Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, January 23, 2010

LAMPI DAN KAMPUNG-CHI

Tiga empat hari lepas, Dato' Azhar tolong registerkan aku kat portal UUM-with-hons, portal yg dibina khas oleh kawan2 untuk kawan2 UUM batch 93-97. Baru hari ni la aku berkesempatan utk menjengah sbb baru dapat password dr admin, plus aku tak menyempat nak mengejar masa dan kerja. Sibuk sikit lately. (Aku suka kerja, put my mind away from bad thoughts about life..).
Waa.. ramai rupanya kawan2 yg duk berkumpul kat sini. Sejak dari portal ni bukak lama dulu, sampai la ni, dah ada beratus ahli. Banyak berita cerita segalanya ada kat sini. Macam2 adaaa..
Ngapa ek aku tak pernah sampai kat sini. Oooo... lupa. Memang aku dulu sengaja mengasingkan diri, sebab tu aku tak masuk sini. Kalau aku tak mengasingkan diri, sure dah lama aku masuk sini... (Idi tulih berbelit ngalohkan ulor.. hehehe)
Dah dapat masuk tadi, baca sana baca sini, klik sana klik sini, lepas tu aku gelak sorang2. Aku gelak kat diri sendiri. Apa ke hal? Hahaha... Masa duk klik sana klik sini, cuba itu cuba ini, baru la aku realise betapa aku ni tak reti dalam dunia IT ni. Betapa lampinya aku ni ngan teknologi. Betapa 'kampung'nya aku nih dengan dunia kini. Tgk blog aku ni la sbg contoh, mcm rumah tak siap. Gambar kat atas tu pun senget sebelah... hahaha
Idiiii, Idi.. apa nak jadi...
Tak pa, nanti aku akan masuk lagi, belajar lagi, cuba lagi, usaha lagi, sampai pandai!!
Nak tau another true version ngapa aku tak pergi kat portal tu?
Kisahnya, aku dah pernah register kat portal tu, beberapa tahun lepas, slps aku jumpa Tobak dan Toncit di Kuantan. Aku masuk sekali tu je la, tumpang komputer ngan internet member aku. Masa tu ofis aku belum ada internet lagi. Masa aku masuk kali pertama dulu tu, aku rasa sama mcm yg aku rasa sekarang, rasa ketinggalan knowledge dlm IT.
Bertahun aku tinggalkan komputer n internet, sebab aku tak der acess utk semua tu. Kalau dah hidup seadanya, mana nak mencara sgt pasal IT ni. Dalam kepala otak lebih duk pikir mcmana nak survive utk hari ni. Kerja buruh kasar cam dulu tu nak pegang komputer pun malu. Hehehe.
Anyway, I've read comments about my last blog entry yg kawan2 tulis kat dalam portal tu. And aa.. I wanna say thanks to all 4 reading, n comments and 4 all the good thoughts and prayers. Really, they mean a lot to me. Rasa bersalah pulak bila menghilangkan diri lama2 dari kawan2. And really, I really thought that kawan2 dah tak ingat aku. Alhamdulillah, terima kasih buat semua yg masih ingat kat aku. Terima kasih atas dorongan semangat dan doa kalian.
Apapun, aku dah lebih gembira sekarang. Alhamdulillah.

9 comments:

NURA said...

lain kali jangan la mengasingkan diri. Ko pandai2 membuat assumption dan conclusion sendiri. Sekarang ko dah tahu ramai yang ingat pada ko. Kira glamer la tu beb.....

Idi said...

Zai,
Hahaha.. glamer? Kau dari kecik sampai besor suka glamer... hahaha...

jumana said...

"Apapun, aku dah lebih gembira sekarang. Alhamdulillah."

bagus lah kan....

NURA said...

weh pokcik nih...bila lak aku suka glamer, setakat ikat riben kuning kat tocang rambut aku je. tp ko masa skolah rendah mmg prefect yg glamer..

Idi said...

Zai,
Aku ni glamer kat Cikgu Disiplin, sbb ramai2 prefect, aku sorang je yg nakal, suka buat hal...
Hahaha

Chah said...

welkam my friend..ko jaga2 ahh sket kt portal tu..mula2 diorang akan puji2 ko, lama2 ko akan jadi mangsa kutukan beb..ketua dia tk lain tk bukan, si chah penjahat tuh..


chah (mmg nama sebenar)

Idi said...

Chah,
TQ. Aku tak kisah sgt kalau si Chah penjahat tu kutuk aku, aku cuma takut kalau si chah (mmg nama sebenar) tu kutuk aku, tak reti aku nak jawab esok.. hehe

JALAN REBUNG said...

salam bro ..
dah register kena la rajin masuk ..pastu bagi la sikit idea gila-gila ko ..

porta l kita ni dulu sangat meriah ..tapilately agak muram ..masing-masing busy kot ..tapi aku mesti ada la kat dlm tu

bulat

Idi said...

Bulat,
Salam.
Aku kat portal dah tadi, duk baca cerita2 dlm tu. Nak kena ambik mood dulu, baru leh carik modal nak buat kacau ganggu dlm portal tu. Hahahha..
Aku rasa sebab masing2 duk rancak kat fb kut. Tak semua org pandai bagi masa utk blayan 2 perkara dlm satu masa. Bila layan fb, kurang la ke portal, rasa aku la kut.
Ada tak cara kita boleh link fb ngan portal ni?