Singgoh Le Dulu Aok Yer

Thursday, August 20, 2009

Rosli Klasik

Masa sekolah sekolah dulu kami panggil dia Rosli Dhobi, sempena nama Pahlawan Iban yg berjuang di Sarawak utk menuntut kemerdekaan daripada Kompeni Hindia Timur (British la tu...). Buta sejarah la saper yang tak pernah dgr nama tu. Sejarah buta, tau nak hapus ISA jer, Mangkuk hayun betul.

Kawan aku ni bukan Iban pun, Melayu totok mcm aku jugak, cuma sebab nama dia Rosli, kami panggil je la nama tu. Lagipun, duduk kat asrama, tak der nama timangan, tak mesra la Bob Mesraaa...

Lama Mamat nih tak mari jalan2 kat opis aku. Seingat aku la, since aku pindah opis baru, tak de nampak muka dia kat bumi Kuantan nih. Tup2, ari ni call aku.


Aku : Hello

Dia : Wei, ader kat mana? Aku kat kedai kau ni..

Aku : Meh sebelah. Aku tgh minum...

Dia pun sampai. Makin hitam dahi aku tgk. Kuat semayang Mamat nih. Alhamdulillah. Memula order air, kopi o ais satu siap!!!!

Aku : tuanya la minum kopi o. Nasib baik ader ais, kalau tak, konpem!

Dia senyum jer, buat kuar satu beg kecik warna itam..

Tadaaa.... aku gelak. sambung balik ayat aku tadi...

Aku : Kopi o ais, rokok golong. Konpem org tua.


Gaya Rosli Klasik ngan rokok pucuknya


Dia : BUKAN TUA, KLASIK...


Menghirup Kopi O Ais, dgn penuh penghayatan, nama pun klasik...

Peralatan klasik untuk gaya hidup klasik


Skil menggulung yang sampai skrg aku tak reti nak master


Rosli senyum sambil menunjuk skil gulung rokok pucuk peringkat ke 7

Duduk sembang, sat gi Punat sampai.

Punat : Aku bender lain, tak nak. Yg ni, mintak sebatang...


Gaya Klasik yang serius dari bos aku..


Tambah kaki lagi sorang, geng klasik....

5 comments:

hikayathati said...

Hahahaaahah ..adui aku rasa nak pecah perut, nak bergolek2. Tolongggg!!! Nazri Punat!!!kah..kah.kah..tak kusangka si mata berkelip itu punat. Wei..punat skru hilang!kwang..kwang..kwang..

Idi said...

Ko jgn duk ngengada nak pi cerita kat kwn2 u ko lak. Kecik ati bos aku tu nanti.Si mata Berkelip? Apa tu?

hikayathati said...

rileks la beb. aku mana ada contact sangat member2 u, smuanya cam lupus je. lagipun boss ko tu bukannya satu fakulti ngan aku pun.ko nak tahu nape aku panggil dia gitu. cuba ko perati berapa kali dia kelipkan mata dlm masa satu minit. hehheeh.

Idi said...

Aku tak perasan lak tang mata dia yg duk berkelip. Tapi aku perasan kalau dia nak menipu, dia mesti gagap... hahahhaaa..

hikayathati said...

Nazri!!! idi mengata ko, potong gaji dia. Hahhaha aku setuju tu mamat kelip dan gagap. Habis pahala puasa aku hari ni. Raya nanti la minta maap.