Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, October 3, 2009

Thank You, Followers

I've never say thank you to you guys yang follow blog ni. Kenapa ek? Ntah. Tak baik, kan? Aku pun sebenarnya tak pernah expect ada org akan follow blog ni. Ye la, buka blog ni pun dulu sesajer suka2. Seronok baca blog Sifu (mana la pergi Sifu aku skrg nih... senyap jer...), last2 bukak blog sendiri. Langsung tak der buat marketing ajak org baca blog nih pun. Utk personal la kononnya. Nak meluah perasaan la kononnya. Nak menulis la kononnya. Hampeh!!

Anyway, terimakasih utk adik beradik, sepupu sepapat, sedara mara, kawan kawin, sahabat handai, rakan taulan yang sudi buang masa anda utk bukak, baca, follow blog yg ntahkehapahapantah ni. Hope you'll enjoy your time here. Aku tak janji bulan ngan bintang kat sini, sebagaimana aku tak mengejar bulan dan bintang dalam hidup aku. Cukuplah aku dengan apa yang ada, seadanya. Harapnya pun, korang cukup dengan apa yang ada dlm blog ni, seadanya.
Kalau ada komen, cadangan, kemukakanlah. Aku terima dengan hati terbuka. Aku ni kan manusia biasa. Tak sempurna. Aku ni penulis amatur, bukannya wartawan hiburan yang dilahirkan sempurna tanpa cacat cela, bebas mengumpat sesiapa tanpa takut dosa dan neraka, bukan tak leh ditegur melenting mcm dunia ni bapak aku yg punya.
Pa pe pun, selamat datang utk :


Jojet - suka baca your blog.


Munif - sesaper nak jumpa Munif boleh dtg lukis potret kat TC setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad malam


Qasseh Qaisara - sorry la Cik Su. Tak dan lagi nak email gambo2 raya ari tu. Sabor je la yek.


dan semua yg lalu lalang kat sini. Aku tau ader org bukak blog nih sbb nak ikut perkembangan anak2 dia.
eeerrr... jemput la makan kuih raya. Ala kadar jer. Tak la kelas mcm Maria Tunku Sabri. Dia ada Ribena... kelas auntie!!


Hah. Sila la. Hari Raya ni jgn memalu...



Tak cukup. Ha.. ambik. Tambah! Tambah! Bakarrrr!!!!



Nak makan buah nenas tak nak kuih raya pun boleh gak. Ni ha, nanas lapik meja luar kat umah Mak & Pak di Trgn.


Apa laginya? Duit ghaya? Usoh haghap!! HAh? Ye la! Ye la! OK! OK! Nah la bunga api...



No comments: