Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, August 4, 2009

Sukan Adik

Sabtu, 19 Julai 2009, Hari Sukan Tadika Kemas Beserah Tengah. Bersemangat betul Adik nak gi sukan sekolah nih. Pagi2 lagi dah bangun nih. Sajer aku lewat2 kan. Buatkan breakfast dulu. Jemur baju dulu. Tak na la dia sampai awal sangat, pas tu buang mood menunggu acara start. So, sampai kat tadika, sedang elok budak2 baru baris pagi. Aku tinggal dia kat situ, balik rumah ambik Kakak pulak. Sampai semula, diorg tgh warm up, menari ikut muzik. Mcm kat bawah ni... Best jugak tgk.



Baru je nak ambik sit, Shahrizan dtg tarik aku ngan Abg Din, jadi ref. Mula malas gak, aku ni dah la tgh demam, selsema, batuk lagi. Tapi.... ala... boleh la Encik. Sukan budak2, apa la sgt.

Adik ngan Nana (Tanjung..)

Adik rumah biru, masuk 3 acara. Lari dlm guna, tapak kaki gajah ngan ambik bola pingpong ngan sudu. Sukan budak2... OK la. Meriah gak la.


Adik tgh bersiap nak berkaki gajah



Tetiba tgh jalan, kaki gajah Adik terkehel la pulak...


Aku ngan Abg Din masuk satu acara, makan buah epal gantung. Haram, nak gigit pun tak leh.... Adik ngan Kakak kata, mulut Ayah kecik, sbb tu Ayah kalah...

Sukan dan penyampaian hadiah tamat dekat pukul 12 tghari. Byk gak Adik dpt hadiah. Ayah pun dpt hadiah gak, cenderahati utk pengadil.

Balik tu, lepas makan, terus tidur, mlm nanti nak ke Pasir Putih, Kelantan. Azrin, anak arwah Ayah Soh kawin.

No comments: