Singgoh Le Dulu Aok Yer

Friday, January 29, 2010

UPDATES ON THE KIDS

Pagi tadi minum ngan Abang Pendi, jejaka kecok lagi tempang, hahahaha. Itu ayat dia sendiri yang kasik, bukan aku yg kasik. Sekali ngan Bob, giler lama aku tak jumpa Bob. Last jumpa masa aku baru je kawin. Sekarang dah bujang ni baru jumpa balik. Diorang datang ofis pagi tadi, scan lesen PKK, CIDB apa segala, dan sebelum balik dia pesan, "siap2 la carik kerja lain. Aku nak gadai company ko..." Hahahaha...
Anyway, nak citer ni pasal anak2.
Kakak, malam tadi dia tunjuk surat tawaran tukar sekolah. Kisahnya, kat Beserah tu ada satu sekolah rendah baru siap dan akan mula bulan mac nanti. Tak la jauh, tak sampai dua kilo dari rumah dan sekolah sekarang. Aku tak nak bagi dia pindah, sebab sekolah sekarang ni kat depan rumah je. Boleh jalan kaki pergi balik. Kalau pindah ke sekolah baru, dia kena naik bas, kena kos tambahan la pulak. Lagi pun sekolah yg sekarang ni rekodnya cemerlang sejak lebih 10 tahun kebelakangan ni, walaupun tak termasuk dalam senarai 20 sekolah cemerlang Malaysia. Cikgu2 pun aku dah kenal.
Menangis la pulak dia, nak jugak masuk sekolah baru. Kawan2 dia ramai yang tukar. Kawan dia yg selang berapa rumah dari rumah kami tu pun dapat tukar jugak, kata dia. Aku kata "Mak Ayah kawan Kakak tu belum tentu bagi kawan Kakak tu pindah sekolah". Puas aku pujuk, last sekali dia keluar ayat, hampir2 tak kedengaran, "macam ni Kakak mintak ngan Ibu la.."
Terguris hati aku...
Adik. Makin banyak cakap. Dari aku sampai rumah lepas kerja, sampai la time dia nak tidor. Ada je benda dia nak cerita. Penat jugak nak layan, tapi, layan je la. Still lagi belajar mengemas buku dari Kakak. Selasa lepas kena denda ngan Ustaz sbb tak bawak buku Jawi. Aku mana tau, dlm jadual tak der tulis pun pelajaran Jawi. Pas tu Kakak kata, "Jawi masuk dlm Agama la Ayah..." Sorry la, Adik. Mana la Ayah tau...
Hari Rabu hari tu, dia kata dia terkencing dalam seluar masa kat sekolah. Dia dah gi toilet, dah sampai toilet dah pun, tapi zip seluar sangkut. Tak sempat nak bukak seluar. Nasib baik kena sikit je. Lepas tu, sedang elok dia keluar toilet, loceng bunyi. Loceng balik sekolah. So, terus la dia ambik beg n balik rumah.
Kesian anak bujang aku nih. Masih ada sikit masalah pasal toilet ni. Sampai sekarang pun, sebelum aku tidur, aku kena kejut dia utk ke toilet, kalau tak, habis la tilam cadar segala. Itu yang aku tak leh nak tidur awal. Paling cepat pun pukul 12. Kalau tidur awal pun, aku kena jugak bangun kan dia tgh2 mlm. Tapi kira OK jugak la Adik ni. Sepupu dia si Faiz tu pun still pakai pampers time tidur.
Last week Adik kena tukar kelas. Dari kelas sementara ke kelas kedua. Tak dapat kelas pertama mcm Kakak. Tak pa la. Aku tak kisah sgt sbb tau Adik ada sikit ketinggalan masa tadika dulu. Tak macam Kakak yg pikapnya melantun2. But then, I'm hoping by mid term exam or paling lambat next year dia boleh naik ke kelas pertama tu. Hmmm.. Maybe jugak aku rasa, sebab tu Kakak dapat offer ke sekolah baru, Adik tak dapat. Sebab Kakak pandai, so sekolah baru tu nak kidnap dia bawak lari... hahahha.. bias nya aku.
Last week, aku belikan tabung baru utk diorang. Sejak dah ada tabung baru ni, susah nak nampak duit syiling kat rumah. Habis semua diorang kutip masuk tabung. Selesai la masalah duit syiling bersepah sepah. Setiap hari, Adik ngan Kakak akan lapur kat aku berapa balance duit belanja sekolah yg diorang masukkan dalam tabung. Cadang2nya, every time gaji, aku akan topup Rm50 sorang dan masukkan ke akaun masing2. Nak topup byk, bukannya byk pun gaji ni. Hehe.
By Mac nanti, sekolah anak2 aku ni akan pecah dua, sebahagian akan stay di sekolah asal, sementara sebahagian lagi akan dipindahkan ke sekolah baru di Pelindung. Bila dah mula sekolah baru tu nanti, dua2 sekolah akan buat sessi pagi sahaja. Masalahnya, kalau semua dah pergi sekolah kebangsaan pada sessi pagi, boleh ke SAR KAFA Beserah tu nak tampung semua student pada sessi petang? Aku tengok mcm tak cukup kelas je. Teh pun tak leh nak jawab soklan aku semalam, pakai angkat2 bahu je. Esok nak kena tanya jiran2 la mcmana...
Dalam duk sibuk aku pujuk Kakak jangan tukar sekolah, tetiba Adik menyampuk "Kalau Kakak tukar sekolah sana, nanti siapa nak jaga Adik? Dah la kat sekolah tadi Adik baru belasah kawan Kakak yg Darjah Tiga tu..."
Humang aaiii... Anak aku Darjah 1 belasah budak Darjah Tiga? Biar betull!!!

