Last week bawak my students pergi tournament volleyball di Universiti Malaya. Alhamdulillah, selamat sampai dan segalanya walaupun bermacam dugaan Allah beri kat kami. Dari HEP sampai la ke penganjur. Sama je diorang punya 'telor'. Kalau tak mengenangkan semangat budak2 yang sanggup korbankan cuti, kelas dan duit sendiri, pasti dan muktamad aku tak pergi. Apapun, the tournament is not meant for us. Letih la budak-budak baru belajar nak join tournament yang dlm satu team ada 5 player Malaysia yang baru balik Sukan SEA di Jakarta. Belum lagi cerita state player, estate player segala. Tak pe la. Yang penting semangat melawan budak-budak ni tak luntur walau saper pun yang diorang jumpa. Great spirit of sportsmanship. Salute.
Sorry tak de gambar team volleyball yg aku bawak ari tu...
My kids joint me and the team on Saturday. Jadik pom pom.. hehe. They stayed there until the games ended, pas tu kami ke KLCC and had dinner with an old fren of mine, Fazirah Raithol Afthal. Thanks for the dinner, G.
On Sunday, after our teams were knock-out from the tourney, I took the liberty to bring the kids to Muzium Negara. Kakak dah mintak nak gi Muzium ni since dua tahun lepas. So bawak la diorang ke Muzium Negara...
untuk berjumpa dengan Datuk Laksamana Hang Tuah
After my last few words, saying thanks and congratulations, my players went back to Kuantan on Sunday, 8.30 pm. After they left, I took my kids to Midvalley, jalan-jalan cari pasal..
Dan jumpa dengan Parsha ni dari Iraq..
The next day, as requested by Kakak n Adik, kami mulakan misi 'dari tren ke tren'. We park somewhere kat Pekeliling, dekat ngan Hotel Vistana. Naik monorel dari Titiwangsa sampai Brickfields, then walk to KL Sentral. From KL Sentral, kami naik komuter ke Subang Jaya and had our lunch di Carrefour Subang Jaya. Adik ngan Kakak bersungut, tak best naik komuter, dah la packed, lembab pulak tu.
After lunch, we headed back to KL Sentral, ambik LRT ke Masjid Jamek. LRT pulak duk tengah tukar sistem tiket, duk pakai token bulat, instead of kad yang biasa tu. Dari masjid Jamek, tukar LRT ke Bukit Jalil (pakai tiket kad semula). Sampai Bukit Jalil, anak-anak si Timang dah menunggu kat sana
dan kami patah balik ke Bandaraya, jalan-jalan ke Sogo. On the way tu, Kakak ajar pulak si Hani ngan Nadia cara-cara duduk dalam LRT bila tak dapat seat... Macam ni...
Balik dari Sogo, we had dinner kali kedua kat rumah Timang, kali pertama dah dinner kat Sogo. Thank you Haji, Hajjah, Pakcik, Sumiandi & Seri. Udang tu memang sedap, tapi sedap lagi benda alah yang buat dari susu tu (aku lupa la nama dia...). Sampai habis aku kerjakan...
Around 10.30 kami gerak ke stesen LRT. Terpaksa patah balik 2 kali. Kali pertama tertinggal payung, kali kedua Adik tertinggal wallet. Dari Bukit Jalil, lagi sekali naik LRT, kali ni terus ke Titiwangsa. Sharp pukul 12 malam sampai di Stesen Titiwangsa, ambik kereta dan terus shoot balik ke Kuantan. Sampai rumah pukul 3 pagi, terus pengsan...
Begitu la perjalanan anak-anak kampung yang tak biasa naik tren... hahahaha...
No comments:
Post a Comment