Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, March 13, 2010

DARI PJ KE TOL GOMBAK




Balik dari ofis hari Khamis lepas, sampai rumah dah pukul 9 malam. Dinner, pas tu gosok baju anak2 nak sekolah, pas tu gosok baju seluar aku, pas tu tidur, dalam pukul 12. Bangun pukul 3 pagi, mandi, bersiap cepat2 sbb dah lambat. Singgah rumah Nazri kat Sg. Isap ambik kasut dlm keta aku. Isi minyak, pukul 4.15pagi masuk Hiway LPT, terus henjut si 'Setan Kuning' hala ke KL. Pukul 6.30pagi singgah R&R Gombak, solat Subuh, salin baju. Sambung journey, pukul 8.30 sharp, sampai kat Kelana Business Centre.

Lama tak jumpa Datuk Acemat. Last jumpa masa futsal 2005 kat Sunway. Semat gila Datuk Acemat hari tu. Badan maintain jer dari zaman belajar sampai sekarang. Langsung tak de masalah 'perkembangan'. Muka pun langsung tak berubah. Muka still mcm umur 25 tahun. Datin Limah tak risau ke ader aweks aweks muda ngorat cik abang dia... hehehe

Pukul 10.30 pagi, selesai urusan. Nak je call mana2 kawan2 yg boleh diajak minum bersembang. Tapinya, telefon masuk air la pulak.. Balik je la. Tumpangkan 2 org kawan yg aku tak tau namanya (tak risau, sbb diorg pun berurusan sekali ngan Cemat..) ke Central Market, KL. Sampai kat Bangsar, Chipong call, ajak jumpa kat Amcorp Mall, sekali ngan Bobbul. Nak discuss pasal gathering. OK je la. Ada gak aktiviti nak buat. Lepas drop kawan2 baru tu kat CM, patah balik ke PJ. Cari AmCorp Mall kat tepi Federal Hiway tu pun aku boleh sesat. Hehehe..

Pukul 5.15, habis discussion. A very fruitful discussion. Lega rasa hati. Byk perkara settle. Dah tak byk sgt benda yg tergantung. Pukul 5.30 ptg, si Setan Kuning tu pun meluncur jer masuk Federal Highway balik. Tetiba, tanpa sebarang amaran, hujan turun dengan tersangatlah lebat. Sangat sangat sangat lebat. Traffic dah berenti terus. Tak bergerak. Masak!!

Lepas dari Angkasapuri, hujan dah stop. Traffic dah OK. OK la kalau dah boleh bergerak tu. Sampai kat hujung Federal Hiway, jam lagi sekali. Tgk atas flyover tu, keta tak gerak langsung. ITIS tulih, jam sampai Susur Jln Duta. So aku decide tak nak naik ke Jalan Kuching. Lalu ikut apa ke nama jalan ntah yg lalu kat depan HQ RHB bank tu. Kat situ pun jam. Dari terang sampai terbenam matahari sampai keluar bulan. Siap boleh bukak kasut, duduk bersila atas kusi. 1km/jam! Hangit. Nak ilangkan boring, kuarkan hp, ambik gambar KLCC la, gambar signboard la, gambar keta baris2 la. Gambar yg kat atas tu la... Hahahha.

Masuk jalan Ampang, jalan dah tak jam, masuk MRR, singgah pump station isi minyak. Beli susu, roti dua bijik. Makan. Breakfast, lunch and dinner. The whole day, itu la makanan pertama aku. Sepanjang hari tu, cuma minum, ngan rokok. Lepas roti tu, makanan kedua aku cuma gula-gula Hacks, ubat nak hilangkan ngantuk masa drive. Susu, takut gastrik melanda. Tgn dah start shaking dah... kaki dah sakit gila tekan clutch Setan Kuning yg sgt la berat berbanding keta aku... Bila pijak je kaki kiri kat lantai, dia punya sakit rasa sampai kepala...

Lepas makan, peluh mula keluar, badan dah start rasa sejuk. Perut rasa mual, rasa nak muntah. Hmmm... Tanda2 badan dah mula terlalu penat. Kenapa dulu aku boleh drive 3 hari 3 malam tanpa tidur? Kenapa sekarang dah tak boleh? Adakah sebab urusan aku ngan Cemat terlalu memenatkan otak aku. Tak kan kut...

Pukul 9.00, sampai tol Gombak. Masuk je Hiway, terus tekan minyak. Ala... berapa laju sgt pun aku bawak. Tak sampai lima minit masuk Hiway Karak, hujan turun. Lebat, tapi tak selebat masa kat PJ. Tak dapat nak tekan minyak kuat2 dah. Hujan sampai la kat tol Bentong. Singgah kat R&R Gambang, solat. Punya la siksa nak berjalan dan nak solat. Sakit gila2 dah kaki aku. Dah rasa OKU gila dah...

Sampai rumah, pukul 12.30 mlm. Salin baju je, tak mandi pun. Terus pengsan. Bangun pagi, sakit kaki still ada. Sampai sekarang pun sakit lagi... Aduyai...

12 comments:

NURA said...

Sabor je la..ko kan dh menuju ke 40 sbb tu dah tak larat drive jauh2.Oh, ko merokok ya?cuba ko kumpul duit rokok ko tu brapa byk dah ko dpt?

Idi said...

Zai, alaaa... rokok je la yang aku boleh hisap pun...

LIPISLADY said...

Sallam En Idi, lain kali bawak roti sekali sapu dengan jam tu, pas tu bersila dalam kete makan roti...tak boring sangat.

Idi said...

Lipislady,
Salam, Kalau ikutkan jam hari tu, mau naik badan saya dlm 36 kilo lagi sbb makan roti. hehehe..

JALAN REBUNG said...

salam idi,

perghhhh ..tak ramai org yang leh buat cam ni ...balik hari dah lagi satu hal ..pastu meredah trafik kl ..perghhhhhh...respek bro

Chah said...

padan muka!! aku dh kasik 22.50 suh carik co pilot, tukang gosok baju, tukang picit, tukang layan sembang, tukang membebel sbb ko isap rokok, tukang masuk kedai mesra beli roti, tukang cucuk straw kt susu kotak, tukang baca nama jalan, tukang semak proposal, tukang kira duit, tukang perabih duit, ada lagi..tukang ingatkan ko yg lupa ambik kasut kt keta Mat, bla..bla..

tapi...misti nk cari 'tukang ' yang macam aku, mmg payah arrr..sbb ada sorang je tukang yg seistimewa aku dlm dunia ni..keke...

Idi said...

Salam BB,

Balik hari tu dah biasa dah skang sbb ada hiway LPT tu. Tapi ambik masa 3 jam 45 minit dr PJ ke Tol Gombak... mmg pengalaman sekali seumur hidup aku la..

Idi said...

Chah,

Dlm poket cuma ada 2 hinggit je ni, syiling ntah brapa sen. Ari tu ada 22.50 aku dah beli gas setong. Tak de can dah la nak carik co-pilot.

Anyway, ko mmg istimewa. The one & only.

Harsa said...

idi,
simpan dua hinggit tu.. lama2 jadikla 22.50.. jgn dibuat beli rokok.. hehehe...

Idi said...

Harsa,
Dah cukup 22.50 tu sok, nak kena cari pulak 10 ribu, nak wat hantaran. Pas tu nak kena carik lagi 2-3 ribu nak beli brg hantaran. Pas tu kena cari lagi 5-6 ribu nak wat kenduri. Pas tu nak kena carik lagi 5-6 ribu nak beli itu ini. Sampai ke sudah la aku cam ni...

Beli rokok je la. Baru 7.80, tahan 2 hari stgh. Ok la tu... hehehe

Anonymous said...

adoyai idi.. kesiannya kau.. lenkali kalau tak tau nak kemana kat kl ni call la aku.. no ada kat facebook aku. anyway nice blog. layan gak baca boring2 kat opis nih.. ~ mamat tour de france champione huhuhu..

Idi said...

hehehe... Mamat Torjo kah itu? Dulu champion basikal, skrg Champion ambik gambar..

Sorry la, bro. Hari tu tepon masuk air, sapa pun aku tak leh nak ctc. InsyaALlah, next time aku turun sana, aku calling calling.

BTW, thanks sudi singgah kat blog aku.