Saturday, January 23, 2010

LAMPI DAN KAMPUNG-CHI

Tiga empat hari lepas, Dato' Azhar tolong registerkan aku kat portal UUM-with-hons, portal yg dibina khas oleh kawan2 untuk kawan2 UUM batch 93-97. Baru hari ni la aku berkesempatan utk menjengah sbb baru dapat password dr admin, plus aku tak menyempat nak mengejar masa dan kerja. Sibuk sikit lately. (Aku suka kerja, put my mind away from bad thoughts about life..).
Waa.. ramai rupanya kawan2 yg duk berkumpul kat sini. Sejak dari portal ni bukak lama dulu, sampai la ni, dah ada beratus ahli. Banyak berita cerita segalanya ada kat sini. Macam2 adaaa..
Ngapa ek aku tak pernah sampai kat sini. Oooo... lupa. Memang aku dulu sengaja mengasingkan diri, sebab tu aku tak masuk sini. Kalau aku tak mengasingkan diri, sure dah lama aku masuk sini... (Idi tulih berbelit ngalohkan ulor.. hehehe)
Dah dapat masuk tadi, baca sana baca sini, klik sana klik sini, lepas tu aku gelak sorang2. Aku gelak kat diri sendiri. Apa ke hal? Hahaha... Masa duk klik sana klik sini, cuba itu cuba ini, baru la aku realise betapa aku ni tak reti dalam dunia IT ni. Betapa lampinya aku ni ngan teknologi. Betapa 'kampung'nya aku nih dengan dunia kini. Tgk blog aku ni la sbg contoh, mcm rumah tak siap. Gambar kat atas tu pun senget sebelah... hahaha
Idiiii, Idi.. apa nak jadi...
Tak pa, nanti aku akan masuk lagi, belajar lagi, cuba lagi, usaha lagi, sampai pandai!!
Nak tau another true version ngapa aku tak pergi kat portal tu?
Kisahnya, aku dah pernah register kat portal tu, beberapa tahun lepas, slps aku jumpa Tobak dan Toncit di Kuantan. Aku masuk sekali tu je la, tumpang komputer ngan internet member aku. Masa tu ofis aku belum ada internet lagi. Masa aku masuk kali pertama dulu tu, aku rasa sama mcm yg aku rasa sekarang, rasa ketinggalan knowledge dlm IT.
Bertahun aku tinggalkan komputer n internet, sebab aku tak der acess utk semua tu. Kalau dah hidup seadanya, mana nak mencara sgt pasal IT ni. Dalam kepala otak lebih duk pikir mcmana nak survive utk hari ni. Kerja buruh kasar cam dulu tu nak pegang komputer pun malu. Hehehe.
Anyway, I've read comments about my last blog entry yg kawan2 tulis kat dalam portal tu. And aa.. I wanna say thanks to all 4 reading, n comments and 4 all the good thoughts and prayers. Really, they mean a lot to me. Rasa bersalah pulak bila menghilangkan diri lama2 dari kawan2. And really, I really thought that kawan2 dah tak ingat aku. Alhamdulillah, terima kasih buat semua yg masih ingat kat aku. Terima kasih atas dorongan semangat dan doa kalian.
Apapun, aku dah lebih gembira sekarang. Alhamdulillah.

