Terasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani
Di dalam sepi itu
Kembaliku mengenang dirimu
Lalu hati jadi rindu
Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan
Lama ruang hati kekosongan
Lama kumenangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah di antara kita..
Singgoh Le Dulu Aok Yer
Friday, December 30, 2011
Thursday, December 29, 2011
BIRTHDAY ADIK YANG KE-8
16 Disember 2011
Birthday Adik
Berlalu
Tanpa kek, cuma ada ayam KFC
Tanpa Arwah Tok dan Tokki, tapi dipenuhi sepupu perempuan dan lelaki
Tanpa Ibu, tapi ada makcik-makcik
Tanpa airmata lagi, cuma rasa hepi
Selamat Hari Lahir Adik..
Gembiralah, syukurlah
Walau tanpa sepatah panggilan yang dinanti
Birthday Adik
Berlalu
Tanpa kek, cuma ada ayam KFC
Tanpa Arwah Tok dan Tokki, tapi dipenuhi sepupu perempuan dan lelaki
Tanpa Ibu, tapi ada makcik-makcik
Tanpa airmata lagi, cuma rasa hepi
Selamat Hari Lahir Adik..
Gembiralah, syukurlah
Walau tanpa sepatah panggilan yang dinanti
Thursday, December 15, 2011
MY FIRST SHOW ON STAGE
These photos was taken way back in 1982, when I was 9 years old, in Standard 3, Sekolah Kebangsaan Beserah, the exact same school that my kids are going now. Ini bukan kali pertama naik stage, sbb dari Darjah Satu lagi, tiap-tiap tahun naik pentas ambik hadiah peksa. But then, ini persembahan pentas kali pertama dalam hidup, and it was in English.
Aku pegang watak sebagai Toyol... hehehe. Baju hijau duk kat depan tu, aku la tu. Cikgu aku kata, susahnya nak mekap orang hensem jadik huduh... hehehe... Aku hensem masa budak2... kahkahkahkui..
Belakang : Anita Ali, Wan Nor Asmawi & Lailaitul Adawiyah
Depan : Me & Azhar Majid
Kisahnya bermula bila dua orang adik beradik, (Awie & Lailatul) sedang bermain dekat dengan sebuah perigi buruk di tepi hutan, satu kawasan yang tidak sepatutnya mereka pergi. Tiba-tiba, toyol muncul dari telaga buruk itu dan menangkap si Awie (patutnya tangkap si Lailatul, lagi senang dan lagi syok... hehehe) lalu dibawa masuk ke telaga buruk itu...
Tangkap dia... makan budak!!!!
Si Lailatul pun berlari balik ke rumah dan mengadu kepada ayahnya (Azhar). Dua beranak itu pun datang ke telaga buruk dan menangkap si Toyol dan mencabut hidungnya serta memaksa Toyol memulangkan anaknya Awie..
Aduyai... kantol sudah
Maka, kerna tepaksa, si Toyol yang tercabut hidung itupun memulangkan Awie kepada Azhar. Sebelum pulang, Azhar telah memberikan nasihat-nasihat berguna kepada Toyol supaya Toyol kembali semula ke jalan yang benar... hehe
"... dan ingatlah ketika Rasulullah bersabda..." kena ceramah la pulok...
Selepas itu, Azhar pun membawa anak2nya pulang, and they live happily ever after...
Here's the cast again... Anita sebagai narrator.. Ingat ya... dalam Bahasa Inggeris...
Wednesday, December 14, 2011
KUANTAN CLOSE VOLLEYBALL TOURNEY 2011
Dua minggu selepas bawak budak2 student pergi main volleyball di UM, last weekend aku bawak diorang pergi main tournament Kuantan Close 2011. This time around, aku campurkan team tu dengan a few staff dan one of their coaches utk kuatkan team. Though tak byk training bersama, we've made quite a team jugak la.
Belakang : Boy, Aizad, Daing, Mirul
Depan : Nik, Angah, Shahid, Yusri, Abang, Hakim, Yusri (Abang tubuh kattang...hehe), Epul, me & Edi
Keputusan Pertandingan
Peringkat kumpulan
1st game - lwn YPPH (Juara bertahan) - kalah (2-0)
2nd game - lwn TSMJ - menang (2-0)
3rd game - lwn X-MAKSAK (Naib johan tahun lepas) - menang (2-1, penuh emosi dan kontroversi... hehehe)
Pusingan kedua
1st game - lwn TPBVC - menang (2-0)
2nd game - lwn UMP - kalah (2-0, lagi sekali ...)
Penentuan tempat ke-3 & 4
Lawan Titanz - Kalah (2-1)
Dapat No 4 jer.... Frust? Pasal result, yes, a bit. Could have been better, but... dah rezeki sampai situ je, nak buat mcmana. They've played their best, did their best. Tak pe la.. Yang lebih aku frust sebenarnya pasal politik persatuan bolatampar kuantan ni, tak habih2 dari dulu. Mcm2 hal... Susah kalau individu2 dlm persatuan meletakkan kepentingan peribadi di hadapan.
When we met team X-MAKSAK, tiba-tiba ref bawah tukar orang. Tak lama lepas tu, tgh syok leading, ref stop game, bincang kejap ngan scoresheet guy, pas tu panggil aku. Kata team aku tak daftar libero, tapi pakai libero, pas tu libero semalam lain, libero hari ni lain.. bla bla... so team aku salah, team belah sana protes. So dia kata, atas semangat kesukanan, dia bagi aku kalah 25-0 set pertama. So terus main set kedua, kalau kalah, team aku out. Kalau menang, main rubber set.
Ingatkan keputusan tu akan buat budak2 tu down, rupanya terbalik. Budak2 aku jadik lebih bersemangat dan pulun main sesungguh hati. Kami menang dengan bekas2 pemain MAKSAK, Naib Johan tahun lepas. Dan dengan kekalahan tu, team tu terkeluar terus dari pertandingan... puas hati aku.
Masa set kedua, ref bawah yang komplen tadi tukar naik jadik umpire. Masuk set ketiga, ref bawah yang asal tadi masuk semula. Aku kenal ref tu, dan aku tau dia jenis yg adil. Set ketiga siap gaduh pulak umpire ngan ref bawah.. Sehari lepas tournament habis, baru aku tahu, rupanya ref yg komplen tu yang bawak team tu. Sbb tu dia buat mcm2 hal nak bagi team dia menang ngan aku dan mengelakkan team dia terkeluar.
Macam ni punya manusia pun wujud lagi rupanya. Depan kami bukan main manis ayat tutur bahasa. Dalam hati Tuhan je yang tau...
Ada banyak lagi internal problem dlm persatuan ni rupanya. Tak der pun perubahan since aku berenti main volleyball 2003 dulu. Aku berenti dulu pun sbb kena aniaya dengan persatuan. Ingatkan, lepas 10 tahun, keadaan dah berubah, rupanya sama jer.
Kalau mcm ni la gayanya, mmg tak maju la volleyball kat Kuantan ni. 10 tahun dulu, kalau menang di Kuantan, senang2 boleh conquer Pahang. Sekarang ni, menang di Kuantan, belum tentu boleh lawan dgn team2 dari Bera, Temerloh dan Lipis. Means that, daerah lain dah lebih maju dlm game sedang Kuantan masih di tampuk lama....
Friday, December 9, 2011
WEDDING NISA
Hasnisa Abdul Hamid, a good friend from my school days, salah seorang dari geng 6, got married last week on Saturday, December 3rd 2011. After years of being alone dan selalu jadik bahan usikan kawan2, akhirnya Allah temukan jodoh dia, Alhamdulillah. Ceria je aku tgk dia hari tu, berseri-seri...
Dapat jemputan just a few days before the wedding, thru fb. Sebbaik gak la tak de pa pe plan utk that weekend, so boleh la attend. Tak ramai kawan yang dapat join sekali, may be time-time cuti sekolah ni, ramai kawan2 dah buat plan lain lebih awal utk bersama keluarga masing2. But then, bagi kami yang hadir, majlis tak pulak sunyi, mungkin dah biasa havoc walaupun tak ramai orang.
Ni dua beradik yang tak pernah bertemu, Carlos dgn Sam walaupun selalu dengar cerita about each other. Masing-masing mcm terkejut kejap bila jumpa, hmmm... dekat-dekat sama la dua-dua punya muka... hehehe
A photo of us with the bride n groom before we took off. Belakang kiri : me with Wawa, Carlos, Aivy, Yanie, Idi, Sam
Depan kiri, anak2 aku, lima org yang baju sama tu anak Idi & Yanie, lagi 2 orang tu anak2 Aivy & Carlos.
To Yanie & hubby, Alhamdulillah, semua dah selamat, semoga bahagia dunia dan akhirat, semoga diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.
Thursday, December 1, 2011
DARI TREN KE TREN
Last week bawak my students pergi tournament volleyball di Universiti Malaya. Alhamdulillah, selamat sampai dan segalanya walaupun bermacam dugaan Allah beri kat kami. Dari HEP sampai la ke penganjur. Sama je diorang punya 'telor'. Kalau tak mengenangkan semangat budak2 yang sanggup korbankan cuti, kelas dan duit sendiri, pasti dan muktamad aku tak pergi. Apapun, the tournament is not meant for us. Letih la budak-budak baru belajar nak join tournament yang dlm satu team ada 5 player Malaysia yang baru balik Sukan SEA di Jakarta. Belum lagi cerita state player, estate player segala. Tak pe la. Yang penting semangat melawan budak-budak ni tak luntur walau saper pun yang diorang jumpa. Great spirit of sportsmanship. Salute.
Sorry tak de gambar team volleyball yg aku bawak ari tu...
My kids joint me and the team on Saturday. Jadik pom pom.. hehe. They stayed there until the games ended, pas tu kami ke KLCC and had dinner with an old fren of mine, Fazirah Raithol Afthal. Thanks for the dinner, G.
On Sunday, after our teams were knock-out from the tourney, I took the liberty to bring the kids to Muzium Negara. Kakak dah mintak nak gi Muzium ni since dua tahun lepas. So bawak la diorang ke Muzium Negara...
untuk berjumpa dengan Datuk Laksamana Hang Tuah
After my last few words, saying thanks and congratulations, my players went back to Kuantan on Sunday, 8.30 pm. After they left, I took my kids to Midvalley, jalan-jalan cari pasal..
Dan jumpa dengan Parsha ni dari Iraq..
The next day, as requested by Kakak n Adik, kami mulakan misi 'dari tren ke tren'. We park somewhere kat Pekeliling, dekat ngan Hotel Vistana. Naik monorel dari Titiwangsa sampai Brickfields, then walk to KL Sentral. From KL Sentral, kami naik komuter ke Subang Jaya and had our lunch di Carrefour Subang Jaya. Adik ngan Kakak bersungut, tak best naik komuter, dah la packed, lembab pulak tu.
After lunch, we headed back to KL Sentral, ambik LRT ke Masjid Jamek. LRT pulak duk tengah tukar sistem tiket, duk pakai token bulat, instead of kad yang biasa tu. Dari masjid Jamek, tukar LRT ke Bukit Jalil (pakai tiket kad semula). Sampai Bukit Jalil, anak-anak si Timang dah menunggu kat sana
dan kami patah balik ke Bandaraya, jalan-jalan ke Sogo. On the way tu, Kakak ajar pulak si Hani ngan Nadia cara-cara duduk dalam LRT bila tak dapat seat... Macam ni...
Balik dari Sogo, we had dinner kali kedua kat rumah Timang, kali pertama dah dinner kat Sogo. Thank you Haji, Hajjah, Pakcik, Sumiandi & Seri. Udang tu memang sedap, tapi sedap lagi benda alah yang buat dari susu tu (aku lupa la nama dia...). Sampai habis aku kerjakan...
Around 10.30 kami gerak ke stesen LRT. Terpaksa patah balik 2 kali. Kali pertama tertinggal payung, kali kedua Adik tertinggal wallet. Dari Bukit Jalil, lagi sekali naik LRT, kali ni terus ke Titiwangsa. Sharp pukul 12 malam sampai di Stesen Titiwangsa, ambik kereta dan terus shoot balik ke Kuantan. Sampai rumah pukul 3 pagi, terus pengsan...
Begitu la perjalanan anak-anak kampung yang tak biasa naik tren... hahahaha...
Tuesday, November 22, 2011
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK BESERAH 2011
Assalamualaikum wbt.
Sangat lama tidak menulis. Terlalu sibuk dengan program dan event sampai diri sendiri pun tak sempat nak urus. Dari Usahawan Muda ke Puncak Jaya, INPUMA bersama delegasi OIC dan minggu lepas settle International Conference. Minggu lepas jugak dah start Fasa baru untuk Program Usahawan Muda. Kalau ada masa nanti aku cerita pasal program-program tu semua.
For today, just cerita pasal Hari Anugerah Kecemerlangan SK Beserah 2011 yang berlangsung Sabtu lepas, 19 November 2011. Relevan? Ya, sangat relevan, sebab Kakak ngan Adik dapat hadiah!!!! heehe
So, for this year, Adik dah naik kelas pertama, sekadar mediocre je sepanjang tahun. Peksa final pun cuma dapat no 12 je, satu tempat lebih baik dari best fren dia Imran anak Noni yg dpt no 1 tahun lepas. Ada jugak hadiah untuk dia, best student utk subjek Agama Islam. So dapat la naik stage ambik hadiah.
