Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, July 22, 2009

Selamat Pengantin Baru, Wan Azmi Bin Wan Draman

Setelah membujang lebih 38 tahun, akhirnya, sahabat kepada ramai orang ni menamatkan zaman bujang dan terunanya pada 20 Jun 2009. Majlis akad nikah pada 19 Jun 2009, selepas solat Isyak dan esoknya majlis kenduri dan bersanding diadakan di rumah pengantin perempuan di Merapoh Lipis. Majlis kat rumah pengantin lelaki pulak buat pada hari Selasa di Tanah Merah, Kelantan, dua hari selepas majlis di rumah pengantin perempuan.

Memandangkan ramai yang tak dapat attend majlis di Kelantan sbb kerja, most of us pergi ke Merapoh hari Ahad tu. Sebahagian dah pun pergi sehari sebelum sbb nak attend majlis akad nikah. Aku dgn bbrp kawan lagi yang pergi hari Ahad tolong uruskan hadiah pada hari Sabtu tu, terus hantar kat rumah dia. Beli peti sejuk jer sebijik, dua pintu, kongsi ramai2.


Jauh Merapoh tu, turun dari rumah pukul 9 pagi, dua petang baru sampai. Gila penat. Konvoi 3 bijik keta, balik lagi byk sebab kumpul sekali dgn yang dtg lebih awal. Sampai tu, mmg sedang elok pengantin nak berarak. Cantik punya timing.

Well, to my dear friend, kau bukan sekadar kawan, kau sahabat. Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia dunia akhirat. Moga terus diberi rahmat dan berkat Allah swt. Moga terus dimurahkan rezeki dan kesenangan serta ketenangan oleh Si Pencipta yang Maha Kuasa.

Selamat...


p/s : Sori la hp utk hadioh demo hile tok de sapa tange demo. Nok wak guano boh, kheto kawe keno pecoh....

No comments: