Singgoh Le Dulu Aok Yer

Saturday, February 20, 2010

FAMILY GATHERING DI CAMERON HIGHLAND

Usai brunch ngan Datuk Bandar Ipoh, aku call Ayah Su. Baru sampai Bukit Beruntung, jalan jammed kow2 punya. So, aku suruh dia terus keluar ikut Tapah dan naik ke Cameron ikut jalan Tapah je. Aku dan yg lain2, 3 keta semuanya, akan terus gerak dari Ipoh lalu ikut Simpang Pulai. Around 11.30 kami gerak dari Ipoh, jumpa ngan Ayah Teh di Simpang Pulai dan terus shoot ke Cameron Highland. The road was smooth, langsung tak der jammed. Tak mcm yg si As budak Apartment Lily tu bayangkan. Sempat buat one quick pitstop utk photography session in the middle of the journey.







Memula jalan smooth je, tak de apa hal. Lepas Kg. Raja, satu satu keta berenti. Keta tak der problem, anak2 je yg byk problem. Nak ke tandas besar la, tandas kecik la, tukar pampers la. But then, itu semua tu benda biasa la bila jalan bawak anak2. Small matter.

Ayah Su ngan Kak Ani, dua keta, naik dari Tapah, lalu jalan lama. Cantik gak pemandangan kalau ikut jalan tu. Siap ada air terjun lagi. Lata Iskandar kalau tak silap aku. Keta Ayah Su pun dah OK. Lepas breakdown kat Puchong tu, semua back to normal. Jalan pun tak de masalah.


Sampai Tanah Rata around 2.45pm. Janji nak jumpa kat depan Maybank Tanah Rata. The timing was very good. 10 minit lepas grup dari Ipoh sampai, grup dari Tapah pun sampai. Dari Maybank, kami gerak ke Apartment, dekat je, walking distance dr bandar Tanah Rata tu, check in dulu, rehat2 kejap. Lepas Asar baru keluar semula gi jalan2.

Untuk hari tu, kami sempat pusing2 Tanah Rata, berenti tepi jalan ambik gambar,

singgah di Cactus Valley

dan ke Pasar Malam Brinchang yang famous itu. Nak gerak pun OK, kereta pun belum banyak lagi. Except mlm tu kat area Pasar Malam Brinchang, memang dah biasa jam pun kawasan tu.

Lepas Pasar Malam Brinchang, singgah beli gula, then balik apartment, masak dan makan malam ramai2. Kira Ok gak apartment tu, sewa hanya utk Muslim shj, jadi tak risau nak gunakan segala peralatan makan masak bagai. Kat tingkat bawah, so senang utk Ayah, tak payah nak naik turun tangga. Tak risau anak2 panjat balkoni and jatuh terhempas segala. Kereta pun parking depan balkoni je, tak risau pasal keselamatan. 'Peace of mind' kata org kampung aku kat Newcastle. The weather was fine, sejuk mcm kat kampung aku gak. Pendek kata, segalanya sempurna. Thank God. Alhamdulillah.

3 comments:

Azhar Omar said...

Salam bang. Menarik dengar cerita ko especially part apartment yg disewakan khas utk Muslim saje tu. Tlg bagi contact no boleh bang. Aku ada plan nak bawak my entire family pi sana gak during cuti sekolah nanti. TQ

NURA said...

Waa bestnya air terjun tu. Aku ni dok belek mana satu muka kak Ani, gambar ko jauh sgt, tk cam mana satu dah.Dok ingat muka dia masa zaman dulu2 je. Kirim salam pada kak Ani.

JALAN REBUNG said...

salam bro,

best giler ....aku kalau gi sana naik bas je dari tapah ...nak drive malas la ...