Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, January 26, 2009

Chinese New Year Trgn Trip

On Saturday, aku travel ke Trgn utk hadiri dua kenduri kawin, Saturday kat Sura, Dungun and kat Pulau Kerengga, Marang the next day. Malas nak cerita apa jadik masa kenduri tu, boring orang nak baca. Cuma nak citer, jambatan baru kat Kuala Dungun dah pun siap dan dibuka utk laluan. Jambatan tu menghubungkan Kuala Dungun di sebelah selatan dengan Seberang Pintasan di sebelah utara. Kalau sesaper nak lalu jambatan tu, kalau dari Selatan, kena masuk ke Kuala Dungun (bandar Dungun), nanti ikut signbord Seberang Pintasan/Tanjung Bidara. Kalau dari arah utara, masuk simpang Tanjung Jara dan belok ke kanan (ke Seberang Pintasan) selepas Tanjung Jara Resort.

Dari atas jambatan, boleh nampak pemandangan Kuala Sungai Dungun dengan bukit batu Tanjung Jara disebelah utara. Serius tut, cantik pemandangan kat atas jambatan tu. Sayangnya aku terlupa bawak kamera. Kalau tak, mmg aku berenti kat atas tu, ambik gambor sesnap dua snap letak kat dlm blog ni. Nak wat camana, lain kali kalau ader rezeki aku ke sana, aku ambik gambar.

Keduanya, jalan tambak hujung airport KT kat tepi laut Teluk Ketapang (ye ke Teluk Ketapang, aku lupa la pulak nama dia...), dah pun siap dan dibuka utk laluan. Masa aku kerja dua tahun kat KT, hujung airport tu salah satu tpt lepak faverit aku. Parking kat hujung landasan tu mengadap ke laut tunggu kapal terbang naik atau turun lalu kat atas kepala. Tu la dulu cita2 nak jadik pilot, tapi cita2 tinggal cita2 je la. yg ada skrg ni cuma citra cita je...

Panjang jugak jalan yang dia tambak tu. Since masa aku lalu tu hari tgh hujan dan ombak tgh gelora, tak ramai sgt la yg melepak kat sana. Tpt nak berenti pun tak der. So lalu je la, otw ke rumah mak & pak che' man.

Satu benda la aku kesal sikit, aku mmg dah ingat nak bwk kamera mlm sblm trip tu. Tapi pagi tu ntah mcmana la boleh lupa. Kalau takat nak ambik gambar pakai phone aku, lagi baik ambik gambar pakai kamera mainan... tak cantik langsung. Telepon murah, cap ayam jer... masuk air lak tu...

Chow.

