayang lagi kat mana. May be 20 tahun lagi siap la kot.

Singgah rumah Mak Ngah (aku lupa nama dia, sbb mmg dari kecik aku panggil Mak Ngah je, kalau Mek nak describe dia, Mek sebut Mak Ngah Marang je...). Rumah dia kat Seberang Marang. Mak Ngah ni isteri arwah abang Mek. Masa arwah Ayah Ngah meninggal dulu, aku kerja kat Trgn, so aku sempat la ziarah. Masa hayat dia dulu, arwah ni tekong bot nelayan, sama mcm arwah Datuk sebelah Mek dan sama mcm Ayah Chik di Tg. Lumpur. Keturunan kami sebelah Mek kebanyakannya Tekong Laut, tapi aku ni phobia kalau air dlm. Boleh berenang, tapi penakut... Hehehe....

Lepas tu kami ke Tok Dor, rumah Kak Semek, sepupu aku sebelah Mek. Anak Da Yam di Pulau Kerengga. Singgah kejap je, tak masuk rumah pun. Kak Semek sorg je kat rumah, yg lain2 tak de. Dari sana, kami ke Pulau Kerengga rumah De Yam. Abg Nasir sekeluarga pun ada kat sana. Siap makan tengahari, solat, rehat lebih kurang, kami shoot balik ke Kuantan. Singgah kat Petronas Rantau Abang, kencingkan budak2 dulu, nampak mcm nak tidur dah budak2 tu, baik kencing dulu, takut nanti karang ada pulak la yg terkencing dlm keta. Sblm gerak tu, terjumpa ngan Adik Ah, bekas adik ipar aku. Dia baru balik raya dr Kerteh. Tak de apa nak cerita, Cuma aku mintak sampaikan salam utk keluarga di Kuala Ibai.

Kami singgah rumah Su Da di Kemaman, last stop sblm balik Kuantan. Dalam pukul 6.45 ptg, kami shoot balik. Sampai rumah dah Maghrib. Tgk2 Iru ngan Lin dah sampai kat rumah dari Melaka. Mak Lin dan adiknya Imran pun ada. Kak Ani ngan famili pun sampai malam tu dari Jengka 3. Lepas Isya’ tu, Kak Milah pulak dtg satu famili. Meriah lagi mlm tu. Kak Milah ngan Abang Basri nak ke Trgn esoknya, hantar anak perempuan dia ke KUSZA. Anak dia tu pulak dah jadi anak angkat Mak Cik Man kat sana. Tak besar mana dunia ni, kan?

Aku tidur awal mlm tu. Pukul 11 dah lelap. Penat. Aku tidur kat luar je, bilik aku bagi kat Kak Ani ngan Munirah tidur. Mlm tu rumah aku betul2 pack, sampai ke dapur jugak mcm malam raya. Apa sgt la, kan? Janji dapat tidur, dpt lelap dah kira orait.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

I tried to write something the day before hari raya, tapi connection failed. Tak tau apa hal. Apa nak buat, aku kira bukan rezeki aku la nak menulis hari tu.

Hari Raya bagi umat Islam kat Malaysia adalah hari yang paling bermakna buat rakyat Malaysia beragama Islam. Inilah hari paling gembira, paling sayu, paling ceria, paling syahdu. Hari paling sensitif dan hari paling tidak apa untuk semua org. Hari mood setiap org jadi tidak stabil... Mcm org sakit jiwa la pulak bunyinya, kan? But it’s true.

Pada hari apa, hampir setiap org (Islam di Malaysia) boleh bergembira dan bersedih pada waktu yang sama? Ceria dan sebak pada masa yang saman? Ketawa dan menangis pada waktu yang sama? Berbalah dan bermaaf pada waktu yg sama? Secara individu, ia boleh berlaku pada setiap hari. Tapi kalau secara bersama? Diseluruh Malaysia? Mungkin kita boleh usulkan supaya Guiness @ Ripley atau setidaknya Malaysia Book of Records buat satu catatan rekod dunia utk jumlah org paling ramai yg moodnya tidak stabil pada masa yang sama. Boleh? Hahahaha....

Tahun ni kali kedua my family and I menziarah tanah perkuburan pada hari raya. Walaupun abang sulung kami meninggal dunia di Tanah Merah, Kelantan sejak 1976/77 tapi kami cuma sempat raya di pusaranya sekali, sblm kami sekeluarga berpindah ke Kuantan pada 1977 dan menetap di sini sampai sekarang. Lepas tu bukan la tak pernah ziarah pusara dia, tapi not on hari raya, sbb kami selalunya raya di Kuantan. Paling jauh pun di Dungun masa arwah Chik (Datuk tiri aku) dengan Mak (nenek aku sebelah ayah) atau Marang kat rumah pusaka arwah Datuk dan Nenek sebelah mak.

Tahun ni kami masih berhari raya kat Kuantan, dan buat kali pertama, beraya tanpa kehadiran bonda tersayang. Mek (mak aku) meninggalkan kami semua akibat serangan darah tinggi mengejut pada Subuh 10 April 2008. Pemergian yang mengejutkan semua org sbb Mek tak pernah kena darah tinggi yang boleh dikira serius. Maybe lain kali aku boleh tulis pasal kematian Mek.

