Zaman aku bebudak dulu, aku adik beradik tak berpeluang nak belajar mengaji secara formal di sekolah. Walaupun masa tu dah ada SAR Masjid Jamek Beserah, tapi sbb keluarga tak berkemampuan, kami lima beradik cuma mengaji biasa mcm bebudak yg hidup 20 tahun lebih awal dari kami. Mengaji di rumah guru mengaji di kampung ajer. Kami lima beradik semuanya mengaji dgn guru yang sama. Mak Teh dan arwah suaminya, Pak Teh. Tak jauh pun, depan rumah jer.
Ni la rupa guru ngaji aku, Mak Teh. Gambar terbaru masa raya baru ni.
Ni pulak rupa arwah Pak Teh. Gambar kat rumah aku di Bt. Hitam tahun 1996. Pak Teh ni dulu Imam Masjid Beserah, kalau dia takbir raya, bisa nangis dong..
Ikut adat dulu2, guru mengaji ni kena hormat, lebih dari hormat mak ayah sendiri. Dan tradisinya jugak, setiap kali raya, tak boleh pergi raya rumah org lain sebelum gi raya rumah guru mengaji. Itu la yang kami amal sampai skrg. Rumah Mak Teh ni akan jadi persinggahan pertama kami beraya, setiap tahun, kecuali kalau tak beraya di Beserah. Dan mcm tu jugak la ramai lagi anak2 murid dia. So, setiap tahun, rumah Mak Teh mmg meriah kalau time raya.
Sebahagian kecil ahli keluarga besar Mak Teh yg sempat kami jumpa pagi raya tu.
Tahun ni sama la. Lepas ke kubur, kami ke rumah Mak Teh. Mcm biasa jugak, hidangan utama dia laksa. Zaman dulu2, Mak Teh akan buat sendiri laksa utk hidangan raya. But since dunia dah makin sibuk, laksanya dibeli, tapi aksesorinya masih disediakan Mak Teh dan keluarga.
Bezanya tahun ni, kami beraya kat luar rumah jer. Dah ada kerusi meja letak kat laman rumah utk tetamu. Pinggan cawan sudu garpu pun dah guna polistrin pakai buang jer. Boleh terima akal la sbb penat tu nak duduk basuh pinggan mangkuk. Dah macam kenduri setiap kali raya.
Family Kak Jah pun ada sekali masa kami sampai. Mak Ayah Kak Jah ni tuan rumah sewa kami masa kami duduk depan rumah Mak Teh
Cik Su, Ayah Su n Kakak. Layan perut kenyang lepas makan laksa.
Adik n sepupunya layan buai sambil planning nak main mercun...
Cikgu Zarina anak Mak Teh (paling kiri) duk layan tetamu
Anak2 Kak Jah. Dah besar panjang dah semua. Aku pun dah tak ingat mana satu yang mana
Apa lagi?? Tambah! Tambah! Bakarrr!!!
Utk Mak Teh dan Arwah Pak Teh, terima kasih kerana mengajar ilmu yg sgt berguna buat kami. Moga amalan kami sampai kepada Arwah, dan semoga Allah menyediakan syurga terbaik buat kalian berdua dan keluarga. Amin.
No comments:
Post a Comment