Tuesday, January 20, 2009

Lamanya

Lama giler rasanya aku tak update blog ni. There are so many things to tell yet so many things else to do sedang masa cuma 24 jam jer sehari tak pernah bertambah. Mana nak siapkan akaun company, akaun projek, mana nak siapkan kerja kat kedai, mana nak uruskan budak2, mana nak itu, mana nak ini. Goshhh. Wish I... hmmm... aku pun tak tau apa aku nak wish. Byk benda nak kena settlekan, byk kerja nak kena siapkan.
Byk benda yg berlaku lately, byk benda rasanya aku nak tulih kat dlm ni, tapi aku betul2 tak nyempat. Really really really tak nyempat. Ari ni baru ada masa nak masuk kat blog ni selepas dah dekat tiga minggu. Tak sempat jugak rasanya nak cerita panjang nih. May be aku carik masa lain nak cerita semua benda yg jadik dlm seminggu dua ni.
Hari ni jumpa Abg Din, anak Ayah Long. Dia dtg repair motor kat kedai sebelah ofis aku. Kata dia, baru sampai dari Pasir Putih (teringat lagu Nora, Pasir Putih tepi pantai, ombak saling berkejaran...) semalam. Balik sana sebab Mak Long kena stroke masa Subuh kelmarin. Kesian dia, baru sampai dr Melaka, tak sempat nak sampai rumah org call. Terus shoot ke Pasir Putih. Doktor kata, kalau kena stroke sekitar waktu Subuh, InsyaAllah boleh dipulihkan. Kalau pandai mengurut, urut jer sendiri. Dalam kes Mak Long ni, doktor tu sendiri yg urut dia. Alhamdulillah, dah OK, tapi still duduk kat wad utk rawatan lanjut.
Mak Long kena sakit sbb duk risaukan anak dia, adik Abg. Din. Dulu masa dia kerja kat Kuantan ni, OK je. Bila dia balik Kelantan, mcm2 hal dia buat. Dulu bergaduh kat workshop keta dia di Jerteh, habis lima enam ratus jugak nak berdamai. Bulan lepas dia bergaduh ngan satu budak di Pasir Putih. Gaduh punya gaduh, ditetaknya budak tu, nasib baik lepas kena sekali, budak tu sempat lari, kalau tak mati budak tu kena parang ngan dia. Lepas tu, dia la pulak kena lari bawak diri takut kena tangkap polis.
Bila dia dapat berita Mak Long masuk hospital, dia balik rumah nak melawat. Sampai rumah, tgh mandi bersiap nak ke hospital, polis dtg. Tak sempat nak buat apa, tak sempat nak tgk Mak Long, terus ke lokap. Lagi la susah hati Mak Long aku tu. Bila dapat berita dia kena tangkap, sepupu aku anak Arwah Ayah Soh kumpulkan pulak sepupu2 aku yg lain, anak2 Chik Lah, Ayah We' dan lainnya (keluarga sebalah Ayah aku asal dr Pasir Putih, pakcik makcik aku ramai kat sana, sepupu aku sendiri pun aku tak ingat berapa org sebab sgt2 ramai...) dan sepupu sebelah diaorg dr sebelah sana, pergi cari budak yg kena tetak tu, belasah pulak budak tu sampai separuh mati. Dah jadik cam tu, mcmana la pulak nak setelkan.
Abg Din mengeluh, pening kepala dgn perangai adik dia yg sorg tu. Jenuh dah adik beradik lain nasihatkan, mcm tu jugak la perangai tak berubah2. Nak kata budak, dah 30 lebih dah umurnya, dah ada anak bini dah. Kesian Ayah Long dan Mak Long. Ingatkan dah tua2 ni, anak2 dah besar panjang, boleh la tarik nafas lega. Tak payah dah nak pening kepala... Rupanya, lagi sakit kepala.
Abg Din duk harap Ayah We' dapat tolong setelkan hal ni. Setidaknya ramai jugak yang kenal Ayah We', setidaknya org segan sikit ngan Ayah We'. Walaupun tak seglamer mana, setidaknya sbg bekas Pengetua sekolah kat situ, ramai anak murid dia kat Pasir Putih tu, boleh la bincang apa yang patut. Aku pun harap mcm tu la jugak.
Kalau Arwah Ayah Soh masih hidup, for sure Ayah Soh la yg terkejar sana terkejar sini settlekan masalah sedara mara. Ramai org Pasir Putih kenal dia, kalau tak kenal dia pun, ramai org tau company dia, dia sendiri pun kenal ramai org, boleh mintak tolong sana sini kalau ada masalah.
Hmmm... ntah la, ni Ayah aku tak tau cerita lagi ni. Kalau Ayah aku tau ni, silap2, kena balik Pasir Putih aku mlm ni...

Thursday, January 8, 2009

Beg Sekolah Kakak

Masa Kakak kemas buku mlm tadi, dia kata “Ayah, beg Kakak ni berat la bila isi buku”.
So, aku kata “bila dah isi buku memang la berat. Habis tu, takkan Kakak nak gi sekolah tak bawak buku?”.
Aku tgk muka Kakak konfius semacam jer bila aku jawab mcm tu. Tak tau la apa yg dia konfiuskan. Aku rasa, mungkin sebab dia nak beg baru, yg ada roda. Senang dia nak tarik ke hulu ke hilir. Aku pulak jawab ikut lain. Ye la, aku jawab ikut apa yg dia kata, yang aku paham la, kan?

Hmmm.... susah jugak bila Kakak bercakap bahasa muda, Ayah bercakap bahasa tua. Tak pe nanti aku repair beg dia yg ada tayar tuh. Bukan rosak apa pun, handle dia jer tercabut. Small matter.

Wednesday, January 7, 2009

Rezeki

Barangkali benar pepatah lama rezeki secupak takkan jadi segantang. Memang benar lah rezeki setiap manusia dah pun ditentukan oleh Allah sejak Azali, sejak kita belum dilahirkan ke dunia lagi, barangkali sebelum Adam a.s. diciptakan pun. Kata Ustaz, kita kena percaya pada Qada’ & Qadar, kalau kita tak percaya, maka Iman kita tak lengkap sebab percaya kepada Qada’ dan Qadar itu adalah salah satu Rukun Iman.

