Selepas pengkebumian Pakcik Ustaz malam tu, aku, Ayah ngan Abang Din menunggu agak lama utk berjumpa dengan Abang Zi, anak sulung arwah sblm kami shoot balik ke Kuantan. Lepas menunggu agak lama, aku tanya kat Zu, kata dia Abg Zi mungkin lambat sbb arrange orang menunggu kubur. Aku angguk je la time tu.
Masa dlm keta, aku tanya Ayah, tunggu kubur tu apa benda. Ayah kata, ikut adat org kat situ, lepas dikebumikan, akan ada orang duduk mengaji di kubur selama 2 atau 3 malam, mengikut kemampuan atau kehendak keluarga simati. Diorg ni tak akan tinggalkan kubur dalam tempoh tu. Hmm... tak pernah aku dengar sebelum ni.
Pengalaman aku dengan adat pengkebumian di Kelantan ni pelik sikit. Back in 2006, masa singgah utk Zohor kat Masjid Kuala Krai, ada la aku semayangkan jenazah seorang arwah kat situ. Lepas semayang, waris arwah tu membahagikan duit dan makan tengahari kepada makmum.
Masa Arwah Ayah Soh meninggal tahun lepas di Pasir Putih pun, benda yang sama diamalkan. Ada pulak tambahan barang dapur seperti gula, garam etc diagihkan kepada makmum. Di Masjid Tanah Merah baru2 ni pun sama jugak.
Yang aku musykil, setahu aku la, Islam tak benarkan pun keluarga simati memasak atau menyediakan makanan. Itu jadi tanggungjawab jiran dia utk sediakan makanan kepada keluarga simati. Bila keluarga simati nak kena sediakan segala jenis sedekah ni, aku rasa mcm beban besar kat keluarga simati tu. Dah la tgh bersedih dgn kematian ahli keluarga, nak kena pulak sediakan segala macam sedekah.
Sebagai ahli masyarakat, aku rasa mcm bersalah utk terima semua tu. Takut jugak, kalau tersilap makan harta anak yatim ke, susah nak jawab esok.
Kata seorang Ustaz, amalan membaca talkin di kubur pun sebenarnya amalan yang bida'ah, sebab tak pernah diamalkan oleh Rasulullah. Majlis tahlil 3 hari, atau malam ke 40 atau malam ke 100, semua tu pun bida'ah. Inikan pulak tunggu kubur 2 - 3 malam.. Tak bida'ah ke tu?
Pasal bida'ah ni, aku dpt benda ni dr ssorg.
Dalam ibadah dan urusan agama Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah sebaik-baik ikutan dan panduan.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
[al-Ahzab 33:21]
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Ali Imran 3:31]
Kita dilarang menambah-nambah atau mereka-reka sesuatu yang tak diperkenalkan Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam dalam urusan agama kerana setiap bid'ah yang melibatkan ibadah dan urusan agama adalah terlarang.
Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
"Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat. "
Dalam satu lagi hadis yang hampir serupa dijelaskan lagi:
"dan setiap kesesatan itu tempatnya kelak di dalam neraka."
من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو ر
"Barangsiapa siapa yang mengamalkan sesuatu perkara yang bukan mengenai perkara kami [i.e. Islam], akan ditolak"
Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
"Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia. "
Dan berkata Ibnu Mas'ud :
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"
Dalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. Setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam dan Dajjal-Dajjal sentiasa berusaha menyesatkan pemahaman umat Islam. Agama yang dibawa Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah syumul dan tak perlu lagi tokok tambah perkara yang sia-sia dalam urusannya.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi Deen bagimu.
[Al-Maidah 5:3]
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment