Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, October 14, 2009

Lori Gula Terbalik

Masa raya kat Pasir Putih ari tu, singgah umah Chik Lah. Su Mah pun ada kat situ. Dua2 ni adik tiri Ayah, sama bapak lain mak. Dua beradik ni kerja nurse, org Kelantan panggil misi.




Gambar atas, Chik Lah
Gambar bawah, Su Mah
Kalau buang spek Chik Lah, boleh tak bezakan dua beradik ni?



Sampai kat sana, selain beraya, kitorg dapat pemeriksaan kesihatan percuma. Hahahaha... jangan marah. Cek gula dlm darah. Yg pertama kena check, for sure Ayah la. Humang aiii, meter pun tak leh baca kandungan gula Ayah, gila babas punya tinggi. Meter tu kata "Hi (singkatan utk High). Above 28.5"

Chik Lah ngan Su Mah terus ajak Ayah gi Hospital Pasir Putih, mau diorg tak risau. Korang tau tak kandungan gula dlm darah yang normal berapa? Antara 3 - 6 shj. Kurang dari 3, low blood sugar. Boleh pengsan, pitam, lemah badan etc etc etc. Lebih dari 6, high blood sugar. kencing manis la tu....
Tapi Ayah buat dek ajer. Kami adik beradik pun berebut nak cek sama. Abg Din kena 8.2, Teh Man kena 8.1, aku kena 7.1. 1/2 jam sblm cek tu, aku 3 beradik ni baru jer habiskan tapai pulut satu tupperware besar kat umah Ayah Soh. So, kandungan gula aku ni kira normal. Alhamdulillah. Tuhan sayang aku. Dia bagi aku kesihatan supaya aku boleh jaga dan besarkan anak2 aku dua org tu. Syukur.

Org lain punya meter reading aku tak ingat brp. Tapi semua org pun normal jer la. Syukur Alhamdulillah lagi sekali. Allah bagi kesihatan yg baik utk kami sekeluarga.



Cik Su tgh kena operate ngan Chik Lah. Mula2 cucuk jari tu sikit, serius tak sakit. Semut gigit pun jauh lagi sakit.


Pas tu, letak kat meter ni, pas tu kuar la dia punya reading. Senang bai tu. Tak sampai dua minit siap semua proses


Chik Lah pesan kat kami adik beradik suruh carikan ubat utk Ayah. And, aku tau ubat paling sesuai. Ahad lepas ubat tu sampai, Alhamdulillah, Ayah dah start makan. Hopefully, InsyaALlah, Ayah akan terus OK, lebih OK dari sekarang. Hopefully tak der dah lori gula terbalik dlm darah Ayah. Amin.


Anak teruna sulung Chik Lah, Amir. Kecik2 dulu selalu aku dukung ke sana ke mari

2 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum En Idi, salam ziarah yee..

Idi said...

Wa'alaikummussalam wbt.
Sila Sila...
TAmbah lauk. Tambah! Tambah! Bakar...
Hahahaha...
Tima kasih sudi ziarah.