Ustaz kata kita kena berusaha. Kalau Allah tulis rezeki kita cuma secupak, kita boleh usaha untuk jadikannya segantang. Kita boleh usaha supaya perkara yang kurang baik tu jadi lebih baik. Kalau kita tak usaha, macamana pulak Ustaz? Rezeki yang secupak tu jadi kosong ke? Kalau Allah dah tetapkan benda tu jadi baik, ia akan kekal baik. Usaha kita hanya jadikan yang tak baik itu jadi baik, dan yang baik jadi lebih baik. Maknanya, kan, apa yang kita dapat, rezeki kita yg kita tak usahakan tu, mmg dah tertulis di Loh Mahfuz. (Apek kata ‘buku besar atas sana’). Yg kita duk usaha separuh nyawa tu adalah tambahan daripada rezeki asal yg sepatutnya kita dapat.

Korang konfius tak? Aku pun konfius jugak kadang2 tu. Ye la, aku ni bukannya terer mana bab agama ni. Tapi rasanya, betul la tu.

Bukan apa la, dalam sehari dua hari ni aku byk termenung kat rumah. Nak keluar keta tak der, sesambil layan movie kat tv, sesambil termenung. Tgh2 duk menung tu keluar la pulak lagu Mat Over

Kadang kadang maghi pikir dalang hati
Macang maner caghe nok tamboh rezeki
Mujurlah pagi ni ader saing maghi
Ajok nege kecik kecik
Ohho.. ghaser senang dalang hati...

Bila pikir2 nasib diri, dah masuk umur 35 tahun nih, apa pun aku tak der lagi. Tgk kawan2 sebaya aku, baik dari zaman sekolah mahupun yg di universiti, paling-paling tidak pun, masing2 dah ader sebijik rumah dan sebijik keta. Tak kesah la dah habis bayar ke, belum habis bayar ke. Aku, jgn kata nak beli rumah, nak sewa rumah pun tak berapa nak lepas. Keta, nasib baik la ader keta company, kalau tak, motor buruk tu je la yg boleh bwk aku sana sini. Itu yg buat aku jadi segan bila nak jumpa kawan2 lama.

Apapun, hidup mesti diteruskan. Selagi ader nyawa, dan demi dua permata hati pengarang jantung kesayangan aku tu, aku kena terus berusaha. Selagi daya, mcm lagu Mat Over tu,

Beginilah caghe kalu mau hiduk
Buak aper saje yang kite sangguk
Jangang duduk saje buak bucik peghut
Lamer lamer buleh netuk
Ohho... anok bini buleh cabuk...

Ciow.

p/s : pasal apa la kepala aku ni makin senak...

Tuesday, January 6, 2009

Shit Happened... Sometimes

Bila tahun baru datang, semua orang atau hampir semua org berharap kedatangan tahun baru akan membawa sinar baru dalam hidup. Sebab tu ramai org kata tahun baru harapan baru, tahun baru azam baru. Aku pun org jugak beb, so, aku pun lebih kurang cam tu la jugak. Harapnya, tahun 2009 ni, ada la rezeki lebih sikit utk aku. Ye la, kalau ada lebih, dpt la lebih utk anak2 aku. Aku ni tak kesah sgt, ada lebih tak der lebih pun, macam ni la jugak. Tapi utk anak2, aku kena gak usaha utk dptkan lebih. Ye la, budak2 dah makin besar, keperluan dah makin bertambah, makan pakai, sekolah semua.

But then, since first day tahun baru, sampai hari ni, nampak mcm makin suram jer. Hari pertama tahun baru, kerja aku sangkut. Sangkut yang memang dah tak leh nak recover balik. Kalau rugi sikit2 tak pe gak. Byk tu beb. Lebih RM300K tu sangkut tu. Itu Tauke yg rugi la. Bukan aku. Masalahnya, kalau Tauke dah rugi, byk sampai cam tu, aku pun kena gak la tempias. Payment aku pun sangkut sama. Bhgn aku tak la banyak, tapi lebih dr cukup la utk makan anak beranak 2 bulan. Lagi satu, kalau tauke dah rugi, kerja dah tak leh jalan, aku pun tak der kerja la. Bila tak der kerja, tak der la duit. Bila tak der duit, soru pun miss la brader.

Hari kedua tahun baru, keta pulak masuk workshop. Sampai ke hari ni tak kuar2 lagi. Patah kaki la aku. Terperap je la aku kat umah. Boring tahap kritikal peringkat ke 117 dah aku kat umah, nasib baik tak mati keboringan jer. Bayangkan dlm tiga empat hari ni, aku boleh layan sampai 10 movie. Itu tak masuk cerita Madagascar 2, Budak Lapuk, Alvin & The Chipmunk & Spiderman 1, 2, & 3 yg Kakak ngan Adik pasang tiap2 hari. Sampaikan bila dgr jer suara si Alvin tu, aku rasa mcm nak muntah, perut rasa mual, siap rasa nak pitam, nampak bintang2 kat keliling walaupun siang hari. Ngalahkan pempuan mengandung sulung anak kembar tujuh org. Moto buruk kat umah tu pun rosak gak. Settle anak sekolah, tolak motor gi kedai pomen, tengahari tadi baru siap. Wokeh, boleh gi opis.

Tak dan nak gerak gi ofis, customer sms, frame pintu bilik karaoke dia tak pasang lagi. Adussss... berasap kepala aku. Takkan semua benda tak leh gerak kalau aku tak der. Tak kan semua benda aku nak kena junjung atas batu jemala patik. Dah dua minggu tak setel lagi. Bukan kerja susah pun. Itu pun nak kena tunggu aku jugak ke? Itu yg belum sampai ofis dah ada yang kena maki ngan aku tu. Tension beb....

Tak tau la aku. Kadang2 rasa putus asa tu dtg jugak menjengah, tapi bila kenangkan budak dua org kat rumah tu... hmmm... ntah la. Apa nak buat beb, amanah Tuhan tu. Tak guna kalau semayang tonggang tonggek, baca qur’an tiap2 mlm, siap baca terjemahan ngan tafsir lagi, tapi kalau tanggungjawab utk anak tak selesai, tak sampai hujung jugak hidup kita nih. Masa buat tak ingat dunia, dah ada nih, mula la pening kepala, kan? So, dimanakah anak2 anda sedang berada, atau anda sekadar tidak ambil peduli.... iklan la pulok..

Perut dah irama malaysia dah ni. Kalau irama malaysia ni, nak kena carik nasik nih. Aku carik nasik dulu la. Lapar2 ni, aku cepat naik angin, kalau aku naik angin, nanti aku jugak yang susah. Baik aku gi makan.

Ciow.

Sekolah Dah Nak Mula

Tahun nih Kakak dah masuk Djh. 2. Adik Still kat Tadika Kemas utk 6 tahun. Byk gak nak kena habis awal tahun ni. So, kena la buat persiapan awal. Org yg gaji tetap bulan2 tak pa la, aku ni kais pagi makan pagi, tak leh la nak ikut mcm org yang bila cukup haul, check akuan ada duit. Akaun aku manjangnya tak berduit. So, bila ada cash, terus je la buat persiapan sekolah anak2. Mula2 hari tu dah beli uniform sepasang sorang. Uniform Adik yg tahun lepas still lagi boleh pakai. So, Adik dah ada dua kemeja & slack. Baju sukan, dah ada dua pasang, lepas bayar yuran, bila bukak sekolah, nanti dapat lagi sepasang. So ada 3 pasang baju sukan. Cuma nak kena buat baju Melayu je lagi. Baju last year dah tak leh pakai sbb tahun ni dah tukar kaler. Kain dah dapat masa bayar yuran hari tu. Dah bagi kat Kak Mah mintak carikan tukang jahit.

Kakak, uniform sekolah, baju ada empat. Satu dah tak leh pakai sebab dah koyak kat bahu. Ada bakat nak jadik kain buruk... Dua lagi dah uzur sikit, tapi still boleh pakai lagi. So, beli selai je. Kain utk sekolah agama, ada dua, satu dah uzur sgt, so beli lagi satu. Jadik dua helai balik. Kain utk sekolah rendah, ada satu yang ok. Satu lagi dah ketat sikit. Tak beli lagi yg baru, sebab cikgu kata kena tunggu sampai hujung bulan Januari. Bila dia confirm dpt jadi prefect atau tak dapat, baru beli lain. So, cukup la kot buat masa ni. Kain tudung ada 3. Dua dah uzur tapi still boleh pakai. So beli lagi satu. Kalau tak dpt jadik prefect pun, rasanya dah tak payah beli lagi dah, unless kalau dua yg uzur tu dah masuk kategori kain buruk, then baru kena beli baru.