Wednesday, January 20, 2010

FAQ


Sejak2 ada akaun fb yg Sifu aku buat ari tu, ramai dah kawan2 lama yg aku jumpa, terjumpa dan dijumpai di alam siber nih. Dari geng sekolah rendah, geng2 sekolah menengah, geng Matrik, geng basikal, geng UUM, geng askar Ko-K, ofismate lama etc etc. Ramai gak kawan2 aku rupanya. Dan sejak dah dijumpai ni, mcm2 la soklan ditanya. Most FAQ's are like :

1. Where are you?
2. Where have you been?
3. Kenapa menghilangkan diri?
4. Kenapa still single?
5. Bila nak kawin?
6. Anak2 kau tak nak mak baru ke?

Terbaru satu soklan yg belum ditanya oleh kawan2 lain sblm ni : What makes you so tough raising your kids all by yourself?

Hmmm... actually, soklan 1 sampai 6 tu, aku dah agak akan ditanya. Kenapa? Sebab, for the last 7 years, memang aku cuba mengasingkan diri dari kawan2, cuba mengelak sebarang perjumpaan. Kenapa? Panjang ceritanya. Pendekkan!!

Selepas aku resign dr bank in 2003, hidup aku tunggang langgang. In 2004, hidup aku crashed. Company aku flop sampai aku dah tak der apa. Sampai satu peringkat, aku tak der duit nak beli makan, susu anak segala. I remember, at one time during that year, kawan2 sekolah aku buat gathering di Kuantan, dan aku tak dapat attend sbb aku cuma ada RM20 yg aku reserve utk beli susu anak keesokan harinya. Sedihnya hati aku masa tu, sampai menitik air mata. Dalam masa ekonomi tgh teruk tu, wife aku minta berpisah. Tapi aku pertahankan jugak.

January 2005, aku dapat kerja di KL. Walaupun gaji tak seberapa, at least aku ada sikit income, dan stepping stone sementara nak carik kerja lain yg lebih stabil. Rumahtangga pulak makin bergolak, sampai la akhirnya kami berpisah secara rasmi bulan Februari tu. Aku tak salahkan dia 100%, ye la kalau dah suami tak boleh nak dijadikan tempat bergantung, mana2 perempuan rasanya akan mintak berpisah. Lagi pulak, dia tak pernah hidup susah, sejak kecik keluarga dah beri segalanya. Anak2 aku serahkan pada bekas isteri untuk dijaga.

Setahun aku di KL. Beratus application kerja aku hantar, cuma 3 interview je aku dapat. 3 interview shj!! Out of hundreds!! At the same time, company tempat aku kerja lak tak bayar gaji, 11 bulan aku kerja, 2 kali jer aku dapat gaji. RM3,000 income aku utk SETAHUN!! Ramai org tanya mcmana aku survive time tu. Ntah la, aku pun tak tau. Aku hidup seadanya, dengan bantuan Wan, A'nas dan family aku. Sampai akhirnya, bulan ke 11, time nak raya, aku jual suratkhabar lama utk isi minyak kereta nak balik Kuantan. Pagi raya tu, aku cuma ada Rm2.40 dalam poket!! Dah la anak2 tak der nak raya ngan aku.

