Singgoh Le Dulu Aok Yer

Thursday, March 25, 2010

THANX FOR CARING



A good old fren of mine contacted me via email a few days ago. Here's our conversation.


Dia
:

Wei..ni aku la ****...ada menda sket nk share ngan ko nih...

Aku :

Ko ni ****, susah2 jer. Hehehe. Apa citer tu Kak ****?

Dia :

Hihi..aku stret fowad je la yer...aku nk kenen kan ko ngan seseorang...hehehe...

Aku :

Ko ni ****, susah2 je... (mcm ayat email aku sblm ni, hehehe..)

Biar la dulu ****. Trauma tak habih lagi ni. Anak aku pun dah tak kasi aku kawin lagi. Aku pun sebenarnya tak terpikir nak kawin buat masa ni, dan aku rasa aku tak mampu pun nak kawin buat masa ni. Boleh?


Dia :


Ala ko nih..bknnye aku nk suruh kwin sekarang...aku tau perasaan ko misti cuak dan fobia kt pompuan...ko fren-fren dulu..dia ni baik....AM kt opis aku, bujang trang tang tang..umor muda sethn dr kita...ada jugek kawan ko boleh cerita masalah ko itu ini, kang kalo ko citer kt aku, lain jadiknya, aku ni mini orang..hehe...nanti aku bagi nombor /email dia deh...c’mon la bro...:)


Aku :


Suratkhabar semalam kata maskahwin kat Pahang nak dikaji semula. Harga setong gas tu dah pakai 100 tahun dah, dah tak releven dah. Maknanya... apa2 la... hahaha



Mcm ni la, aku tak kata perempuan tu baik ke tak, itu perkara ke 256 sebenarnya. Kerja menilai baik buruk manusia ni kerja Tuhan, bukan kerja kita. Cuma, bagi aku, sebagai lelaki, aku la yg sepatutnya membentuk pasangan aku. The thing is, after all these years, I learned that, I can be a very good friend to women, I can make them laugh, I can take their tears away, boleh jadi tempat mengadu etc etc. But when she became more than a friend to me, I suck, big time. Bila dia jadi pasangan aku, aku berubah. Aku jadi selfish. Jadi tak reti nak faham diorg, tapi at the same time aku nak diorg faham aku. Aku tak pandai layan pasangan aku. Worst, aku akan buat diorg kecewa, derita. Buat diorg menyesal kenal aku, jadi pasangan aku. Aku tanya kawan2 pun, hampir semua mengaku hakikat tu.



OK fine, aku tahu kelemahan aku, aku boleh baiki. But then, prasangka tetap akan wujud dlm diri aku. Bagi aku, nak cari isteri bukanlah perkara paling susah. Tapi nak cari isteri dan ibu utk anak2 aku, itu susah. Even if aku boleh cari seorg ibu yg baik utk anak2 aku pun, bila dia dah ada anak sendiri ngan aku nanti, boleh tak dia bahagikan kasih sayang yg sama rata antara anak sendiri dgn anak tiri. Itu sgt2 la susah, kan?



Aku ni cerewet pasal anak2. Sgt cerewet. Dan aku cukup tak suka org campur tgn pasal keputusan aku yg berkaitan dgn anak2. Aku sgt selfish when it comes to my kids. Anak aku dah lama 'terpisah' kasih sayang ngan mak diorg. Aku takut, bila aku kawin nanti, diorg akan rasa lagi tersisih. Aku takut diorg akan rasa tak cukup kasih sayang dari aku. Walaupun aku ni garang ngan anak2, tapi aku jugalah tempat diorg manja2. Aku takut nanti diorg rasa hilang tempat bermanja.

Atas sbb selfish tu jugak, aku sebenarnya takut aku akan kehilangan kasih sayang diorg. Aku takut diorg lebih manja ngan org lain, lebih rapat dgn org lain berbanding aku. Ntah la. Pening kepala pakcik. hehehe..



For the last few years, aku takut utk ada kawan perempuan baru. Sbb tu, semua kawan2 perempuan aku, hampir semuanyakawan lama, kawan dari sekolah, dari UUM, dan kawan2 ofis. Itu je. Aku skeptikal bila nak kenal org baru. Risau aku akan kecewakan org dan risau org benci kat aku.



Inferiority complex, you may say. Tapi, jgn salahkan aku kalau aku ada sifat tu. I've been thru a lot of things. Not saying that I've the most experience compared to others, but then, pengalaman dan perjalanan hidup aku membentuk aku jadi mcm tu.


