Dapat call dari Hafiz a few days ago, "Ma masuk ICU. Ambulan datang ambik kat rumah pagi tadi. Dua tiga hari lepas, Ma ada cakap, nak jumpa ngan Alif dan Alifah. Tapinya, dah kat ICU ni, budak-budak tak leh masuk jugak. Nanti, bila Ma dah keluar ke wad biasa, Abang Idi bawak la anak-anak datang".
Dua tiga hari menunggu perkembangan baru pasal Ma. Dalam masa yang sama, anak-anak jatuh sakit (read my previous entry). So, aku tak tergamak jugak nak bawak anak-anak tu ke Kuala Terengganu dalam keadaan mcm tu.
Jumaat, 4/11 around 2 pagi, Yati call, "Ma dah dibawa balik ke rumah. Saya baru sampai Kuantan ptg tadi, skrg nak kena balik semula ke KT. Rasanya, boleh dah kalau awak nak bawak anak-anak balik tengok Tok diorang".
Pukul 3 pagi, Hafiz call "Ma dah tak ada. Pukul 1.30 pagi tadi. Kebumi esok, pukul 11 pagi".
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Jumaat, 4/11, pukul 7 pagi kami dah bersiap. Tapi tiga kali tunda sebab Kakak sakit perut. Sakit yang tidak langsung mematahkan semangatnya untuk ikut berjumpa ngan Tok yang dah terlalu lama dia rindui. Pukul 8 pagi gerak, stop dua kali utk Kakak dan 1 kali utk Adik. Sampai Kuala Ibai pukul 11. Arwah tgh dikapankan. So sempat jugak tgk Ma utk kali terakhir. Sempat jugak Kakak ngan Adik tengok Tok untuk penghabisan kalinya.
Dari rumah, jenazah dibawa ke Masjid, disembahyangkan. Solat jenazah diimamkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang yg dtg selepas selesai ceramah mingguannya di Masjid Rusila. Usai solat jenazah, Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Ibai, dalam kawasan Masjid tu.
Sebagai menghormati permintaan Ma, talkin tidak dibaca. Namun doa selamat dan sedikit tahlil masih tetap dibuat diketuai oleh Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat, Al-Fadhil Ustaz Dato' Haji Harun Taib. Sekitar 12.15 tghari, semuanya selesai.
Sebelum balik, pesan Ayoh, bila-bila kalau turun ke Kuala Terengganu, bawak la Kakak ngan Adik berkunjung ke rumah. Walaupun Ma dah tak de, Ayoh masih hidup, teringin nak jumpa diorang lagi.
InsyaAllah. Aku tau mau berjanji lagi, takut nanti jadi munafik. Biarlah org lain jadi munafik, asalkan bukan aku sebab aku terlalu benci munafik dan kemunafikan. Aku dah penat berhadapan dengan golongan sebegitu. Cukuplah.
Ma, ampun dan maaf dari saya kerana tidak berkunjung ziarah selama Ma uzur lebih setahun. Ampun dan maaf juga sbb tak pernah bawak 2 cucu Ma, anak-anak saya ke sana dalam tempoh itu. Ampun dan maaf jugak sebab tak pernah telefon bertanya khabar sejak tiga empat tahun kebelakangan ini walaupun terus menerus mendapat khabar berita dari Yati dan kawan-kawan. Ampun dan maaf sebab bersifat terlalu defensif selepas apa yang saya lalui dalam hidup saya, hingga membenarkan ego, dendam dan amarah menguasai diri saya selama ini. Saya cuma manusia biasa, seperti juga Ma dan orang lain. Saya bukanlah yang terbaik antara insani. Dalam hati tetap ada marah, benci, kesal, dendam.
Junjung kasih Ma atas segala budi baik Ma selama ini. Semoga Allah memberikan kebaikan dan balasan yang baik atas segala kebaikan Ma selama hidup di dunia, dan semoga Allah mengampunkan seluruh dosa Ma. Semoga Allah berikan kelapangan di alam barzakh, dipermudahkan hitungan hisab di akhirat dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.
Terima kasih kerana pernah menerima saya sebagai anak, melayan saya lebih dari seorang anak, menerima anak-anak saya sebagai cucu dan melayan mereka lebih dari cucu-cucu yang lain. Dan terima kasih kerana mengajar saya erti kasih sayang sebenar seorang ibu. Dan biarlah saya seorang yang memahami erti itu.
Demi Allah, hati saya sangat gembira setiap kali 'pulang' ke rumah Kuala Ibai. Demi Allah, saya gembira setiap kali dapat berhimpun beramai-ramai dengan keluarga besar Ma. Dan, demi Allah, sepanjang lima tahun terakhir ini, saya amat rindu utk merasai kegembiraan itu walaupun mustahil hati saya akan dapat menerima semula Yati dalam hidup saya. Dan saya faham, biar berapa byk pun air mata saya mengalir menangisi semua yang dah berlaku, masa tak mungkin dapat diundur, dan kuasa Allah dengan takdirnya tidak mungkin dapat diubah. Sesungguhnya, kuasa Allah jua yang menentukan perjalanan hidup seluruh manusia. Takdir dan waktu. Saya pasrah, berserah terhadap apa jua ketentuan yang ALlah berikan untuk saya.
Ma, walau apapun yang pernah kita lalui, yang baik dan yang buruk, yang gembira dan yang sedih, suka dan duka, saya akan terus berdoa utk Ma, sepertimana saya berdoa untuk Arwah Mek. Semadilah dengan aman, moga segala amalan baikmu dan segala syafa'at akan berada disisimu, mengiringi perjalananmu pulang bertemu Allah, Tuhan kita yang satu. Amin
5 comments:
Assalamualaikum, Manusia hanya merancang, Allah menentukan segalanya..harap bersabar yee..
alfatihah...saya turut menginsafi diri sendiri...semoga Allah menempatkan beliau bersama-sama golongan yang soleh dan solehah..amin..
Cik Su, Lipislady,
Wa'alaikumussalam.
Terima kasih.
Assalamualaikum, lama tak update blog u, bz kee, amak2 sihat kee?
Lipislady,
Wa'alaikumussalam
Busy sesangat lately. Hujung tahun nak tutup akaun.
Alhamdulillah, anak2 dah sihat. Kembali ceria mcm biasa.
Post a Comment