Apasal ek? Rasa cam mandom gila hari ni. Nak wat kerja tak de mood, nak layan fb takder mood, nak tulih blog tak der mood, nak membaca tak der mood, nak layan lagu tak der mood, serba tak der mood. Apasal ek?
Adakah sebab ofis aku bising ngan bunyi drill, jackhammer, orang bertukang bagai... Ofis ni tgh renovate. Dah masuk dua minggu dah, tak siap2 lagi. Hari2 dengar org bertukang, bermesin segala. Sakit telinga, tapi tahan kan jugak la utk kesenangan masa hadapan. Hari ni diorg dok bukak paip G.I lama tukar PVC yg baru. Toilet diorg dah pecahkan, tapi still belum masukkan bowl baru. Hampeh, nak gi toilet pun tak leh. Mcama kalau tetiba aku rasa nak terkucil? Hidung duk bau cat, selain asap rokok yg berkepul2 dlm bilik aku ni ha.
Atau adakah sebab aku bangun lambat hari ni, Subuh gajah, sambung tidur sampai pukul 10 lepas siapkan anak2 sekolah pagi tadi. Selalu kalau aku bangun lambat, mmg mood aku lari sikit, bukannya moody, tapi jadik mandom. But then, pukul 10.30 ada good news sampai kat aku, so, patutnya aku happy la, kan? Tapi kenapa still gak aku mandom?
Ke sebab aku hari ni sunyi tak der org kat ofis. Lepas Ina kuar tadi, terkuntang kanting aku sorang2 layan bunyi jackhammer. Bos tak masuk2 lagi, keta "Setan Kuning' dia ada kat bawah tu. Ntah mana pulak dia pergi, ntah naik apa dia pergi. Zamani masuk kejap, pas tu blah ntah ke mana. Boringnya sorang2. Dah la hari ni Isnin, Monday blues sungguh la...
Atau sebab kedai makan kat bawah ofis aku ni tutup sampai hari Rabu. Susah la pulak nak gi minum, makan segala. Breakfast pun tak hari ni, sbb kedai bawah tutup plus aku bangun lambat. Lunch terpaksa jalan kaki gi Centre Point sana. Sorang2 pulak tu. Adus la...
Huh!! Susah betul nak paham hati dan perasaan sendiri ni...
12 comments:
wah bosannya hidup ko ari ni pokcik. Biasa la tu monday blues, lain kali ko tukar lak jadi monday rock ke, monday jazz ke, monday sentimental ke...hehhehe. ceria2 kan la hidup anda...senyum sokmo ok!
dah sampai masa ko kena cari someone yang boleh tolong pahamkan apa masalah perasaan ko tuh..pis!
nah ni 22.50, gi pinang orang pahang!...;D
Zai,
Ari ni aku dah tak bosan sgt dah. Dah boleh wat kerja dah...
Chah,
Pergi meminang? Hahahahahaahahahahahahahahahaha.. lawak sungguh la ko ni Chah...
Aku setuju sangat ngan Chah tu! tahun ni kita dah nak masuk 37 beb!ko bukak mata luas2 ramai tu yang bujang lagi tunggu ko masuk minang.Makan nasi minyak atau beriani jgn lupa jemput aku tau.
idi ...aku pun rasa dah tiba masa untuk kau ....bukan..bukan pegi pinang orang ..tapi untuk korek hidung ..perghhhh memang best bro
Zai,
Nasib baik si Sha wife Nazri tak masuk sini, ada Chah wife Nazri ngan engko je, kalau tak kecik kepala aku kena ngan korang. Baru lepas kena kari kambing... huh! Pekat! Melekat!
BTW, Aku rasa korang (Zai & Chah) patut kenal each other, sbb korang ada 4 mutual friend ie aku, Sha, Nazri hubby Sha and Nazri hubby Chah.
Bang Bull,
Korek hidung? Huh! idea terbaik aku dengar dlm 2 hari ni... hahahaha..
Apa salahnya,boleh tambahkan kenalan aku. Dah lama aku tak jumpa si Sha tu. Nanti kalu ko jumpa si mata berkelip tu sampaikan salam aku pada wife dia tu.
InsyaALlah. Pagi ni si mata berkelip pergi Pekan. Ptg nanti baru masuk.
erk..Nura..korang kot masuk 37 thn...aku baru 27 with extra 10 yrs experience...:)
idi, 22.50 je aku ada, so dpt sama ada gas setong atau org pahang le sorang mana ko nak...hihi..
nura, selamat berkenalan...nama saya chah, saya sgt baik hati...;p
Chah,
Aku ambik tong gas je la. Tak susah aku nak paham. Aku bukannya paham sgt pempuan ni.. hehe.
BTW, Chah, Nura ni kawan Sha kat UKM. Dulu dia duduk sebelah rumah Nazri & Nazri kat Bukit apa ke nama tah kat Bangi tu. Sha dulu selalu gak la lepak rumah dia.
slamat berkenalan Chah!, saya dah baca blog awak. nice blog!.Wah lepas ni ada geng la nak ngutuk "jejaka malaya" nih. kasi berasap kepala si idi ni.
Idi: pembetulan,aku duduk sg tangkas, kajang la bukannya bukit.pandai2 je ko ni ..bukit mana yg ko ingat tu?Eh suami Chah ni satu rumah ngan si mata kelip ke? mana satu ek?
Zai,
A'ah. Ye la tu, sungai tangkas, kajang. Aku ni dah tak berapa muda la Zai. Bukan ingat sgt pun.
Masa Matrik kat SESMA and masa kat UKM dulu, best fren si Mata Kelip tu kan nama Nazri jugak. Chah ni wife si Nazri tu la. Sbb tu Chah ni kamceng dgn Sha.
Post a Comment