Dan this raya marks the 4th year aku beraya tanpa isteri. Third year anak2 aku beraya tanpa ibu. Since birthday kakak sampai hari ni, satu call pun anak2 aku tak dapat dr ibu diorg. Dan anak2 aku pun langsung tak tanya pasal ibu diorg, dah kalih (mangli / immune), dah tak kisah pun kalau hidup tanpa ibu, agaknya la. Susah gak nak selam hati anak2 ni. Walaupun diorg selalu cakap apa yg terbuku di hati, aku tak tau kalau mereka dah luahkan sepenuhnya. Mungkin diorg tak nak sebut pasal ibu diorg takut aku terasa... siapa tahu, kan? Kena pulak kalau kakak tu, umur baru 7 tahun, tapi dlm banyak masa, pikiran ngalahkan org umur 45 tahun.

So, hari ni dah raya kedua. Ayah pagi2 lagi dah keluar. Kak ani sekeluarga dah balik ke Jengka 3 rumah mak Abg Fadhil since ptg semalam. Teh sekeluarga balik Terengganu dinihari tadi. Iru n Cik Su still di Melaka, Jumaat nanti baru balik Kuantan. Abg Din sekeluarga pergi beraya kat rumah sedara sebelah Kak Zan. Anak2 aku pun ikut sekali. Kalau tak de aral, lepas Zuhur nanti, aku ngan abg Din n family nak ke Terengganu, ziarah sedara mara sebelah mak aku. Ptg atau mlm esok sampai la kami balik ke Kuantan.

Mcm tu je la raya. Bagaimanapun, aku happy raya tahun ni, sbb tahun ni aku dah mampu nak bagi duit raya kat anak2, anak2 sedara dan budak2. Tak mcm raya since 3 tahun lepas. Manjang sengkek time raya. Dua hari sblm raya dapat lak bonus, tauke bagi. Alhamdulillah. Dapat la belikan pakaian raya utk anak2. Utk aku, aku beli jeans baru selai. Cukup la. Aku pun bukan pakai byk baju seluar pun. Kalau org kata aku tukar awek mcm tukar baju pun, aku tak kesah sgt, sbb baju2 aku pun lima nam tahun sekali baru beli selai dua... Hahahaha...

Well, GTG. Nak kemas2, siapkan baju anak2, sat gi nak gi raya Trgn. Utk semua, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Semoga raya ini memberikan seribu kebahagiaan utk semua, walau bagaimanapun caranya.

Chow.

Friday, October 17, 2008

Belasungkawa - Kamal Bahrin Bin Mustafa

Aku mula2 kenal dia tahun 1988, masa aku form three. Walaupun dah 3 tahun sama sekolah ngan dia, tapi aku tak kenal dia sangat. Selain faktor rumah sukan yg berbeza, dia pun bukan la org yg memberi sebarang masalah kat aku, tambah dgn perangai dia yg tak byk buat hal kat sekolah. Kira dia bukan la budak yg glamor sgt masa dia kat menengah rendah, setidaknya pada aku. Even masa dia Form 4 pun, aku still tak kenal sgt ngan dia. Kenal2 gitu je la. Mungkin juga sbb aku tak byk ambil tahu pasal aktiviti sekolah selain drpd aktiviti sukan.

In 1988, he leads our school debating team to win Piala Sultan Haji Ahmad Shah. Dia, Faris, Kak Chik (Aziani Hashim - skrg Dr. Aziani) dan Bon (Faizal Amri- skrg Dr. Faizal Amri, HUKM). Masa tu la aku start ingat nama dia tiga org. Aku tak ingat berapa kali SEMSAS menang Piala tu sblm zaman dia. Aku tahu SEMSAS pernah menang Piala tu, tapi agak lama SEMSAS gagal sampai la dia and the gang mula menang semula. Dan kejayaan tahun 1988 tu sebenarnya titik mula kejayaan SEMSAS dlm debate Bahasa Malaysia di peringkat negeri Pahang dan Kebangsaan melalui pertandingan Pesta Perdana Menteri.

Pada 1999, aku masuk dalam pasukan bahas Bahasa Malaysia SEMSAS, bersama dgn Kak Chik, Bon dan Kak Sal (Salbiah Ahmad). Walaupun pada peringkat awal, aku masuk sbb kena kelentong ngan Ketua Kelas aku masa tu, Lan Botak (Roslan Mat Saman – BSN, Temerloh), tapi minat aku makin bercambah atas dorongan ahli pasukan yg lain. Dia, walaupun dah keluar dr SEMSAS, sesekali dtg tidak pernah lupa utk memberi tunjuk ajar, nasihat dan dorongan. Sehinggakan masa PPM di STAR, Ipoh, dia ikut dtg utk sama2 menyumbang idea dan memberi tunjuk ajar dan semangat kepada kami sepasukan. Dan utk tahun itu, kami berjaya mengekalkan Piala Sultan Haji Ahmad Shah di SEMSAS dan buat kali pertama dalam sejarah SEMSAS, kami berjaya layak ke pertandingan akhir Pesta Perdana Menteri. Sejarah tu, beb.

Tahun berikutnya, 1990 masa aku Form 5, kelibat dia dah sgt jarang kelihatan dtg ke SEMSAS, tapi semangat yg dia tinggalkan kat aku mendorong aku utk membina satu pasukan baru yg berjaya mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ketiga berturut2. Dgn kemenangan tersebut, kekallah piala itu di SEMSAS hingga sekarang dan kini dipamerkan di kabinet kaca Aras 1 bersebelahan pejabat SEMSAS. Malangnya, kami hanya layak ke peringkat suku akhir PPM selepas tewas kpd MCKK dalam keputusan yg mmg kontroversi.

Tahun berikutnya, pasukan yag aku tinggalkan itu, berjaya mengekalkan piala yang sama untuk tahun keempat berturut-turut. Selepas itu, malang mula menimpa dan sehingga kini, pasukan bahas Bahasa Melayu SEMSAS ibarat ‘ada tidak menambah, tak ada tidak mengurang’, sehinggalah sekarang, terkial-kial mencari arah tuju. Entah la, mungkin kemerosotan pasukan ini turut seiring dgn merosotnya tahap kesihatan dia, yg cuma aku ketahui kemudiannya.

Selepas meninggalkan SEMSAS pada 1990, cuma dua tiga kali aku terserempak ngan dia di Kuantan. Kali pertama selepas dia menamatkan pengajian di ITM Shah Alam. Kemudian semasa dia menjadi penulis teks ucapan utk Datuk Najib Tun Razak. Kali terakhir aku jumpa dia tahun 2000. Perjumpaan terakhir tu, agak pelik sikit sbb byk benda yg dia cerita, aku tak paham. Tak lama selepas tu, aku dapat cerita kata dia ada masalah wiring short. Setakat mana betulnya aku tak tahu sehinggalah beberapa tahun lepas, aku dpt berita mengatakan dia disahkan mengidap brain tumor. Aku rasa, mungkin itu sbb, pd perjumpaan terakhir aku ngan dia, byk cerita dia yg aku tak leh faham dr dia. Dia tak bercakap mcm dia yg aku kenal. Dia yg aku kenal cukup bijak bila bertutur, cukup kemas menyusun perkataan menjadi ayat yg mampu mempersona sesiapa yg mendengar. Selepas tahun 2000, aku lost ctc dgn dia. Cerita dia pun dah sangat-sangat kadang-kadang aku dengar.

Pagi tadi, lebih kurang, pukul 11.00 dapat call dari Chipong. “Di, dah dengar berita? Kawan kita meninggal pagi tadi pukul 7.00. Brain tumor. Kebumi di Pekan”. Aku yg masa tu tgh discuss ngan supplier jd terkedu. Innalillahi wainna ilaihiraji’un. Aku bgtau Nazri and call a few other friends. Lebih kurang pukul 12.00, aku, Nazri, Sam ngan Maker shoot ke Pekan utk ziarah. Kat sana, jumpa ngan Tahir yg dpt berita dr Nazri. Rahman yg tgh cuti dr kerjanya di Bumi Kangaroo pun ada sama.

Kata Tahir, arwah operate tumor dia last year. I don’t know what happened, but it seems that the tumor striked back and cost him his life. Masa sampai kat rumah arwah, jenazah sedang dimandikan. Sempat la sembahyang jenazah dan tatap wajah arwah utk kali terakhir. Alhamdulillah, tenang air muka arwah. Tak sempat nak tunggu sampai jenazah selamat dikebumikan sebab Sam ada appointment dgn patient dia pukul 2 ptg. Masa tu pun dah pukul 2 lebih.

Byk kejayaan yg aku lakar dalam bahas dan pidato. Di peringkat sekolah dan juga di Universiti. Sehinggakan pada satu masa aku berani katakan, dengan penuh ta’azim dan rendah diri bahawa pada hari biasa yang normal, tidak ada sesiapapun boleh kalahkan aku dalam debat. Bunyi mcm sombong, kan? Tapi itulah kenyataannya.

Dan utk setiap kejayaan aku dlm debat dan pidato, aku terhutang budi kepada dia. Dialah org yg buat aku terpaut kepada debat. Dialah juga memberi tunjuk ajar, semangat dan dorongan. Diperingkat awal semasa aku mula bertatih, ayat dialah yg byk aku gunakan selain ayat Kak Chik, sampai la aku mula pandai membina ayat2 aku sendiri. Semangat dan iltizamnya, menjadi satu legasi sejarah buat SEMSAS. Sehinggakan, pada ketika itu, setiap pelajar SEMSAS yg ke Universiti turut dihormati kerana kepetahan mereka dlm bahas dan pidato, selain sukan ragbi. Dan kemampuan bercakap ini, memberi manfaat amat besar dlm pengajian mereka terutamanya ketika membentangkan kertas kerja, case study dsb.

Buat Allahyarham KAMAL BAHRIN BIN MUSTAFA, terima kasih atas segala budi baik dan jasa mu. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan jua, di akhirat sana. Semadilah dengan aman, semoga setiap Rahmat Allah mengiringi perjalananmu di alam Baqa’. Al-FATIHAH.

Thursday, October 16, 2008

Cendol

Here's another one from my old blog. Enjoy it.

Aku tak de modal nak menulis daripada semalam lagi. Tulih separuh, pas tu stop. Tak tau nak cerita apa ke bala. Pagi tadi, masa otw balik dari Mersing, aku teringat kat this artikel. I wrote this article a few months ago and send it to my semsas email group. Got quite a nice feedback from some of them. Enjoy.

Assalamualaikummmmmmm.....

Sihat ke semua? Harap2 mcm tu la. Semoga berada dalam perlindungan dan rahmat Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.

Semalam, masa gi semayang Jumaat kat Masjid Cenderawasih, mcm biasa, sempat la aku singgah kat mamak cemdol bwh pokok depan masjid tu. Pekena cendol pulut kacang semangkok. Tak de la best mana pun, tapi sebab dah rutin aku tiap minggu mcm tu, dan itu je la yang ada dekat dekat situ, belasah je la Yeop... Masa lain tak sempat la nak gi cari cendol.

Masa kecik2 dulu aku tak de la minat sgt cendol ni. Kalau ada, aku makan, kalau takde, aku tak bersungut pun. Sampai la masa aku matrik kat Sintok. Masa kat matrik dulu, aku, Rawi, Zul Bedah n a few other friends beli basikal, senang nak gerak sbb UUM tu mcm besar giler nak jalan kaki sana sini. Pas tu, pengangkutan awam di sana pulak tak efficient sangat, so basikal lagi senang sementara nak kumpul duit nak beli motor. Lama kelamaan, geng basikal ni makin bertambah sampai akhirnya, masa 2nd year matrik tu, kami siap buat kelab basikal, Northern Bike Club nama dia... Singkatannya NBC.

Masa tu, kami discover satu tempat jual cendol di Napoh. Kecik je kedai tu masa tu, ada 3 – 4 meja je. Bisnes dia cuma cendol berbagai jenis, and ABC. Ada la kuih sikit2. Tapi dia punya cendol memang heaven!!! The best aku pernah rasa sepanjang hidup. First time aku makan cendol kat situ, terus jatuh cinta. Hahahaha... Favourite aku, cendol pulut buah. Dalam tu dia taruk cendol (off course la, kan..), ada pulut, buah kabung, ada kacang merah sikit.... alamak, meleleh la pulak air liur aku teringat...

Aku dan kawan2 NBC aku ni, boleh kata semua jadi pengunjung setia kedai tu. Oleh sebab pengangkutan awam kat sana tak la semudah kat KL, kitorg kayuh basikal utk ke sana. Tak la selalu, seminggu tiga kali je. Kalau ikut meter basikal kitorg, dari kolej ke warung Cendol pulut Napoh ni, 36 km. Pergi balik dah jadi 72km. Boleh tahan jugak la jauh dia. Kali dengan 3 kali seminggu, kami travel 216 km seminggu utk makan cendol. OK tak? Cendol punya penangan... Hahahahahaaa...

Brother yang jual cendol tu pun sampai kenal kitorg. Geng basikal UUM, kata dia. Selalunya bila sampai tu, kami dah tak payah order, dia terus siapkan semangkuk sorg. Unless kalau kau nak hidangan lain daripada selalu. Lepas tu relax, hisap rokok sebatang dua, sembang2, bincang pasal aktiviti basikal, kutuk kwn2, buat ketupat (mengumpat la tu...), pas tu kena semangkuk lagi, second round, pas tu balik. Biasanya kami keluar dari kolej dalam pukul 4.30 ptg, dalam 30 - 40 minit kami sampai kat Napoh. Biasanya jugak, sblm Maghrib, kami sampai balik kat kolej.

Dulu, kat radio Muzik, (masa tu Kudsia Kahar still kat Radio Muzik, ERA.FM belum wujud lagi...) ada satu segmen Kembara on air tgh malam, hari apa aku lupa la... Segmen ni akan promosikan tempat2 menarik dan pengalaman pendengar bercuti ke mana2 tempat di Malaysia. Yang bestnya, kalau ada org yang ke Bukit Kayu Hitam, DJ dia akan tanya, singgah makan cendol pulut kat Napoh ke tak? Kata dia, kalau tak singgah makan cendol di Napoh, bermakna anda tidak Bukit Kayu Hitam. The same statement pernah di tulis dalam surat khabar utk gambarkan betapa famousnya kedai tu.

After a few years of sambutan yang hangat kat warung tu, the owner besarkan warung tu jadi kedai, dan mcm2 makanan tambahan turut dijual, tapi cendol dia masih yg paling top. Last aku gi Kedah pada 2002, sempat la aku singgah, bwk wife (x-wife, by now) n anak sulung aku. Kedai tu masih ada kat situ, still alive n kicking.

Last week, kwn ofis aku tanya aku pasal kedai tu, rupanya kedai tu, pakcik dia yang punya. Kecik je sebenarnya dunia ni, kan?

Kalau sesiapa yang nak berkunjung ke Bukit Kayu Hitam atau Changloon (tempat asal To’ki penyanyi tu) sempena cuti sekolah ni, boleh la singgah. Napoh ni terletak di antara Pekan Jitra dengan Changloon, dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah (Ahli Parlimen Kubang Pasu dulu2 was our bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir). Kalau dari Pekan Jitra, korang masuk semula ke Highway PLUS menuju ke Bukit Kayu Hitam, Pekan Napoh ni terletak lebih kurang 1 atau 2 km dari simpang ke Asun (tempat asal Kumpulan Wayang Kulit Asun, kira famous jugak la group tu...). Warung tu kat tepi Highway, sebelah kiri, berhadapan dengan Pejabat Pertanian (or Mardi / FAMA, aku lupa dah...). Sudi sudi kan la...

Kesimpulan daripada cerita panjang lebar ni aku hari ni....
1. Aku tak banyak kerja hari ni, tak tau nak buat apa, aku sembang je la apa yang patut.
2. Aku sebenarnya nak aktifkan group email ni, senyap je....
3. Cuti Cuti Malaysia
4. Aku tak pernah Undi Tun Mahathir masa pilihanraya sebab aku daftar mengundi di Beserah, bukan di Kubang Pasu....


Selamat. Ciow. Salam utk semua.....

Tuesday, October 7, 2008

Aku Boringgg....

Lama giler dah rasanya tak gi karaoke. Selalunya bila kepala pening mcm ni, layan gak karaoke selagu dua. Biar la suara mcm itik serati pun, pedulik apa. Nazri kata, yg nyanyi kat karaoke ni semua suara tak sedap. Kalau sedap semua dah jadi rekording artist. Kwn2 pun aku tgk busy giler sejak dua jak ni. Semua org duk sibuk kejar kerja hujung tahun. Byk la pulak budget nak dihabiskan sblm hujung tahun ni. Org G ni mmg mcm tu kot. Awal tahun melepak jer. Hujung tahun terkejar2 habis kan bajet. Pas tu claim OT. Buat modal anak nak masuk sekolah awal tahun depan. Tak tau la aku. Aku tak pernah kerja ngan G ni. Cuma yang aku perasan, hampir setiap kali berurusan ngan jab G ni, mesti aku sakit hati tgk kerenah diorang. Kadang-kadang tu rasa mcm diorg ni penjajah, kita ni dijajah. Layan nak tak nak je. Padahal anak bangsa sendiri tu.

Nazri sibuk ngan byk kerja hujung tahun. Campur sibuk baru dapat dua tiga kerja kelas C dan kerja letrik. Mi Telur, skrg banyak lepak kat Batu 12, malam dah jarang turun hala ke bandar. Entah kedai mak janda mana dia lepak tak tau la aku. Sede sibuk ngan kerja lampu jalan kat Temerloh. Maker dah lama tak jengah kat ofis. Sibuk ngan projek sawit dia ngan mat2 indon dia kat Muadzam. Zamani, sibuk ngan tender kerja2 baru. Bangunan Perkeso dia dah nak siap, so kena la carik kerja baru. Tak tau la aku. Nak nyanyi tak de kaki ni, boring gak. Tak kan nak layan sorg2. Tak reti aku nak masuk majlis kalau gi sorg2 ni.

Aku pun dah lama tak keluar mlm. Balik ptg, masak, solat, ngaji, makan ngan Ayah n anak2, pas tu lyn tv, gosok baju sekolah anak2, tido. Kalau kena outstation, aku tidur lagi awal. Teh sekarang ni dah balik rumah dia kat Atabara. Seminggu, dua tiga kali jer dia balik sini. Tinggal la aku, ayah, dan anak2. Tak leh la aku keluar. Kalau Teh ada pun, bukannya aku keluar sgt pun.
Si Sarif samseng kampung dusun pun ari tu sms marah sbb aku dah lama tak gi jenguk dia ngan budak kat kg. Aku pun dah tak tau perkembangan budak2 kat kg. Bilik belia dah lama gila aku tak jenguk. Entah dah jadi kasino pun tak tau. Hahahaha... Nak lepak masjid pun, masjid tgh repair tak siap lagi. Setahun lagi baru nak siap. Ntah2 Tok 4 pun dah tukar.

Apa2 je la. Chow.

Sunday, October 5, 2008

Lagu Masa Pidato Tu....

This is the lyric of the song I mentioned in my previous blog, the one performed during closing ceremony pertandingan pidato tu. Sorry, aku tak tau mana nak carik dia punya MP3 ke hapa ke... lagu lama lak tu, lagi la payah nak carik. Anyway, enjoy it.

Telah lama aku dilanda duka
Menangis hatiku dikala senja
Terbelai hati, menangis tiada lagi
Oh sayang.. hanya dikau

Selayang kenangan sepi membuai manja
Di dalam tidurku kau datang lagi
Membawa fajar dan melukis cahaya
Kutitiskan airmata

Chorus
Sekujur tubuh sehelai nyawa
Gembira duka derita
Hanyalah ujian Yang Maha Esa
Yang menentukan syurga segalanya
Tinggallah aku dalam kesunyian
Sepi sedih pilu…

Lagu : Dato’ Ahmad Nawab
Lirik : DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan
Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
Penyanyi : Jamal Abdillah

Saturday, October 4, 2008

Teks Pidato

INSTITUSI DI RAJA DALAM PERLEMBAGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih dan penghargaan khas buat Tuan Pengerusi Majlis, Panel kehakiman yang arif, adil dan saksama pastinya, dif-dif kehormat, barisan para pendidik anak-anak2 bangsa seterusnya saudara-saudari yang saya hormati.

Assalamualikum wbt.

Pada pagi yang bersejarah penuh gilang gemilang ini, saya akan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk ‘Institusi DiRaja Dalam Pembangunan Negara’.

Institusi mengikut pentakrifan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka bermaksud : satu badan khas yang ditubuhkan untuk melaksanakan sesuatu tugas yang tertentu dan apabila ditambahkan perkataan diRaja dibelakangnya ia bererti institusi tersebut adalah berada di bawah tanggungjawab raja. Para Sarjana Sains Sosial pula mentakrifkan institusi sebagai satu kumpulan atau kelompok masyarakat yang hidup dalam satu komuniti masyarakat yang lebih besar. Pembangunan negara pula ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai satu keadaan penyatuan diantara usaha-usaha kerajaan dan usaha-usaha rakyat bagi meningkatkan taraf ekonomi, politik dan sosial, meyatupadukan rakyat dalam kehidupan negara dan membolehkan rakyat memainkan peranan yang semaksimum mungkin dalam pembangunan negara tersebut. Sekali lagi saya terdengar suara ahli-ahli Sarjana Sains Sosial, kali ini meyatakan bahawa pembangunan itu adalah satu keadaan perubahan social yang bersifat menyeluruh serta terbahagi kepada dua iaitu pembangunan secara terancang dan pembangunan secara tidak trancang.

Konklusi daripada definisi yang saya sebutkan tadi, dapatlah kita interpretasikan bahawa pidato yang sedang saya sampaikan pada hari ini akan membawa kita untuk meneliti, memahami dan seterusnya menghayati pembabitan dan peranan yang dimainkan oleh institusi beraja atau diRaja dalam meningkatkan taraf ekonomi, politik dan social yang menjurus kepada negara kita.
Sejarah telah membuktikan kepada kita semua bahawa tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang dapat mencapai kemajuan dan mengecapi nikmat pembangunan tanpa didahului oleh perpaduan di kalangan seluruh masyarakatnya. Di dalam masyarakat, raja merupakan lambang perpaduan. Jika dikaji Rukunegara, bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakatnya, maka salah satu prinsip untuk mencapai matlamat tersebut ialah kesetiaan kepada Raja dan negara. Semenjak Durbar pertama pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak, raja-raja Melayu menekankan pentingnya kerjasama dan perpaduan bagi mencapai kemerdekaan dan selepas kemerdekaan usaha-usaha ini masih lagi diteruskan. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ketika bertitah sempena hari keputeraan baginda pada 1989, telah berjanji untuk menekankan aspek-aspek kerjaama dan perpaduan dikalangan unit-unit dan jentera-jentera kerajaan bagi menjamin kesejahteraan kaum-kaum di Malaysia.

Dilihat pula dari segi keselamatan. YangDipertuan Agung selaku Ketua Negara juga merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia. Ketiga-tiga cawangan ATM merupakan tiga buah institusi yang diletakkan di bawah tanggungjawab diRaja. Dibahu merekalah digantungkan harapan untuk mempertahankan tanahair daripada segala ancaman musuh-musuh, baik dari dalam mahupun dari luar negara. Dengan jaminan keselamatan ini segala usaha daripada kegiatan dan perkembangan ekonomi dapat diberikan tumpuan dan digerakkan sepenuhnya.
Didalam bidang pendidikan raja merupakan inspirasi rakyat kearah pengamalan budaya ilmu yang cemerlang. Semenjak zaman kegemilangan Melaka, istana merupakan gedung ilmu. Apabila era pendidikan formal bermula di Tanah Melayu, golongqan rajalah yang menjadi golongan utama di dalam menuntut ilmu pengetahuan sehinggalah kepada detik dan saat ini. Sebagai contoh dan sebagai bukti, KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar pernah ,menerima Ijazah Doktor Persuratan di bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya dan baru-baru ini, Yang diPertuan Agung, Sultan Azlan Shah telah menerima Ijazah Doktor Persuratan di bidang Undang-undang daripada Universiti Gajah Mada, Jogjakarta, Indonesia. Kemudianperlantikan Sultan-sultan sebagai Canselor-canselor university telaj menyemarakkan lagi era pendidikan di negara kita. Hasilnya jumlah golongan intelek di negara kita bertambah dari masa ke semasa dan ini memungkinkan kepada pembangunan yang lebih pesat.

Dengan berkembangnya agama Islam di Malaysia, maka di setiap negeri ditubuhkan jabatan agama Islam dengan sultan sebagai ketua agama negeri. Zakat harta orang-orang Islam menjadi tanggungjawab raja untuk diagih-agihkan bagi projek-projek pembangunan, kebajikan membantu fakir miskindan berbagai usaha yang lain. Natijahnya, pembangunan dan kemajuan yang sedang kita kecapi ini dapat dinikmati sama adil dan sama rata seperti kata pepatah ‘hati gajahsama dilapah, hati kuman sama dicecah’.

Kita sebagai bangsa Timur telah lama terkenal dengan adat tradisi dan budaya yang diamalkan semenjak zaman berzaman, adat tradisi dan peradaban akal budi yang kini dikagumi oleh masyarakat dunia masa kini. Jika dikaji sejarah peradaban tamadun dunia Melayu, kita akan dapati bahawa kebanyakan adat tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adala dicedok daripada kehidupan seharian di istana. Sebagai contoh, rakyat juga berpeluang menjadi raja. Kalau tak percaya tanyalah ibu dan bapa, pernahkah mereka menjadi raja dan permaisuri sehari. Saya pasti jawapannya pernah ketika melangsungkan adat perkahwinan mereka. Keunikan adat tradisi yang diamalkan ini telah menjadi tarikan masyarakat luar utk dtg ke negara ini. Ini dapat membantu perkembangan industri pelancongan seterusnya membantu pembangunan negara.

Di dalam bidang sukan pula, pembabitan yang aktif di kalangan raja-raja menjadi dorongan kepada masyarakat ke arah kegemilangan sukan. Contohnya, KDYMM Sltan Pahang dan YTM Tengku Mahkota Pahang begitu terkenal dengan penglibatan dalam sukan bolasepak, golf, hoki dan juga polo. Pasukan Polo DiRaja Pahang yang diketuai oleh Tengku mahkota Pahang, YTM Tengku Abdullah sering menerima undangan negara luar untuk bermain dalam kejohanan polo bertaraf antarabangsa dan sering pula pulang membawa kejayaan. Alangkah gahnya kita rakyat Negeri Pahang Darul Makmur. Jika dikaji perkembangan sukan bolasepak Semi-Pro di Malaysia, kita dapati hampir semua persatuan bolasepak negeri adalah dipengerusikan oleh Sultan dan pemangku-pemangkunya. Contohnya, Tengku Abdullah di Pahang dan Raja Nazrin di Perak. Presiden FAM sendiri ialah Tengku Abdullah. Sultan Pahang sendiri, Sultan Haji Ahmad Shah telah menerima anugerah Grand Order of The Mugunghwa dari Korea Selatan sebagai pengikhtirafan antarabangsa di atas jasa-jasa baginda di dalam bidang sukan. Pembangunan bidang sukan dapat mengeratkan integrasi nasional, mencergas dan mencerdaskan masyarakat ke arah pembentukan Malaysia cergas.