Dah la aku ni miskin, gaji pun ciput. Ada keta pun, kompeni punya. Apa la layaknya aku utk dia tu. AM pulak tu. Takut nanti, dia pulak rasa mcm mendukung biawak hidup. Nanti menyusahkan hidup dia je.



Kalau takat nak bercerita masalah, berkongsi masalah, aku lagi suka cerita ngan laptop aku ni je kut... hehehehe.

Hmmm...


Dia :

Adeh...panjangnye aku kena..eh encik mamat!, ko jgnla ada sifat cmtu..akceli bukan la niat aku nk bagi ko rasa cm tu..Cuma bila aku tengok kawan aku ni, aku rasa sayang kalo dia terlepas kt org lain..aku ni bukan la nk membizi bodi, pastu sibuk2 plak nk jadi match maker nye..aku mintak maap la kalo ko terasa apa-apa...mungkin sbb sifat2 & apa yg ada pd ko nilah aku rasa aku nk ‘try’ ni kot...haha...sebok arrr ko ni ****..salute kt ko bro!

Aku :

Ala ****, ko jgn rasa bersalah pulak ****. Aku tak salahkan ko pun. Aku paham, as a friend, ko nak tgk kawan2 kau gembira. Itu sifat seorg sahabat. Caring, bak kata sedara aku kat Newcastle, Kelantan : caring is sharing and sharing is caring. hehehe. To be honest, aku salute kawan2 aku yg ada sifat tu.
Dalam bab jodoh ni, aku percaya semua tu di tgn Allah. Kalau kita usaha, even dgn darah dan keringat sekalipun, kalau bukan jodoh kita, takkan jadi. Kalau kita tak buat apapun, kalau dah jodoh kita, jadilah ia. Allah kata, "Man jadda wa jada...", "kalau Aku kata jadi, jadilah ia.."

Aku ucap terima kasih setinggi tingginya, sebanyak-banyaknya atas usaha kau. Bukan senang beb nak dapat kawan yg sanggup bersusah payah utk kawannya yg lain. Bertuah aku dan kawan kau tu dapat kawan mcm hang. Sangat bertuah.

Cuma, buat masa ni, setidak2nya utk hari ni, aku rasa aku belum mampu sesuaikan diri utk ada kawan perempuan yg baru. Esok lusa aku tak tahu dan aku tak janji. Manalah tau, tetiba Allah buka pintu hati. Manusia kalau nak berubah sekelip mata je. Itu semua Allah punya kuasa.

Terima kasih ****.

Dia : .....

13 comments:

Anonymous said...

Bro Idi,

senyum aku sorang-sorang baca thread baru ko ni.. sengih pon ada, senyum pahit pon ada, senyum gelak pon ada..

kisah lelaki ni macam2.. ada macam ko, ada macam aku, ada macam mereka-mereka itu. nantila..aku tringin nak story pasal 3 LELAKI ni.. pastu apa kesudahnye last story tu haha.. mcm filem la plak yer...


apapon best wishes to you bang... kalo aku balik ganu..boleh ke aku masuk kuantan jumpe hang sekeluarga?

AE

Idi said...

AE, my fren,

Itulah dia. Setiap manusia melalui pengalaman berbeza dlm hidup, pengalaman yg membentuk diri setiap individu. Apa pun, kita harapkan kesudahan yg terbaik utk setiap org. I'll be waiting to read the story, for the time being, aku tunggu ko punya web/blog, sure menarik baca experience ko kelilingi dunia.

Tak yah mintak izin nak masuk Kuantan kut, setakat ni Kuantan tak de Datuk Bandar lagi. hehehe. Kalau nak singgah, just let me know. Bukannya selalu dpt peluang jumpa kawan2 lama.

All the best wishes to u too, bro. Semoga Allah beri kita semua kebahagiaan, walau dlm cara yg berbeza utk setiap org. Amin.

meera^da cute..*_* said...

bro...kadg2 kite xtaw ape yg terbaik utk kite...
meera suggest bro wat solat istikharah..klo dah jdh bro, camane bro tolak pon akan dekat jugak...

kasih syg seorang bapak xsama dengan seorang mak...perempuan peranan dia lain dengan lelaki..perasaan, cara layann, perhatian xsama dgn bapak..bygkan anak girl bro nnti dah baligh, xkn die nak cier ngan bro...die ade masalah, mesti cari mak die..macamane pon, citer ngan mak lain dgn cite ngan bapak...

tapi sume terpulang pada bro..mira doa yg terbaik...

