Singgoh Le Dulu Aok Yer

Tuesday, December 1, 2009

ANAK-ANAKKU SAKIT

Lama gak tak update blog nih. Sakan beraya kut. Sampai bau lembu satu badan byk sgt makan daging. Hehehehe.
Apa citer? Khamis lepas, sebelum raya, keta aku accident kat tempat parking belakang CIMB. Lampu belakang pecah, kemek sikit. Huk alaaa... Nak mintak ganti rugi pun tak tau nak mintak kat saper. Dah tanya kat pomen, tukar lampu baru, ketuk, spray balik, lebih kurang RM300. Huhuhu... Sampai ari ni aku tak usik rosak tu. TAk sempat beb, tgh byk keja.
Sibuk dua hari ni since masuk ofis. Tak dan nak mencara ke blog. Semalam Adik demam, muntah, cirit birit. BAgi makan ubat, dah OK sikit. PAgi tadi, Kakak pulak kena sakit yang sama. Tghari tadi Kak Mah call, bgtau Kakak dah flat habis. Tinggalkan ofis, bwk anak2 gi klinik. Dua-dua ambik ubat. Mlm ni dah nampak OK sikit. Hopefully, by tomorrow semua akan OK.
InsyaALlah.

2 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, dah baik ke sakit anak-anak tu ari ni? Semuga dah sembuh yee..

Idi said...

Si Adik, Alhamdulillah, dah OK. Kembali ceria macam biasa.
Kakaknya still lemah lagi, tapi dah lebih baik dari semalam dan kemarin. InsyaALlah, hari ni tambah OK.
Terima kasih atas ingatan dan doa tu.