Sekolah Kakak tutup seminggu sebab H1N1. Selsema kerbau pendek. Tadika Adik belum tutup, tapi aku dah tak bagi dia gi sekolah. Bimbang jugak la, takut ada budak2 yang berjangkit dari ahli keluarga yang duduk kat sekolah kakak. Kat Beserah tu ada satu jer sekolah rendah. Semua budak kat situ gi sekolah tu.
Sekolah menengah seri pelindung pun dah tutup awal2 lagi. Kalau tak silap Isnin ni dah start balik. SEMSAS pun tutup. Bonda Norliza kata SEMSAS jadik SBP terakhir di Kuantan (ke Pahang, aku tak ingat la...) yg kena tutup sbb selsema babi ni. Semua student di arah balik. Sabtu, a day before Teh pindah umah balik Beserah.
Tang tutup sekolah ni, aku sebenarnya kurang setuju sikit dgn Kementerian Kesihatan. Kalau sekolah harian biasa ni, OK la, nak wat camana, kan? Kena la tutup. Balik rumah masing2 la. Bab sekolah berasrama, asrama penuh, kolej, universiti yg ada penginapan ni, nak tutup, tutup la. Tapi tak yah la arah student balik. Kuarantinkan jer kat asrama diorang.
Kata la, sorg confirm kena H1N1, mesti ada lagi yang kena virus tu, tapi tak sempat detect (or something like that...). Bila diarahkan balik, those yg terdedah pada H1N1 boleh jangkitkan pulak kat org2 dlm bas @ teksi dlm perjalanan nak ke bandar terdekat. Pas tu sebarkan kat org kat stesen bas, pas tu org dalam bas, pas tu org kat stesen bas tempat dia turun, pas tu family dia kat kampung, pas tu habis org kampung kena.
Kalau budak tu duduk tak jauh dari bandar, those yg jangkit dari dia boleh la gi hospital, kalau hospital nak terima la. Kalau tak, kena halau balik jer, sbb ramai sgt org nak dapatkan rawatan H1N1. Hospital Kuantan (HTAA) siap pasang khemah tu. Kalau yg jauh di suluk2 kampung, tak der la nak ke hospital. Habis2, makan panadol. Tak baik jugak, mintak air tawar kat pak imam, tak pun mintak jampi tok bomoh. Tau2 dah 'kolu'.
Anak sedara aku kat Teknik Rompin pun kena halau balik. Sekolah tutup. Balik sendiri2, tak der transpot disediakan. Lepas mak ayah komplen, sekolah kata, yg duduk jauh, ibubapa kena dtg ambik, yang dekat boleh balik sendiri. Terpaksa la Kak Ani ngan Abg Fadhil turun dr JB ambik anak teruna dia buat balik.
Kan lagi baik, those yg duduk asrama atau kolej ni dikuarantin kat asrama dia jer. Letak nurse sorang dua, pas tu sorg doktor on & off. Kurang la sikit nak berjangkitnya. Betul risiko tetap ada, tapi kurang la sikit, kan? Lagipun, budak2 sekolah yg duduk asrama ni biasanya tak der penyakit kronik yg boleh menyebabkan kematian bila kena H1N1. Kalau yg ada masalah kesihatan mcm tu jer yg dihantar suruh balik. Lain la kalau penyakit tu memang tak der ubat.
Lagi satu, Kakak bagi aku satu risalah doa utk cegah H1N1, cikgu kat sekolah bagi. Sekali aku baca, terus aku keronyokkan. Mana punya syiah la duk cucuk jarum ni. Yg cikgu sekolah pun satu hal, nak edar pun, baca la dulu. Cek la dulu apa ke jenis doa. Nak Islam pun kena tau sumber. Jgn asal ada tulis jawi bahasa Arab sikit dah ingat itu Islam. Bodoh betul. Ingat semua yang bahasa Arab tu Islam ke? Tak tau ke yang Arab tu ada org yg Kristian, ada yang Syiah. Tu belum tanya lagi pasal Wahhabbi, mau ternganga mulut tak pernah dengar.
Ni masalah lagi besar sebenarnya. Asas Islam tak kuat, pas tu bila org sua benda2 mcm ni, takut tak edar, takut berdosa, takut tak Islamik, takut serba-serbi. Tak tau, tapi tak nak belajar. Dah belajar tak nak amal. Sapa yang susah?
4 comments:
betul tu doktor idi. aku setuju ngan pendapat doktor falsafah ni.hehhehe. ko kalu bagi pendapat kalah karpal singh.
toche toche....
weh pokcik..puasa ni kurus la sikit ko yek. aku tengok ko dah makin sihattt wal afiat..
Ada org makin sihat bila hati senang. Ada org makin sihat bila hati kurang senang. Aku ni kategori ... sihat sokmo la kut...
Post a Comment