Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, January 20, 2010

FAQ


Sejak2 ada akaun fb yg Sifu aku buat ari tu, ramai dah kawan2 lama yg aku jumpa, terjumpa dan dijumpai di alam siber nih. Dari geng sekolah rendah, geng2 sekolah menengah, geng Matrik, geng basikal, geng UUM, geng askar Ko-K, ofismate lama etc etc. Ramai gak kawan2 aku rupanya. Dan sejak dah dijumpai ni, mcm2 la soklan ditanya. Most FAQ's are like :

1. Where are you?
2. Where have you been?
3. Kenapa menghilangkan diri?
4. Kenapa still single?
5. Bila nak kawin?
6. Anak2 kau tak nak mak baru ke?

Terbaru satu soklan yg belum ditanya oleh kawan2 lain sblm ni : What makes you so tough raising your kids all by yourself?

Hmmm... actually, soklan 1 sampai 6 tu, aku dah agak akan ditanya. Kenapa? Sebab, for the last 7 years, memang aku cuba mengasingkan diri dari kawan2, cuba mengelak sebarang perjumpaan. Kenapa? Panjang ceritanya. Pendekkan!!

Selepas aku resign dr bank in 2003, hidup aku tunggang langgang. In 2004, hidup aku crashed. Company aku flop sampai aku dah tak der apa. Sampai satu peringkat, aku tak der duit nak beli makan, susu anak segala. I remember, at one time during that year, kawan2 sekolah aku buat gathering di Kuantan, dan aku tak dapat attend sbb aku cuma ada RM20 yg aku reserve utk beli susu anak keesokan harinya. Sedihnya hati aku masa tu, sampai menitik air mata. Dalam masa ekonomi tgh teruk tu, wife aku minta berpisah. Tapi aku pertahankan jugak.

January 2005, aku dapat kerja di KL. Walaupun gaji tak seberapa, at least aku ada sikit income, dan stepping stone sementara nak carik kerja lain yg lebih stabil. Rumahtangga pulak makin bergolak, sampai la akhirnya kami berpisah secara rasmi bulan Februari tu. Aku tak salahkan dia 100%, ye la kalau dah suami tak boleh nak dijadikan tempat bergantung, mana2 perempuan rasanya akan mintak berpisah. Lagi pulak, dia tak pernah hidup susah, sejak kecik keluarga dah beri segalanya. Anak2 aku serahkan pada bekas isteri untuk dijaga.

Setahun aku di KL. Beratus application kerja aku hantar, cuma 3 interview je aku dapat. 3 interview shj!! Out of hundreds!! At the same time, company tempat aku kerja lak tak bayar gaji, 11 bulan aku kerja, 2 kali jer aku dapat gaji. RM3,000 income aku utk SETAHUN!! Ramai org tanya mcmana aku survive time tu. Ntah la, aku pun tak tau. Aku hidup seadanya, dengan bantuan Wan, A'nas dan family aku. Sampai akhirnya, bulan ke 11, time nak raya, aku jual suratkhabar lama utk isi minyak kereta nak balik Kuantan. Pagi raya tu, aku cuma ada Rm2.40 dalam poket!! Dah la anak2 tak der nak raya ngan aku.

Time tu aku jadi gila kejap. Aku boleh duduk kat kerusi malas kat dapur depan tv, tak bangun, tak makan, tak tidur. 3 hari aku mcm tu. Pagi raya tu, arwah mak aku datang kat aku, peluk aku, menangis, mintak aku sabar dengan semua dugaan yg Allah bagi kat aku. Kata dia semua tu dugaan Allah sebab Dia sayang kat aku. Time tu baru la air mata aku menitik, aku sebak yg amat sgt dan aku menangis semahu-mahunya.

Throughout that same year, aku dah dgr mcm2 cerita pasal x-wife aku. Dan aku sendiri tgk, anak2 aku makin terabai. Selalu sakit demam selsema segala. Kakak pulak baru pandai bercakap, setiap kali jumpa aku, byk jer cerita pasal ibu diorg sampai kat aku. Aku pernah cuba nasihat, tapi mcm biasa, tak pernah la dia nak ngaku. Sampai la mlm Awal Muharram bulan 12 tahun yg sama, kawan aku terserempak ngan dia, buat benda yg aku suspek dia buat. So, kawan aku ambik gambar ngan video, dan dgn bahan bukti tu aku mintak kat bekas mertua aku utk dapatkan hak penjagaan. Sampai skrg, dua2 anak aku duduk ngan aku.