Idi said...

Dik Meera,

Thanx sis. Mmg kasih sayang mak & bapak lain. Selalu gak pikir benda tu. Sbb tu saya tak pernah halang mak diorg dtg jumpa anak2. Cuma mungkin sbb dia sibuk ngan kerja, ngan hubby dia, ngan anak dia & anak2 tiri dia, kunjungan tu tak terlalu kerap. Yg penting, saya tak putuskan hubungan diorg.

Apapun, saya serahkan hidup saya pada Dia yg Maha Mengetahui. Sbb saya tahu Dia ada rancangan yg terbaik utk saya.

NURA said...

Bercampur baur sebenarnya perasaan aku bila baca notes terbaru ko nih.Apa2 pun itu adalah diri ko dan hidup ko, tiada siapa yg dapat memaksanya. Namun percayalah ko sebenarnya terlalu pesimis dgn hidup.

Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya Idi. Percayalah bila ko hilang sesuatu,penggantinya insyaallah akan lebih baik dr sebelumya.
Sbg kawan aku harap ko mungkin boleh menimbang semula. Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan. So think positive!jadikan cerita semalam tu sbg pengajaran.Chaiyokk!!!

Idi said...

Zai,

Pesimis? Huh! Mmg ko layak jadik Cikgu Bahasa... hehehe

I'll think of what u wrote, when the time comes. As for the time being, mcm ni je la aku. Org utara kata "lagu ni la duk ada..." hehe..

Thanks 4 the advise. I'll think about it.

wey8343 said...

my dear bro/ fren..
love n kindness that u have is much more meant to be shared, not to keep it by yrself.
Quote,3 things that cannot be retrieved:
a. The words from the mouth
b. The arrow that been thrown
c. The losing opportunity

we never knew.. but He always knew.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, En Idi, pada saya jodoh pertemuan, ajal maut ni semuanya ketentuan Allah, bila dia belum menentukan jodoh kita memang kita rasa berat nak berkahwin dengan sesiapa pun, tapi bila jodoh dah sampai tu, sekelip mata aja kita rasa jatuh cinta kepada seseorang.

So bagus juga apa yang En Idi rasa tu, jangan kerana nak jaga hati kawan, kita pulak yang susah...

Saya doakan hati En. Idi cepat terbuka untuk seseorang..

Wassalam

NURA said...

hahha itu je perkataan canggih yg aku tahu. aku bukan cikgu bahasa la bro.bahasa ko la yang bagus.kalu ada masa ko boleh tulis novel.ayat2 ko gramatis (tu yg cigu BM ajar kat aku ler).

Idi said...

wey 8343,

Thanx my fren. & nice quote too. Soo meaningful. Ingatan yg baik tu.

Lipislady,

Wa'alaikumussalam. U said it really2 well. I've been thru both situation before. Thank you for the prayer.

Zai,

Gramatis? Perkataan baru utk aku tu. Dramatis aku biasa dengar. Tulis novel? hehehe... may be. Boleh jual ke?

Anonymous said...

la la la la la
riangnya dalam hati kalau kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia bagi. Selepas susah ada senang dan selepas susah ada senang.... ingat tu selalu bang. Hidup ni hanya sekali untuk dinikmati.... tak mustahil akan ada nanti seorang insan yang akan mengiringi perjalanan hidup abang idi....yang akan menyayangi anak2 abg idi dengan seikhlas hati....yang akan sentiasa disisi abg idi dalam susah dan senang. Yakinilah itu selalu..... Allah tidak kejam terhadap makhluk ciptaanNya...... Dia jugak akan memberi kebahagiaan kepada abang idi sebab abang idi berhak terima kebahagiaan itu. jgn jadi orang yang selfish tapi jadilah seorang manusia yang selalu membahagiakan orang lain. Ya Allah, semoga abang idi akan berjumpa dengan seorang isteri yang solehah, yang menyayangi dia seadanya dia, yang menyayangi anak2nya seperti anaknya sendiri ya Allah.....berikanlah dia kebahagiaan seperti orang lain dan lengkapkanlah keluarganya seperti keluarga orang lain. Amin Ya Allah
la la la la la

Ayah Su said...

same blood, same weakness...

Farah said...

I wish my father did the very same decision as yours.