Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, September 1, 2009

CUTI MERDEKA!!

Lepas kerja hari Jumaat, lima workshop aku gi semata-mata nak repair wiper keta aku. Wokshop wiremen aku kata, "u punya moto sudah rosak. U pegang. Banyak panas. Saya spare part tarak. Lu skrg cepat2 Semambu pergi. Nanti dia tutup, u susah. Panggil dia terus pasang."

Shoot gi Semambu. "Recon punya RM150. Baru punya RM180.00. U pasang RM15.00 Mcmana?" Mcmana apa laginyer? Pasang je la... Dah siap pasang, hahaha... tak jalan jugak. "Ini bukan motor punya hal. Ini wiring punya hal... Lupa pergi jalan Beserah, panggil dia buat."

Pergi jalan Beserah. "Kita accesories punya la bang. Abang tanya kedai hujung sana"

Pergi kedai hujung sana, " Wiper ka? Itu kedai. Seberang jalan saja.."

Pergi seberang jalan "Abang tinggal keta. Besok siap"
"Mana boleh esok. Malam ni aku nak gi Ipoh. Ko tgk atas tu. Kan nak hujan tu..."
"OK la. Saya buat kejap. Abang nak bukak puasa sana ada kedai..."
Elok keta siap, sampai rumah, muazzin pun azan, bukak puasa. Huh!! Nasib baik sempat.. Malam ni nak gi Ipoh dah wei!! Langit lak bukan takat mendung lagi dah, gelap lebih dari kulit Samy Vellu. Mcm kalau hujan tu, tujuh hari tujuh malam tak berenti. Siap kilat petir sabung menyabung sampai bergegar tiang seri rumah. Hah!! Mcm novel hikayat Merong Mahawangsa la pulak. Takkan nak gamble harap hujan tak turun. Tapi kan, memang hujan tak turun langsung sampai la aku tiba di Ipoh... heheheee

So, lepas solat Terawih, kemas barang, pakaian segala mcm, ibarat kafilah nak berdagang jer gayanya. Sumbat penuh keta. Around 10.15pm shoot ke Kuantan dulu. Ada lagi kerja nak kena settle. Gi Maybank dulu, transfer duit dr Bank Islam. Pas tu gi Bank Islam lak, bank in duit lu utk Citra Cita, sblm cek aku tendang pukul 12 mlm nanti. Isi minyak, settle. Pukul 11.30pm keluar dr tol Gambang.

1.15am sampai Genting Sempah. Berenti kejap. Kasik Adik gi toilet dulu. Susu Najwa pun dah habis. Kakak tido siap letak batu nisan kat atas kepala. Shoot balik, 2nd stop kat Tapah (faveret R&R aku). Lapar tak hingat dah perut aku. Pukul 4.30am sampai depan rumah Teh Man kat Ipoh. Cepat la pulak.

Apasal dulu masa last time aku pergi ambik masa sampai sepanjang siang? Hehehe.... Dulu aku pergi bawak lori la. Siap konvoi lagi. Skang ni aku gi ngan keta. Satu keta jer pulak. Tgh malam lak tu. Apa lagi, tekan je la pedal minyak tu... Bukannya ada speed trap pun. Hahaha... Buat ketawa mcm Dr. Evil...

So, we spend Saturday, Sunday and Monday morning kat Ipoh. Tak byk gi jalan pun, ronda-ronda bandaraya Ipoh jer. Nak gi mana la sgt bulan2 posa nih. Aku tak der hal sgt, takut Adik ngan Kakak tak larat sebab dua2 pun dah pose. Budak dua org ni, kalau lapar jer mula la nak makan org. Pantang tersentuh terus melenting. Melompat. Bersilat. Gaduh jer la dua org tu. Itu yg aku malas nak all out bulan poser nih. Panas, rimas, pasang kipasss...


So, mana kitorg gi?



Bazar Ramadan kat Stadium Ipoh. Tak tau la pulak aku apa ke nama stadium ni. Stadium Bandaraya kot. Ambik gambar masa kat luar jer, lepas tu dah tak ingat dah nak ambik gambar. Dr segi rupa, Bazar Ramadhan dia serupa je la mcm kat Kuantan. Yang lainnya, makanan dan harga dia. Rasa mcm nak beli semua benda. Murah beb, jauh murah dari Kuantan. Pilihan pun banyak. Sambal udang petai penuh mangkuk besar baru RM2.00 tu. Kalau Kuantan, mau cecah 7 - 8 higgit tu.



Kakak kat depan Stadium Indera Mulia. (ye la kut nama dia) Sebelah Stadium Bandaraya


Ayah!! Mcm duk kat dlm jel la...

Ada lagi sambungan esok....

No comments: