Hari ni last kerja sebelum start cuti raya. PA boss baru je call bagitau boss bagi half day kat semua staff dia termasuk aku dan anak2 buah aku. Alhamdulillah. Tghari nanti dah boleh balik jemur kain yang basuh Subuh tadi. Tak sempat nak jemur sblm dtg ofis tadi..
Sekolah agama anak-anak dah start cuti hari ni. So diorg cuma pergi sekolah kebangsaan je. Exam pun baru habis. Entah apa la pulak result peksa diorang kali ni. Rasa mcm flop je memasing. Langsung tak de nampak study pun. Malam last exam baru aku tau diorg ader peksa, kalau tak, langsung tak tahu apa. Patut la manjang tak der homework...
Kerja? Banyak. Sgt banyak. Tapi... yang pasti. hari ni tak der mood nak kerja. Semua org dah mood cuti termasuk la Christle yang baru dpt kuih raya dari Pikah semalam. Lepas raya ni segunung lagi menunggu. Bendahari baru je call bgtau nak buat budget bulan 9. Puncak Jaya Fasa 2 awal bulan 10, preparation pun tak start lagi ni. Usahawan Muda pun nak kena start meniaga dah bulan depan, report pun tak settle lagi... Short courses punya banyak nak buat, adusss... bisa jatuh ni pak...Kita pikirkan yg tu lepas raya raya nanti je la...
Cuti? Hari ni last kerja. Isnin CTR, Selasa & RAbu cuti raya, Khamis cuti merdeka, Jumaat CTR. Sabtu & Ahadcuti hujung minggu. Isnin dan Selasa aku apply CTR yg dah nak expired date dia. Kalau tak ambik, rugi, nanti bos aku tak kasik dah... Nak ambik pun dilema jugak, sbb Rabu dan Khamis tu Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2011 (AIPA 2011) dah start. Masa bila pulak aku nak siapkan preparation. Nampak gayanya, kerja dlm cuti la aku.. mcm selalu...
Puasa? Alhamdulillah. Setakat ni penuh. Anak-anak pun sama. Sah @ tak, mabrur @ marlboro tu.. wallahualam mizzawab... org tanya aku pun tak tau jawab. Yang penting, kita dah usaha untuk sempurnakan tanggungjawab. Selebihnya, itu Dia punya kuasa. Minggu-minggu ni last ni aku dah start skip sahur. Tak tau la nak bagi alasan apa, alasan badan dah tak larat nak tanggung penat tak cukup tidur boleh la kut...
Tahun ni cuma satu majlis Iftar je aku pergi, yg lain semua aku skip. Tak berapa nak selesa kut bukak puasa kat luar, malas nak kejar2 nak solat la, nak mandi la, nak ngaji, nak terawih lagi... Kat rumah lagi senang. Selesa.
Raya? hmmm... ntah.. hapa pun tak buat lagi. Yg dah ready cuma duit raya, itupun sbb si Fairuz bayar duit elaun training volleyball pakai duit raya siap-siap, so tak payah la susah2 nak gi tukar duit kat bank. Baju seluar anak2 pun tak beli lagi. Sempat la kut. Ada 3 4 hari lagi ni.
Plan Raya? Still tak de. Tak tau lagi nak raya kat mana, nak raya mcmana. Tak sempat lagi aku nak pikir. Maybe petang ni atau malam ni atau esok, aku dah boleh start pikir nak raya kat mana, mcmana, dgn sapa etc etc. Dulu, masa Arwah Mek dan Ayoh still ada, adik beradik buat giliran supaya sentiasa ada org beraya kat Beserah. Bila Ayoh meninggal tahun lepas, diorg pakat2 tukar jadual, tahun lepas semua org raya di Beserah, tahun lepas tu masing-masing raya di rumah mertua. Dgn cara tu, setiap dua tahun, kami dapat berkumpul beraya bersama walaupun Mek dan Ayoh dah tak ada.
So tahun ni, semua adik beradik beraya kat rumah mertua masing. Tinggal la aku ngan anak2 kat Beserah. Nak masak apa pagi raya nanti pun aku tak tau...
No comments:
Post a Comment