Kasut sekolah Kakak yg satu tu dah rosak. So beli lagi satu. Jadik dua pasang balik. Cukup dah tu. Adik tak payah kasut, pakai sandal jer. Dalam kelas tak pakai kasut. Kalau nak kena pakai kasut pun, kasut dia dah ada dah. Beg sekolah masing2 dah ada dua. Cukup la tu, anak org lain pun satu beg sorg jer ada. Beg Kakak masa kat pra dulu ngan yg dia pakai tahun lepas, still ok. Dia pun tak mintak beg baru. Beg Spiderman Adik yang pakai tahun lepas still ok. Graduasi hari tu dapat lagi satu beg. Apa lagi nak? Cukup la dua sorg.

Alatulis dah ada, beli sikit2 since drpd cuti sekolah lagi. Kaler pensel ntah berapa set diorg ada, Achik Ina beli, Cik Su Melaka beli, aku beli, Teh beli, huh!! Kaya anak aku. Buku teks Kakak dah dapat since tahun lepas lagi, masa nak tutup sekolah. Dah siap sampul plastik semua sekali dah. Buku tulis pun dah beli. Nama pun dah siap tulis dah. Tinggal jadual je belum dapat.

Yuran sekolah Adik dah bayar, termasuk untuk bulan 2 ngan 3 sekali. Yuran sekolah Kakak, buat masa ni tak de khabar berita lagi. Sepupu aku, Cikgu Sapini tu kata, buat masa ni sekolah tak dibenarkan ambik duit yuran. So, kena la tunggu.

Apa lagi ek? Duit bas sekolah, tanya ngan Zuki hari tu, dia kata nanti dia bagi kad, bayar ikut kad tu la. Kalau naik, bayar, tak naik, tak yah bayar. Hujung bulan baru bayar utk bulan tu. Ok la tu. So, rasanya semua dah siap utk ke sekolah. Cuma pesan kat Kakak, nak jadi pengawas boleh, tapi kalau periksa tak dapat nombor satu mcm tahun lepas, kena berenti jadi pengawas.

My bags are packed, I’m ready to go....

Ciow.

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009

Gosh, I was so damn busy this whole fortnight I don't even have the time utk mengadap PC pun. Makan tidur pun tak berapa nak teratur. Kerja kerja kerja... Sampai mati pun tak habis jugak kerja. Hari ni baru sempat mengadap. Sblm ni aku ada tulis satu artikel, dan aku try nak upload short video utk artikel tu, tapinya tak jadik2 jugak lepas berbelas kali try. So, terpaksa la perap dulu artikel tu.
So, where were you guys last night celebrating the New Year Celebration. Aku? Hehehe... Kat salah satu tempat paling best dlm hidup aku, i.e depan best friend aku yg dah dua tahun aku tak jumpa, Arpen (bukan nama sebenar... hehehehe). Sembang2, cerita2, pas tu balik tidur. Apa ke halnya la nak bersengkang mata sampai pagi nak sambut benda yg dah tak berapa nak penting bagi aku tu. Apa la sgt tukar tahun. Matahari dan bulan tetap jugak mcm tu. Hari berganti pun tetap jugak mcm tu. Siang dan mlm pun tetap jugak mcm tu. Yang bertukar pun cuma nombor jer. 2008 jadik 2009. Bulan Disember tukar jadik Januari. So what?
Ntah la, since the last couple of years ni, benda2 ni dah tak jadi penting dah utk aku. Yg lebih penting bagi aku, Kakak and Adik. Lepas tu, Ayoh n family. Itu je la. Kerja? Yg tu tak yah tanya la, tak kerja, mana ada duit. Tak der duit, camana nak bg pelajaran, makan pakai kat anak2, ye tak?
Apa pun, semua org ada pendapat sendiri, kita kena hormati pendapat setiap org. Suka hati korang la nak pikir apapun. Aku... mcm ni la jugak. Anyway, since semua org duk nak wish, aku pun wish jugak la...

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI
DAN
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH

May Allah Bless u all.

Chow.