Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, September 14, 2009

Arek Dlm Longkang Markas

Suatu hari Khamis, sekitar tahun 1994/95, kawan baik aku si Pen (Pen ialah pendek kepada Pendek...) bawak kamera masa gi training kat Markas.
"Kamera mahal ni", kata dia.
"Beli kat Rusia".


Lepas sejam berlegar-legar kat markas, si Pen dah start mengeluh.


"Boring la... tak de action nak ambik gambor. Nak ambik gambor pe ek?"


"Kau mintak cadangan aku ke nih"


"Tak. Aku tanya kat dinding ni ha... mangkuk!"


"Mcm ni. Kita gi tangkap saper-saper, sumbat dia dlm longkang, pas tu ambik gambar dia. OK?"


"Bunyik cam best gak tu? Nak tangkap saper?"


"Jap ehh. Aku carik mangsa yang best sikit..."


Aku pun pusing2 tgk mangsa yang seronok dikenakan. Tak dan seminit, lalu la Mat Arek (cuba eja Arek dr belakang, guess how he got that name...) Hmmm... mmg la selalu jd mangsa Mat Arek ni...


"Pen, Arek!!"


"Cantik...."


Tetiba seluruh markas jadi kecoh bila aku ngan Pen tangkap si Arek. Kawan2 lain yg tak tau hujung pangkal pun turut sama dtg membantu menangkap Mat Arek ni. Suara-suara latar kat belakang duk sibuk tanya "Apasal! Apasal!" "Awat ni weih!! Pasai apa tangkap si Arek tu?" Maka menggelupur la si Arek mcm kera kena belacan dek kerana telah dilumpuhkan tulang empat keratnya.


"Sini! Sini! Sini! Buh longkang ni!"


"Sat! Sat! Aku tangkap gambaq dia....





Itu la sejarah gambar ni. Kesian jugak Mat Arek ni, being at a wrong place on a wrong time.

Dari kiri :
A'nas Salehuddin aka Pen aka Dr. Pen Feelgood aka Pendek (skrg Pengurus CGC Cawangan Johor

Syukrani aka Syuk (lost ctc, tak tau mana pi...)

Idi aka Aku
Zaidi Mohamed aka Batman (now Mejar Zaidi, 1 RAMD, instructor kat PULADA, Ulu Tiram Johor)

Zaiem (now still the owner of Kryptonite Technologies kat Ipoh)

Zaharudin (dlm longkang) aka Mat Arek (now Cikgu kat Bukit Kepong)

Sabarul Aswadi aka Sabat (now kat Penang Development Council)

Mohd Nasir Mazlan aka Ah Chong Gile (now Penolong Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya)

Roomateku Sazali Abu Sujak aka Jalique (now kat CIMB, KL)

No comments: