Harap maklum, hari ni hari last aku kerja. Ofis aku dah start cuti esok. Cuti raya. Cuti panjang tahun ni. Cuti sampai Sabtu. Isnin 28 September baru bukak balik. Hah!! Jawab la korang. Pergghhh!!!
Raya sakan la budak2 ofis aku tahun ni. Dah la cuti panjang. Isnin hari tu masing2 dah dapat duit bonus, sebulan gaji khas utk raya. Sebulan gaji utk raya!! LAgi bagus la dr dapat RM500 je. Balik dari cuti nanti, dapat gaji pulak. Hati senang, raya sakan la jawabnya semua org...
Semua org dah mood raya. Kerja pun tak der byk sgt dah. Ina yg hari-hari kerja non-stop susah nak berenti pun dah duduk melepak kat bilik aku ni ha, dah tak der mood nak kerja. Kejap lagi nak kuar gi Kuantan Parade ngan Mek Na nih, nak beli brg sikit utk raya. Pas tu Ina nak balik awal. Aku pun nak kuar g Temerloh.
Kelas aku hari ni terpaksa dicancel atas sbb2 kerja pejabat. Nak g Temerloh tu la. Seronok la student aku tak yah nak risau kena present hari ni. Next week pun cuti lagi. Dua minggu tak der kelas ngan aku. Dua minggu tak yah pikir nak kena bercakap depan kawan2. Tak yah risau kena boo kalau present ntahkehapahapa....
Hahahahaha....
Cuti? Kalau time tak cuti pun aku boleh cuti ikut suka mak bapak aku. Kalau time cuti panjang ni, kalau dah boring tak tau nak wat aper, aku dtg je la lepak kat opis nih.... Aper nak kesah? Janji kerja beres.
pape pun,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
DAN SEMUA UCAPAN INDAH YANG TERBAIK UNTUK SEMUA
SALAM, SEMOGA TERUS DIBERKATI ALLAH SWT
Syukur Alhamdulillah atas segala kurniaMu kepada Kami. Segala kesenangan ini adalah pemberianMu utk kami atas segala Rahmat dan kasih sayangMU. Kami mohon Kau terus berkati kami dengan limpahan kurnia dan rezekiMu.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment