Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, January 6, 2010

SARJAN VIC MORRO

Selepas kecoh satu Malaya pasal enjin jet hilang, maka semalam 3 tertuduh pun dihadapkan le ke mahkamah kerana mencuri dan melupus barang curi. Sekali tengok, laa... Sarjan je.. power benor sarjan tu sampai boleh cilok enjin jet harga RM50 juta sebijik tu.

Tak masuk akal la pulak cerita nih. Aku dulu pun pernah la jugak jadik askar udara ni, sblm kembali ke darat. Apa sgt la power yg ada kat seorang Sarjan. Kalau cerita Kombat dlm TV zaman budak2 dulu tu, ada la powernya, tapi takat senapang tangan je la.

Aku tgk Sjn Maker kawan sekolah aku tu pun tak sampai cam tu power dia. Tak de la pulak dia cilok komponen radar pergi jual. Hmm..

Makin panjang cerita, makin mengarut jadinya.

Tapi, kita rakyat Malaysia kan dah biasa dengar cerita mengarut cam ni, kan?

No comments: