Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, March 20, 2010

SETAN KUNING

Hujan dua tiga hari ni di Kuantan. Alhamdulillah. On & off. Hari ni hujan agak lama. Dari Subuh tadi, sampai sekarang belum berhenti. Syukurlah. Harap penuh la Empangan Chereh tu, byk la air kat Empangan Kobat tu. Tak de la masalah sampai nak catu2 air macam kat Kluang sana. Rahmat Allah. Bak kata logo JBA Pahang, Air Itu Rahmat.




BTW, this is the Setan Kuning yg aku drive pergi KL tempohari. Alaaaa... masa aku stuck dlm jam selama hampir 4 jam tu. Sampai kaki aku sakit dua hari tak leh nak pijak lantai sbb duk tekan clutch dia yg 'ketat' tu. Haaa... ini la dia.

Kenapa panggil dia Setan Kuning? Sebab warna dia kuning la kut. Kalau warna merah, kita panggil la dia Setan Merah, kalau biru, kita panggil Setan Biru.

Tapi kenapa Setan? Hmmm... ntah. Saje suka. Mungkin sbb dia nampak ganaz bila kat atas jalan. Atau mungkin jugak sbb tuan dia tu yg nampak ganaz. Atau mungkin sbb tuan dia ada sikit2 perangai cam Setan ke. Atau mungkin jugak sbb ketiga2nya sekali. Ntah la.

Kalau time nak kuar parking belakang ofis, ada keta parking mcm haram, boleh redah je keta tu tanpa was2. Bumper dia besi padu, bukan besi tin sardin. Langsung tak kesah sbb tahu tak kan ada scratch langsung.


Keta yg kena tu? Lantak la. Sapa suruh tak pakai otak parking kat tempat yg menyusahkan org. Alaa... even korang parking kat tempat berbayar pun diorg kata " Park at your own risk", inikan pulak parking haram kat depan simpang yg kecik tempat org keluar masuk. Sendiri mau ingat la beb. Kita pun bukan suka2 redah, dah siap hon2 dulu, tak dtg jugak alih keta, baru la kita sapu. Bukan aku la, aku takat niat je nak buat, takat ni belum buat lagi... hehehe

Skang ni Setan Kuning dah join Kelab 4x4. Lembing Adventure Team. Selalu dah la masuk hutan kat Sg. Lembing tu. The whole lower body parts dah tukar baru, absorber, tayar, rim... Kalau ikut brg asal, sangkut la kat hutan Sg. Lembing. Jenuh la kena lembing ngan sungai tu. Nanti nak taruk winch, boleh la tarik kawan2 yg sangkut kat dlm hutan tu..

p/s : teringat ayat Tuan Director Ahmad Nisfu : "Bukan Syaitan la, Setan! Sultan!"

2 comments:

NURA said...

aku rasa aku cam kenal je tuan empunya setan kuning ni. Korang ni tak de nama glamer lain ke nk bagi. dulu setan kuning ni la yg ke hulu hilir bawa tuannya tu. La ni mesti tuan besar tu dah pakai 'setan' yg lagi besar. hheheh

Idi said...

Zai,
Tuan Setan Kuning tu skrg dah ada 5 setan lain termasuk keta yg aku duk pakai skrg ni. Setan paling besar warna coklat seberat 3 tan tapi hanya boleh muat 3 org pekerja sendiri shj.. wakaka