Singgoh Le Dulu Aok Yer

Monday, May 18, 2009

Adik Kalah Silat

Sebelum aku lupa, thanx to Mazlina Salleh for the yummy chocolate cake on my birthday. I tak perasan yr msg kat my hp, but I do notice cake tu bukan tempah kat kedai. Wat sendiri ek? Best la, lain kali boleh mintak lagi...

So, lepas menang silat peringkat Zon Indera Mahkota tempohari, awal Mei hari tu, Wonder Pet aku nan seorg tu gi bertanding ke peringkat Negeri Pahang, buat kat SMK Seri Bera, Triang. Punya la suluk nya tempat tu. As a support, aku ngan Kakak drive gi sana. Ya Allah, panasnya cuaca hari Jumaat tu, Tuhan aje la yang tahu. Sampai kat Bera, start turun keta sampai aku balik, peluh aku non stop.

Team Wonder Pet aku peserta pertama hari tu. Kesian diorang, sampai je kat sekolah tu, terus bersiap utk mulakan pertandingan. Lunch pun tak sempat. Dah siap tu, kena pulak menunggu juri sampai. Janji 2.30 pm, pukul 3.15 pm baru mula. Janji Melayu betul. Janji Melayu + janji org gomen, ikut suka mak bapak dia jer.... Kesian budak2 tu, dah la lapar, ngantuk lagi penat jalan jauh. Siap ada yang tertidur atas simen kat kaki lima....

Lepas habis persembahan, terpaksa la pulak menunggu sampai semua org lain habis. Duduk la kat dlm dewan sekolah tu sampai ptg. Tak leh jugak nak keluar makan. Masing2 tidur je. Kesian aku nengok. Tapi, no complain. Tak ada salahnya budak2 ni belajar susah sikit. Setidaknya diorang tahu, these are the prices they have to pay kalau nak aktif dlm ko-k2 yg cm ni.


Bila keputusan keluar, team Wonder Pet aku tak ada dlm senarai 3 teratas. Kira kalah la tu. Dah kalah tu, malas la aku nak stay kat situ, so aku decide nak balik terus the same day. Call Mama Faiz, dia mintak aku bawak Faiz balik. Bila Faiz balik, Wonder Pet pun nak balik jugak la. Since dua org ni nak balik, ada la sorg lagi kawan dia nak ikut balik. Siap nangis nak ikut. So, bawak je la diorang balik. Bukan kena dukung atas belakang pun, naik keta. Sonang bai tu....

Aku ada ambik video persembahan team Wonder Pet aku tu, tapi nak upload ni, satu hal la pulak dengan modem tak berapa nak laju ni. So aku masukkan gambar je la, team Wonder Pet ala2 Jawa Rangers ni....

Utk penganjur, terima kasih. Utk cikgu cikgi yang terlibat, terima kasih. Utk pengiring2 pasukan, terima kasih. Kalah pun, aku tetap puas hati, bukan Team Wonder Pet tak bagus, cuma ada team lain yg lagi bagus.... Tak dapat la kitorg ke Melaka. Cuma satu je aku harap, belajar la tepati masa, terutama bila anjurkan sesuatu supaya tak menyusahkan org. Sakit ati aku bila org dewasa mak bapak org boleh jawab, "saya pun dari jauh jugak, pun belum makan lagi..." Kau org tua tak pe la, jangan compare dengan budak umur 5 6 tahun. Tak ke BODOH namanya tu... Akal ada ka?

Wonder Pet menyamar sebagai Jawa Rangers untuk membantu

mereka yang dalam kesusahan


Inilah Team Wonder Pet Jawa Rangers..

No comments: