Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, January 19, 2010

PIKNIK DI PAGI AHAD

Ahad lepas, Kak Zan ajak gi piknik kat pantai. Pagi. Breakfast kat tepi pantai. Dia masak. Aku OK je. Tgk ombak pun dah tak besar mana. OK utk anak2. Lepas breakfast, anak-anak semua pergi mandi, aku lepak je la baca paper ngan Abg Din. Teh ngan Kak Zan pun malas nak main air. Budak2 je la.

Dah lama tak bawak anak-anak mandi kat pantai. Last pun rasanya sblm cuti sekolah hujung tahun lepas. Setahun dah beb!! Hehe. Cuti sekolah hari tu, musim hujan, angin kuat, ombak besar, sungguh tak sesuai utk mandi manda. Itu pun aku tgk ada jugak org mandi kat pantai. Aku rasa, diorang ni bukan rakyat tempatan kut. Kalau orang area sini, diorang tak la sanggup nak sabung nyawa semata-mata untuk sedikit keseronokan. Bagi orang luar yang jarang jarang (sebut cam Nujum Pak Belalang sebut...) sekali dapat tengok laut, may be teruja la kut, tanpa tahu bahaya yg menunggu. Bagi kami yg dari kecik sampai besar duk tgk pantai, hampeh la kalau nak mandi time ombak besar cam gitu.

May be orang luar nampak ombak besar tu tak sebesar mana, so diorang berani turun mandi. Tapi kami orang di sini tau, di bawah ombak yg tak berapa besar tu, ada arus bawah air yg berkali ganda lebih kuat dari ombak di atasnya. Arus yang dgn senang menarik org ke tengah laut. Timbul tak timbul, tunggu jadik mayat kembung je la. Kasar ke ayat aku? Tak kisah la, sbb itu la kenyataannya.
Ikut cerita org2 tua, org zaman dulu2 pernah buat perjanjian dengan laut, Nelayan boleh ke laut menangkap ikan, dan laut akan mengambil sekurang-kurangnya seorang korban setahun. Kawasan perjanjian ini menganjur dari Cherating di Utara sampai ke Pantai Sepat di Selatan. Termasuk dalam kawasan ni ialah Pantai Cherating, Chendor, Sg. Ular, Pantai Balok, Sg. Karang, Batu Hitam, Beserah, Teluk Chempedak, Tanjung Tembeling, Tanjung Lumpur, Kempadang, Anak Air dan Pantai Sepat .
Tak tau la sejauh mana benarnya kisah ni, tapi sejak aku duduk Beserah dari tahun 1977 sampai sekarang, setiap tahun pasti ada korban. Tahun lepas kalau tak silap 3 korban. Tahun sebelum tu pun 3 jugak. Terpulang la pada korang nak percaya ke tak. Cuma bagi aku, mandi laut memang best, especially untuk budak2. Tapi, dalam apapun yg kita buat, jangan la melampau. Mcm lagu kanak2 tu duk sebut, "suka-suka akibatnya duka.."

7 comments:

NURA said...

bestnya..teringat masa kecik2 duduk di beserah dan berjalan di pantai.

Idi said...

Datang la lagi, Pantai Beserah tak pernah jemu dgn ko. Rumah yg ko duduk dulu pun still ada lagi..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, teringat masa sekolah kat SMAP dulu, selalu mandi kat Teluk Cempedak,...pastu balik lalu ikut Kubang Buaya sambil curi mempelam muda aunty..hehehe..nostalgia...

Idi said...

Lipislady,
W'salam.
SMAP? SM Air Putih? Pernah duk Kuantan jugak la dulu ya. Kalau curi mempelam muda Aunty tu, tengok sikit kiri kanan, takut kena kejar ngan anjing aunty.. hahaha

LIPISLADY said...

W,salam, yee En Idi, saya lama di Kuantan...dulu..tu masa muda2 dululah tu...

Ayah Su said...

Photo mana photo?!! Satu photo je? I WANT MORE PHOTOS!!

Idi said...

Lipislady,
Skarang pun muda lagi. Datang la berjalan ke Kuantan. Kuantan sure happy menerima selebriti terkenal dari Lepih ni.

Ayah Su,
Jeles la tu tak leh join piknik. Dah la Melaka tak der pantai boleh mandi manda.. hahahaha..