Raya kedua hari tu, kami ke Tanah Merah, Kelantan ziarah Pakcik Ustaz. Cerita tu aku tulis dalam tajuk "Foto Pertamaku". Masa tu, Pakcik Ustaz tgh sakit, dah tak leh bangun. Duduk kat kusi roda dia pun tak leh lama.
Khamis lepas, around 12 tghari, 15 minit lepas kuar pejabat lawyer sign agreement, dapat call dr Abang Din.
"Pakcik Ustaz dah tak der..."
"Innalillahi wa innailaihi rajiun... Nak balik Kelantan ke?"
"Ayah nak balik. Awak byk keje ke?"
"Tak pe. Saya ikut"
"K. Tolong ambik saya kat Vistana..."
Kami sampai Tanah Merah dalam pukul 6ptg. Masa sampai tu, qariah tgh mandikan jenazah. So, sempat la jengok Arwah. Lepas solat Isya, semayang jenazah di Masjid Besar Tanah Merah sblm arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah di Jalan Kubur, tempat sama Abg Kamaruzaman bersemadi. Jalan kaki jer dr rumah Pakcik Ustaz.
Masa dlm perjalanan balik ke Kuantan lepas selesai semua urusan, aku tanya Ayah.
"Pakcik Ustaz kena macam mana ngan kita? Jiran lama jer ke?"
"Dia tu pak dua pupu ngan Ayah. Pangkat Tok la dgn korang. Tapi dari kecik dulu dia ajar korang panggil dia pakcik, dan dia ajar anak2 dia panggil Ayah abang jer. Sebab tu pangkat2 tu jadi blurr..."
Ok. So sebenarnya pak cik Ustaz ni waris aku gak la...
Kisahnya.
p/s : Semoga Allah cucuri Rahmat dan Ihsannya untuk Arwah. Semoga semua jasa baik Arwah dibalas dengan kebaikan Allah jua di sana. InsyaALah.
No comments:
Post a Comment