Singgoh Le Dulu Aok Yer

Thursday, October 2, 2008

Welcome To JrAzlina

Setelah menolak permintaan beberapa org kawan yg tahu aku ada blog, hari ni aku tewas pada permintaan jrazlina utk dapatkan address blog aku. Alasan dia, since dia yg jd sumber inspirasi aku utk ada blog sendiri, so dia patut diberi hak utk melawat. Lagipun, nanti dia boleh tolong komen apa yang boleh ditambah atau dikurang dlm blog aku tu. Hmmm… aku rasa boleh la terima alasan tu. Memang dari awal aku buka blog ni sbb hari2 aku duk baca blog dia. Tak caya, baca blog pertama aku.

Anyway, alasan utama aku tolak permintaan kawan-kawan lain ialah sebab aku segan. Segan org baca tulisan aku. Aku rasa apa yg aku tulis tu mcm tak best je. Mcm tak menarik je. Mcm tulisan budak-budak baru belajar (kalau salah tolong jolokkan… hehehe..). Ye la. Kadang-kadang tu aku sendiri pun tak berapa nak paham apa yang aku tulis, ini pulak kalau orang lain yang baca. Pernah sorg best friend aku kata, “if u want to make a point, u better say it than writing it. Coz when u write, people will misunderstand”. Nampak sangat aku ni tak berapa pandai nak menulis, kan?

Ari ni jrazlina kata benda yg hampir sama. “U lebih terer bercakap daripada menulis”. Kalau ikut numerology tarikh lahir aku pun, aku memang terer bab cakap bercakap ni, and nothing is said about me pandai menulis. Bukan la tak pandai menulis, kalau tak pandai menulis apa guna pegi sekolah bertahun-tahun, ye tak? Maksud aku, ala korang paham la maksud aku. Nak mengarang cerita, nak tarik minat org baca tulisan aku, itu bukan la kemahiran yang aku ada.
Tapi kan, masa aku sekolah dulu, since aku Form 4, setiap kali buat karangan, mesti aku dapat highest utk seluruh Form. Sampaikan pada satu ketika, sorg classmate aku pernah bernazar, kalau dia dpt markah karangan lebih tinggi dari aku, dia nak puasa sehari. Dan ada la sekali dia dapat lebih tinggi dari aku, tinggi setengah markah je. So, puasa la dia…. Sekali tu je la. Pas tu tak de la.

Kata Rawi, aku boleh score karangan sebab Cikgu Derus yg mengajar kelas aku tu pemurah dlm bagi markah. Dia tak leh nak score sbb dia belajar ngan Bonda Norliza. Bonda tu strict maut, jgn kata nak score, nak A pun tak pernah ada yg dapat. Aku diam je la. Aku ni kan pendengar yg baik (wakakaka). Bila trial SPM, semua karangan disemak oleh Bonda. And guess what? Aku dpt A. Aku tunjuk la kat Rawi. Dia tak cakap apa pun… Bonda kata, sepanjang dia jadi cikgu Bahasa, aku adalah pelajar pertama yg dapat A dari dia utk karangan. Huhhhh… Nasib baik ari tu aku pakai seluar longgar, kalau tak mau koyak seluar aku.

Satu hari slps bbrp hari result tu keluar, dtg la sorg budak Form 4, mintak aku ajar dia buat karangan. Aku kata, aku tak pandai nak ajar, tapi kalau bagi aku satu tajuk dan bagi aku dua jam, aku boleh siapkan satu karangan utk dia. Walaupun numerology tarikh lahir aku kata aku bleh menjadi guru yang baik, aku rasa mcm tak betul jer, sbb aku cepat marah bila mengajar. Bukan ciri guru yang baik, kan?

Lepas tu, budak tu mintak nak tumpang study kat bilik aku. Aku Nampak la dia baca satu karangan. Aku intai2, Nampak mcm kenal je tulisan tu, aku mintak la ngan dia nak tengok. Betul la, rasa mcm kenal je tulisan tu. Aku baca la sikit, rasa mcm pernah baca jer karangan ni, tapi di mana ye? Subhanallah. Baru aku perasan, ini karangan aku ni. Karangan masa trial SPM.

“Mana kau dapat ni?”
“Cikgu bagi”
“Bagi kat engkau?”
“Tak la. Kat semua”
“Semua budak kelas engkau?”
“Tak la. Semua budak Form 4 dapat”
“Buat apa bagi kat semua budak Form 4?”
“Cikgu kata ini contoh karangan terbaik yg abang kamu buat masa trial SPM. Dia suruh kitorg study karangan ni dan jadikan panduan utk kitorg buat karangan pada masa2 akan dtg…”
Huhahaaaaa….

Masuk bakul? Aku rasa lagi baik kalau masuk lif, tekan sendiri. Kalau tak saper nak tekan utk kita, ye tak…

Pape pun, Selamat dtg utk JrAzlina ke laman blog saya yg ntahkehapahapa ni. Tak de apa yang menarik pun kat sini. Sekadar tempat nak meluah perasaan, nak menulis apa yang rasa nak ditulis. Dulu selalu tulis kat email group utk kwn2 Exsas 90, tapi selalunya tak dapat respond dr diorg. Itu yg rasa mcm tulisan tu tak menarik minat kwn2. Rasa mcm tak dihargai jer. Penat jer tulis panjang2, tapi tak der org minat nak baca. Pas tu mula la jadi segan nak tulis panjang2. Bila ada blog ni, tulis kat sini je la. Tak perlu risau kalau ada org yg tak minat nak baca ke, tak suka nak baca ke, sbb aku tulis ni utk aku dan bukan utk org lain. So, aku bleh tulis apa sajer yg aku suka, tak payah takut, tak payah segan, tak payah malu.

Another reason why aku belum bagi address blog ni kat org lain is, aku sebenarnya nak jrazlina jadi org pertama yang baca blog aku. Kenapa? Sebab aku dapat inspirasi nak ada blog sendiri ni dari dia, so tak salah kan kalau dia jadi org pertama yg dtg melawat ke sini. Cumanya, aku segan nak offer address ni kat dia dan berharap one day dia sendiri yg mintak dari aku. Biasa la, aku ni kan pemalu orgnya nak offer2 kat org.

So, welcome to my world. Hope you enjoy reading my articles. Gambar? Later la. Bila aku dah jumpa USB cable camera aku, aku masukkan gambar. Interior design, tengok la. Bab tu aku kurang sikit, sbb aku ni lousy when it come to art. In fact, subjek pertama aku dapat D masa sekolah rendah dulu, ART. May be I’m just not talented enough for that, or may be it’s just because art is nowhere in my vein.

Ciao.

1 comment:

heartisbroken said...

Huishh!! Camne ble terlepas posting neh.. ari ni baru nmpk. Toksah la tulis byk2 psal saya.. maluu.. =p

Takde apa inspirasi pun. Klu baca saya punye posting 4 thn lps lagi ntah hapa2. Sbb masa tu dok cite bende sedih jer. Of late baru cite merapu2 kuar.. tu pun still tak sebest org lain punye writing yg lawak giler.

Anyway.. your writing dh ok dah tu.. usaha lagi yer =p