Singgoh Le Dulu Aok Yer

Friday, November 13, 2009

DIALOG MALAM

"Ayah, Kakak kan, tukar tempat dengan Jannah. Kat sekolah agama...."

"Nanti! Nanti! Ni, peksa sekolah kebangsaan, dah dapat result ke belum?"

"Dah!"

"Dapat nombor berapa?"

"....", sambil tunjuk tujuh batang jari dari kedua-dua belah tangannya.

"Nombor 7?"

"....", sambil mengangguk.

"Itu la. HAri tu, Ayah suruh baca buku, Kakak buat muka, siap hentak-hentak kaki..."

"Itu la Ayah. kat sekolah agama Kakak dapat No. 1, Jannah dapat No. 7. Kat sekolah kebangsaan, Kakak dapat No. 7, Jannah dapat No. 1. Tukar tempat..."

"Apa apa la, Kak. Tahun ni Ayah tak gi la Hari Penyampaian Hadiah kat sekolah kebangsaan tu.... Ayah merajuk..."


p/s :

Teringat ayat si Munir Amani (Strada Lunii) - "Expect the unexpected"
Expectation aku tinggi sangat ke?

6 comments:

j0jet said...

merajuk ngan anak? xbagos la..
xmo ajar anak merajuk2 ni, takut dia da besar nnt dia merajuk ngan awak trus xblk2..hihik..

masa sy kecik dulu sy sgt teruja kalau ayah atau mak sy dtg skolah, sbb mereka bz..

Idi said...

Jojet
Ntah la Jet. Kecik ati kut sebab tahun lepas dia dapat No. 1.
Mid term hari tu pun dapat No. 1.
Alih2 final No. 7.
Jauh sangat turunnya tu...
Pakcik kecewa...!!!
Hahahahaha

ayah su said...

Jgn kata dia malas... nnt dia 2x ganda malas...kata aje budok lain bertambah rajin...jadi dia kena 2x ganda rajin... betul ke aku ckp ni?

Idi said...

Ayah Su
Ntah aa. Tak paham aa. Kira betul je la...
HAhahaha..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum cikgu, adatlah bebudak, ada turun naiknye, tanggungjawab kitalah memberi perangsang kepada mereka...saya dah lalui semua ini...Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi berkat kesabaran.

Idi said...

Lipislady
Wa'alaikumussalam
Terima kasih atas nasihat tu. InsyaALlah, saya akan terus bagi dorongan dan perangsang utk dia.
Sabar? Hehehehe... Sabar je la ngan anak2 ni, yek?