Time tu aku jadi gila kejap. Aku boleh duduk kat kerusi malas kat dapur depan tv, tak bangun, tak makan, tak tidur. 3 hari aku mcm tu. Pagi raya tu, arwah mak aku datang kat aku, peluk aku, menangis, mintak aku sabar dengan semua dugaan yg Allah bagi kat aku. Kata dia semua tu dugaan Allah sebab Dia sayang kat aku. Time tu baru la air mata aku menitik, aku sebak yg amat sgt dan aku menangis semahu-mahunya.

Throughout that same year, aku dah dgr mcm2 cerita pasal x-wife aku. Dan aku sendiri tgk, anak2 aku makin terabai. Selalu sakit demam selsema segala. Kakak pulak baru pandai bercakap, setiap kali jumpa aku, byk jer cerita pasal ibu diorg sampai kat aku. Aku pernah cuba nasihat, tapi mcm biasa, tak pernah la dia nak ngaku. Sampai la mlm Awal Muharram bulan 12 tahun yg sama, kawan aku terserempak ngan dia, buat benda yg aku suspek dia buat. So, kawan aku ambik gambar ngan video, dan dgn bahan bukti tu aku mintak kat bekas mertua aku utk dapatkan hak penjagaan. Sampai skrg, dua2 anak aku duduk ngan aku.

Early 2006, Wan ajak aku join ngan Sheikh Shahnon, buat marketing utk satu produk. Alhamdulillah, rezeki aku dah jadi lebih baik masa tu. Seluruh Semaenanjung aku pusing. Pagi aku di Kuala Terengganu, petang aku di Alor Setar. Aku dapat offer kerja dari LHDN, tapi aku tak pergi sebab tgh seronok pegang duit hasil kerja tu. Sampai pertengahan tahun, aku dump semua duit yg aku ada, start bisnes ngan Wan n Abg Fauzi. Bisnes yg bawak aku sampai ke Sabah, tapi akhirnya, semua pelaburan aku berkecai. Kerja dah siap, duit lak tak dapat. Lagi sekali aku terduduk.

Masa tu, seorg kawan sekolah aku di Kuantan offer aku utk balik Kuantan, tolong dia ngan bisnes dia. Disember 2006, aku mula kerja di Kuantan. Income tak menentu, tapi aku tak kisah sgt. Mungkin sbb dah terbiasa hidup susah, aku jadi tak kisah. Masa tu aku cuma perlukan RM3 je sehari. Dua ringgit utk Kakak pergi sekolah, singgit nak isi minyak motor aku nak gi kerja. Makan minum rokok apa semua, tak pernah lak aku pikir mana nak cekau duit. Tapi aku still dapat makan minum segala. Pernah la jugak miss, tapi tak der la pulak aku kelaparan sbb tak makan. Alhamdulillah, bisnes get better dan aku dah ada duit sikit utk belanja anak2.

The bisnes was good, since aku take over. But then, at the end of 2007, bisnes jadi slow, kesan kemerosotan ekonomi time tu. But still boleh bertahan. Since, mid 2008, electrical & civil company kawan aku tu dah mula bergerak lebih baik, sampai la Januari 2009 dia mintak aku masuk ke company tu, dan dia akan bayar gaji. Tak la besar, malah lebih rendah dari gaji first job aku masa aku baru grad dulu.

Sebenarnya, aku nak menolak, tak sampai hati, kena pulak bisnes aku pun sekadar cukup makan. Aku ni pulak jenis yg kenang budi la jugak kut. So, aku terima kerja tu dengan lapang dada dan hati gembira, sampai la sekarang aku kat sini. Alhamdulillah. Walaupun gaji aku kecik, tapi Allah beri aku rezeki dari sudut lain pulak. Walaupun tak mewah, jauh ketinggalan dari kawan2 aku yg lain, Allah bagi aku anak beranak kesihatan dan kemudahan dlm byk perkara. Allah bagi aku keluarga yg sentiasa membantu dan menyokong aku, kawan2 yg tak menikam belakang aku.. mcm2, mcm2 ada..