Early 2006, Wan ajak aku join ngan Sheikh Shahnon, buat marketing utk satu produk. Alhamdulillah, rezeki aku dah jadi lebih baik masa tu. Seluruh Semaenanjung aku pusing. Pagi aku di Kuala Terengganu, petang aku di Alor Setar. Aku dapat offer kerja dari LHDN, tapi aku tak pergi sebab tgh seronok pegang duit hasil kerja tu. Sampai pertengahan tahun, aku dump semua duit yg aku ada, start bisnes ngan Wan n Abg Fauzi. Bisnes yg bawak aku sampai ke Sabah, tapi akhirnya, semua pelaburan aku berkecai. Kerja dah siap, duit lak tak dapat. Lagi sekali aku terduduk.

Masa tu, seorg kawan sekolah aku di Kuantan offer aku utk balik Kuantan, tolong dia ngan bisnes dia. Disember 2006, aku mula kerja di Kuantan. Income tak menentu, tapi aku tak kisah sgt. Mungkin sbb dah terbiasa hidup susah, aku jadi tak kisah. Masa tu aku cuma perlukan RM3 je sehari. Dua ringgit utk Kakak pergi sekolah, singgit nak isi minyak motor aku nak gi kerja. Makan minum rokok apa semua, tak pernah lak aku pikir mana nak cekau duit. Tapi aku still dapat makan minum segala. Pernah la jugak miss, tapi tak der la pulak aku kelaparan sbb tak makan. Alhamdulillah, bisnes get better dan aku dah ada duit sikit utk belanja anak2.

The bisnes was good, since aku take over. But then, at the end of 2007, bisnes jadi slow, kesan kemerosotan ekonomi time tu. But still boleh bertahan. Since, mid 2008, electrical & civil company kawan aku tu dah mula bergerak lebih baik, sampai la Januari 2009 dia mintak aku masuk ke company tu, dan dia akan bayar gaji. Tak la besar, malah lebih rendah dari gaji first job aku masa aku baru grad dulu.

Sebenarnya, aku nak menolak, tak sampai hati, kena pulak bisnes aku pun sekadar cukup makan. Aku ni pulak jenis yg kenang budi la jugak kut. So, aku terima kerja tu dengan lapang dada dan hati gembira, sampai la sekarang aku kat sini. Alhamdulillah. Walaupun gaji aku kecik, tapi Allah beri aku rezeki dari sudut lain pulak. Walaupun tak mewah, jauh ketinggalan dari kawan2 aku yg lain, Allah bagi aku anak beranak kesihatan dan kemudahan dlm byk perkara. Allah bagi aku keluarga yg sentiasa membantu dan menyokong aku, kawan2 yg tak menikam belakang aku.. mcm2, mcm2 ada..

So, menjawab all those FAQs

1. Where am I?
Aku kat Kuantan sekarang ni, since December 2006.

2. Where have you been?
All over Malaysia except Sarawak

3. Kenapa menghilangkan diri?
Aku malu kat kawan2 aku sebab aku hidup susah sampai peringkat yg diorang tak akan mampu untuk imagine, apatah lagi utk faham. Aku rasa sgt asing dan rendah diri bila jumpa kawan2 lama. Rasa dah jauh terkeluar dr circle kehidupan diorg. Rasa diri sgt hina bila terserempak ngan diorg walaupun muka aku kontrol macho semacho machonya.

4. Kenapa still single?
Sebab aku belum jumpa jodoh baru aku la kut..

5. Bila nak kawin?
Ntah la. Dgn pendapatan aku skrg, aku rasa sampai bila2 pun aku tak mampu nak kawin.. hahaha. Tapi kawan aku pernah cakap, kalau aku nak kawin nanti, dia akan bagi duit utk aku kawin.

