Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, July 21, 2009

Kembali Atas Garisan

Assalamualaikum wbt.

Memang betul2 lama aku tak update blog aku nih. Bukan malas, rajin jugak. Masalah sikit dgn internet kat opis. Dah penat dah aku cakap elok2 kat TM ngan Streamyx, tak jugak elok2 lagi internet connection kat opis nih. Sblm lupa, kitorang dah tambah ofis baru selang satu ofis dgn ofis asal, kat tingkat 1. Semua org dah pindah kat atas, tinggal aku ngan Zaki je kat bwh. Bos mintak aku pindah jugak, siap sediakan satu bilik utk aku. Senang nak berurusan, kata dia. Tapi, kalau aku pindah ke atas, tak der org la pulak nak jaga kedai kat bawah ni kalau Zaki datang lambat atau cuti atau bila dia nak gi makan atau nak keluar. Urusan kedai lak aku ngan Zaki je yang reti, lain org tak tau sgt. Lagipun, bila semua org dah pindah, ofis bwh tu aku boleh duduk sorg2, lagi besar dari bilik bos kat atas. Jadinya, stay la aku kat bawah. Bilik untuk aku kat atas tu, kami jadikan bilik meeting dan serbaguna,. Boleh la kawan2 yang nak tumpang ofis utk buat kerja guna bilik tu.

Kerja2 mengecat dlm progress... sendiri bikin

Semua kerja renovation buat sendiri dgn bantuan kawan2 usahawan yang selalu berurusan dgn kitorg. Siling kapur, subcon kerja ID Perkeso yang buat. Dpt special price. Wiring buat sendiri. Apa guna jadi kontraktor elektrik kalau ofis sendiri nak suruh org buat. Lampu, Kuyu buat. Mengecat, kami buat sama2. Ina jadi tukang tunjuk, yang lain mengecat. Bila lapar, makan nasik lemak yang Ina masak. OK jugak. Dah boleh carik laki dah budak Ina ni. Air cond dapt harga murah dari subcon kat projek ID Perkeso. Pasang air con, bagi kat Epu, bagus budak ni. Boleh maju bisnes dia. By the time kami pindah ofis, TM still belum settle. Terpaksa la tarik sendiri kabel telefon dr ofis bawah naik atas.

Ina termenung tempat kerja dia tak siap2...
Lepas telefon dah boleh masuk, streamyx lak buat hal. Tak leh sambung. Cek punya, rupanya ada problem kat ibusawat Telekom. Patut la bila ofis call aku pakai nombor baru, nombor lain yang keluar. Bila cek, nombor tu ntah Apek mana yang punya. Bila ngadu, tak jugak settle2. Penat aku. Tak pasal2 pagi tadi aku jerit kat org TM. Sabar pun ada limit, beb. Dah berminggu tapi still tak leh nak online.

Ofis aku jadi tempat kerja sementara Ina

Rasanya, sari dua lagi, boleh la aku on line balik. Boleh la aku post artikel yang aku duk tulih dalam sebulan dua nih...

p/s : ye ye dah online ye ye....

6 comments:

NURA said...

huhuu dah kaya la boss ko tuh.well done!

idi said...

Aku je la yang tak kaya-kaya lagi.. Apapun, rezeki Allah yang tentukan.. Bersyukurlah.. Alhamdulillah

NURA said...

ko ni semenjak dua menjak inferiority complex betul. kayanya ko nanti, insayAllah.

idi said...

Inferiority complex? Huh! Tinggi benar bahasa kau tu.. Tak tercapai akal aku tu.. HAhahaa..

NURA said...

Kwang..kwang..bahasa ko la tinggi en idi oiii.Eh sapa yg pemidato nih???konpius gua...

idi said...

Orang yang paling kaya bukanlah orang yang memiliki paling banyak, tetapi orang yang memerlukan paling sedikit. Syukur, Alhamdulillah. Renung renungkan, dan selamat beramal...