Untuk Kakak, dapat tiga hadiah, no 2 dalam kelas, best subject Bahasa Arab dan best subject Bahasa Malaysia Pemahaman. OK la. Cuma kalau compare ngan classmate dia yg dpt no 1, budak tu dapat 6 best subject dan 1 hadiah khas pencapaian cemerlang. Lapan hadiah dalam 1 hari, sure mak ayah dia bangga sampai tak jejak tanah..
Yang ni, Imran anak Noni, classmate Adik. Merosot teruk tahun ni, aku rasa sebab pengaruh Adik kut... sure frust Noni ngan Wan. Anyway, no berapa pun diorang dapat, pencapaian diorang bertiga sama, 7A 1B. Subjek je beza-beza...
A photo of Kakak & Adik at the end of the event, sebelum kitorang balik rumah layan Harry Potter dari filem pertama sampai la yang last. Sampai naik pitam...
Thursday, September 15, 2011
NAMA
"Nama itu penting bagi kita. Bagi semua kejadian. Yang mula-mula diajarkan oleh Allah Ta'ala kepada Nabi Adam, nenek kita. Kemudian diadakan pertandingan dengan malaikat. Bila Tuhan suruh beritahu nama-nama benda, malaikat tidak dapat. Lalu malaikat memuji kebesaran Allah Ta'ala dan mengakui kelemahan dan kecetekan pengetahuan mereka. Mereka pun tunduk hormat kepada Nabi Adam. Bila Nabi Adam diperintahkan Allah Ta'ala menyebut nama-nama itu, dia dapat menyebutnya satu persatu. Dia dihormati oleh malaikat kerana pengetahuannya lebih daripada malaikat. Dia dihormati kerana alim dalam nama-nama. Itulah yang kita maksudkan dengan ilmu. Dalam nama-nama itu terkandung ilmu yang mendalam. Siapa yang beri ilmu itu? Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jadi bila kita kembali kepada falsafah nama ini, kita kembali kepada asal kejadian kita, kepada fitrah kita, kepada janji kita dengan Allah Ta'ala. Kamu tahu apa janji itu? Janji itu ialah janji semua anak Adam, yakni manusia, untuk menyembah hanya Allah Ta'ala, menjadi hamba-Nya. Tidak Aku (yakni Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku, yakni menjadi hamba Allah Ta'ala. Itulah firman Allah Ta'ala. Kemudian daripada itu, manusia dikenal dengan namanya. Jadi nama itu sangat mulia pada diri manusia. Itulah peribadinya. Itulah kemegahannya. Itulah juga kemuliaannya. Dengan nama, dengan ilmu, nenek kita Nabi Adam menang dalam pertarungan dengan para malaikat. Jika kamu tahu rahsia ini, kamu tidak akan sia-siakan namamu. Kamu tidak akan rendahkan peribadimu. Kamu tidak akan turunkan darjatmu sebagai manusia, kerana dalam pertandingan dengan malaikat itu kamu telah menang. Allah Ta'ala menyebelahi kamu dengan memberi kamu ilmu. Jangan kamu sia-siakan hakikat ini. Itulah hakikat dan rahsia nama. Kamu faham?"
"Nama itu amanah. Sesuatu yang dipercayakan kepada kita untuk dijaga, dipelihara, dimuliakan dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Oleh itu orang yang bijaksana selalu dimuliakan dengan sebutan yang baik setiap kali orang menyebut namanya. Kamu tahu mengapa Tuhan perintahkan kita berselawat kepada Nabi Muhammad, Sallal'Lahu 'alayhi wassalam? Supaya kita selalu ingatkan asal usul kejadian kita. Kita kembalikan diri kita kepada asal usul kejadian kita dengan berselawat. Kita memuji Nabi Junjungan yang menerusinya kita mengetahui segala yang ghaib tentang diri kita. Kita kembali kepada amanah kita, kepada janji-janji kita dengan Allah Ta'ala. Dengan berselawat, kita disuruh selalu ingat bahawa kita juga mestilah mencuba mencapai taraf yang tinggi dalam hidup kita. Apa dia? Ialah berbuat baik, ikhlas, rajin, jujur, taat, merendah diri tetapi tegas. Mengapa kita buat semua itu? Supaya kita tidak sia-siakan nama kita. Amanah yang diberikan kepada kita. Supaya setiap kali orang menyebut nama kita, orang mendoakan kita dengan kebaikan. Bila kita selalu dikenal sebagai orang baik, itulah doa. Itulah yang kita minta selalu. Bila sudah begitu, kita pun hidup bahagia. Tidak menyusahkan orang. Dan orang selalu berasa gembira, senang hati, dan hormat setiap kali dia menyebut nama kita. Masya Allah, sungguh cantik rahsia nama ini. Sungguh cantik. Kalau kamu tahu rahsianya, kamu akan jaga namamu baik-baik supaya tidak tercemar sedikit pun. Masya Allah!"
Mohd Affandi Hassan
Jejak Warisan
1993
Mohd Affandi Hassan
Jejak Warisan
1993
Tuesday, September 13, 2011
ILMU
"Berkata Mu'az bin Jabal mengenai mengajar dan belajar; pada pendapatku ini adalah sebuah hadith marfu' :
Imam Al-Ghazali dalam kitab al-Ilm
Pelajarilah ilmu, sebab mempelajarinya kerana Allah itu ialah taqwa. Menuntut ilmu itu ialah ibadah, mengulang-ulanginya itu tasbih, membahaskannya itu jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak tahu itu sedekah, memberikannya kepada ahlinya mendekatkan diri kepada Tuhan.
Ilmu itu teman waktu sendirian dan kawan waktu kesepian, penunjuk jalan kepada agama, pemberi nasihat supaya bersabar waktu suka dan duka. Ilmu itu ibarat seorang menteri di tengah-tengah teman sejawat, seorang keluarga ditengah-tengah orang asing dan sinar jalan ke syurga.
Dengan ilmu, diangkat oleh Allah beberapa kaum, lalu dijadikan-Nya mereka pemimpin, penghulu dan penunjuk jalan kepada kebajikan, diambil orang menjadi ikutan dan penunjuk jalan kepada kebajikan. Jejak mereka diikuti, perbuatan mereka diperhatikan. Malaikat suka kepada tingkah laku mereka, disapunya mereka dengan sayapnya. Seluruh yang basah dan kering meminta ampun akan dosa mereka, hatta ikan dan binatang laut, binatang buas dan binatang jinak di darat, langit dan bintang-bintangnya...
Ilmu iu imam dan amal itu pengikutnya. Diilhamkan ilmu kepada orang-orang yang berbahagia dan diharamkan kepada orang-orang yang celaka."
Imam Al-Ghazali dalam kitab al-Ilm
Monday, August 29, 2011
SALAM AIDIL FITRI 2011
Assalamualaikum wbt.
