Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, November 21, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009

Dalam merajuk dan kecik hati sebab Kakak tak dapat Nombor 1 exam final di sekolah kebangsaan, aku tetap jugak pergi ke Hari Anugerah Kecemerlangan (zaman aku sekolah dulu dipanggil Hari Penyampaian Hadiah) kat sekolah dia pagi tadi. Bukan jauh pun. Tak sampai seratus meter dari rumah. Jalan kaki jer dalam hujan lebat pagi tadi.
Bajet2 masa utk persembahan dan ucapan2 yg aku malas nak dengar (lagi baik aku jemur baju ke apa ker...), aku sampai tu, sedang-sedang elok, cantik2 jer pengacara panggil nama Kakak utk terima hadiah utk matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 2. Bahasa Inggeris! Hahaha.. Kira OK jugak la sebab Kakak dulu tak der pun masuk tadika swasta ke, Smart Reader ke, Smart English ke, Smart Arabic ke apa segala berbanding ramai kawan dia yg lain.
Tak sempat nak ambik gambar dia terima hadiah. Sempat ambik gambar2 ni je.
Kalau tak silap la, masa aku Darjah Dua dulu, aku dapat No. 1. Bahasa Inggeris mmg tak pernah tak dapat A. Darjah 3 dah start buat pementasan drama dlm Bahasa Inggeris. Nanti tahun depan kita tgk Kakak boleh pecah rekod Ayah dia ke tak. Hehehe.
Anyway, Alhamdulillah, walaupun tak dapat No1, jauh merosot ke No. 7, still ader sedikit 'saguhati' utk Kakak, dan aku sama. Terima kasih Kakak. Lagi sekali Kakak buat Ayah bangga. Dan terharu amat sgt. Kalau la arwah Tok masih ada...
Anyway, sempat juga jumpa dgn Cikgu kelas dia. Just say hi. And jumpa jugak Cikgu Maths dia yg jugak x-classmates aku dr Darjah 1 sampai Darjah 6 di sekolah yg sama dgn sekolah anak aku ni. Sekolah ni dah berusia 100 tahun beb!!

Sempat jugak jumpa Hadi (junior aku di SEMSAS dan UUM) dan wifenya Salmah (classmate aku di sekolah rendah ni, classmate masa kat Matrik dan kawan di UUM). Anak diorg pun dapat hadiah gak. Tak dan nak sembang lama, nak cepat balik nak kena gi ofis.
p/s : Aku dah tak merajuk dah. Sajer je ugut Kakak hari tu. Hehe.

No comments: