Sejak2 ada akaun fb yg Sifu aku buat ari tu, ramai dah kawan2 lama yg aku jumpa, terjumpa dan dijumpai di alam siber nih. Dari geng sekolah rendah, geng2 sekolah menengah, geng Matrik, geng basikal, geng UUM, geng askar Ko-K, ofismate lama etc etc. Ramai gak kawan2 aku rupanya. Dan sejak dah dijumpai ni, mcm2 la soklan ditanya. Most FAQ's are like :
3. Kenapa menghilangkan diri?
6. Anak2 kau tak nak mak baru ke?
Terbaru satu soklan yg belum ditanya oleh kawan2 lain sblm ni : What makes you so tough raising your kids all by yourself?
Hmmm... actually, soklan 1 sampai 6 tu, aku dah agak akan ditanya. Kenapa? Sebab, for the last 7 years, memang aku cuba mengasingkan diri dari kawan2, cuba mengelak sebarang perjumpaan. Kenapa? Panjang ceritanya. Pendekkan!!
Selepas aku resign dr bank in 2003, hidup aku tunggang langgang. In 2004, hidup aku crashed. Company aku flop sampai aku dah tak der apa. Sampai satu peringkat, aku tak der duit nak beli makan, susu anak segala. I remember, at one time during that year, kawan2 sekolah aku buat gathering di Kuantan, dan aku tak dapat attend sbb aku cuma ada RM20 yg aku reserve utk beli susu anak keesokan harinya. Sedihnya hati aku masa tu, sampai menitik air mata. Dalam masa ekonomi tgh teruk tu, wife aku minta berpisah. Tapi aku pertahankan jugak.
January 2005, aku dapat kerja di KL. Walaupun gaji tak seberapa, at least aku ada sikit income, dan stepping stone sementara nak carik kerja lain yg lebih stabil. Rumahtangga pulak makin bergolak, sampai la akhirnya kami berpisah secara rasmi bulan Februari tu. Aku tak salahkan dia 100%, ye la kalau dah suami tak boleh nak dijadikan tempat bergantung, mana2 perempuan rasanya akan mintak berpisah. Lagi pulak, dia tak pernah hidup susah, sejak kecik keluarga dah beri segalanya. Anak2 aku serahkan pada bekas isteri untuk dijaga.
Setahun aku di KL. Beratus application kerja aku hantar, cuma 3 interview je aku dapat. 3 interview shj!! Out of hundreds!! At the same time, company tempat aku kerja lak tak bayar gaji, 11 bulan aku kerja, 2 kali jer aku dapat gaji. RM3,000 income aku utk SETAHUN!! Ramai org tanya mcmana aku survive time tu. Ntah la, aku pun tak tau. Aku hidup seadanya, dengan bantuan Wan, A'nas dan family aku. Sampai akhirnya, bulan ke 11, time nak raya, aku jual suratkhabar lama utk isi minyak kereta nak balik Kuantan. Pagi raya tu, aku cuma ada Rm2.40 dalam poket!! Dah la anak2 tak der nak raya ngan aku.
Time tu aku jadi gila kejap. Aku boleh duduk kat kerusi malas kat dapur depan tv, tak bangun, tak makan, tak tidur. 3 hari aku mcm tu. Pagi raya tu, arwah mak aku datang kat aku, peluk aku, menangis, mintak aku sabar dengan semua dugaan yg Allah bagi kat aku. Kata dia semua tu dugaan Allah sebab Dia sayang kat aku. Time tu baru la air mata aku menitik, aku sebak yg amat sgt dan aku menangis semahu-mahunya.
Throughout that same year, aku dah dgr mcm2 cerita pasal x-wife aku. Dan aku sendiri tgk, anak2 aku makin terabai. Selalu sakit demam selsema segala. Kakak pulak baru pandai bercakap, setiap kali jumpa aku, byk jer cerita pasal ibu diorg sampai kat aku. Aku pernah cuba nasihat, tapi mcm biasa, tak pernah la dia nak ngaku. Sampai la mlm Awal Muharram bulan 12 tahun yg sama, kawan aku terserempak ngan dia, buat benda yg aku suspek dia buat. So, kawan aku ambik gambar ngan video, dan dgn bahan bukti tu aku mintak kat bekas mertua aku utk dapatkan hak penjagaan. Sampai skrg, dua2 anak aku duduk ngan aku.
Early 2006, Wan ajak aku join ngan Sheikh Shahnon, buat marketing utk satu produk. Alhamdulillah, rezeki aku dah jadi lebih baik masa tu. Seluruh Semaenanjung aku pusing. Pagi aku di Kuala Terengganu, petang aku di Alor Setar. Aku dapat offer kerja dari LHDN, tapi aku tak pergi sebab tgh seronok pegang duit hasil kerja tu. Sampai pertengahan tahun, aku dump semua duit yg aku ada, start bisnes ngan Wan n Abg Fauzi. Bisnes yg bawak aku sampai ke Sabah, tapi akhirnya, semua pelaburan aku berkecai. Kerja dah siap, duit lak tak dapat. Lagi sekali aku terduduk.