6. Anak2 kau tak nak mak baru ke?
Kakak terang2 dah cakap, tak nak Ayah kawin lagi. Dia tak nak mak baru la maknanya tu.

7. What makes u so tough raising yr kids all by yourself?
I'm not raising my kids all by myself, I got help from my sister, Teh yg ambik alih tempat arwah Mek lepas dia meninggal in 2007. I have my family supporting me morally in what I do. I even got help dari anak2 aku yg dah mula berdikari. Aku terima bantuan dari Allah yg memberikan aku anak2 yg baik dan memahami.

Aku tak tough, dah banyak kali aku menangis, menangis dgn nasib diri. Sampai satu masa, airmata aku jadi kering, dan aku berazam utk tidak menangis lagi. Selepas semua pengalaman hidup yg terpaksa aku tempuh, hati aku dah cukup tegar utk hadapi apa saja yg dtg, dgn satu ingatan, "aku masih hidup utk anak2 aku, dan aku tak akan mati selagi hidup mereka belum terbela sepenuhnya". Aku hadapi apa juga yg datang, berusaha untuk mendapatkan yg lebih baik, tanpa lupa bersyukur dengan apa yg ada. Biarpun pedih perjalanan hidupku, biar patah sayap bertongkat paruh, melihat anak2 membesar di depan mata, cukup utk memberi semangat meneruskan perjalanan. Dan semoga Allah memudahkan segala urusanku, dunia dan akhirat.

So, here I am, still alive. Masih hidup walau berkali2 ditikam dari belakang, Masih punya wajah walau berkali diherdik dan dihina. Masih seorang manusia biasa, tak pernah jadi Superman.

"Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis.."

22 comments:

Atoq said...

Salam Idi

TQ atas jawapan semua persoalan tu. Trust me, aku faham kesusahan yg pernah ko lalui. Sesungguhnya aku bangga dengan pengorbanan yg telah ko tempuhi. Berat mata memandang, pastinya lebih berat bahu ko yg memikulnya.

I'm proud of you bro. I know you are a good father to your kids. Harap dpt jumpa ko & anak2 kalau aku ke Kuantan nanti (x tau le bila masanya)

Take care bro, keep in touch.

Idi said...

Atoq,
Salam.
Thanks bro. I'll be in touch. Dtg Kuantan hello2.

JALAN REBUNG said...

salam idi,

kalau la aku ni budak kecik , aku akan rasa bangga kalau ada abah macam hang.

aku paham bila hang cakap susah nak jumpa kawa-kawan bila hidup tak menentu ...sebab bila kita jumpa kawan-kawan lam at least kita nak tunjuk yang kita pun berjaya ...bagi aku hang dah jadi abah yang probably much better than most of kawan-kawan kita

Satu hari nantri kau mungkin akan diuji macam ni ..dan at least aku tau kalau aku ada dugaan cam tu aku boleh cari kawan bernama Idi Amin untuk mintak support dari segi moral ...

Kim salam kat anak-anak hang ..cakap kat dia uncle Bulat kim salam ...dan cakap kat dia uncle bulat cakap ..kakak dan adik ada satu ayah yang sangat hebat ..

BULAT

aE said...

Bro Idi,

Aku came accross your blog ni being introduced by bulat in portal UUM.

Walaupon tk penah kenal time UUM dulu - just kenal rupe jer, but nevermind old memories. All I want to say is that - you are a man with BIG HEART. Be strong friend! My thoughts n prayers for you and your little family there!

ae

Chah said...

Salam Idi,

Ko memang tak kenal aku, tapi dr UUM lagi aku tau kewujudan ko, tau nama ko Idi Amin, ko org kuantan bla..bla..maybe sbb aku berkawan dgn budak2 matrik kot..

Biasanya bila dengar pengorbanan sorang mak membesarkan anak2 sendirian, tu cerita biasa sbb Allah memang kurniakan kelebihan dan kekuatan sebegitu pada org pompuan, tapi bila baca cerita kawan sendiri (tk kira la ko anggap aku kawan ke tidak) yg realitynya bukan dalam drama rekaan, aku jadi teremosi. Walopun kita tak pernah kenal, tapi cerita ko cukup membuatkan aku terasa nk pandang ke belakang semula,rasa nk renung rumput2 yg aku pijak etc.. aku bukan golongan bangsawanpun dlm konteks cerita ni, kita sama je,tp aku pasti ko telah dipilih Allah untuk mengalami penyucian jiwa lebih kerap berbanding orang lain. Aku jd jeles ngan ko sbb ko dpt lalui semua ni smoothly.. aku tk sangka adanya org yg yang setabah ko yang Allah pilih untuk terima semua ni, tahniah dari aku sbb ko mampu bertahan..

mungkin kawan2 tak mampu membantu dari segi fizikal, tapi aku rasa tak salah kalo ko share ngan kawan2mentally..

Aku doakan anak-anak ko jadi anak yang baik2. Maafla aku ni memang mudah over, tapi cerita ko semakin menginsafkan aku...




Chah

Idi said...

Bulat,
Aku tak sure anak2 aku bangga atau tak punya Ayah mcm aku, tapi aku selalu rasa sebak bila tak dapat penuhi keperluan diorg. But then, alhamdulillah, aku bangga anak2 aku berusaha untuk berdikari dlm usia yg sgt2 muda.

ae,
Anggapla aku tak bernasib baik sbb tak sempat kenal ko masa kat UUM dulu.

Chah,
Don't worry. Aku leh anggap ko sbg kawan. Apa yg ko tulis dah cukup membantu mentally.

Bulat , ae, Chah,
Terima kasih.. Bersemangat rasanya nak teruskan hidup bila baca komen2 korang. Thanks again.

Jamaliah said...

Idi.. aku tak tahu kau kenal ke tak aku tapi aku kenal kau walaupun fizikal kau dah berubah (aku pun sama he..he..)

Dulu aku pernah rasa susah dan aku rasa akulah orang paling susah.. tapi sebenarnya pengalaman kau lebih 1000x ganda lagi perit compared dengan dugaan yang Alah berikan pada aku.

Semoga allah akan kurnia kebahgiaan dan kesenangan untuk kau dan anak2 dalam masa terdekat ini. Allah sayangkan kau sebab tu dia bagi dugaan yang amat berat untuk kau tanggung.

Idi said...

Jamaliah
Kalau aku boleh tgk gambar koau, aku sure boleh ingat. That's the thing, aku mudah ingat muka, tapi susah ingat nama. Right brain malfunction.. hehehe
Ini hakikat kehidupan, bila kita susah, kita rasa kita org paling susah. Aku pun rasa mcm tu jugak dulu. But then, sebenarnya kat luar sana, ada lagi ramai org lebih susah dari kita. Sahabat kita Amie pun tgh susah skrg. Sama2 la kita diaoakan kebahagian utk semua.
Amin.

Ae,
Aku dah tgk gambar ko dlm fb bulat, aku kenal ko, kenal sgt2. Cuma mungkin dulu kita tak de aktiviti bersama yg boleh jadikan kita rapat.

Abu Eir said...

Salam bro,

Tak taulah ko kenal or ingat lagi kat aku ni. Aku suka bermuhasabah dengan cerita kawan2 ni sebab masing2 ada sisi gelap sebagai pengalaman hidup.

Idi said...

Abu Eir,
Salam.
Kalau ada gambar, InsyaALlah aku ingat. Betul, semua org ada sisi gelap dlm kehidupan masing2. Aku tau kat luar sana ada ramai lagi yg sisi gelapnya lebih gelap dari aku, dan kita semua.
May Allah Bless Us All. Amin.

Unknown said...

Saudara di,

Tabah dan hargai kehidupan ini. sesungguhnya kesusahan itu kan mengajar kita erti kehidupan sebenarnya, siapa kawan, siapa lawan, siapa suadara, siapa musuh.. semuanya akan terjawab. yang perlu dilakukan adalah jujur dan ikhlas dalam perlakuan dan peradaban kita. nescaya Yang Maha kuasa dan Maha Menyayangi akan memakbulkan doa yang teraniaya. amin

Dari ku... www.ah-chong.com

Idi said...

Chong,
Betul tu. Banyak yg saya belajar dlm tempoh 5 tahun terakhir ni. Syukur atas semua kurniaan Tuhan pada saya.

Rizal said...

Salam Idi,
Aku tak tau hang ingat aku dak lagi, tapi aku masih ingat kat hang. Geng kita fwd fb hang kat aku.
Aku kagum dgn kekuatan yg hang miliki! Aku tersenyum tengok hang tulis askar ko-k. Setahu aku, wak sir dgn aku saja panggil budak2 kembara as askar ko-k :). Sebenaqnya kami jeles tengok baju celoreng budak askar ko-k tu.
lets keep in touch thru fb. portal uum tu aku pun jarang sebb tak sempat. apa pun silaturahim kita jaga.
Aku akan selalu berkunjung ke blog hang. Aku punya kat mrizalibrahim.blogspot.com.

-patience is the companion of the wisdom-

Jai 'Mamak' Penang

Idi said...

Salam Jai,
Selain dari saiz yang dah berubah, aku tak perlukan masa utk kcam hang. Rasanya, saiz aku lagi byk berubah dr hang la.. hahahha..

Thanks bertandang ke blog aku nih. Aku pun dah jenguk blog hang lebih kurang, nanti petang sikit nanti aku lepak kat sana.

Walaupun tak der dlm list 'Azam Tahun 2010', aku janji kat diri aku utk cari dan follow perkembangan seberapa ramai kawan aku yg boleh. Dah lama aku menyorok, lama2 pun tak baik jugak..

Aku setuju ngan hang, a friend is like a bottle of wine, the longer you keep, the better it gets.

Munir Amani said...

Idi,

sorry lah.. aku tak tau pulak cerita hang nih... tk dak sapa pulak sampaikan kat aku...

No 3, aku tak setuju... tak payah malu... semua org rasanya penah susah... aku pon ada satu ketika makan roti gardenia saja tiap tiap hari... tapi org jiwa ashkar macam kita ni selalunya boleh survive kesusahan... positif kadet :)

Idi said...

Muniaq,

The whole story had been a secret for sometime, nobody knows because I'd never share it with anyone till the day I made this entry. No need to be sorry.

To be frank, I thank my ROTU days for preparing me to face all the trouble I've been thru. Betui kata hang, jiwa ashkar kena kuat, kena positif.

Thanks bro.

harsa said...

salam Idi,
tak sure la ko ingat lagi aku ke tak..
anyway.. tahniah kerana telah berjaya menempuh segala kesusahan dan rintangan dengan hati yang tabah.. mendidik anak supaya menjadi anak2 yang soleh dan solehah..

harsa harap idi akan sentiasa berjaya dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah dalam menghadapi kehidupan yang mendatang..

Idi said...

Terlalu awal kalau nak kata dah berjaya. Perjalanan masih jauh, cabaran masih banyak. Entah apa lagi dugaan menunggu du hadapan.
Anyway, thanks Harsa.

meera^da cute..*_* said...

bro...sedih lak bace...rasenyer, hidup sush buat kite lebih tahu menghargai hidup...wpon sush, ttp ade bahagia...semoga hidup bro makin gembira dan bahagia...

Idi said...

Meera,
Thanx. I am a happier person now. Kesusahan mengajar kita erti sebenar kehidupan dan hakikat kita dicipta Allah. Kalau kita redha dan serahkan hidup pada Dia, kita akan dapat rasa kebahagiaan. Hidup bukanlah apa yg kita rencanakan, tapi yg Dia tentukan. Terima lah seadanya.

Gee said...

idi, ini gee..kalau tak ingat aku mmg la.. Aku x pernah post comment on any blog tapi sbb i been trying to look for u and nombor lama dah xde, i had to belaja how to post comment..IT challenged. Anyway, aku nak gi kuantan ni if sempat boleh jumpa, call me my number dlm your yahoo email..aku tgh bergenang airmata ni baca ur FAQs..didnt know it was that bad..u r such a strong person.. call me, boleh celoteh panjang..bila lagi nak ngumpat A'nas..hahaha..A,nas kalau baca jgn mare..

Idi said...

Lama tul tak sembang ngan engko. Seronok rasa dpt sembang ngan kawan2 lama ni. I'll c u in Kuantan nanti. And don't worry bout A'nas, I don't think he knows this blog exists. hehehe... peace A'nas, peace..