Singgoh Le Dulu Aok Yer

Friday, May 21, 2010

MY NEW OFFICE @ MELAKA


Sedar tak sedar, dah 3 minggu aku kat Melaka. Dah tiga kali Jumaat. Semuanya kat Masjid Selat. Ada yg panggil Masjid Terapung. Ni gambar Masjid Terapung ni. Aku ambik gambar ni on the first day aku sampai kat Melaka. Last time aku dtg masjid ni dulu, masa arwah Mek still ada. Masa tu kami the whole family dtg Melaka masa Ayah Su masuk rumah baru. Sempat la dtg Masjid ni.


Banyak benda belajar dlm 3 minggu ni. Mostly refreshment dari apa yg aku dah buat masa kat SME dulu. Pening jugak kepala otak mengadap financial staff ni. Kalau dah buat 3 cashflow dlm 1 hari, mmg rasa nak hantuk kepala ke dinding...

Cuma sistem je yg tak habih belajar lagi. Byk jugak benda nak kena belajar pasal online system ni. Tak pe. Aku 'fast learner'. Janji ada guru yg baik. Alhamdulillah, member satu ofis semua OK. Ada penghibur, ada workoholic... dan walaupun sibuk ngan kerja masing2, bila2 masa je aku tanyakan something, diorg terus tolong apa yg boleh... Alhamdulillah.

Nak tahu sibuk tak sibuk kat ofis ni, tgk gambar2 kat bawah ni...



Sebaelah tu meja Yazid. Penuh fail kat atas meja dia. Siap tumpang kat meja aku lagi...



Meja yg agak 'kosong' tu meja aku. Masa ni belum banyak kerja lagi. Pakai laptop sendiri buat kerja sbb pc aku blm configure lagi. Kena tunggu approval dr HQ, pas tu nanti vendor dtg buat, baru boleh pakai pc tu...


Tu meja Hajar ngan Rosli. Meja depan diorg memang kosong, so sebhgn fail diorg tumpang kat meja depan tu...

Tengok la semua fail yg bertimbun kat atas meja kami tu. Semua nak kena settlekan... Dan fail tu tak pernah kurang selama 3 minggu ni. Siap 1, tambah 1. Siap 2, tambah 3... Apapun, aku syukur, kedatangan aku disambut baik oleh kawan2 baru di ofis ni...

2 comments:

Chah said...

sibuk..sibuk...paham..paham...tp dlm sibuk2 tu, jgn lupa la dtg jengah aku...aku tunggu ko kt komuter UKM...hihi...suker..suker...

Idi said...

ye la tu Chah....