Rumah dah kembali sepi. Kak Ani the whole family dah gerak ke Jengka pukul 10 tadi. Teh sekeluarga balik Terengganu. Tingga laku ngan anak-anak, dengan Ayah Su. Esok dah nak raya, malam ni sunyi dan sepi... tahun ni semua ahli keluarga balik rumah mertua diorang. Yang tak de mertua, duduk la rumah ni, sambut raya sendiri-sendiri.
Dulu, masa arwah mak dan ayah ada, kami gilir-gilir supaya sentiasa ada adik beradik kat rumah ni di pagi raya. Bila Arwah Ayah meninggal tahun lepas, adik beradik tukar jadual. Tahun lepas semua orang raya kat sini, tahun lepas tu, semua orang balik rumah mertua. Dengan cara tu, kami dapat berkumpul adik beradik pada pagi raya setiap dua tahun.
So, tahun ni, semua orang balik rumah mertua. Aku ngan Ayah Su yang tak de mertua ni je la yang tinggal. Kami-kami je la. Mcm ni la anak yatim piatu. Mak tak de, ayah tak de. Bini pun tak de. Sebbaik anak-amak ada. Kalau tak der jugak, ntah la. Lagi baik tutup pintu, duduk depan tv je sambut raya.
Harap-harap, anak-anak cukup dengan persiapan raya yang dah disiapkan. Harap-harap diorang tak rasa kekurangan. Syukur Alhamdulillah, dari segi material, Allah bagi lebih tahun ni, lebih dari tahun lepas. Dapat la lebih sikit untuk anak-anak. Lain dari material, dari segi rasa, feel tu mungkin kurang sikit la kut.. Harap-harap diorang OK.
Syukur jugak, sbb adik-beradik sudi singgah kat rumah ni sblm balik rumah mertua masing-masing. Dapat la jugak rasa kemeriahan malam raya. Dapat jugak bersalaman dan bermaafan dengan ahli-ahli keluarga. Dapat jugak bagi duit raya kat semua. Walaupun tak banyak, yg penting feel tu ada.
Tamat Ramadhan, tak banyak yang dapat aku sedekahkan untuk Arwah Ayah dan Mek. Sekadar sedikit bacaan Al-Qur'an dan doa semoga mereka berdua diampunkan dosa, dilapangkan kubur, dijauhkan azab kubur, dipermudahkan hisab dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Untuk semua, Selamat Hari Raya. Saya mohon maaf, andai sepanjang perjalanan hidup saya ni, ada mengguris hati dan perasaan. Salah silap mohon ampunkan, halalkan juga segala yg perlu. Saya ini manusia biasa, tak sempurna, tak lepas dari salah dan silap. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan kebaikan yang berlipat ganda. Dan semoga anda semua terus diberkati dan dirahmati, kekal bahagia dunia dan akhirat.
Friday, August 26, 2011
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum wbt
Hari ni last kerja sebelum start cuti raya. PA boss baru je call bagitau boss bagi half day kat semua staff dia termasuk aku dan anak2 buah aku. Alhamdulillah. Tghari nanti dah boleh balik jemur kain yang basuh Subuh tadi. Tak sempat nak jemur sblm dtg ofis tadi..
Sekolah agama anak-anak dah start cuti hari ni. So diorg cuma pergi sekolah kebangsaan je. Exam pun baru habis. Entah apa la pulak result peksa diorang kali ni. Rasa mcm flop je memasing. Langsung tak de nampak study pun. Malam last exam baru aku tau diorg ader peksa, kalau tak, langsung tak tahu apa. Patut la manjang tak der homework...
Kerja? Banyak. Sgt banyak. Tapi... yang pasti. hari ni tak der mood nak kerja. Semua org dah mood cuti termasuk la Christle yang baru dpt kuih raya dari Pikah semalam. Lepas raya ni segunung lagi menunggu. Bendahari baru je call bgtau nak buat budget bulan 9. Puncak Jaya Fasa 2 awal bulan 10, preparation pun tak start lagi ni. Usahawan Muda pun nak kena start meniaga dah bulan depan, report pun tak settle lagi... Short courses punya banyak nak buat, adusss... bisa jatuh ni pak...Kita pikirkan yg tu lepas raya raya nanti je la...
Cuti? Hari ni last kerja. Isnin CTR, Selasa & RAbu cuti raya, Khamis cuti merdeka, Jumaat CTR. Sabtu & Ahadcuti hujung minggu. Isnin dan Selasa aku apply CTR yg dah nak expired date dia. Kalau tak ambik, rugi, nanti bos aku tak kasik dah... Nak ambik pun dilema jugak, sbb Rabu dan Khamis tu Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011 (AIPA 2011) dah start. Masa bila pulak aku nak siapkan preparation. Nampak gayanya, kerja dlm cuti la aku.. mcm selalu...
Puasa? Alhamdulillah. Setakat ni penuh. Anak-anak pun sama. Sah @ tak, mabrur @ marlboro tu.. wallahualam mizzawab... org tanya aku pun tak tau jawab. Yang penting, kita dah usaha untuk sempurnakan tanggungjawab. Selebihnya, itu Dia punya kuasa. Minggu-minggu ni last ni aku dah start skip sahur. Tak tau la nak bagi alasan apa, alasan badan dah tak larat nak tanggung penat tak cukup tidur boleh la kut...
Tahun ni cuma satu majlis Iftar je aku pergi, yg lain semua aku skip. Tak berapa nak selesa kut bukak puasa kat luar, malas nak kejar2 nak solat la, nak mandi la, nak ngaji, nak terawih lagi... Kat rumah lagi senang. Selesa.
Raya? hmmm... ntah.. hapa pun tak buat lagi. Yg dah ready cuma duit raya, itupun sbb si Fairuz bayar duit elaun training volleyball pakai duit raya siap-siap, so tak payah la susah2 nak gi tukar duit kat bank. Baju seluar anak2 pun tak beli lagi. Sempat la kut. Ada 3 4 hari lagi ni.
Plan Raya? Still tak de. Tak tau lagi nak raya kat mana, nak raya mcmana. Tak sempat lagi aku nak pikir. Maybe petang ni atau malam ni atau esok, aku dah boleh start pikir nak raya kat mana, mcmana, dgn sapa etc etc. Dulu, masa Arwah Mek dan Ayoh still ada, adik beradik buat giliran supaya sentiasa ada org beraya kat Beserah. Bila Ayoh meninggal tahun lepas, diorg pakat2 tukar jadual, tahun lepas semua org raya di Beserah, tahun lepas tu masing-masing raya di rumah mertua. Dgn cara tu, setiap dua tahun, kami dapat berkumpul beraya bersama walaupun Mek dan Ayoh dah tak ada.
So tahun ni, semua adik beradik beraya kat rumah mertua masing. Tinggal la aku ngan anak2 kat Beserah. Nak masak apa pagi raya nanti pun aku tak tau...
Wednesday, August 10, 2011
PUASA
Salam.
Hari ni dah masuk hari kesepuluh dah puasa. Alhamdulillah, gastrik tak singgah, perut tak meragam, penyakit pun tak datang. Tapi tetap ada masalah. Tak tahu la apekehentahtulahnya... Dah masuk 10 hari, body clock still tak leh nak catch up. Bab bangun sahur, tak der hal. Lepas sahur.. yang tu ada hal.. mesti nak jugak tidur. Bangun Subuh... lagi ada hal.. kelopak mata melekat la pulok.
Masuk kerja pukul 8, 8.15 dah ngantuk. Buat kerja banyak mcmana sekalipun, mata tetap kuyu... badan tetap lesu... rasa mengantuk tetap memburu..
Ntah apa la ke tu lah nya...
Hehehe...
-demengwihdegodegang
Hari ni dah masuk hari kesepuluh dah puasa. Alhamdulillah, gastrik tak singgah, perut tak meragam, penyakit pun tak datang. Tapi tetap ada masalah. Tak tahu la apekehentahtulahnya... Dah masuk 10 hari, body clock still tak leh nak catch up. Bab bangun sahur, tak der hal. Lepas sahur.. yang tu ada hal.. mesti nak jugak tidur. Bangun Subuh... lagi ada hal.. kelopak mata melekat la pulok.
Masuk kerja pukul 8, 8.15 dah ngantuk. Buat kerja banyak mcmana sekalipun, mata tetap kuyu... badan tetap lesu... rasa mengantuk tetap memburu..
Ntah apa la ke tu lah nya...
Hehehe...
-demengwihdegodegang
Monday, August 8, 2011
EXSAS DOUBLE TROUBLE WEEKEND & OFTWD OPS HAPPY HOUR
16 jUN
Shoot dr Kuantan lepas Subuh, bajet boleh sampai Wangsa maju around 10.00, game dah separuh jalan. Tak le segan sgt kalau kwn2 tanya apasal tak main sama. Malu jugak nak bgtau team aku kena reject sbb lambat daftar, walaupun bukan salah aku... hahahaha...
Sekali bila sampai, rupanya game tak start pun lagi. Kawan2 pun tak sampai lagi.. rupanya game start 10.30. Layan je la.. Lin Jr. daftarkan aku utk pertandingan Lucky Strike, which I won. Dapat le RM50. Tak le kosong sgt dtg hehehe...
Pareng, Yusman & Chipong - Team Bekas Juara
Our batch's only rep for bowling tournament
Lepas habis bowling EXSAS, aku shoot ke Sunway Pyramid for another event, yg ni dgn grup geng2 askar ko-k. OFTWD : OPS Happy Hour.
Ingatkan aku lambat, rupanya aku org ketiga sampai lps Man Bunga (organiser) dan Mail Kering. Yang lain tu, selai-selai sampai kemudian pada aku..
Attendance : Man Bunga, Mail Kering, Abg Haji, Blackcat, Dock, Neyo, Pak Long, Alias, Jijie, aku & Lokme (yg kebetulan dtg bersama team boling TM Kelantan, dia pun tak tau kami ops kat situ..).
So, we had bowling (lepas geram jugak la tak dpt joint tournament EXSAS sebelah pagi...). Habis boling, turun kat RedBox bwh tu, layan karok.. Hebat2 jugak kawan2 aku ni menyumbang suara...
Back row : Haji, Black, Mail, Man, Dock, Jiji
Front Row :PakLong, Neyo
Esoknya, sambung balik dgn EXSAS Double Trouble, main Futsal la pulok... Kami main 5 game. First game aku reserve, masuk 2nd half main kat atas, mcm hampeh. Kalah 3-0
2nd game, main goalkeeper, lepas sebijik, kalah 1-0
3rd game, goalkeeper lagi, tak lepas gol tapi kena kuar sbb jari kena sepak. Kalah 1-0
4th game, goalkeeper lagi, lepas 1 goal, kalah 1-0
5th game, tak main sbb jari makin sakit, kalah 4-0
Tu dia... mcm sayur la pulak.. hahahaha Anyway, we had fun. Kalah pun tak de hal la...
Back row : Zul Bedah, Tarom, Idi, Maker
Front row : Chipong, Abu, Koboi, Amir
Tengahari esoknya, Isnin 18 Julai, aku ke KSH, xray tgn, dan ini la hasilnya... Sebbaik tak patah, tapi tisu sudah koyak, kurang sikit je pada patah...
Friday, May 20, 2011
XSAS 8690 KEMBALI LAGI
Untuk sebulan nih, setiap petang aku turun court jadi coach utk budak-budak volleyball. Team lelaki & team pempuan sekali. Last week, team pertama ke Melaka, Sukan Kolej2 Bersekutu, aku patut ikut sbg pegawai pasukan dan coach. Bos aku tak kasik. Kerja aku tgh banyak kata dia.. So... tak pergi la aku. Sedih gak, tapi ini bukan kali pertama aku tak leh ikut team yang aku join...
But then, aku puas bila both team layak ke suku akhir. Aku happy sbb aku tak letak harapan langsung. Dlm 20 orang player, cuma tiga orang je yg pernah main volleyball. Yg lain2 tu semua beginners. Dan diorg boleh lepas ke suku akhir... Alhamdulillah...
While they were in Malacca, aku train team lain pulak untuk ke Sukan Masiswa di Besut. Sama jugak, team laki ngan team pempuan. Bila budak2 yg ke Melaka tu balik, aku panggil 3 orang utk join team baru ni. Kali ni, awal2 aku dah cakap kat budak2 tu, aku tak akan ikut ke Besut, aku cuma train diorg kat sini. Urusan kat Besut, aku train lecturer yang main ragbi tu utk handle...
Alhamdulillah, setakat pukul 5 tadi, team laki dah menang semua game kumpulan dan dah layak ke semi final. Team pempuan kalah first game, kalah rubber set dgn deuce point. Diorg menang game kedua dan skrg ni tgh tunggu game ketiga. Menang game ketiga, diorg ke suku akhir..
Aku memang letak harapan tinggi utk team ni. Aku mintak both team layak ke final dan menang tourney ni... Aku tau diorg boleh menang kalau diorang nak... Tapi hati dup dap dup dap tunggu report setiap kali diorg main....
Apapun, besok pagi2, aku akan konvoi dgn kawan2 XSAS 8690 dari Kuantan, Temerloh dan Jerantut ke Bukit Cherakah, Shah Alam utk gathering. Gonna meet old buddies dari zaman sekolah dulu. Dgr kata ramai jugak yg dah konfem dtg walaupun tak seramai gathering tahun lepas.
Dah banyak bulan Aivy dan komitee dia plan utk program ini... harap sgt tak de aral yang melintang..