Selain daripada itu, institusi diRaja juga merupakan penaung kepada rumah-rumah dan badan-badan kebajikan. Contohnya rumah anak yatim Tengku Fatimah di Alor Akar Kuantan adalah dinaungi oleh institusi diRaja negeri Pahang. Begitu juga dengan rumah Anak Yatim Tengku Badariah di Kelang, rumah orang-orang tua, rumah orang-orang buta dan badan-badan kebajikan yang lain adalah dinaungi oleh institusi diRaja disetiap negeri dengan dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini membuktikan kepada kita betapa prihatinnya institusi diraja menjaga kenajikan masyarakat sebagai salah satu usaha untuk membolehkan rakyat memainkan peranan dalam pembangunan negara.

Saya akhiri pidato saya dengan kalimah wabillahitaufik wal hidayah.

Assalamualaikum wbt.

Friday, October 3, 2008

Teringat-ingat - Pidato DiRaja 1990

Aku ingat ptg tadi atau mlm ni dapat la aku post satu artikel kat blog aku, tapi tak jugak kesampaian hajat di hati. Masalah internet tak habis lagi kat ofis. Kat rumah pun tak leh nak masuk lagi. Mengecewakan betul. So, aku ingat nak sambung speech aku yg aku buat ptg tadi, buku pulak tinggal kat ofis. Speech apa? Cam ni cerita dia.

Last week, Mazlina tanya aku kot2 aku ada lagi buku Management or Leadership or whatever book yg aku guna masa kat U dulu. Aku kata ada, tapi aku kena selongkar kotak buku lama aku dulu. Cari punya cari, tak jumpa kotak buku tu. Entah kemana la pulak perginya. Baru bulan puasa hari tu aku bukak. Mesti Teh dah simpan kat tempat lain. So aku bukak kotak yang lagi satu. Belek punya belek, aku jumpa satu buku yang sejak bertahun dulu aku ingatkan dah AWOL, missing in action or even died in combat. JASA ’90. Buku tahunan SEMSAS, edisi masa aku Form 5. Punya la seronoknya sampai terus simpan niat nak carikan buku utk Mazlina.
Aku belek la buku tu. Jumpa satu gambar aku msa tgh kawad perbarisan hari sukan. Alaaaa… jelesnya aku tgk gambar tu. Kurus tu masa tu. Belek lagi, dua tiga kali aku jumpa nama aku dalam laporan pengetua sekolah. Mostly pasal debat dan pidato. Bangga aku. Rasa mcm nak masuk lif tekan sendiri je. Belek lagi, tgk gambar kwn2 satu batch. Lepas tu compare kan dgn rupa diorg sekarang. Hahahaha… kira aku ni ok lagi la banding dgn a few other yg dah almost dua kali lagi besar dr aku. Ahaks. Jgn marah.

Belek lagi, tgk gambar team debate aku. Pas tu kat belakang page tu, ada satu artikel sepanjang dua page penuh. Aku tgk sepintas lalu, nampak ada nama aku kat akhir artikel tu. Apa ni? Huk alaaaa… ini teks pidato aku masa aku menang Pertandingan Pidato DiRaja, sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke 60 pada 1990. (Tahun 1990 = 60 tahun. Tahun 2000 = 70 tahun. Tahun 2008 = 78 tahun. Dirgahayu Ayahanda…)

Seingat aku, aku tak pernah bagi teks pidato ni kat saper2. Ntah mcmana la pulak bebudak Sidang Redaksi ni dpt teks ni. Dr Bonda kut, tak pun dr Cikgu Fatimah. Rasa aku diorg pun tak de teks ni. Ntah la. Aku pun dah lupa da. Dah berapa belas tahun punya cerita da... Tak kesah la. Aku happy jugak teks tu dimasukkan kat dlm majalah tu. Ada jugak benda yang aku boleh tunjuk kat anak2 aku.

Bila aku baca teks tu, aku pun heran jugak, tak de la best sgt pun teks tu. Biasa je aku rasa. Tapi at least aku boleh tgk skill aku buat teks ucapan dulu2. Biasanya utk debat dan pidato, memang aku tulis dulu teks penuh, lepas tu aku berlatih, dan selalunya bila berdebat, ayat-ayat dlm teks aku berubah dgn byk, bergantung pada mood, penekanan kandungan dan keadaan semasa. So, teks yg disiarkan tu tak sepenuhnya aku ucapkan masa pidato atau debat. Yg sama cuma pada point, dan contoh.

Pertandingan tu diadakan kalau tak silap aku dlm bulan Oktober 1990, lebih kurang sebulan lepas kami menang pertandingan bahas bahasa Malaysia Piala Sultan Haji Ahmad Shah. Masa Cikgu Fatimah bagitau pasal pertandingan tu kat aku, aku tolak dengan alasan aku dah bersara dr bidang seni suara huk ala... hehehe...), dan since aku bersara dengan kemenangan, aku tak nak la pulak pertandingan tu merosakkan rekod tanpa kalah aku. Tambah pulak aku dah nak SPM bulan November, lagi sebulan. So, aku cadangkan supaya dia pilih anak2 buah aku dlm team debate tu. Ada Zamsari, Zamri dan Jamsari. Diorang ni semua pun bagus-bagus. Kalau tak nak jugak, aku suruh dia buat pertandingan pidato utk budak2 Form 4, mana la tau kut2 ada budak Form 4 yang aku terlepas pandang bakat dan keinginan mereka masa aku pilih team aku dulu. Ataupun mungkin ada budak2 freshie Form 4 yg berbakat terpendam menanti masa utk dicungkil.

Maka pertandingan pun diadakan. Alhamdulillah, sambutan dikalangan budak2 Form 4 amat menggalakkan. Malahan ada muka2 yang aku langsung tak sangka turut serta dlm pertandingan. Anyway, yg menang tetap budak2 team aku, dari nombor satu sampai nombor tiga. So tak salah la aku masa pilih diorg dulu. Atau mungkin jugak atas faktor pengalaman diorang yg jauh lebih luas dari budak2 lain.

Lepas pertandingan, Bonda ngan Cikgu Fatimah panggil aku kat bilik kerjaya. Panitia Bahasa Malaysia tgh mesyuarat kat bilik besar, so aku lepak study kat bilik Cikgu Asmah. Blm habis meeting, Cikgu Fatimah dtg jumpa aku. Dia kata, cikgu2 bm still nak aku masuk. Aduh… Pas tu Bonda pulak dtg, ceritanya sama jugak. Pas tu Cikgu Asmah pun join sekaki pujuk aku. Nak tak nak, mau tak mau, aku pun terpaksa setuju jugak la. Kalau korang kat tempat aku pun, mesti korang terpaksa setuju jugak, mcm aku jugak.

Peringkat daerah, buat di SEMSAS. Nothing special, mcm biasa2 jer. Peringkat akhir, peringkat negeri dibuat selama dua hari di Dewan MPK, bersebelahan Masjid Negeri (skrg bangunan tu dah jadi Pejabat Majlis Agama Islam Dan Mahkamah Syariah Kuantan). Hari pertama, biasa jer, nothing special. Pertandingan akhir hari kedua. Tetamu kehormat, KDYMM Sultan Pahang, diiringi anakanda, DYTM Tengku Mahkota Pahang dan DYTM Tengku Puan Pahang. Masa tu, DYMM Tengku Ampuan baru mangkat. So mood Ayahanda Sultan tak leh nak jangka sangat. Dan tetamu paling istimewa hari tu, Ayah, Mek dan adik beradik aku yg lain. Semua dtg utk tgk aku berpidato, utk kali pertama dan terakhir dlm hidup mereka. Berdebar siot. Masa tu aku dah tau, ini bukan hari normal yang biasa… dan aku bersedia utk keputusan yg paling buruk.
Alhamdulillah. Aku menang pertandingan tu selepas juri memilih sebulat suara.Aku menang walaupun hari tu bukanlah hari normal yg biasa bagi aku. Aku dapat RM500 (besar giler dah tu masa tu…) dan satu plaque yg tertulis lirik lagu nyanyian Jamal Abdillah yg liriknya ditulis oleh Ayahanda Sultan sendiri utk AlMarhumah Bonda Tengku Ampuan. Masa aku terima hadiah daripada Ayahanda Sultan, lagu nyanyian Jamal tu berkumandang dlm dewan. Masa tu, aku melihat ke mata Ayahanda Sultan, merah dan diseliputi kesedihan sebelum airmata baginda menitik ke pipinya. Kala itu, aku paham betapa kasih dan sayangnya Ayahanda Sultan kepada AlMarhumah Bonda Tengku Ampuan.

Kemenangan tu sebenarnya antara yg paling bermakna dlm hidup aku. Pada hari itu, aku melihat Ayahanda Sultan dan Tengku Mahkota serta isteri ketawa mendengar pidato aku. Dan aku membuat mereka tersenyum sebelum mereka termenung memikirkan betul tidaknya kelentong aku kat atas pentas tu. Dan pada hari itu juga aku melihat airmata Ayahanda menitis kesedihan kerana kasih dan sayangnya. Dan pada hari tu, aku bangga sebab Ayah dan Mek ada bersama utk melihat bakat anaknya. Aku gembira aku menang, setidaknya aku berjaya banggakan Ayah dan Mek. Adik aku pun tumpang glamer, bawak kawan2 dia jumpa aku mintak autograph. Rasa mcm artis la pulak. Hehehe…

Lepas pertandingan, aku tak terus balik ke sekolah. Weekend tu aku ikut Cikgu Fatimah ke rumah mak ayah dia di Trgn. Duit RM500 tu, aku beli sepasang kain utk Cikgu Fatimah, sbg tanda terima kasih aku atas bimbingan dia utk aku dlm debat dan pidato, RM250 aku mintak dia tolong simpankan utk aku sampai aku habis SPM, bakinya aku belanja classmate dan dormmate aku, and a few other friends. Kat kantin sekolah jer. Bukan bleh keluar gi mana2 pun. Tiga empat hari habis la duit tu.

Gitu la kisahnya pertandingan tu. Nanti, bila dah siap, aku masukkan teks pidato tu dlm blog ni.

Till then, ciao.