Singgoh Le Dulu Aok Yer

Friday, January 29, 2010

UPDATES ON THE KIDS

Pagi tadi minum ngan Abang Pendi, jejaka kecok lagi tempang, hahahaha. Itu ayat dia sendiri yang kasik, bukan aku yg kasik. Sekali ngan Bob, giler lama aku tak jumpa Bob. Last jumpa masa aku baru je kawin. Sekarang dah bujang ni baru jumpa balik. Diorang datang ofis pagi tadi, scan lesen PKK, CIDB apa segala, dan sebelum balik dia pesan, "siap2 la carik kerja lain. Aku nak gadai company ko..." Hahahaha...
Anyway, nak citer ni pasal anak2.
Kakak, malam tadi dia tunjuk surat tawaran tukar sekolah. Kisahnya, kat Beserah tu ada satu sekolah rendah baru siap dan akan mula bulan mac nanti. Tak la jauh, tak sampai dua kilo dari rumah dan sekolah sekarang. Aku tak nak bagi dia pindah, sebab sekolah sekarang ni kat depan rumah je. Boleh jalan kaki pergi balik. Kalau pindah ke sekolah baru, dia kena naik bas, kena kos tambahan la pulak. Lagi pun sekolah yg sekarang ni rekodnya cemerlang sejak lebih 10 tahun kebelakangan ni, walaupun tak termasuk dalam senarai 20 sekolah cemerlang Malaysia. Cikgu2 pun aku dah kenal.
Menangis la pulak dia, nak jugak masuk sekolah baru. Kawan2 dia ramai yang tukar. Kawan dia yg selang berapa rumah dari rumah kami tu pun dapat tukar jugak, kata dia. Aku kata "Mak Ayah kawan Kakak tu belum tentu bagi kawan Kakak tu pindah sekolah". Puas aku pujuk, last sekali dia keluar ayat, hampir2 tak kedengaran, "macam ni Kakak mintak ngan Ibu la.."
Terguris hati aku...
Adik. Makin banyak cakap. Dari aku sampai rumah lepas kerja, sampai la time dia nak tidor. Ada je benda dia nak cerita. Penat jugak nak layan, tapi, layan je la. Still lagi belajar mengemas buku dari Kakak. Selasa lepas kena denda ngan Ustaz sbb tak bawak buku Jawi. Aku mana tau, dlm jadual tak der tulis pun pelajaran Jawi. Pas tu Kakak kata, "Jawi masuk dlm Agama la Ayah..." Sorry la, Adik. Mana la Ayah tau...
Hari Rabu hari tu, dia kata dia terkencing dalam seluar masa kat sekolah. Dia dah gi toilet, dah sampai toilet dah pun, tapi zip seluar sangkut. Tak sempat nak bukak seluar. Nasib baik kena sikit je. Lepas tu, sedang elok dia keluar toilet, loceng bunyi. Loceng balik sekolah. So, terus la dia ambik beg n balik rumah.
Kesian anak bujang aku nih. Masih ada sikit masalah pasal toilet ni. Sampai sekarang pun, sebelum aku tidur, aku kena kejut dia utk ke toilet, kalau tak, habis la tilam cadar segala. Itu yang aku tak leh nak tidur awal. Paling cepat pun pukul 12. Kalau tidur awal pun, aku kena jugak bangun kan dia tgh2 mlm. Tapi kira OK jugak la Adik ni. Sepupu dia si Faiz tu pun still pakai pampers time tidur.
Last week Adik kena tukar kelas. Dari kelas sementara ke kelas kedua. Tak dapat kelas pertama mcm Kakak. Tak pa la. Aku tak kisah sgt sbb tau Adik ada sikit ketinggalan masa tadika dulu. Tak macam Kakak yg pikapnya melantun2. But then, I'm hoping by mid term exam or paling lambat next year dia boleh naik ke kelas pertama tu. Hmmm.. Maybe jugak aku rasa, sebab tu Kakak dapat offer ke sekolah baru, Adik tak dapat. Sebab Kakak pandai, so sekolah baru tu nak kidnap dia bawak lari... hahahha.. bias nya aku.
Last week, aku belikan tabung baru utk diorang. Sejak dah ada tabung baru ni, susah nak nampak duit syiling kat rumah. Habis semua diorang kutip masuk tabung. Selesai la masalah duit syiling bersepah sepah. Setiap hari, Adik ngan Kakak akan lapur kat aku berapa balance duit belanja sekolah yg diorang masukkan dalam tabung. Cadang2nya, every time gaji, aku akan topup Rm50 sorang dan masukkan ke akaun masing2. Nak topup byk, bukannya byk pun gaji ni. Hehe.
By Mac nanti, sekolah anak2 aku ni akan pecah dua, sebahagian akan stay di sekolah asal, sementara sebahagian lagi akan dipindahkan ke sekolah baru di Pelindung. Bila dah mula sekolah baru tu nanti, dua2 sekolah akan buat sessi pagi sahaja. Masalahnya, kalau semua dah pergi sekolah kebangsaan pada sessi pagi, boleh ke SAR KAFA Beserah tu nak tampung semua student pada sessi petang? Aku tengok mcm tak cukup kelas je. Teh pun tak leh nak jawab soklan aku semalam, pakai angkat2 bahu je. Esok nak kena tanya jiran2 la mcmana...
Dalam duk sibuk aku pujuk Kakak jangan tukar sekolah, tetiba Adik menyampuk "Kalau Kakak tukar sekolah sana, nanti siapa nak jaga Adik? Dah la kat sekolah tadi Adik baru belasah kawan Kakak yg Darjah Tiga tu..."
Humang aaiii... Anak aku Darjah 1 belasah budak Darjah Tiga? Biar betull!!!

8 comments:

Ayah Su said...

Macam penah dengar... tapi di mana ye?? muahahahahahahahahahaha...

Idi said...

Ayah Su,
Alahai.. hilang ingatan la pulakk..

Chah said...

weh...biaser arr anak laki, lambat pikap..tk sama ngan girl...cm hero industan..mule2 memang arr rilekk je..lepas ni boy akan mencanak2 terernye...no worries..

Idi said...

Chah,
Dalam lambat pikap dia tu dah pandai belasah budak yg lagi tua dr dia, kalau dah pikap mencanak2 nanti, ntah apa la pulak nanti. Tu yg lagi risau tu...

harsa said...

humak aiii.. belasah budak derjah 3.. hebat.. heheh.. nak ganti ben10 aku la tuh.. hahha..

Idi said...

Jangan sampai patah tangan mcm Ben10 hang dah la. Risau aku. Hehee. Ben10 hang dah OK ke?

JALAN REBUNG said...

cakap kat anak ko pakcik bull kata bagus ...sebab dulu-dulu pun pakcik bull kuat pukul org sampai org tunggu la pakcik bull kat sekolah masa ambik spm hehehehe

Idi said...

Pakcik Bull,
Ayah kata, tak baik pukul orang. Tapi kalau orang pukul kita dulu, boleh belasah orang tu sesuka hati je...
Hahaha