Wednesday, May 11, 2011
SUWEY!!!!
Sangat-sangat suwey la wei... Telefon hilang (lagi..), salah sendiri letak atas bonet keta, ntah mana jatuhnya. Try call, tapi dah kira sau loi dah ler..... Mlm tadi baru dpt sim card baru, tepon pun tak de lagi...
Keta masuk workshop, overheat, nak kena angkat head. Isnin depan baru siap..
Semalam baru sedar satu program aku tu patut jalan hujung bulan 5, bukan hujung bulan 6.
Patutnya masa ni aku OTW ke Melaka bawak budak-budak volleyball, tapi petang semalam bos aku pesan kat PA dia, nak meeting ngan aku esok, padahal baru je meeting Jumaat lepas.
Sabarlah hati... Fikirkan yang indah-indah...
Friday, May 6, 2011
HAPPY 38th BIRTHDAY... TO ME
Genap umur aku 38 tahun hari ni. Malam tadi, pukul 12 malam, lepas friendly match futsal dgn team media Kuantan, aku paksa kawan2 aku nyanyikan lagu birthday utk aku... Tak kira, nak jugak diorang nyanyikan utk aku... hahahaha.. sungguh gila kuasa..
Aku nak ambik cuti hari ni, tapi sbb hari ni aku kena meeting ngan boss aku, plus hari ni last Anis praktikal kat dept. aku, aku cancelkan cuti. Lagi pulak dah janji nak hantar report kat Yayasan Pahang hari ni.
And anak2 buah aku throw me a party... hehehe... aku seronok je ada org nak celebrate birthday aku... Sambut ramai2 ni rasa sungguh seronok, tak la rasa sunyi mcm tahun lepas bila sambut birthday sorang2 kat Melaka.
My birthday cake, diuruskan oleh Christle. Chocolate moist... feveret!!!
The cake, and the present..
Tali leher, handkerchief & coufling, hand made, dari Vietnam
Food by my dear old fren, Mazlina Salleh, sangat lazat..
Wajah-wajah kesayangan hamba...
Kawan-kawan dari dept lain pun sama-sama ngan anak2 buah aku buatkan majlis ni. Happy, terharu, takut... semua ada. Thanks to all. Christle, Akmar, Anis, Mazlina, Syafikah, Ain... semua yang hadir meraikan, semua ucapan, semua sms, semua doa, semua ingatan. Semoga Allah balas kebaikan setiap kalian dengan kebaikan berlipat ganda.
p/s : hmmm... baru nak rasa2 kembali muda, dah diingatkan yang aku dah nak masuk senja...
Thursday, May 5, 2011
CUBA-CUBA KEMBALI MUDA
Aku bersara dari sukan berat (more than bowling is sukan berat utk aku... hehehe) tahun 2003, lapan tahun dulu. Sangat lama... kalau taraf atlet pro tu, kira sign mati la tu...
Bila last month diorg ajak aku main utk team staff dlm KESASI, aku pun daftar la main volleyball, while Noni daftarkan nama aku utk team boling..
My bowling team utk KESASI, Majid, me, our CEO En. Bakar, Mazlina and Mr. Amri.
Dua tahun tak main boling, berkarat jugak. Score max pun takat 148 je.. (ye ke? lebih kurang la tu.. aku pun tak berapa nak hingat..). But then kitorg dapat Cempien utk boling... huargghhh....
Then the volleyball game start. Sungguh lah lama tak bersukan berat, badan pun rasa sangat berat, tak larat rasa nak melompat. Dah la lawan umur 19 20 tahun punya budak2. PENAT!!!
Back to basic, digging... first ball!!!!
First game lawan budak2 SOST
Semi final lawan SOBM
My volley team masa semi final, ada la sorang dua yg umur 20 an, lain2 tu semua kategori veteran perang...
Masa final, jumpa balik ngan team yg kalahkan kami masa first game... And we beat them straight set!!
Lepas tu, seminggu aku sakit badan... hahaha... Betul kata Abg Haji Arip, barang lama kalau pakai mcm barang baru, sakit la bro... hehehe. Dah 38 tahun dah umur aku esok...
Friday, April 29, 2011
FAJAR MENYINSING DI PANTAI BESERAH..
Gambor2 ni dah lama dah sebenarnya.... saje je...
Dah lama tak gi pantai lepas Subuh... Sangat nyaman. Sangat tenang. Laut bagaikan hamparan permaidani..
p/s : Bila sebut fajar menyinsing, teringat dialog masa Chot & kawan-kawan tangkap Kapten Fadhilah, serkup kepala dia dengan guni dan ikat dia kat pokok tgh2 malam buta dalam hutan.
Dia tanya : Bila nak lepas ni brader?
Member jawab : Sampai fajar menyinsing la braderrrrr...
MENGANTUKNYA...
Sangat penat..
Sangat mengantuk..
Sangat letih...
Rasa mcm nak koma kejap...
Aarrggghhhh....
Saturday, April 16, 2011
PUNCAK JAYA
Ari tu kecoh kejap tiga hari. Aku gerak ke Lipis untuk program Puncak Jaya on 22nd March, the same day we received a visit from Kementerian Pengajian Tinggi. Tidur satu malam di Lipis, then on 23rd tu program berjalan di SMV Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Peserta yg dtg pun lebih dari yang dijangkakan, percentage kehadiran pun jauh lebih tinggi dari tahun2 sebelum ni.
Prof. Madya Sr. Dr. Jasmee Jaafar, Ketua Perunding UiTM
Orang yang mengilhamkan Program Puncak Jaya
Prof. Madya Dr. Hanafiah, Dekan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi,
juga salah seorang perunding dari UiTM
Siti Hajar, IT expert dari SMV SHAS yang banyak membantu kami hari tu,
terima kasih setinggi langit..
Cikgu Hassan Basri dari Pejabat Pelajaran Daerah Lipis,
servis mmg tip top.
Lipis patut bangga ada org mcm Cikgu Hassan ni..
Oleh sebab semua berjalan lancar, program dapat tamat awal, seawal pukul 2.00ptg. Pukul 2.30 aku terus shoot balik ke Kuantan sorang-sorang, sampai rumah around 5.40 ptg, mandi, tukar baju, terus shoot ke Awana Kijal untuk another program dengan Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB aka HRDF) where I met two old friends from my university days, Asruli & Man (aku tak ingat nama penuh Man ni, may be sbb lebih byk guna nama panggilan..). Dah jadik mini gathering la pulak. Siap staf aku kata, kat mana pun u pergi, mesti u jumpa ngan kawan u. Kenapa? Aku kata, mungkin sbb aku friendly, so aku ada ramai kawan kat mana-mana.. hehehe.
Habis program around eleven, shoot balik Kuantan, singgah ambik Kombat. Pukul 12.30 malam gerak dari Kuantan ke Temerloh. Sampai Temerloh pukul 2.00 pagi, masuk bilik (Akmar dah booking bilik utk kitorg siap2), terus pengsan...
Esoknya, jalan semula program Puncak Jaya untuk daerah Temerloh dan Bera di SMK Abu Bakar, Temerloh. Sambutan sangat menggalakkan. Sekali lagi kehadiran di luar jangkaan. Happy sgt bila adik2 tu start mendaftar.
Suddenly.... masalah problem... Masalahnya, internet sgt problem sampaikan program terpaksa dibuat di dua tempat, sessi taklimat di Dewan Besar, pendaftaran online buat kat Dewan Kuliah. Jenuh jugak la nak bukak balik 50 laptop yang dah siap pasang, pindahkan dan pasang semula kat tempat lain. Anyway, we manage to settle everything, at least most of the problem, and we learn new things from the experience. Alhamdulillah.
Tak byk gambar sempat ambik masa program di Temerloh, sbb aku ngan Kombat sama-sama berpeluh tolong technician utk setup all the laptops and connections.
Program habis lebih kurang pukul 3. Had a meeting with Yayasan Pahang, UiTM dan JPNP before balik. Sampai rumah time maghrib. Mandi, solat, pas tu pengsan lagi sekali...
p/s : Wish to thank all yg terlibat, dari IKIP International College, Yayasan Pahang, UiTM, JPNP, PPD Lipis, Bera dan Temerloh, semua pengetua dan cikgu-cikgu yang terlibat, semua fasilitator, semua ahli sekretariat, semua kaunselor, semua petugas, technician, semua peserta yang hadir, semua semua... thanks all. Semoga Allah jua membalas jasa baik kalian dengan kebaikan yg berlipatganda...
Friday, April 8, 2011
3 DOORS OFFICE ROOM
Setelah berkhabar angin, berdesas desus dan bergosip tepi tingkap, akhirnya deparment aku pun pindah la ke ofis baru.. Start dari hari Rabu kitorg dah start pindah barang sikit2, hari ni member dari maintenance tolong punggahkan perabot. Yang belum pindah cuma mesin fotostate dan personal belongings one of my staff. Isnin nanti baru diorang tolong pindahkan...
This new office ni kecik sikit la banding ngan ofis lama. So, personal space utk staff aku dah kurang sikit. Maybe lepas dah siap kemas nanti, space akan jadi lebih besar. Boleh la aku request for perabut besar utk letak all the files yang berlambak tu.
As for me, my room is a bit weird sbb dia ada 3 pintu. Tak pernah lagi aku ada bilik yg ada 3 pintu. Selalunya 1 pintu je. Paling banyak pun 2. 3 pintu ni... ntah. Satu pintu utk ke ruang pejabat where all of my staff sit together, satu pintu connect ke bilik Manager Campus kat sebelah bilik aku and another one terus keluar, sesuai utk aku lari keluar tanpa pengetahuan staff aku. But I've told them kalau aku tetiba hilang, cari aku either kat cafe (right in front of my office), or bilik Manager Campus (sbb bilik dia ada sofa panjang boleh baring and I enjoy talking to him) or kat Kelab Pokok Ceri (bawah pokok ceri kat belakang blok ofis aku, the only place in this campus where we can do fogging.. hisap rokok da...)
Dari dlm bilik ni, sekarang, thru the glass panel, I can see my staff... they look happy, they're laughing, joking at each other, sambil mengemas dan buat kerja, hopefully it won't last... Let's pray.. and hope, this office akan lebih menggembirakan... dan lebih produktif.
Thursday, March 24, 2011
CALL FROM THE PAST
Classmate aku masa 1st year matrix, Dwi Indra (aka Blek or Black..) called me last Monday.
"Ada org nak cakap ngan hang.."
"Sapa?"
"Hang cakap je la... surprise ni..."
"Hello... r u Idi?"
"Maybe.."
"I don't want to talk to u if u're not Idi.."
"what ever..."
She then pass the phone back to Dwi
"Wei!!! Kau ngaku je la..."
"Ye la ye la..."
"Hello... r u or r u not Idi....??"
"Guilty as charged.."
"hahaha... guilty as charged... hahaha... Do u know who I am?"
"No.. don't u?"
"U really don't know who I am?"
"I might know u, I just can't recall ur voice?"
"U can't recall my voice? What do u mean u can't recall my voice? I shouted, screamed and yelled at u everyday, ...... (ayat seterusnya aku tak sempat nak tangkap sbb sgt laju... but she said something about debate..)"
"Cik Sham? Puan Shamsiahayati?"
"Ya...."
"OMG! OMG! ..."
Rasa mcm tak percaya... after a little bla bla bla, dada aku terus rasa sebak bila dia sebut nama classmate aku sorang2. Aku, Kamal, Dwi, Shelly, Juju, Kak Long... and the others... Wow!! Rasa mcm nak menitik air mata.. Dia still ingat kami semua. Almost each n everyone of us... Dia still ingat kami usik dia dgn katak, sampai dia takut nak bukak her birthday present sbb takut kami letak katak dlm kotak hadiah tu...and she still have the stones we gave her on her birthday back in 1992. Dia kata dia ingat sgt2 kat kelas kami sbb kami nakal. Nakal yg menyenangkan. Dia ingat kami semua, walaupun dah lost ctc ngan kami selama 19 tahun...
She nervously opening our present box... takut ada katak kat dlm tu.. hahaha. Oh ya.. the guy in the blue shirt.. that's me..
We called her shirt as 'baju spiderwomen'.. Kurusnya aku time ni..
Dia.. our English and class teacher masa kami first year matrik. Dia jugak Pengetua Kolej Telekom during our Mariculation years. Garang tapi baik hati. Kami semua takut kat dia, tapi dlm masa yg sama, kami semua suka kat dia. Dia mcm Kapt Fadhilah Salleh, ganas, garang, tapi sgt baik hati dan sangat disenangi.
Dia garang, tapi after just a little while, garang dia hilang bila dgn kami. She always laughed, smiled bila dgn kami. Maybe sbb kami semua ni nakal yang menyenangkan, mungkin jugak sbb kami semua ni cute and adorable, or may be jugak sbb kami semua ni mmg dilahirkan utk menggembirakan hati dia... hehe.
Kami dulu mmg nakal, we're a bunch of naughty nerdies.. Budak2 nerd yg nakal... Nakal tapi nerd, nerd tapi nakal, tak kisah la yg mana dulu...
Wednesday, March 2, 2011
ENTRY YG TAK TAU NAK BUH TAJUK APA
In my previous entry, aku ada cerita pasal ofis adik ipar aku dimasuki pencuri. Selepas dua org staff dia dibebaskan, turn adik aku pulak tidur lokap.. dua malam pulak tu.. start malam kemarin, tengahari tadi baru lepas. InsyaAllah, dia dlm perjalanan balik Kuantan, ambik cuti Khamis ngan Jumaat.
Kesian adik ipar aku ni. Ni kali kedua dia tidur lokap sepanjang hayat dia. Kes pertama dulu sempat jugak la dua tiga malam... tapi kes drop sbb tak de kes. This time kes benda lain pulak. Yang pastinya, masa kejadian tu berlaku, adik ipar aku tu dlm perjalanan balik ke Kuantan untuk cuti. Apa-apa hal, aku tunggu dia sampai rumah nanti, baru citer panjang ngan dia.
Apa pun, aku pasti Allah tu Maha Kuasa, aku serah kat Dia... Aku harap dia sekeluarga tabah hadapi dugaan ni...
Tuesday, February 22, 2011
TWO BURGLARY & A FUNERAL
On Thursday, Teh kata hubbynya akan tidur di lokap malam esoknya. Duit dlm peti besi kat ofis hilang. Suspeknya org dalam sebab alarm dimatikan dan tiada tanda pecah masuk. Peti besi pun tak rosak. Bila cek dlm sistem, alarm dimatikan jam 7 ptg. Tanya dgn pengawal bertugas, pak guard tu kata dia pergi makan time tu. Oleh sebab jumlah yg hilang tu besar dan tak mampu dia nak ganti, dia pun buat report polis. Kunci peti besi tu ada tiga org pegang termasuk hubbynya. Khamis mlm Jumaat tu, dua org staf dia yg pegang kunci peti besi tidur dlm lokap. Dia pulak tunggu turn la pulok... Luckily, it didn't happened. Alhamdulillah.
On Friday, my sister went to Raub to accompany her hubby. Tinggal aku 3 beranak kat rumah.
On Saturday, anak2 sekolah ganti. Ntah kenapa mlm tu terasa nak sgt ke ofis Jln Penjara, tapi kenangkan tak de org kat rumah, aku lupakan aja.
On Sunday, lagi sekali terasa nak ke ofis Jln Penjara, tapi aku lupakan jugak atas alasan yg sama.
On Monday, dpt 2 berita tragis. Ofis Jln Penjara kena pecah masuk, laptop Nazri hilang bersama koleksi duit syiling dia. Nasib baik laptop Zamani buatbalik weekend tu. Dan nasib baik Wana bawak petty cash balik rumah. Kalau tak lagi banyak hilang..
Tapi paling terkejut bila dapat berita Abg Johari, security guard kat tempat aku, meninggal hari Sabtu mlm Ahad, pukul 8 lebih sikit OTW balik dari kerja. Lagi sedih bila diorg cerita, dia kena langgar dengan budak2 yang tgh duk lumba keta. Arwah meninggal di tempat kejadian. Budak yg langgar dia tu pulak tak sempat nak lari sbb keta dia masuk longkang lepas langgar motor Arwah.
Sabtu minggu sblm tu, aku terserempak dgn Arwah kat Giant dgn anak pempuan dia, anak nombor dua. Kata Arwah, anak dia baru dapat masuk sekolah berasrama di Pekan, so dia bwk anak dia tu utk beli brg2 keperluan. Arwah bapa tunggal, ada 4 anak termasuk anak2 tiri, semua dia jaga sendiri. Dia duduk ngan mak ayah dia.
Baik orangnya arwah ni. Pandai hormat orang. Bukan setakat kakitangan, student pun suka kat dia. Rasa sgt ralat sbb tak dapat attend funeral dia. Tak de org bagitau aku sampai la hari Isnin....
Semoga Allah limpahkan rahmat utk arwah. Semoga dijauhkan siksaan kubur, dipermudahkan hisab dan ditempatkan di syurga bersama org2 yang beriman dan beramal soleh. Amin...
Monday, January 31, 2011
JAMMED PACKED!!!
Ramai benor keta atas jalan kat bandar Kuantan hari ni. Lagi ramai daripada hari2 Jumaat yang biasa. Orang dah start cuti CNY dah kut. Campur hujan lebat sekejap2... PARAH!!!
Aku MC last Friday, hari ni cuti, minggu depan baru start kerja balik. Ngalahkan kawan2 Cina nak beraya cuti aku.. hehehe.. Namanya je la cuti, tadi pun dah masuk opis. Duk kat rumah pun tgh siapkan paperwork and report bagai. Lepas cuti nanti nak hantar. Dah hantar nanti nak kena edit tujuh lapan kali lagi mcm selalu. Nak wat mcmana.. kalau dah kuli mcm ni la buat kerja. Dapat pulak bos yg... apa apa je la..
For the last few months ni, aku jampack dgn kerja. Dan kerja aku byk sangkut kat paperwork, padahal dulu2 tu, bahagian paperwork ni la yg aku paling terer, sampaikan Region Manager aku buat copy hantar ke cawangan2 lain utk dijadikan contoh.. (hehehe.. gila bongkak aku time tu..). Ntah la.. Tak paham jugak aku apa lagi yg dia nak.. Manusia ni mcm2, kan?
Aku ingat, hidup 37 tahun atas dunia, jumpa mcm2 orang, dah boleh face semua benda, rupanya ada lagi jenis manusia yang aku tak pernah jumpa. Ingatkan dah kerja dgn mcm2 jenis bos, ada dah cukup pengalaman, rupanya ada lagi jenis bos yg aku tak leh nak masuk..
But then, at the end of the day, it's back to basic. Kalau dah semua org ada masalah ngan org yg sama, konfem la org tu ada masalah ngan Tuhan... Busuk hati, dengki, iri hati, tak kan ke mana juga. Allah tu Maha Kuasa. Aku serah bulat2 kat Dia. Kut la dia lupa, tak semua benda Tuhan bayar kat akhirat, ada benda2 Allah bayar CASH!!!
Ciow.
Wednesday, January 12, 2011
BAU ITU...
Aku organise Bengkel Usahawan Muda started 5 Januari 2011 sampai last Monday. 5 hari punya program. Pagi sampai malam. Giler penat.
Hari ketiga, Jumaat, hujan amat lebat. Masa dlm bengkel tu, tiba2 aku tercium bau itu... bau arwah ayah.. Sangat kuat, sama kuat dengan bau dlm bilik dia masa dia mula2 meninggal dulu. Aku cium tangan aku, baju aku, sweater aku, lengan aku, buku nota aku... cuba mencari punca bau itu. None of them. Sampai kan anak2 buah aku jadi pelik dan sibuk duk gelak tgk aku..
Mana aku pergi, bau tu sentiasa ada. It's all over the place, it's in the air..
Aku cerita kat sorg kawan. Kata dia, may be he's around giving me a visit. Or may be, I miss him... ya.. think he's right, I just miss him..
Al FAtihah utk Arwah Ayah...
Subscribe to:
Posts (Atom)