Dalam kesibukan kerja, sempat jugak aku ngan kawan2 buat arrangement dan marketing untuk Family Day kami bulan Jun nanti. Jenuh jugak menjejak semula kawan2 sekolah yang dah 20 tahun terpisah. Walaupun dah 48 family confirm akan datang, usaha menjejak tetap diteruskan.
Dlm usaha mencari rakan2 lama, satu nama yg sering ditanya oleh kawan2 ialah Som Azeme Bin Sebawe. May be nama paling unik dikalangan kami. Orangnya pun unik. Tak banyak cakap, tapi sentiasa ceria dan kawan baik kepada ramai orang. Rockers sejati, sampai kami semua panggil dia Papa Rock. Tak pernah ada masalah dengan sesiapa pun kat sekolah.
Yang paling diingati, selain sifatnya yg mudah berkawan dgn sesiapa, ialah bakat dia melukis. Rosli terer lukis kartun, Amir terer potret, tapi Papa Rock boleh lukis apa shj. Banyak hasil kerjatangan dia masa sekolah dulu. Dari design baju sukan, logo, tulisan besar utk mural, bendera Soyuz tiga segi, sampai la lukisan dan hiasan dalam kelas.
Tamat SPM pada 1990, ramai yang lost ctc dengan Som. Tak siapa yang tahu mana Som pergi melanjutkan pelajaran ke, kerja ke apa ke. Hilang terus. But then, in late 1990s, ada kawan kata pernah jumpa dia melukis di Central Market. Cari makan dengan bakat seni yang dia ada. And that was last news yang aku dengar pasal Som, mungkin juga berita terakhir yg diketahui oleh kawan2 lain.
Ahad mlm Sabtu, dlm perjalanan balik dari Bentong, aku dapat call dari Su. Kata Su, dia dapat sms dari Kakak Som, as a reply kpd kad jemputan yg kami hantar kpd semua kawan2 utk gathering tu.
"Salam. Akak nak bagitau Som Azeme telah lama meninggalkan kita. Hampir 4 tahun. Sedekahkan Al Fatihah untuk beliau dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin"
Seriously, I thought I'm tough enough to hear this kind of news. But I'm not. Aku tak segagah tu rupanya. Air mata aku menitik sambil aku drive & bercakap dgn Su. Hati aku sebak sgt2. Jantung rasa mcm kena squeeze...
Som bukan la best friend aku pun masa sekolah dulu. Tapi aku selalu kagum ngan dia, dgn bakat dia, dgn minat dia, dgn cara dia berkawan, cara dia bawak diri. Lima tahun di sekolah berasrama penuh mmg akan jadikan hubungan persahabatan sgt rapat. Membesar bersama di usia remaja, dlm tempoh paling kritikal dlm kehidupan, jauh dari ibu ayah & keluarga tercinta.
Som jugak bukan kawan pertama yang meninggalkan kami ke alam abadi. Sebelum dia, 3 orang dah mendahului kami, Arwah Mantong, Arwah Ami Arizam dan Arwah Idris. Hujung tahun lepas, seorang lagi pergi, Fadzilah. Aku boleh terima berita tu dgn hati tenang, tapi bila dapat berita pasal Som, aku titiskan airmata.
Sedih sangat sangat. Sangat sangat sangat. Mungkin sebab dalam sebulan dua ni sering dengar kawan2 duk tanya pasal dia. Mungkin jugak sbb sekarang ni tgh mood utk gathering. Tapi yang paling utama, aku sedih, paling sedih, sbb aku kata aku kawan dia, tapi selepas hampir 4 tahun, baru aku tau dia dah tak ada. Kawan jenis apa aku ni...
Som, my fren. Aku doakan kau bersemadi dengan aman. Aku doakan rahmat dan barakah Allah untuk engkau. Aku doakan semua syafaat untuk engkau. Semoga dijauhkan dari segala siksa kubur, semoga dipermudahkan segala hisab dan semoga engkau ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Sepanjang hayat kami, akan kami kenang engkau sebagai seorang sahabat, dan maafkanlah kami, kerana tidak berada bersama disaat engkau paling memerlukan kami. Kami yang engkau panggil teman dan sahabat.
2 comments:
Al Fatihah buat arwah Som. Walaupun aku x kenal ngan arwah, aku pasti insan2 seni ini memang unik orangnya. Aku juga boleh imagine perasaan ko Idi. Ye lah, dalam kealpaan kita, kadang2 kita terlepas pandang perkara2 yg penting yg ada di sekeliling kita.
Bila fikir2 balik, usia kita pun entah brapa lama lagi atas dunia ni kan? Salam takziah ...
Salam Idi,
Tersentuh hati saya membaca coretan ini.Sungguh saya tidak kenal Idi apatah lagi insan yang diceritakan tapi, coretan Idi mampu membuat hati saya turut menangis.
Al-fatihah buat arwah.
Post a Comment