Singgoh Le Dulu Aok Yer

Friday, April 16, 2010

KASIH ANAK vs KASIH ISTERI


Semasa dan selepas kematian Arwah Mek dua tahun lepas, ramai sedara mara aku duk hasut aku suruh kawin semula. Mcm2 alasan yg diorang berikan utk rasionalkan cadangan diorang.

"Boleh tolong kau jaga anak2..."
"Boleh tolong jagakan Ayah since Mek dah tak ada.."
"Terurus la sikit hidup kau anak beranak..."
"Kesian anak2 kau ni ha, dah la mak tak ada, Tuk pulak dah meninggal.."
"Kesian Ayah, sapa nak jaga makan minum dia..."

So, aku jawab,

"Kenapa pulak yang saya nak kena kawin? Saya ni mati Mak, bukan mati bini. Anak2 saya mati Nenek, bukannya mati Mak. Ayah la yang kena kawin, bukan saya..."

"Lagi pun, 35 tahun saya hidup atas dunia, cuma 5 tahun je yang saya kawin, 30 tahun saya bujang. Jadi saya dah lebih biasa bujang dari berkahwin. Ayah tu, 65 tahun hidup, 45 tahun dia berkahwin, 20 tahun je bujang. Jadi dia lebih biasa berkahwin dari hidup bujang. Dia la yang patut kawin, bukan saya..."

Dan everytime aku jawab mcm tu, kalau diorang tak kata "engko ni ke situ pulak perginya. Org bukan cerita pasal Ayah kau, org cerita pasal engkau...", paling2 kurang pun diorg akan juih bibir mulut tanda protes tanpa kata.

Walaupun dlm bentuk gurauan, sebenarnya aku betul2 maksudkan apa yang aku kata. Aku takde halangan, malah lebih suka kalau Ayah aku dapat carik pengganti Arwah Mek. Aku lebih suka dia ada seorang isteri untuk menjaganya daripada dia hidup sendiri.

Fine, aku ngan Teh duduk ngan dia. Boleh tolong tengokkan keperluan dia. Langsung tak pernah rasa beban pun nak tengokkan Ayah. Dlm realitinya, Ayah sebenarnya lebih byk jaga aku ngan anak2. Ayah lebih pandai masak, walaupun still bawak teksi dia saban hari, dia ada banyak masa untuk diri dia sendiri. Adik beradik aku yg lain pun tak pernah rasa terbeban utk datang menjengah Ayah. Malah selalu offer utk buat apa saja untuk Ayah.

But then, bagi aku, jagaan, perhatian dan kasih sayang seorang anak tidak mungkin sama dengan jagaan, perhatian dan kasih sayang seorang isteri. Lain 'touch'nya tu. Bayang kan selama ni, selama 45 tahun, Ayah ada teman hidup, segala keperluan makan pakai dia Arwah Mek jaga, tiba2 teman hidupnya tu jatuh sakit pada satu Subuh hening sewaktu Ayah sedang berjemaah Subuh di surau, kemudian koma dlm tempoh tak sampai stgh jam, dan meninggal dunia sewaktu Ayah sedang berjemaah Isya' pada malam hari yang sama..

Tiba2 dia tinggal keseorangan. Tak ada lagi teman nak mengadu pasal anak2, tak de lagi teman nak cerita pasal gelagat penumpang teksinya, tak de lagi teman memasak dia kat dapur, tak der lagi teman nak kongsi tengok tv cerita yg sama, tak de lagi teman ketawa dia bila dia buat lawak.. Yang ada cuma anak2 dan cucu2...

Kami pernah bincang adik beradik, tak de sorang pun membantah kalau Ayah kawin lagi. Bagi aku, kalau Ayah kawin lagi, bukan bermakna hilang kasih sayang dia selama ni kepada Arwah Mek. Tapi untuk kebaikan dia jugak. Setidaknya dia ada teman untuk lalui hidup dia yang masih berbaki. Bukan kami adik beradik tak nak bersusah payah utk Ayah, tapi kami faham dari psikologinya, kasih sayang yg dapat kami berikan tak mungkin sama dgn kasih sayang yg seorg isteri boleh berikan utk suami.

Apa nak kisah pasal harta, kami bukannya ada harta melimpah utk direbut bila Ayah pulang mengikut jejak Arwah Mek. Ada harta sikit pun, kalau diwariskan utk isteri barunya tu nanti, bukannya org lain pun. Mak tiri kami jugak. Setidaknya, itu la sikit tanda penghargaan kami utk dia yg menjaga Ayah.

Dan Ayah, walau usia dah mencecah 65 tahun, bukannya tak laku. Ada 3, 4 org jugak girl fren dia. Malah pernah ada perempuan yang pernah melamar Ayah secara terus terang! Tapi, alasan Ayah "Kawin apanya, aku ni dah tua, dah tak larat dah..."

5 comments:

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, en Idi, lama tak masuk blog nih.

Betul kata en Idi tu, orang tua patutnya diberi teman untuk sama2 tolong menolong masa susah dan senang...Tapi En Idi juga kena ada teman untuk mengisi kekosongan hati, bukankah kawin itu sunnah...hehehe...

sue said...

Kasih Anak & Kasih Isteri adalah 2 perkara yg amat berbeza sentuhannya.

Memang betul manusia diciptakan untuk berpasang-pasangan tetapi bkn mudah untuk mencari pengganti dlm sekelip mata. Mgkn juga kita boleh mengelak dr isu ini, tetapi bila Allah s.w.t. dah katakan 'kunfayakun' maka akan jadilah ia. Don't be surprised!

Sometimes, it is unexpected. Let's d time be d judge

hikayathati said...

Ko sebenarnya amat sesuai jadi lawyer, terutama lawyer buruk. Bila orang sentuh bab kahwin ko mesti ada jawapan yang 'poyo'. Cubalah ko duduk diam2 dan tengok sekeliling ko. Ada bulan, ada bintang. Ada bunga ada kumbang. Ada malam, adalah siang. Ada lelaki dan adalah pasangannya iaitu perempuan.Jadi wujudnya ko kat dunia ni sebagai En.Idi Amin bin Salleh, maka akan ada lah Puan Idi..(mungkin esok, lusa, minggu depan, tahun depan -semua kuasa Allah).Ada faham?

Anonymous said...

Salam En Idi.

45 thn hidup bersama..mana mungkin begitu mudah nak menerima @ mencari ganti.Tanya saje diri anda...adakah anda sudah ada pengganti...mungkin tujuan x sama tapi hakikatnya sama.Bergantung kepada hati yg empunya diri...

nurmisnan said...

kalau dah jodoh tak kemana. tua2 pun berisi.. anyways nak tanya.. lu bro budak Engine UITM kan..? kala salah sorry lah de.. tanya je