Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, January 7, 2009

Rezeki

Barangkali benar pepatah lama rezeki secupak takkan jadi segantang. Memang benar lah rezeki setiap manusia dah pun ditentukan oleh Allah sejak Azali, sejak kita belum dilahirkan ke dunia lagi, barangkali sebelum Adam a.s. diciptakan pun. Kata Ustaz, kita kena percaya pada Qada’ & Qadar, kalau kita tak percaya, maka Iman kita tak lengkap sebab percaya kepada Qada’ dan Qadar itu adalah salah satu Rukun Iman.

Ustaz kata kita kena berusaha. Kalau Allah tulis rezeki kita cuma secupak, kita boleh usaha untuk jadikannya segantang. Kita boleh usaha supaya perkara yang kurang baik tu jadi lebih baik. Kalau kita tak usaha, macamana pulak Ustaz? Rezeki yang secupak tu jadi kosong ke? Kalau Allah dah tetapkan benda tu jadi baik, ia akan kekal baik. Usaha kita hanya jadikan yang tak baik itu jadi baik, dan yang baik jadi lebih baik. Maknanya, kan, apa yang kita dapat, rezeki kita yg kita tak usahakan tu, mmg dah tertulis di Loh Mahfuz. (Apek kata ‘buku besar atas sana’). Yg kita duk usaha separuh nyawa tu adalah tambahan daripada rezeki asal yg sepatutnya kita dapat.

Korang konfius tak? Aku pun konfius jugak kadang2 tu. Ye la, aku ni bukannya terer mana bab agama ni. Tapi rasanya, betul la tu.

Bukan apa la, dalam sehari dua hari ni aku byk termenung kat rumah. Nak keluar keta tak der, sesambil layan movie kat tv, sesambil termenung. Tgh2 duk menung tu keluar la pulak lagu Mat Over

Kadang kadang maghi pikir dalang hati
Macang maner caghe nok tamboh rezeki
Mujurlah pagi ni ader saing maghi
Ajok nege kecik kecik
Ohho.. ghaser senang dalang hati...

Bila pikir2 nasib diri, dah masuk umur 35 tahun nih, apa pun aku tak der lagi. Tgk kawan2 sebaya aku, baik dari zaman sekolah mahupun yg di universiti, paling-paling tidak pun, masing2 dah ader sebijik rumah dan sebijik keta. Tak kesah la dah habis bayar ke, belum habis bayar ke. Aku, jgn kata nak beli rumah, nak sewa rumah pun tak berapa nak lepas. Keta, nasib baik la ader keta company, kalau tak, motor buruk tu je la yg boleh bwk aku sana sini. Itu yg buat aku jadi segan bila nak jumpa kawan2 lama.

Apapun, hidup mesti diteruskan. Selagi ader nyawa, dan demi dua permata hati pengarang jantung kesayangan aku tu, aku kena terus berusaha. Selagi daya, mcm lagu Mat Over tu,

Beginilah caghe kalu mau hiduk
Buak aper saje yang kite sangguk
Jangang duduk saje buak bucik peghut
Lamer lamer buleh netuk
Ohho... anok bini buleh cabuk...

Ciow.

p/s : pasal apa la kepala aku ni makin senak...

1 comment:

Unknown said...

..Hidup Tanpa Perjuangan Ibarat Mati Yg Belum Mati...