So, menjawab all those FAQs

1. Where am I?
Aku kat Kuantan sekarang ni, since December 2006.

2. Where have you been?
All over Malaysia except Sarawak

3. Kenapa menghilangkan diri?
Aku malu kat kawan2 aku sebab aku hidup susah sampai peringkat yg diorang tak akan mampu untuk imagine, apatah lagi utk faham. Aku rasa sgt asing dan rendah diri bila jumpa kawan2 lama. Rasa dah jauh terkeluar dr circle kehidupan diorg. Rasa diri sgt hina bila terserempak ngan diorg walaupun muka aku kontrol macho semacho machonya.

4. Kenapa still single?
Sebab aku belum jumpa jodoh baru aku la kut..

5. Bila nak kawin?
Ntah la. Dgn pendapatan aku skrg, aku rasa sampai bila2 pun aku tak mampu nak kawin.. hahaha. Tapi kawan aku pernah cakap, kalau aku nak kawin nanti, dia akan bagi duit utk aku kawin.

6. Anak2 kau tak nak mak baru ke?
Kakak terang2 dah cakap, tak nak Ayah kawin lagi. Dia tak nak mak baru la maknanya tu.

7. What makes u so tough raising yr kids all by yourself?
I'm not raising my kids all by myself, I got help from my sister, Teh yg ambik alih tempat arwah Mek lepas dia meninggal in 2007. I have my family supporting me morally in what I do. I even got help dari anak2 aku yg dah mula berdikari. Aku terima bantuan dari Allah yg memberikan aku anak2 yg baik dan memahami.

Aku tak tough, dah banyak kali aku menangis, menangis dgn nasib diri. Sampai satu masa, airmata aku jadi kering, dan aku berazam utk tidak menangis lagi. Selepas semua pengalaman hidup yg terpaksa aku tempuh, hati aku dah cukup tegar utk hadapi apa saja yg dtg, dgn satu ingatan, "aku masih hidup utk anak2 aku, dan aku tak akan mati selagi hidup mereka belum terbela sepenuhnya". Aku hadapi apa juga yg datang, berusaha untuk mendapatkan yg lebih baik, tanpa lupa bersyukur dengan apa yg ada. Biarpun pedih perjalanan hidupku, biar patah sayap bertongkat paruh, melihat anak2 membesar di depan mata, cukup utk memberi semangat meneruskan perjalanan. Dan semoga Allah memudahkan segala urusanku, dunia dan akhirat.

So, here I am, still alive. Masih hidup walau berkali2 ditikam dari belakang, Masih punya wajah walau berkali diherdik dan dihina. Masih seorang manusia biasa, tak pernah jadi Superman.

"Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis.."

Tuesday, January 19, 2010

PIKNIK DI PAGI AHAD

Ahad lepas, Kak Zan ajak gi piknik kat pantai. Pagi. Breakfast kat tepi pantai. Dia masak. Aku OK je. Tgk ombak pun dah tak besar mana. OK utk anak2. Lepas breakfast, anak-anak semua pergi mandi, aku lepak je la baca paper ngan Abg Din. Teh ngan Kak Zan pun malas nak main air. Budak2 je la.

Dah lama tak bawak anak-anak mandi kat pantai. Last pun rasanya sblm cuti sekolah hujung tahun lepas. Setahun dah beb!! Hehe. Cuti sekolah hari tu, musim hujan, angin kuat, ombak besar, sungguh tak sesuai utk mandi manda. Itu pun aku tgk ada jugak org mandi kat pantai. Aku rasa, diorang ni bukan rakyat tempatan kut. Kalau orang area sini, diorang tak la sanggup nak sabung nyawa semata-mata untuk sedikit keseronokan. Bagi orang luar yang jarang jarang (sebut cam Nujum Pak Belalang sebut...) sekali dapat tengok laut, may be teruja la kut, tanpa tahu bahaya yg menunggu. Bagi kami yg dari kecik sampai besar duk tgk pantai, hampeh la kalau nak mandi time ombak besar cam gitu.

May be orang luar nampak ombak besar tu tak sebesar mana, so diorang berani turun mandi. Tapi kami orang di sini tau, di bawah ombak yg tak berapa besar tu, ada arus bawah air yg berkali ganda lebih kuat dari ombak di atasnya. Arus yang dgn senang menarik org ke tengah laut. Timbul tak timbul, tunggu jadik mayat kembung je la. Kasar ke ayat aku? Tak kisah la, sbb itu la kenyataannya.
Ikut cerita org2 tua, org zaman dulu2 pernah buat perjanjian dengan laut, Nelayan boleh ke laut menangkap ikan, dan laut akan mengambil sekurang-kurangnya seorang korban setahun. Kawasan perjanjian ini menganjur dari Cherating di Utara sampai ke Pantai Sepat di Selatan. Termasuk dalam kawasan ni ialah Pantai Cherating, Chendor, Sg. Ular, Pantai Balok, Sg. Karang, Batu Hitam, Beserah, Teluk Chempedak, Tanjung Tembeling, Tanjung Lumpur, Kempadang, Anak Air dan Pantai Sepat .
Tak tau la sejauh mana benarnya kisah ni, tapi sejak aku duduk Beserah dari tahun 1977 sampai sekarang, setiap tahun pasti ada korban. Tahun lepas kalau tak silap 3 korban. Tahun sebelum tu pun 3 jugak. Terpulang la pada korang nak percaya ke tak. Cuma bagi aku, mandi laut memang best, especially untuk budak2. Tapi, dalam apapun yg kita buat, jangan la melampau. Mcm lagu kanak2 tu duk sebut, "suka-suka akibatnya duka.."

Friday, January 8, 2010

MOOD GATHERING

Untuk dua minggu ni, mood adalah mood utk gathering!!
Last week, jumpa Chipong masa dia balik cuti di Kuantan. Dah discuss lebih kurang, so, kalau tak de aral melintang, InsyaALlah, bulan Mei nanti akan terlaksanalah gathering kawan2 EXSAS 8690, bersempena 20 tahun meninggalkan alam persekolahan di SEMSAS pada 1990. Nak buat besar sikit drpd tahun 2004 dulu. Tempatnya, confirm di Kuantan dan jadi kerja aku ngan kawan2 Kuantan lain utk aturkan tempat dan logistik. Semalam dah jumpa ngan Lela, discuss utk tubuhkan comittee kecil di Kuantan utk uruskan tugasan ni. Sementara tu, Chipong dan kawan2 di Lembah Kelang akan uruskan perkara lain terutamanya pasal jemputan, kewangan etc.
Last week jugak, aku 'ditemui' oleh classmate aku masa kat Matrik dulu. Tak pasal2 fb si Shelly jadik kecoh dengan 'kemunculan semula' aku. Tak sangka selama ni ramai kawan2 rindu kat aku. Timbul plak rasa bersalah sebab bertahun aku menyembunyikan diri dari arus perdana.
Bila dah kecoh2 tu, apalagi, ada la keluar cadangan utk gathering. So, Shelly dah setkan utk meet on Chinese New Year, di Lembah Kelang sbb ramai yg duduk kat sana. InsyaALlah, kalau tak de aral melintang aku akan ke sana. Teruja sgt2 nak jumpa ngan kawan2 sekelas masa Matrik dulu. Dwi dah pun ditugaskan utk kumpulkan kawan2 lelaki, bukan ramai pun, kami tujuh org je. Shelly pulak akan carik kawan2 pempuan, susah sikit sebab ada 18 org. Sebahagiannya dah pun 'lenyap' membawa diri, macam aku sblm ni.
Hari ni pulak, pagi tadi get a call from Juju, one of my classmate Matrik. "Idi, I'm coming to Kuantan today. Dah OTW dah pun. Wanna c u there". So, lepas solat Jumaat tadi, jumpa lah Juju, selepas 16 tahun!! God I miss her!! Seronok gila sampai tak tau nak sembang apa. Hahahaha. Dia akan dtg lagi on 31st January, and hope 2 c me again by then. She'll bring along her crews, together with South East Asia's biggest screen (80 x 60 feet, kaki, bukan inci beb!!) utk dipasang di Padang MPK 2 sebelah Stadium Darul Makmur. And sure, aku pun nak jugak jumpa dia lagi. Kawan2 kaki bola, jemput la datang ke Padang MPK 2, bermula pukul 8.30 malam pada 31 januari 2010. Kita layan Chelsea lwn Arsenal (or Chelsea lwn MU, aku lupa dah) kat skrin terbesar di Asia Tenggara. Here in Kuantan.
Aku seronok hari ni, sgt seronok, walaupun tgh kerja byk gila, seeing Juju is like a big break from disaster! Hahaha..
Betul kata Lipislady, memang seronok dapat jumpa kawan lama, walaupun sekadar di alam siber. Inikan pulak in real life.

Wednesday, January 6, 2010

SARJAN VIC MORRO

Selepas kecoh satu Malaya pasal enjin jet hilang, maka semalam 3 tertuduh pun dihadapkan le ke mahkamah kerana mencuri dan melupus barang curi. Sekali tengok, laa... Sarjan je.. power benor sarjan tu sampai boleh cilok enjin jet harga RM50 juta sebijik tu.

Tak masuk akal la pulak cerita nih. Aku dulu pun pernah la jugak jadik askar udara ni, sblm kembali ke darat. Apa sgt la power yg ada kat seorang Sarjan. Kalau cerita Kombat dlm TV zaman budak2 dulu tu, ada la powernya, tapi takat senapang tangan je la.

Aku tgk Sjn Maker kawan sekolah aku tu pun tak sampai cam tu power dia. Tak de la pulak dia cilok komponen radar pergi jual. Hmm..

Makin panjang cerita, makin mengarut jadinya.

Tapi, kita rakyat Malaysia kan dah biasa dengar cerita mengarut cam ni, kan?

Monday, January 4, 2010

BACK TO SCHOOL


Hari ni dah mula sekolah semula. Kakak dah masuk Darjah 3 dan Adik mula Darjah 1. Semua dah ready, pakaian sekolah Teh dah tolong belikan last week (apa punya bapak la, sibuk sampai pakaian sekolah pun mak sedara yg tolong belikan...). Duit pakaian pun dah bayar balik kat Teh. Hehehe. Ada satu pasang pakaian Adik tu pulak hadiah dari Abg Yie & Kak Mah. Thank you.

Untuk sekolah rendah, untuk Adik, yuran, buku semua dah settle semua dah. Kakak, yuran sekolah jer belum bayar lagi, ptg nanti baru bayar. Adik punya dah settle masa orientasi Sabtu lepas.


First day at school, masa orientasi Sabtu lepas

Untuk sekolah agama KAFA diorang, semua dah settle. Pagi tadi hantar diorang pergi sekolah. Adik selamba jer, tak der hal, tak der songeh. Lepas dua-dua masuk kelas, aku terus gi ofis. Diorang nak balik nanti, naik bas jer, mcm biasa dgn Pakcik Zuki. Dah pesan dah pun sblm aku blah tadi.


Kat sekolah agama pagi tadi...

Kejap lagi aku nak kena balik, hantar diorg gi sekolah rendah pulak sesambil nak hantar a few documents kat Cikgu diorang. Pas tu masuk ofis semula. Diorang balik sekolah nanti jalan kaki je. Ala... tak sampai 200 meter dari rumah pun.

Cumanya, aku ni la. Bila mula sekolah, baju sekolah nak kena gosok la. Aduss.. penat!! Tapi tak per.. aku nak jadi bapak mithali, kena usaha. Jangan jadik bapak mi maggi. Hehehehe...