Lama giler rasanya aku tak update blog ni. There are so many things to tell yet so many things else to do sedang masa cuma 24 jam jer sehari tak pernah bertambah. Mana nak siapkan akaun company, akaun projek, mana nak siapkan kerja kat kedai, mana nak uruskan budak2, mana nak itu, mana nak ini. Goshhh. Wish I... hmmm... aku pun tak tau apa aku nak wish. Byk benda nak kena settlekan, byk kerja nak kena siapkan.
Byk benda yg berlaku lately, byk benda rasanya aku nak tulih kat dlm ni, tapi aku betul2 tak nyempat. Really really really tak nyempat. Ari ni baru ada masa nak masuk kat blog ni selepas dah dekat tiga minggu. Tak sempat jugak rasanya nak cerita panjang nih. May be aku carik masa lain nak cerita semua benda yg jadik dlm seminggu dua ni.
Hari ni jumpa Abg Din, anak Ayah Long. Dia dtg repair motor kat kedai sebelah ofis aku. Kata dia, baru sampai dari Pasir Putih (teringat lagu Nora, Pasir Putih tepi pantai, ombak saling berkejaran...) semalam. Balik sana sebab Mak Long kena stroke masa Subuh kelmarin. Kesian dia, baru sampai dr Melaka, tak sempat nak sampai rumah org call. Terus shoot ke Pasir Putih. Doktor kata, kalau kena stroke sekitar waktu Subuh, InsyaAllah boleh dipulihkan. Kalau pandai mengurut, urut jer sendiri. Dalam kes Mak Long ni, doktor tu sendiri yg urut dia. Alhamdulillah, dah OK, tapi still duduk kat wad utk rawatan lanjut.
Mak Long kena sakit sbb duk risaukan anak dia, adik Abg. Din. Dulu masa dia kerja kat Kuantan ni, OK je. Bila dia balik Kelantan, mcm2 hal dia buat. Dulu bergaduh kat workshop keta dia di Jerteh, habis lima enam ratus jugak nak berdamai. Bulan lepas dia bergaduh ngan satu budak di Pasir Putih. Gaduh punya gaduh, ditetaknya budak tu, nasib baik lepas kena sekali, budak tu sempat lari, kalau tak mati budak tu kena parang ngan dia. Lepas tu, dia la pulak kena lari bawak diri takut kena tangkap polis.
Bila dia dapat berita Mak Long masuk hospital, dia balik rumah nak melawat. Sampai rumah, tgh mandi bersiap nak ke hospital, polis dtg. Tak sempat nak buat apa, tak sempat nak tgk Mak Long, terus ke lokap. Lagi la susah hati Mak Long aku tu. Bila dapat berita dia kena tangkap, sepupu aku anak Arwah Ayah Soh kumpulkan pulak sepupu2 aku yg lain, anak2 Chik Lah, Ayah We' dan lainnya (keluarga sebalah Ayah aku asal dr Pasir Putih, pakcik makcik aku ramai kat sana, sepupu aku sendiri pun aku tak ingat berapa org sebab sgt2 ramai...) dan sepupu sebelah diaorg dr sebelah sana, pergi cari budak yg kena tetak tu, belasah pulak budak tu sampai separuh mati. Dah jadik cam tu, mcmana la pulak nak setelkan.
Abg Din mengeluh, pening kepala dgn perangai adik dia yg sorg tu. Jenuh dah adik beradik lain nasihatkan, mcm tu jugak la perangai tak berubah2. Nak kata budak, dah 30 lebih dah umurnya, dah ada anak bini dah. Kesian Ayah Long dan Mak Long. Ingatkan dah tua2 ni, anak2 dah besar panjang, boleh la tarik nafas lega. Tak payah dah nak pening kepala... Rupanya, lagi sakit kepala.
Abg Din duk harap Ayah We' dapat tolong setelkan hal ni. Setidaknya ramai jugak yang kenal Ayah We', setidaknya org segan sikit ngan Ayah We'. Walaupun tak seglamer mana, setidaknya sbg bekas Pengetua sekolah kat situ, ramai anak murid dia kat Pasir Putih tu, boleh la bincang apa yang patut. Aku pun harap mcm tu la jugak.
Kalau Arwah Ayah Soh masih hidup, for sure Ayah Soh la yg terkejar sana terkejar sini settlekan masalah sedara mara. Ramai org Pasir Putih kenal dia, kalau tak kenal dia pun, ramai org tau company dia, dia sendiri pun kenal ramai org, boleh mintak tolong sana sini kalau ada masalah.
Hmmm... ntah la, ni Ayah aku tak tau cerita lagi ni. Kalau Ayah aku tau ni, silap2, kena balik Pasir Putih aku mlm ni...
No comments:
Post a Comment