Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, May 25, 2010

MENGEJAR CAHAYA DI HUJUNG SENJA


Setiap petang bila office hour nak habis, kepala aku mesti start pikir, mana aku nak pergi ptg ni. Unless kalau aku penat sgt, aku terus balik umah Ayah Su. Kalau rasa2 mcm OK, aku merayap la ke sana ke mari. Byk jugak la tempat aku dah redah kat Melaka ni. Dari hujung ke hujung. Jasin, Merlimau di Selatan sampai la ke Sg. Udang, Masjid Tanah hingga ke Tampin di utara. Redah, sbb mmg aku betul2 main redah. Aku tak reti sgt Melaka ni, tapi aku tau, kalau aku sesat, selagi aku dlm Melaka, aku tak la jauh sgt utk mencari jalan pulang ke Paya Rumput..

One of the reason why I choose Melaka instead of Terengganu is because I don’t have much knowledge about this state. Terengganu… I’ve been in Terengganu before, I went to most of the places in Terengganu. I know most part of Terengganu and there’s no chance for me to be lost in Terengganu. Gerenti tak kan sesat punya la.

Beza ngan Melaka. Sblm aku kerja sini, aku langsung tak reti jalan2 kat Melaka ni. Yg aku retinya, dari Tol Air Keroh nak sampai ke rumah Ayah Su di Paya Rumput dan rumah mertuanya di Sungai Petai. Itu je. That’s the adventure part, the adventure for not knowing the exact place you’re standing and the quest to find out the answer. Get what I mean. Well, that’s one f the reason why I choose to be here.

Mmg betul apa yg diorg cakap tu..”the best thing about being lost is what u found along the way…”









Friday, May 21, 2010

MY NEW OFFICE @ MELAKA


Sedar tak sedar, dah 3 minggu aku kat Melaka. Dah tiga kali Jumaat. Semuanya kat Masjid Selat. Ada yg panggil Masjid Terapung. Ni gambar Masjid Terapung ni. Aku ambik gambar ni on the first day aku sampai kat Melaka. Last time aku dtg masjid ni dulu, masa arwah Mek still ada. Masa tu kami the whole family dtg Melaka masa Ayah Su masuk rumah baru. Sempat la dtg Masjid ni.


Banyak benda belajar dlm 3 minggu ni. Mostly refreshment dari apa yg aku dah buat masa kat SME dulu. Pening jugak kepala otak mengadap financial staff ni. Kalau dah buat 3 cashflow dlm 1 hari, mmg rasa nak hantuk kepala ke dinding...

Cuma sistem je yg tak habih belajar lagi. Byk jugak benda nak kena belajar pasal online system ni. Tak pe. Aku 'fast learner'. Janji ada guru yg baik. Alhamdulillah, member satu ofis semua OK. Ada penghibur, ada workoholic... dan walaupun sibuk ngan kerja masing2, bila2 masa je aku tanyakan something, diorg terus tolong apa yg boleh... Alhamdulillah.

Nak tahu sibuk tak sibuk kat ofis ni, tgk gambar2 kat bawah ni...



Sebaelah tu meja Yazid. Penuh fail kat atas meja dia. Siap tumpang kat meja aku lagi...



Meja yg agak 'kosong' tu meja aku. Masa ni belum banyak kerja lagi. Pakai laptop sendiri buat kerja sbb pc aku blm configure lagi. Kena tunggu approval dr HQ, pas tu nanti vendor dtg buat, baru boleh pakai pc tu...


Tu meja Hajar ngan Rosli. Meja depan diorg memang kosong, so sebhgn fail diorg tumpang kat meja depan tu...

Tengok la semua fail yg bertimbun kat atas meja kami tu. Semua nak kena settlekan... Dan fail tu tak pernah kurang selama 3 minggu ni. Siap 1, tambah 1. Siap 2, tambah 3... Apapun, aku syukur, kedatangan aku disambut baik oleh kawan2 baru di ofis ni...

Thursday, May 13, 2010

MY BEST FREN IS GETTING MARRIED


(tajuk asal post ni ialah ‘My Best Friend’s Wedding’, but I change it because that title reminds me of Julia Roberts trying to steal her best friend away from marrying Cameron Diaz... harap2 aku tak buat benda cam tu dlm tempoh tinggal sari dua lagi ni.... hehehehe...)



Ini kawan baik aku, bebudak skrg panggil BFF la kut, bukannya aku reti sgt bahasa bebudak zaman skrg ni. Nama dia Suhaila Binti Abdul Hamdi Bin Abdul Hamid. Kawan2 dia panggil dia Su, aku panggil dia Iyut. Iyut tu nama panggilan dlm keluarga, and since aku rapat dgn dia dan keluarga, so aku boleh panggil dia dgn nama tu. Arwah Abah dia pernah cakap, aku ni kula’an (‘saudara’ dlm Bahasa Banjar).


Pelik ke best fren aku pempuan? Tak la pelik bagi aku, tapi ramai jugak yg pelik ngan kami. Ekcelinya, aku ada ramai kawan baik dan rapat dari golongan Adam. Ada Nasir, Rawi, Pudin, Musa dan Pen. Dari golongan Hawa, cuma ada Iyut je sorang. Kawan pempuan ramai, tapi best fren cuma Iyut sorg je.

Panjang sejarah aku ngan minah ni. Dari Tingkatan Satu, back in 1986, sampai ke Matrik in 1991, sampai ke UUM in 1993, grad 1997, sampai la skrg. Apa yang buat aku suka kawan ngan dia? Sikap dia, hati budi dia, budi bahasa dia, kejujuran dia. Lagi satu, beza dia ngan pempuan lain yg agak ketara, she’s not so women, tak de manja merengek2 mcm selalunya pempuan, but still a women in a way a women should be. Tau bawak diri, tau jaga diri, mana pun dia pergi, she’ll become everyone’s good friend. She’s tough, mentally & fisically. Two times ‘Women Athlete of the Year’ during our 5 years schooldays. Apa je acara Sukan yg dia masuk, dia akan dpt wakil Pahang, tinggal dia nak pergi tak nak pergi je... and...I’ve never beat her in long distance running (more than 200m is long distance running for me...) Athlete olahraga Pahang tu beb!!

We spent a lot of time together during our high school and university days. We were so close until at one phase, we tried to become a couple, but it didn’t worked as I became very lousy when I cross that thin line between friendship and love. So we decided to stay as friends, until now.

She’s been in my life for so many years till she knows me better than I know myself. And she’s always there whenever I need her. So close that I owe her my life, and so close that my blood flows in her vein. Ramai kawan2 yg pelik why we didn’t get married as we were so close. But I leave the answer to Him for He knows what we don’t.

Anyway, kisahnya, my best friend ni, is getting married this weekend. Akad nikah on 14 Mei, kenduri on 15 Mei 2010. At 37, some will say it’s a bit late, but for me, it’s better late than never. Apapun, aku happy dia nak kawin. Kelakarnya, masa aku hantar email pd kawan2 jemput ke majlis tu, ramai yg ingat dia akan kawin ngan aku. Ramai pulak yg tanya kenduri kat Kuantan berapa haribulan...

Since aku kenal most of her friend from school and University, aku diberi tugas sebagai penyambut tetamu. So, aku kena ada kat majlis tu awal dan balik sikit lewat utk tolong dia entertain kawan2. Biasa la, pengantin sure sibuk dan terikat dengan acara. So, kena la aku tolong. Tak de masalah kut... InsyaAllah.

So, kawan2, jumpa di Keratong 2 Sabtu nanti!!

p/s : When I met Dock last Sunday, baru aku dpt tau rupanya ramai kawan2 yg ingat Iyut ni my ex-wife. Sampaikan Dock sendiri ada bad impression kat Iyut walaupun kenal dia since university. So, dikesempatan ni, aku nak bagitau, she’s not my ex-wife. Su tak de kena mengena ngan my ex wife, tak de kena mengena ngan my past marriage. U all know how good she is to everybody, and she had never changed. She’s my best friend, and will always be my best friend, selagi nyawaku terhutang padanya, dan selagi darahku mengalir di tubuhnya....

Thursday, May 6, 2010

HAPPY BIRTHDAY IDI


Hari ni birthday aku... sedihnya sebab tak dapat celebrate ngan anak2. Sedih sebab diorg jauh dari aku... Dah 4 hari aku tak jumpa diorg.... Semalam call diorg, diorg wish birthday, pas tu suruh aku balik nak celebrate sama2. Aku kata, aku baru kerja kat sini, tak leh nak ambik cuti lagi... Minggu depan baru aku balik.. Alhamdulillah diorg faham.

Anyway, aku dapat more than 100 birthday wishes since dua hari lepas... paling banyak dlm sejarah hidup aku... Thanks to all, kawan2, family... semua. Amin utk semua doa2 yg baik tu.. yang baik je ye!!!

p/s Tgh2 tulis ni, tetiba anak2 call, wish birthday lagi sekali. Diorg dlm bas nak ke Ipoh, ngan Teh & Wawa. Dan tiba2 hati aku jadi sebak...

Wednesday, May 5, 2010

MELAKA, A NEW BEGINNING

Hari ni hari ke 3 aku start kerja baru kat Melaka. Aku sampai Melaka on Sunday. Buat masa ni tumpang dulu rumah Ayah Su kat Alor Gajah. Pelan2 aku carik rumah sewa. Nak carik bilik mcm susah sgt jer... dah 2 hari try, hampeh.

Anak-anak still di Kuantan. Bagi aku settle down dulu, baru aku bawak diorang. So, buat masa ni, diorg stay ngan Ayah & Teh. Hidup cam biasa, except tanpa aku. TApi aku yakin, diorg OK, sbb diorg berdikari dan diorg dlm jagaan yg selamat dan boleh dipercayai.

Aku tak tau berapa lama aku akan ada kat sini. May be 4 good, sblm kena transfer ke tempat lain. Atau untuk seketika kalau2 aku dapat kerja yg satu lagi di Kuantan. Apapun, aku serahkan nasib hidup aku kat Dia, sbb aku yakin Dia tahu apa yang terbaik utk aku. Aku pun bukannya manusia bercita-cita besar. Hidup seadanya aja. Yg penting utk aku, membesarkan anak2 aku dengan lengkap segala keperluan diorg.

Apapun, aku bersyukur dengan apa yang aku terima sehingga sekarang. Dah tak perlu lagi merempat mengharap ihsan, berikat perut tak makan, menangis duit tak de nak beli susu anak, kerja sapu jalan utk kayakan penyeludup dan penjenayah....

Aku syukur dengan pengalaman yg Allah berikan utk aku. Aku syukur Allah temukan aku dengan kawan2 yg baik, yg tolong aku sampai sekarang. Aku syukur aku ada kawan mcm .... tak yah tulis la nama, ramai sgt, nanti kang tak cukup space. Semoga Allah jua yang membalas kebaikan korang dengan kebaikan yg berlipat ganda..

Apapun, aku mohon doa, semoga ALlah terus berikan semua org kebaikan, rahmat dan sejahteranya...

For this new job and oppurtunity, I wish to thanks Anas, Cemat & Punat... won't happen without your help...