Masa tu, seorg kawan sekolah aku di Kuantan offer aku utk balik Kuantan, tolong dia ngan bisnes dia. Disember 2006, aku mula kerja di Kuantan. Income tak menentu, tapi aku tak kisah sgt. Mungkin sbb dah terbiasa hidup susah, aku jadi tak kisah. Masa tu aku cuma perlukan RM3 je sehari. Dua ringgit utk Kakak pergi sekolah, singgit nak isi minyak motor aku nak gi kerja. Makan minum rokok apa semua, tak pernah lak aku pikir mana nak cekau duit. Tapi aku still dapat makan minum segala. Pernah la jugak miss, tapi tak der la pulak aku kelaparan sbb tak makan. Alhamdulillah, bisnes get better dan aku dah ada duit sikit utk belanja anak2.
The bisnes was good, since aku take over. But then, at the end of 2007, bisnes jadi slow, kesan kemerosotan ekonomi time tu. But still boleh bertahan. Since, mid 2008, electrical & civil company kawan aku tu dah mula bergerak lebih baik, sampai la Januari 2009 dia mintak aku masuk ke company tu, dan dia akan bayar gaji. Tak la besar, malah lebih rendah dari gaji first job aku masa aku baru grad dulu.
Sebenarnya, aku nak menolak, tak sampai hati, kena pulak bisnes aku pun sekadar cukup makan. Aku ni pulak jenis yg kenang budi la jugak kut. So, aku terima kerja tu dengan lapang dada dan hati gembira, sampai la sekarang aku kat sini. Alhamdulillah. Walaupun gaji aku kecik, tapi Allah beri aku rezeki dari sudut lain pulak. Walaupun tak mewah, jauh ketinggalan dari kawan2 aku yg lain, Allah bagi aku anak beranak kesihatan dan kemudahan dlm byk perkara. Allah bagi aku keluarga yg sentiasa membantu dan menyokong aku, kawan2 yg tak menikam belakang aku.. mcm2, mcm2 ada..
So, menjawab all those FAQs
Aku kat Kuantan sekarang ni, since December 2006.
All over Malaysia except Sarawak
3. Kenapa menghilangkan diri?
Aku malu kat kawan2 aku sebab aku hidup susah sampai peringkat yg diorang tak akan mampu untuk imagine, apatah lagi utk faham. Aku rasa sgt asing dan rendah diri bila jumpa kawan2 lama. Rasa dah jauh terkeluar dr circle kehidupan diorg. Rasa diri sgt hina bila terserempak ngan diorg walaupun muka aku kontrol macho semacho machonya.
Sebab aku belum jumpa jodoh baru aku la kut..
Ntah la. Dgn pendapatan aku skrg, aku rasa sampai bila2 pun aku tak mampu nak kawin.. hahaha. Tapi kawan aku pernah cakap, kalau aku nak kawin nanti, dia akan bagi duit utk aku kawin.
6. Anak2 kau tak nak mak baru ke?
Kakak terang2 dah cakap, tak nak Ayah kawin lagi. Dia tak nak mak baru la maknanya tu.
7. What makes u so tough raising yr kids all by yourself?
I'm not raising my kids all by myself, I got help from my sister, Teh yg ambik alih tempat arwah Mek lepas dia meninggal in 2007. I have my family supporting me morally in what I do. I even got help dari anak2 aku yg dah mula berdikari. Aku terima bantuan dari Allah yg memberikan aku anak2 yg baik dan memahami.
Aku tak tough, dah banyak kali aku menangis, menangis dgn nasib diri. Sampai satu masa, airmata aku jadi kering, dan aku berazam utk tidak menangis lagi. Selepas semua pengalaman hidup yg terpaksa aku tempuh, hati aku dah cukup tegar utk hadapi apa saja yg dtg, dgn satu ingatan, "aku masih hidup utk anak2 aku, dan aku tak akan mati selagi hidup mereka belum terbela sepenuhnya". Aku hadapi apa juga yg datang, berusaha untuk mendapatkan yg lebih baik, tanpa lupa bersyukur dengan apa yg ada. Biarpun pedih perjalanan hidupku, biar patah sayap bertongkat paruh, melihat anak2 membesar di depan mata, cukup utk memberi semangat meneruskan perjalanan. Dan semoga Allah memudahkan segala urusanku, dunia dan akhirat.
So, here I am, still alive. Masih hidup walau berkali2 ditikam dari belakang, Masih punya wajah walau berkali diherdik dan dihina. Masih seorang manusia biasa, tak pernah jadi Superman.
"Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis.."