tertinggal post ni last Friday. Internet buat hal..
Singgoh Le Dulu Aok Yer
Friday, August 28, 2009
Polis Sentri
Thursday, August 27, 2009
Sejuknya Bilik Aku
Since day 1, aku masuk bilik aku nih, aku tak pernah puas hati dgn aircondnya yg tak berapa nak sejuk. Though Ina selalu kata aircond aku ni OK, aku still rasa panas, maklum ajer mamalia spesies Francis Ford Coppola. Kalau sejuk pun bila time dah pukul 6.30 ptg bawak ke malam, time semua org dah balik menghempas diri bermanja ngan tilam and bantal.
Tu yang aku pelik tu. Apasal hari ni sejuk lain macam bilik aku nih. Aku swing kan aircond tu pun still sejuk. Siap aku bukak tingkap lagi. Pun sejuk lagi. Hmmm... apsal ekk?? Ke aku ni dah buang tebiat nak mamposs?? Hish!! Selisih malaikat 44. Saper nak jaga anak2 aku nanti...
Wednesday, August 26, 2009
Nyaknyer : The Chronicles of Sleep, Fast & Class
Gambor hiasan jer wei. Tak de kena ngena ngan cerita aku nih. Bulan pose nih, hiasan pun kena la unsur Islamic sikit, no?
Lepas sahur, subuh, tido balik, bangun pukul 7. Tapi mata tertutup balik sampai pukul 10. Still tak leh nak berjaga. Sambung lagi. Dlm tidur tu pun aku still boleh buat decision utk tak nak masuk opis hari ni. Rasanya pun tak der bender urgent sgt. Nak kira kerja, byk, hari2 pun byk sampai tak dan nak siap. Pukul 11, dah siap mandi and sambung kerja aku utk kelas ari ni. Semalam tak dan nak habis. Byk jugak nak kena cover kelas ni hari berbanding last week. Kelas pun start lebih awal dan masa lebih pendek sempena puasa ni. Kelas aku patutnya dari 4 sampai 6, dah jadi awal dari 2.20 sampai 4.
Seronok sikit hari ni, aku pun dah lebih lancar compared to last week. Lama tak public speaking ni be, berkarat lidah. Seronok and lega dgr student aku dah start ketawa, tanya soklan, buat lawak. Lagi seronok bila dpt tau ada student yg bukan dari kelas tu dtg nak dgr lecture aku. Kembang jer rasa... hehehe.. Tapi still ada lagi yg muka ngantuk mata separa bukak ala ala Asri Men Men kawan lama kat sekolah. Men, jgn marah Men, aku buat cth je tu..
Habis kelas, baru la aku gi ofis, tgk kerja lebih kurang. Tak wat pun, tgk jer. At least ada dah idea apa nak buat dulu pagi esok. Pagi? InsyaAllah, pagi la kot, no? Boleh tahan byk gak benda nak kena settel.
Next week... kena buat preparation utk next week. Mana aku nak carik bahan2 utk budak2 nih... Malam ni... harap aku boleh tidur mcm biasa mlm ni. Tak tau la. Benda2 libatkan biologi ni, susah nak kontrol. Dah la ngan teknologi tak brp nak boleh masuk.
Monday, August 24, 2009
Hari Pertama Kerja Bulan Ramadhan
Patutnya Sabtu lepas jadik hari pertama kerja di bulan Ramadhan Al-Mubarak nih. Tapi, since aku dah niat dari awal tak nak gi ofis on 1st Ramadhan, maka dengan dengan sesuka hati sesedap rasa aku tak gi ofis hari Sabtu lepas. Caya la, Di. Buat jer mcm ofis BAPAKKKK aku. Kena fire ngan bos baru tau. Hehehe.. Sorry bos.
Aku bukan apa la. Aku ni ada gastrik. Sbb tu ari pertama Ramadhan aku tak masuk ofis. Sbbnya, first day ni la selalu kena serangan. Kalau kena tu, kesian kat org yg menengok aku, mesti menitik air mata si Ina kalau tgk aku sakit tergolek2...
Anyway, ari ni, kul 10.30 baru masuk ofis. Sampai kat opis, lepak baca paper kat bilik Zamani dulu, pas tu baru start kerja. Hmmmm... Separuh kerja dah siap, tujuh lapan paruh lagi duk tunggu. Arrggghhhh... Penat.
Ada kawan bos duk tgh setting balik sistem komputer kat opis nih. Internet problem dah settel, tak der dah org nak gaduh berebut IP Address, aku dah boleh print terus ke mesin printer besar kat tpt Ina, PC yg rosak sebijik tu pun dah siap repair.
Esok gaji. Lambatnya nak tunggu esok, sengkek dah ni...
Sunday, August 23, 2009
1st Day Puasa
Teraweh kat surau baru. First time masuk surau ni. Dari mula buat sampai skang, ni la kali pertama aku datang. Tak patut betul. Padahal tak sampai 100 meter surau tu dr rumah aku.
Masa sahur, tgh makan tetiba rasa nyesal makan nasik, lauk segala. Cadang tu nak minum susu jer sahur. Kalau makan cam ni makin bulat la perut ngan muka aku. Tapi takat menyesal je la, insaf tak pun. Dengan sesal tu jugak la aku tambah lagi sepinggan. Bukan selalu boleh makan ramai2 cam ni.
Pukul 11.30 pagi, Adik kantoi tgh mengadap tabung coco crunch. Hishhh. Marah pun tak guna. Cuma sound dia, dia puasa ke, tak ke, lapar ke apa ke, dia dah tak leh makan sampai la time bukak puasa.
Teringat citer Rawi masa nak balik cuti raya dari Sintok dulu. Musafir punya pasal, belum naik bas, dah hisap rokok, tak habis sebatang pun, tong tong ngan kawan2. Dah naik bas, sampai la waktu berbuka, baru boleh makan. Nyesal tak pose, dapat lapar dahaga jugak.
Kesian Rawi, kesian lagi Adik. TApi aku tak leh didik anak aku dgn hanya dasar kesian, kalau tak sampai bila pun dia tak de disiplin. Sampai bila pun dia tak puasa. Dah la semayang pun selalu tuang...
Saturday, August 22, 2009
Sengal
Friday, August 21, 2009
PUASA
Hmmm... aku rindu dia. Allah cucuri rahmatmu utk dia. Amin.
Selamat Puasa semua, semoga diterima segala amalan. InsyaAllah. Amin
Thursday, August 20, 2009
Sup Gearbox
Adanan Sup Special. Bulan Puasa nanti ada kat Bazar Ramadhan depan Masjid Negeri
Dia : Mana?
Aku : Stadium. Sup Gearbox
Dia : Ambik aku kat Vistana jap
Aku tgk Maker,
Dia : Tak pe. Ko makan. Aku gi ambik Punat.
Aku : Senyum sampai telinga...
Aku dah habis makan, habis rokok dua btg, Maker call :
Dia : Order lagi satu, Punat punya.
Ini la rupa gearbox slps aku selosai merepair..
Rosli Klasik
Aku : Hello
Dia : Wei, ader kat mana? Aku kat kedai kau ni..
Aku : Meh sebelah. Aku tgh minum...
Dia pun sampai. Makin hitam dahi aku tgk. Kuat semayang Mamat nih. Alhamdulillah. Memula order air, kopi o ais satu siap!!!!
Aku : tuanya la minum kopi o. Nasib baik ader ais, kalau tak, konpem!
Dia senyum jer, buat kuar satu beg kecik warna itam..
Tadaaa.... aku gelak. sambung balik ayat aku tadi...
Aku : Kopi o ais, rokok golong. Konpem org tua.
Gaya Rosli Klasik ngan rokok pucuknya
Dia : BUKAN TUA, KLASIK...
Menghirup Kopi O Ais, dgn penuh penghayatan, nama pun klasik...
Peralatan klasik untuk gaya hidup klasik
Skil menggulung yang sampai skrg aku tak reti nak master
Rosli senyum sambil menunjuk skil gulung rokok pucuk peringkat ke 7
Punat : Aku bender lain, tak nak. Yg ni, mintak sebatang...
Gaya Klasik yang serius dari bos aku..
Tambah kaki lagi sorang, geng klasik....
Tuesday, August 18, 2009
Sakit Hati? Sedih?
Aku kata "Mengaji. Aku cadangkan baca surah Al-Kauthar. Ptg2 mcm ni, aku cadangkan ko mandi, wuduk, solat maghrib, pas tu ngaji"
Fadhilatnya, dapat mengurangkan kesedihan, sakit hati etc. Amat sesuai kalau dibaca semasa hujan.
Ambik gambar ni kat Masjid Mersing, Johor lepas solat Subuh. Phone camera Sony cokia. Gambar pun cokia je...
Tu semua Pak Sheikh Shanon yg cerita kat aku. Aku pun dah ingat2 lupa. Anyway, thanks to Pak Sheikh aku tu.
Monday, August 17, 2009
H1N1
Sunday, August 16, 2009
Teh Dah Pindah
Wednesday, August 12, 2009
Kenduri Ayie
Sarif samseng kg. dusun
Wiskarnain
Apapun, Tahniah buat Ayie. Semoga diberkati, dirahmati, dilimpahkan rezeki berlipat ganda dan terus kekal bahagia dunia akhirat. Keep on rocking!!Saturday, August 8, 2009
Dato' Hj. Sawai Di Kuantan
Team Perak (Kuning) sblm lawan ngan Johor (Biru)
Team Pengurusan Pasukan Badminton MAKSAK Perak, Khairul (Bendahari), Sawai (Pengurus) dan Izyan (Setiausaha)
The Manager and the Coach with the Trophy after closing ceremony
Personally, aku rasa that achievement was very good, especially for a new manager. Congrates. To Dato' Haji and the whole team. Enjoy your vacation present in Bandung nanti, ya.. Ada senang, datang la lagi ke Kuantan. Hello hello la yek..
One for the album...
Wednesday, August 5, 2009
Buah Hatiku Accident
Kenduri Azrin
Azrin kata, "Lambat tul la diorang. Kalau ikut saya, pukul 11 tadi dah nak turun dah..."
Abg Din, Ayah Long & Chik Lah
Mak Ngah Cabang 4 Tumpat, panas cari tempat teduh
Ayah, Abg Yie ngan mak pengantin tgh susun org bawak hantaran
Last2, Ayah sendiri kena bawak dulang hantaran...
Wife Ayah We'. Antara yang paling kerap tanya aku, "bila nak kawin?.."
Kak Ina Ayah Long
Sama cantik sama kacak, macam pinang digelek trak... hehehe... jangan marah aa..
Another one 4 the album
Tuesday, August 4, 2009
Sukan Adik
Adik ngan Nana (Tanjung..)
Adik rumah biru, masuk 3 acara. Lari dlm guna, tapak kaki gajah ngan ambik bola pingpong ngan sudu. Sukan budak2... OK la. Meriah gak la.
Adik tgh bersiap nak berkaki gajah
Sukan dan penyampaian hadiah tamat dekat pukul 12 tghari. Byk gak Adik dpt hadiah. Ayah pun dpt hadiah gak, cenderahati utk pengadil.
Monday, August 3, 2009
Bowling EXSAS 2009
So, ni la team aku. Abu, Zaidi n aku. Dah lebar dah semua orang... hahahaha...
Su ngan anak sedara comelnya pun datang meriahkan suasana walaupun tak main.