Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, July 27, 2009

Keretaku Dipecah Orang

Punya la tensennya kepala otak aku satu family kena mcm ni. Termenung masing2 pagi tu. Orang lain tak der hilang barang, aku je la yang hilang hp dua bijik. Nasib baiknya, aku dah pindahkan laptop aku ke dalam bonet. Abang Yie pun sama. Pencuri tu pecahkan tingkap, dan ambik barang berharga dalam kereta yang dia boleh capai. Pintu ngan but langsung diorang tak bukak. PAndai gak diorg ni. Kalau diorang bukak pintu atau but, alarm akan bunyi.

Hati-hati dengan keselamatan kenderaan anda di Taman Lapangan Perdana, Ipoh

Ada satu Apek kat situ kata, masa Raya Cina awal tahun hari tu, 7 bijik kereta kena kat taman tu, tak jauh dari rumah. Modus operandinya sama, sejibik mcm kami kena. Tingkap penumpang depan sebelah kiri. Pikir-pikir, tak selamat nak duduk kat sini, kami call sana sini, dapat sebijik rumah lain. Terus confirm ngan tuan rumah, tak gi tgk rumah pun. So, apa lagi, bukak balik perabut yang dah siap pasang, masuk balik dlm lori, terus jalan gi rumah baru.


Pindah rumah lain la pulak...

Sampai rumah baru, bersihkan rumah, turunkan barang, pasang perabut, pukul 1 siap kerja. Terbaring aku kat tgh rumah. Penat tu beb! Campur senak kepala keta kena pecah ni....

Call Dato' Haji Sawai, mintak maaf sbb tak dpt nak jumpa dia. Pukul 2, kami shoot balik. Dari Ipoh, ke Simpang Pulai, ke Cameron Highland. Stop kejap kat tepi jln sbb plastik tingkap keta aku dah tanggal. Sempat la ambik gambar ni.



Bila tgk bukit bukau gunung ganang tanah lembah ni, teringat kawan2 grup Kembara, UUM



Teh, Najwa, Along Shamimi dan Angah


Mana aku hala kamera aku, muncul la 4 lembaga ni....



Engineer BMW Sauber Petronas tgh betulkan plastik tingkap keta aku. Hari Ahad beb, kedai keta tak bukak


Keta Abg Yie

Sambung balik perjalanan, terus ke Cameron, tapi tak stop sbb nak cepat. Dari Cameron, ke Lojing, ke Gua Musang, Kuala Krai dan straight gi rumah Ayah Ngah di Cabang Empat, Tumpat. Pukul 11.30 malam sampai sana. Semayang, makan, tidor kejap, pukul 1 pagi shoot balik ke Kuantan. Sampai Kuantan pukul 9 pagi esoknya. Tak sempat nak mandi, terus pengsan kat ruang tamu.....

MAu tak penat, dua hari bawak lori kicap lebih dari 1,ooo km. Kelindan bawah umur lak tu, mana pandainya nak ganti2. Sejarah tu...

Friday, July 24, 2009

Keretaku Kena Pecah

Balik dari Ipoh hari Rabu, tgh malam baru sampai Kuantan. Hari Khamis ngan Jumaat masuk ofis. Saturday to, I made another trip to Ipoh, only this time, pergi konvoi 3 kereta ngan satu lori kicap Jalen. Keta aku, Ayah bawak, Honda Teh, Teh Man bawak, Beemer Abg Yie, dia bawak sendiri. Lori Kicap Jalen tu aku bawak. GDL pun tak de. Hehehe... Ni ha gambar lori kicap Jalen tu.



First stop, kat R&R Gambang, breakfast.






Second stop, tol Bentong. Ayah dah sesat sebab Teh Man bagi salah info. Pening betul la adik aku yang sorg ni. Selalu sesat dan menyesatkan. 3rd stop kat R&R Genting Sempah, toilet time n ice cream time.
Abg Yie ngan Kak Mah terus ke Sg. Buluh hantar emak dia kat rumah abang dia. The rest panjat Bukit Genting, dan turun balik kat Batang Kali. Gear dua je boleh lori kicap Jalen aku nih. Huh... Penat!!

4th stop, R&R Tg. Malim. Teh ngan Ayah buat 4th stop kat Stesen Petronas Batang Kali sebab Najwa muntah. Pening turun bukit Genting kot.. Abang Yie pun dah sampai, so sambung balik jalan sampai R&R Tapah. Stop lagi, makan tengahari ngan solat. Settle makan, sambung balik, terus ke Ipoh dan straight gi rumah.

Sampai rumah, dah dekat pukul 6 ptg, basuh rumah, turun barang, kemas barang, solat, keluar shopping, balik, tidur. Pehh!! Penat bawak lori, penat kemas rumah, penat segala-gala. Lori dah la tak de air cond, berat, tapi condition dia still OK.





Bangun pagi esoknya, hujan. Aku keluar kat depan tu tgk cermin tingkap keta Abg Yie terbukak. Ingatkan dia lupa tutup, rupanya kena pecah. Tgk keta Teh pun kena pecah jugak. Tgk keta aku, halamak... pun kena!!! Cek cek, hilang hp aku dua bijik. Satu Sony Ericksson PDA P990, ngan satu Nokia model baru yang belum ada kat market Malaysia. Waaaa.... rasa nak nangis. PDA tu aku jarang bukak, cuma bila nak tgk info2 kat dlm tu atau time nak pakai line emergency aku jer, baru aku bukak, Nokia tu pulak, Nazri beli kat China, nak bagi hadiah kawin kat Mie Telur. Malangnya nasib aku.

Thursday, July 23, 2009

Trip To Ipoh

Teh Man ada kerja kat Ipoh. Perlu bantuan sbb tak tahu mana hala nak tuju. So aku call Datuk Bandar Ipoh, Dato' Haji Haji Mohd Azizal Shubali (haji tu mmg dua kali sbb dlm ramai2 kawan aku, dia sorg jer yang dah lepas ke Mekah dua kali. Kitorg panggil dia Haji Double) mintak bantuan. Dato' Haji Double kata, aku kena dtg sekali bawak adik aku tuh mengadap dia.
Lepas selesai kenduri Jemi kat Merapoh, aku ngan Teh Man terus shoot ke Ipoh. Dari Merapoh, turun ke Raub, pas tu naik ke Bukit Fraser. Sepanjang hayat, ni la kali pertama aku lalu jalan tu. Memang dekat kalau dibandingkan nak lalu ikut Highway Karak tu. Dari Raub sampai ke Kuala Kubu Baru lebih kurang 55 km je. Dekat la tu. Tapi jalan dia... macam ular kena palu, bengkak bengkok. Sebelah bukit, sebelah lagi gaung. Tak de penghadang tepi lagi. Kalau rendah tak pe jugak, dalam tu beb. Kalau tanker minyak jatuh pun org tak nampak kat bawah tu. Siap ada tanah runtuh lagi. Dah la sempit, kalau selisih lori ngan lori, mat rempit kat tengah gerenti mati... Untuk Mat2 Rempit dan kaki2 drift yang nak layan lap, aku propose korang pakai jalan ni. Memang layan.
Dari Kuala Kubu, naik ke Tanjung Malim, masuk Highway PLUS terus ke Ipoh. Sampai Ipoh straight gi rumah Dato' Haji, sampai lebih kurang dalam pukul 8.30 mlm. Sihat Dato' Haji aku tu. Alhamdulillah. Azharudin (aku pun tak ingat nama betul dan nama penuh dia, cuma dari dulu aku duk panggil dia Ayam) pun ada, duduk sekali, skrg kerja kat RHB Securities. Nampak dah betul2 steady dah mamat dua org ni.
Malam tu kami keluar, Dato' Haji ngan Ayam tunjukkan jalan utk ke tempat Teh Man nak berurusan esoknya. Tak la susah sgt. Since Adik aku ni mmg bermasalah nak mengingat jalan, esoknya, aku jugak la yang bwk dia ke sana ke mari. Ding dong ding dong, kena stay sampai hari Rabu. Alamak, laptop tak bawak, masak aku ni. Semua urusan kerja kat dalam tu, susah nak wat kerja dlm telefon kalau tak de laptop. Bukannya aku ingat semua data.
Selasa, Teh Man pergi kerja bawak keta sendiri. Dato' Haji tinggalkan kunci moto utk aku bergerak. Dan perkara yang aku takuti pun hampir terjadi.... Kan aku dah kata data company semua kat laptop. Bos keluar cek lebih dari balance. Caca marba aku sekejap... Nasib baik sempat call suruh hold cheque tu sampai aku balik. Kalau tak jahanam.
Yang adik aku ni pulak, pagi2 hari dah call aku, sesat jalan la pulak. HAhahaha... Aku agak dah. Petang nak balik, sesat lagi. Rabu pagi sesat lagi, tghari dia settle kerja. Melepak dia kat luar rumah, sbb kunci aku rumah aku bwk. Aku pulak, ngan Ayam dan Dato' Haji gi lunch kat bandar Ipoh. Petang, dalam pukul lima shoot balik Kuantan. Aku drive sepanjang jalan, macam masa nak dtg hari tu. Tak harap aku ngan adik aku tu bwk keta.
So, it's like a vacation for me since I've never took a leave since new year. And that was the first time aku keluar dari Pahang utk tahun 2009. Sadisnya....
"Pendek kata, selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja...."

Wednesday, July 22, 2009

Selamat Pengantin Baru, Wan Azmi Bin Wan Draman

Setelah membujang lebih 38 tahun, akhirnya, sahabat kepada ramai orang ni menamatkan zaman bujang dan terunanya pada 20 Jun 2009. Majlis akad nikah pada 19 Jun 2009, selepas solat Isyak dan esoknya majlis kenduri dan bersanding diadakan di rumah pengantin perempuan di Merapoh Lipis. Majlis kat rumah pengantin lelaki pulak buat pada hari Selasa di Tanah Merah, Kelantan, dua hari selepas majlis di rumah pengantin perempuan.

Memandangkan ramai yang tak dapat attend majlis di Kelantan sbb kerja, most of us pergi ke Merapoh hari Ahad tu. Sebahagian dah pun pergi sehari sebelum sbb nak attend majlis akad nikah. Aku dgn bbrp kawan lagi yang pergi hari Ahad tolong uruskan hadiah pada hari Sabtu tu, terus hantar kat rumah dia. Beli peti sejuk jer sebijik, dua pintu, kongsi ramai2.


Jauh Merapoh tu, turun dari rumah pukul 9 pagi, dua petang baru sampai. Gila penat. Konvoi 3 bijik keta, balik lagi byk sebab kumpul sekali dgn yang dtg lebih awal. Sampai tu, mmg sedang elok pengantin nak berarak. Cantik punya timing.

Well, to my dear friend, kau bukan sekadar kawan, kau sahabat. Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia dunia akhirat. Moga terus diberi rahmat dan berkat Allah swt. Moga terus dimurahkan rezeki dan kesenangan serta ketenangan oleh Si Pencipta yang Maha Kuasa.

Selamat...


p/s : Sori la hp utk hadioh demo hile tok de sapa tange demo. Nok wak guano boh, kheto kawe keno pecoh....

Tuesday, July 21, 2009

Kembali Atas Garisan

Assalamualaikum wbt.

Memang betul2 lama aku tak update blog aku nih. Bukan malas, rajin jugak. Masalah sikit dgn internet kat opis. Dah penat dah aku cakap elok2 kat TM ngan Streamyx, tak jugak elok2 lagi internet connection kat opis nih. Sblm lupa, kitorang dah tambah ofis baru selang satu ofis dgn ofis asal, kat tingkat 1. Semua org dah pindah kat atas, tinggal aku ngan Zaki je kat bwh. Bos mintak aku pindah jugak, siap sediakan satu bilik utk aku. Senang nak berurusan, kata dia. Tapi, kalau aku pindah ke atas, tak der org la pulak nak jaga kedai kat bawah ni kalau Zaki datang lambat atau cuti atau bila dia nak gi makan atau nak keluar. Urusan kedai lak aku ngan Zaki je yang reti, lain org tak tau sgt. Lagipun, bila semua org dah pindah, ofis bwh tu aku boleh duduk sorg2, lagi besar dari bilik bos kat atas. Jadinya, stay la aku kat bawah. Bilik untuk aku kat atas tu, kami jadikan bilik meeting dan serbaguna,. Boleh la kawan2 yang nak tumpang ofis utk buat kerja guna bilik tu.

Kerja2 mengecat dlm progress... sendiri bikin

Semua kerja renovation buat sendiri dgn bantuan kawan2 usahawan yang selalu berurusan dgn kitorg. Siling kapur, subcon kerja ID Perkeso yang buat. Dpt special price. Wiring buat sendiri. Apa guna jadi kontraktor elektrik kalau ofis sendiri nak suruh org buat. Lampu, Kuyu buat. Mengecat, kami buat sama2. Ina jadi tukang tunjuk, yang lain mengecat. Bila lapar, makan nasik lemak yang Ina masak. OK jugak. Dah boleh carik laki dah budak Ina ni. Air cond dapt harga murah dari subcon kat projek ID Perkeso. Pasang air con, bagi kat Epu, bagus budak ni. Boleh maju bisnes dia. By the time kami pindah ofis, TM still belum settle. Terpaksa la tarik sendiri kabel telefon dr ofis bawah naik atas.

Ina termenung tempat kerja dia tak siap2...
Lepas telefon dah boleh masuk, streamyx lak buat hal. Tak leh sambung. Cek punya, rupanya ada problem kat ibusawat Telekom. Patut la bila ofis call aku pakai nombor baru, nombor lain yang keluar. Bila cek, nombor tu ntah Apek mana yang punya. Bila ngadu, tak jugak settle2. Penat aku. Tak pasal2 pagi tadi aku jerit kat org TM. Sabar pun ada limit, beb. Dah berminggu tapi still tak leh nak online.

Ofis aku jadi tempat kerja sementara Ina

Rasanya, sari dua lagi, boleh la aku on line balik. Boleh la aku post artikel yang aku duk tulih dalam sebulan dua nih...

p/s : ye ye dah online ye ye....