Singgoh Le Dulu Aok Yer

Wednesday, May 6, 2009

Happy 36th Birthday, Idi

Hari ni genap umur aku 36 tahun. Dah tambah setahun umur aku, dah kurang setahun hayat aku. Setakat aku tulis ni, baru Teh sorang je la yang sms wish happy birdday kat aku. Yang lain mungkin tak ingat dah. Memang patut pun, memang aku tak der saper yg special yang patut ingat birthday aku pun... Anak2 aku dah pun wish aku malam tadi.

Seingat aku la, tak pernah pun ada benda yg best jadik kat aku on my birthday. Yang selalu jadik, benda tak best jer. Hari ni pun, setakat aku tulih ni, dah ada yang tak best pun jadik. Pagi2 tadi gi BIMB nak bank in cheque, keta tak nak hidup. Terpaksa la menonong dlm keta, kat tempat tak leh parking, tunggu enjin sejuk.

Sepanjang hayat aku, selain masa aku ada bini dulu, rasanya sekali je org celebrate birthday aku. Budaya sambut birthday was not part of my family's value. So, throughout the 70's and 80's, no birthday celebration had ever took place in my life. Not even a birthday wish pun. Masa kat U, birthday aku ni sentiasa jatuh masa cuti semester. So tak der can org nak celebrate. Nasib baik gak aku sebenarnya, kalau tak tentu teruk aku kena pedajal ngan member2. Maklum ajer, masa birthday kawan2, aku la antara org paling teruk kenakan org. Sure ramai yang mengidam nak balas dendam kat aku, especially geng2 budak basikal dan bebudak askar Ko-K.

Cuma sekali, tahun 1995, birthday ke 22, aku kat UIA, Kampus PJ, wakil U utk Debat DiRaja (that was the time when I became a friend to Mazidol Akma Sidek - 360 TV3, Sayid Munawar - Bual Bicara RTM, Datuk Saifudin Abdullah - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Prof. Madya Mustafa Ishak - Pengkaji Politik UUM, rasanya diorang semua pun dah tak ingat kat aku dah...). Mlm birthday aku tu, lepas Nik (bekas S/U Sulit Datin Azizah Presiden Keadilan) ajak aku ngan kawan2 pegi makan seafood kat Klang. Masa tgh bersiap tu, aku kena tangkap ngan budak2, pas tu kena telur beramai2. Once terlepas jer, aku kejar budak2 tu keliling blok. Masa duk kejar tu baru aku perasan, rupanya aku cuma ber T-shirt dan berseluar dalam ajer adanya. Alamak!!! Masa nak balik bilik aku, budak2 U lain tunggu aku kat depan pintu bilik masing2 dan ucapkan happy birthday kat aku.... segan pun ada, sayu pun ada....

Malam esoknya, kawan2 beli kek dan buat a small party utk aku kat padang UIA tu. Sampai sekarang aku ingat, sebab itu la kali pertama dan terakhir kawan2 celebrate birthday aku. Lepas pada tu, dah tak der celebration lagi dah. Masa ada isteri dulu, every year aku sambut birthday ngan dia. Just the two of us. Sekali tu, dia buat surprise party, jemput kawan2 satu ofis aku. Siap barbeku segala. A few days after that kami ke Pangkor, gathering OFTWD, tapi tak sempat nak bermalam pun kat Pulau tu sebab Kakak masuk hospital Manjung, pas tu kena refer ke HUKM, sblm bwk balik ke KMC Kuantan utk operation...

Apapun, aku ucapkan terima kasih utk semua yg pernah raikan birthday aku. Apa lagi nak sepanjang hari ni? Well, still kat ofis, tak banyak dah kerja nak buat, petang ni balik rumah, kena masak makan mlm utk anak2. Esok cuti Hari Hol, so malam ni tak perlu gosok baju sekolah anak2. Mlm ni bwk anak2 makan kat luar pun OK jugak kot.... Lama dah tak keluar malam...

1 comment:

.. said...

happy birthday.. will never forget!