Singgoh Le Dulu Aok Yer

Friday, February 19, 2010

JALAN JALAN CARI PASAL

Chinese New Year came, panjang la jugak. Plan asal : melepak kat rumahku syurgaku, layan tv, layan anak2. Jimat belanja, jimat masa. Hahaha. Teh pulak nak ke Ipoh, jumpa hubbynya. Nak naik bas atau tumpang kawan. Bila kawan2 kelas Matrik ctc ajak reunion on 14/2/2010 tu, aku terus je setuju. Lama gila dah tak jumpa diorg. Nak jugak tgk kawan2 lama ni. Masih orang atau sudah jadi robot. Hahaha.

Alih2, tetiba Teh ajak semua family pergi Ipoh. Ayah Teh di Ipoh ajak gi jalan ke Pangkor. Pas tu Abg Din pulak cadang Cameron Highland pulak. So, Teh pun bagi tugas kat aku, carik penginapan di Genting. Kita buat gathering kat sana. Hmmm... best jugak.

Jumaat, 12/2/2010, pagi2 lagi hantar keta kat bengkel Pak Man, servis dulu, tukar minyak hitam (masa dah time dah pun..) repair power window driver yg tak leh bukak dekat sebulan dah.. (tukar the whole set). Habis dekat RM300 jugak. Lepas Jumaat, lepas kenduri kat ofis baru Metro Kristal, lepas siapkan kerja lebih kurang, aku gi ambik keta, hantar kedai tayar pulak. Buat alignment, balancing, camber. Pukul 7 siap. Nak siapkan keta je dah habis RM500. Adusss... ini memang betul2 carik pasal dah ni.

Malam, aku & anak2, Ayah, Teh, Abg Ngah Johor & Najwa satu keta, Abg Din sekeluarga satu keta, shoot ke Ipoh dari Kuantan around 9.30pm. Sebelum tu, aku pusing satu bandar Kuantan carik kedai ikan masin, cari stok utk Dato' Bandar Ipoh, Datuk Hj. Sawai. Tapi, memang bukan rezeki Sawai la kali ni, semua kedai dah tutup awal.

Masuk LPT, hiway lengang cam biasa. Tapi belah ke Kuantan keta banyak jugak la. Masuk hiway Karak, laluan ke KL still jugak lengang, tapi laluan dari KL traffic dah berenti dah pun. Punya la byk keta. Simpang ke Bentong, jam lebih 1 km, menggambarkan ramainya rakyat Kelantan yg nak balik kg. Aku yakin, diorang akan sampai Kelantan lepas Subuh esok...

Dari LPT, naik kat Genting Sempah, turun di Batang Kali, ke Tanjung Malim, jalan smooth. Masuk PLUS, jalan dah start jammed. Ada sesetgh tempat, merangkak. Semua R&R penuh. Yang tak sempat nak ke tandas, pancut kat tepi pokok bunga je. Hehehe. Sampai Ipoh pukul 4.00 pagi. Terus tido. Penat.

Kak Ani satu family shoot dari JB around 11.30pm (except Angah yg naik ngan aku dr Kuantan). Singgah di Melaka kejap rumah Ayah Su, pas tu shoot together2, ntah pukul berapa aku tak tau. Yang aku tau, pagi tu, Ayah Su call, keta dia rosak kat area Puchong. Siap kena tarik buat pergi workshop kat Rawang.
Alamak! Polis datang! Sure kena saman sebab parking tepi hiway.. Takuttt....

Sib baik Abg Fadhil bawak kad staf Propel, terus polis tu tolong tolak keta..
Altenator kong, tarik gi workshop
Ayah Su menunjukkan cara terbaik utk menjimatkan petrol... hehe

Pagi tu, sementara nak tunggu Abg Fadhil ngan Ayah Su sampai, aku call Datuk Bandar Ipoh, ajak breakfast. Pusing dua tiga tempat, byk yg tutup. Last2 sekali, breakfast kat Medan Selera Stadium Bandaraya. Makanan pun byk dah habis sbb ramai org. Tak kisah la kat mana pun. Yang lebih penting, dapat jumpa kawan lama. Kawan yg pernah susah bersama. Sempat la snap gambar Datuk Haji ni, aku nak masukkan ke fb since ari tu ada kawan2 tanya pasal dia.

Datuk Haji (2x) Mohd Azizal Shubali



One happy soul. Sentiasa senyum dan ketawa. Ketawa sampai tak nampak mata

3 comments:

hikayathati said...

Ni sebenarnya jalan2 nak kuruskan badan ko kena tolak kereta. heheh

Idi said...

Zai,
Itu adik aku si Iru yg tolak keta. Dia la yg kuruskan badan. Aku tambah berat badan, breakfast heavy metal ngan Darto' Bandar Ipoh. hehhe

Cik Su said...

Abg Idi,
syok tau naik kete yang sedang kena towing.. :) kete tu nak bermanje2 dgn ayah su arr..masa kena towing tu..ada gak saya dok imagine klu2 'tow truck' tu bertukar macam cite Transformer..huhu...