Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, January 4, 2010

BACK TO SCHOOL


Hari ni dah mula sekolah semula. Kakak dah masuk Darjah 3 dan Adik mula Darjah 1. Semua dah ready, pakaian sekolah Teh dah tolong belikan last week (apa punya bapak la, sibuk sampai pakaian sekolah pun mak sedara yg tolong belikan...). Duit pakaian pun dah bayar balik kat Teh. Hehehe. Ada satu pasang pakaian Adik tu pulak hadiah dari Abg Yie & Kak Mah. Thank you.

Untuk sekolah rendah, untuk Adik, yuran, buku semua dah settle semua dah. Kakak, yuran sekolah jer belum bayar lagi, ptg nanti baru bayar. Adik punya dah settle masa orientasi Sabtu lepas.


First day at school, masa orientasi Sabtu lepas

Untuk sekolah agama KAFA diorang, semua dah settle. Pagi tadi hantar diorang pergi sekolah. Adik selamba jer, tak der hal, tak der songeh. Lepas dua-dua masuk kelas, aku terus gi ofis. Diorang nak balik nanti, naik bas jer, mcm biasa dgn Pakcik Zuki. Dah pesan dah pun sblm aku blah tadi.


Kat sekolah agama pagi tadi...

Kejap lagi aku nak kena balik, hantar diorg gi sekolah rendah pulak sesambil nak hantar a few documents kat Cikgu diorang. Pas tu masuk ofis semula. Diorang balik sekolah nanti jalan kaki je. Ala... tak sampai 200 meter dari rumah pun.

Cumanya, aku ni la. Bila mula sekolah, baju sekolah nak kena gosok la. Aduss.. penat!! Tapi tak per.. aku nak jadi bapak mithali, kena usaha. Jangan jadik bapak mi maggi. Hehehehe...

2 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, En Idi saya syorkan carilah pengganti hok yang dah pergi tuh, ada gak pembantu...

Untuk adik2 dua orang tu selamat bersekolah ...

Idi said...

Lipislady,
Nanti nanti la kot, tak sempat lagi la. Hehehee..